Thursday, December 01, 2011

Abid: Bila kena marah saja tidur

Hari ini aku terlebih naik hangin.
Geram aku bila benda serupa di ulang-ulang.
Masih dia tak dapat.
Baru seminit ok, tanya lagi selepas seminit lupa.
Ibu kurang sabar nak!..huhu.

Dia masih lemah untuk menyebut suku kata yang ada 3 huruf.
Contoh, i - tik, a- dik, ke - mik.
Haha...semua yang ada "ik" di belakang dia tak boleh nak baca.
Tapi kalau be - rus, boleh pula.
Satu lagi u - lat, ki - lat, pun lemah.

Aku jadi hangin.
Aku suruh dia eja sampai lebih 10 kali satu perkataan.
Lulus.
Selepas makan, aku tunjuk perkataan-perkataan tu semula dan minta dia baca lagi...GAGAL.
Kenapa susah sangat Abid!!!

Aku takut hangin aku tak boleh di kawal,
aku suruh dia buat latihan menulis suku kata dalam buku yang aku belikan untuknya.
Aku kedapur, basuh pinggan, tengok balik....TIDUR??

Huhu....tulah Abid, kalau kena marah sikit saja tidur.
Kalau tidak, bila aku suruh ulang apa yang dia dah baca,
buat muka cemek, kata "Ni dah baca tadi!"
Dia memang tak suka bila aku suruh ulang baca, walau benda tu dia baca semalam.
Dia kata sudah baca semalam.
Malas ya Abid!

Apa pun ibu tahu, Abid anak ibu yang bijak.
Cuma lambat sikit kan Abid.

Gaya Abid tidur selepas kena marah, buku yang di tulis pun masih di sisinya. ..huhu.
Setiap anak memang berbeza cara penerimaan apa yang di ajar.
Untuk Abid, aku rasa mencabar kesabaran betul.
Dia bijak, cuma tak suka di ulang-ulang.
Tapi benda yang aku minta dia ulang tu, dia belum mahir.

Kena sabar kan....
Hai!! Sabar Yus...untuk anak-anak.

~ يوس ~

Bukit Gambang Resort City : Bahagian Akhir (Mandi manda di waterpark)

Aku sendiri yang nak edit gambar-gambar ni
dan masukkan ke blog pun rasa penat apa lagi orang yang nak tengok ekk?
Tapi aku sendiri yang tulis untuk sambung, maka harus kotakan apa yang di tulis.
Satu perjanjian juga tu...huhu.

Sebelum tu, siapa yang ingin tahu lebih lanjut silalah ke bahagian 1, bahagian 2 dan bahagian 3 juga.

Kali ini malas rasanya nak berceloteh panjang.
Biar gambar saja yang bercerita.
Tak semua kawasan di Waterpark itu aku ambil gambarnya.
Sebab utama sibuk main air kan, mana sempat nak ambil gambar sangat.
So, tengoklah apa kami buat di sana ya...

Anak-anak join abah dan atok ayahnya naik tube mengharungi terusan ini. (Haha..suka aku je cakap terusan kan) Korang kalau nak datang sini, masuk pagi2 ya, sebab waktu ni lengang sikit. Masa time kami dah nak balik, terusan ni penuh orang, berlaga-laga antara satu sama lain. Dah rasa penuh sangat, tak best pulak.

Anak-anak suka naik tube ni dan gambar kanan ada ikan pirana yang suka memuntah kan air. Arif sangat takut bermain di sini, dia tak suka dengan ikan pirana itu..huhu

Arif bersama maktoknya

Ini kawasan yang Arif suka. Sampai tak mahu naik pun ya. Jangan tak percaya, dia sampai tertidur dalam pelampung dia tu, barulah boleh di bawa naik, kalau tidak bila dia perasan saja kami tarik dia ke darat, terus meronta nak masuk semula dalam air.

Aksi rehat-rehat sambil makan. Anak-anak makan eskrim roti masa ni

Ini pula slide yang agak tinggi dan menakutkan bagi aku. Hanya SRD dan Aqil saja yang mencuba, aku tak berani, anak2 yang lain tak cukup tinggi..haha.

Ini pula di kawasan slide yang berpusing2, tinggi juga. Abid masa ni sangat frust kerana tak dapat turus serta. Ketinggian tak cukup, Aqil saja yang boleh masuk.
Oleh kerana dia tak boleh naik, Aqil temankan masa ni di bawah. Jenuh juga nak naik tangga menuju ke atas untuk main slide ini. Tapi seronok dan enjoy. Aku pun sama enjoy, terjerit-jerit nko! Takut...huhu

Dah puas main air, waktu masa ni dah pukul 2 petang. Dari pukul 9 pagi sampai pukul 2, lama tu! Beli makanan sebelum balik ke bilik hotel. Bawa pulang saja, malas nak makan di situ. Tapi kan, makanan di situ mahal!! Satu tupperware nasi kukus itu campur air mineral RM9.80..huhu. Nasib baik sedap. Serius sedap! Ke sebab kami lapar sangat...hahahaha.

Kami dah nak berangkat balik, tapi anak2 request untuk main sekejap lagi. Atok ayahnya dah sibuk nak solat Zohor, balik kata atok...hehe. 
Sebelum keluar dari park, segala benda yang di sewa haruslah di pulangkan.
Kalau tidak duit deposit tak dapat balik pula.
Duit lebih e-value dari gelang tangan yang tak habis guna pun di kembalikan.
Pulang ke hotel naik tram lagi. Kami tak sibuk tukar baju atau apa pun. Dalam pada basah-basah sikit tu, terus berangkat pulang. Dah lap pun dengan tuala sikit-sikit kan. Balik sampai bilik hotel baru mandi semula dan tukar baju. Senang! Anak-anak masa ni posing maut depan tram ni..ekekek

Kepala tram ni rupa macam pembajak di sawah aje kan..hihi. Dalam tram masing2 lapar melantak jagung dulu.
Sampai bilik, dah siap mandi semula dan solat zohor semua baru makan makanan yang di beli tadi.
Heaven rasa makan masa tu, lapar bangat kot...

Malam itu, aku dan SRD saja keluar ke untuk beli makanan malam.
Lepas makan, kami enjoy di funfair pula.
Dalam kawasan hotel juga.
Anak-anak yang sibuk nak kesana, walau ada yang dah penat macam tak nak bangun dah.
Sebut aje funfair, terus segar....hahaha.

Main-main habis duit ajo di funfair ni. Sekali sekala untuk anak-anak kan.
Ok, begitulah serba ringkas aktiviti kami di BGRC.
Esoknya pagi-pagi breakfast dulu.
Kali ini sarapan paginya lebih sedap, dan orang pun tak seramai semalamnya.
Pukul 11 baru kami bertolak pulang.
Singgah dulu di sini mencari keropok lekor lagi sebelum pulang...hehe.

Adeh! Kalau nak letak semua gambar, mau citer aku asyik pasal BGRC aje kan.
Boring nanti...huhu.
Tapi harap-harap bergunalah bagi yang mencari info untuk kesini...

Sekian.....

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...