Bermulanya sessi persekolahan tahun ini. Aku paling sibuk di waktu pagi, menyiapkan anak-anak, sarapan mereka dan bekalan untuk mereka ke sekolah. Semua gembira bangun pagi kerana hari ini hari pertama sekolah.
Abid paling suka kot... Gambar yang sempat di ambil SRD pagi ini sebelum mereka bertolak ke sekolah.
Gambar 1: Di depan pintu rumah, masing-masing baru nak pakai kasut.
Gambar 2: Sebelum masuk kereta abah posing dulu. Aqil mengantuk lagi nampaknya....
Gambar 3: Alia di dalam kelasnya
Gambar 4: Monyok je muka Alia, oklah tu sebab dia tak menangis kan.
Balik dari hantar Alia ke sekolah, buat pendaftaran Abid ke tadika pula. Abid akan mula sessi persekolahan Rabu ini. Balik semula ke rumah dengan muka ceria. Yea! Belum mula sekolah....
Aku sendiri, tak boleh bersenang lenang depan pc lama2 lagi. Baru selesai menyidai kain. Selepas ni nak masak pula. Dan bermulalah semula kerja aku sebagai 'driver' anak-anak aku ke sekolah.
Bermula juga mereka mengaji Quran di tempat baru tahun ini. Selama kami berpindah ke sini tahun lepas, mengaji di rumah asyik mengelat saja mereka ni. Guru baru garang nampaknya. Bagus!
Entri pertama tahun ini. Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua. Dari malam tadi aku lihat ramai blogger dah buat entri tahun baru. Semoga tahun ini memberi sinar baru kepada semua.
Imbasan tahun 2010, antara perkara penting yang berlaku dalam hidup kami. Pertama, kami selamat berpindah ke rumah sendiri. Alhamdulillah berjaya akhirnya beli rumah. Kedua, kelahiran anak ke 4 kami, Arif Zakwan. Rasanya itu perkara penting yang berlaku sepanjang tahun lepas. Lain-lain sampingan ada tercerita dalam blog ini. Semoga keluarga kami akan terus berada di bawah LindunganNya....Amin.
Berbalik kepada tajuk, tahun baru dah bermula, maka akan bermulalah sessi persekolahan yang baru. Dari semalam, aku sibuk jahit lencana dan tanda nama pada baju baru anak-anak. Lepas tu gosok baju sekolah mereka semua. Baru dua yang bersekolah, banyak pula rasa baju yang perlu di gosok. Belum baju kerja abahnya lagi...
Teringat satu cerita pada minggu lepas. Tak ingatlah balik dari mana. Pekan Senggarang rasanya. Ketika itu, kami semua di dalam kereta. SRD memulakan perbualan bertanya kepada anak-anaknya.
"Dah nak naik sekolah ni. Macam mana lagu sekolah Aqil? Ingat tak?", abahnya mengajukan soalan kepada Aqil.
"Erkkk....tak ingat!", Aqil menjawab.
"Macam mana ni? Baru sebulan lebih cuti dah tak ingat. Ok boleh di maafkan, sebab Aqil baru tahun ni sekolah sini. Tahun lepas sekolah Pintas Puding kan. Cuba nyanyi lagu negeri Johor," kata abahnya lagi.
"Apa? Lagu negeri Johor?," kata Aqil
"Yelah, takkan lagu negeri Johor tak tahu ni? Alia pun tahu kan. Cepat cuba nyanyi sama-sama," aku pula menambah.
"Errkkkk.....macam mana mula dia?," tanya Aqil.
"Apa anak ibu ni semua tak ingat ni?," aku mula angin sedikit.
"Ok, ibu mulakan Aqil dan Alia sambung, Allah....," (aku berhenti sampai di situ saja)
Siapa orang negeri Johor? Adohai anak aku. Kami berdua dah gelak besar Ada ke dia nyanyi lagu ni.
Oklah, anak-anak. Oleh kerana semua tak ingat, hari ini ibu letak Lagu Negeri Johor dalam blog ibu ye. Selepas ni semua kena belajar nyanyi. Nasib baik tanya lagu Negaraku dia ingat, kalau tidak....
Allah Peliharakan Sultan
Nugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah Selamatkan Sultan
Ibu pernah bersekolah di Johor, Selangor, Sabah dan Terengganu. Sampai hari ini masih ingat 3 lagu negeri yang pertama, tapi lagu negeri Terengganu tak ingat ni....huhu. Rasa macam takde nyanyi aje dulu. Cuba recall balik tak boleh pulak....huhu. Lepas ni kena cari dalam youtube ni...