Tuesday, February 10, 2009

Ke JB......

Entri kali ini n3 bergambar. Aku malas nak berceloteh. Inilah aktiviti kami sekeluarga weekend yang lepas. Sebenarnya bukanlah bercuti, tetapi saja aku dan anak-anak ikut SRD yang ada kerja di JB. Sambil2 tuh, bila SRD berehat sebentar dari tugasnya, kami pun jalan2 jugalah. Ok kita tengok gambar yer...

hotel selesa
Kami menginap di hotel ini....

Di bilik hotel
Di dalam bilik hotel...aksi Abid dan Aqil


Alia di bilik hotel
Aksi Alia pula..

danga mall
Hari Sabtu petang, jalan-jalan ke Danga Mall. Gambar di atas telah di edit konon-konon ada snow turun..huhu. Saja gatal tangan yer...Ni semua sbb tengok gambar kawan2 di Sheffield main snow...winduuu!!

danga mall
Suasana dalam Danga Mall

my donut yang lazat
Di sana kami beli ini, di My Donut cafe. Jauh lebih murah berbanding di Big Apple, beza rege RM3.80 untuk kuantiti yg sama. Tapi kelembutannya ada kurengg sikitlah.

lagi rumah di danga bay
Kemudian jalan-jalan ke Danga Bay. Melihat keunikkan rumah-rumah melayu di sana. Dalamnya semua restoran tuh. Cantik!

kawasan rumah2 ala kampung di danga bay
Berhadapan di salah satu restoran rumah tuh...

cantik
Ni pula aksi Alia, sibuk untuk gambarnya di ambil.

otak-otak jb
Namun begitu kami memilih untuk makan di sini. takut yang area tadi tuh mahal.Masih di Danga Bay lagi, tp kedai biasa jer. First time pegi nih. So, inilah yang kami makan.Otak-otak...dan...

nasi ayam blackpepper
Nasi Ayam Blackpepper...boleh tahan ler...

di plaza angsana
Esoknya, selepas selesai urusan kerja SRD, sebelum pulang, kami singgah ke Plaza Angsana pula.

mee rebus hj wahid
Mencari ini..mee rebus hj wahid. Sebenarnya baru tahu nama mee rebus nih mee rebus hj wahid..huhu. Ajzie yang beritahu. Dulu2 makan, ngap jer, tak tahu siapa punya ...haha.Tapi memang sedap...

di rumah mak tam
Akhir sekali kami singgah di rumah mak tam aku di Skudai. Ini gambar mak tam dan paktam ku bersama sebahagian anak2nya di depan rumah beliau. Kami dah nak balik masa ni.

So, itulah aktiviti kami hujung minggu yang lalu. Balik tuh, lepaklah juga. Seperti biasa basuh baju banyak + penat + malas jer sebab anak2 nak sekolah hari ini. Nasib baik semalam cuti....mrgreen

Thursday, February 05, 2009

Tangisan....Berkira.....

Hari Rabu malam Khamis keje aku tengok citer Mertua vs Menantu + Pemanduku Jutawan + Intan. Huhu, memang relax aku nih, keje tengok tv jer. Tapi, malam jerlah turn aku tengok tv, siang memang payah. Busy kat depan pc mrgreen plus anak2 yang berebut kat depan tv.

Malam tadi masa scene Erra dan Aqasha kat bilik tidur tu, masa Erra cakap " Kalau abang nak kahwin dengan liza tuh, abang kahwinlah. Saya izinkan", ....terus mata aku nih bergenang dengan air mata. Belum menangis betul lagi, tapi tiba-tiba lak sayu rasa hati. SRD boleh perasan pulak. Dia ketawakan aku sambil berkata "Eh! Ibu menangis ker? Lorr tengok citer nih pun menangis ker? Geli jerk!! "

Huhu. SRD memang tak layan cite macam nih. Macam manalah dia boleh perasan. Aku jawab " Abang tak faham perasaan pompuan". Dia jawab balik " Yelah, bukan abang yang buat pun, citer jer".

Tak tahulah kenapa boleh ter'emo'. Buat malu jerk. Tapi terasalah juga. Hati pompuan agaknya. Nasib mak mentua aku baik orangnya. Takdelah macam dalam citer tuh. Kalau dapat mak mentua macam dalam citer tuh, mesti tertekan kan.

Pas tuh pagi tadi tengok rancangan "Apa-apa aje" kat tv3 tu. Tadi kata malam je , ni pagi pun ada ni..huhu.Topik hari ini 'Siapa yang lebih berkira? Lelaki ke pompuan?' Biasalah si Amy kata lelaki, Shamsul pulak kata pompuan. Pada aku, tak boleh nak kata lelaki atau pompuan yang lebih berkira. Sama aje sebenarnya. Kena tengok sikap seseorang tu juga, bukan kira jantina dia. Aku perasan, biasanya orang yang kedekut nih lebih berkira..hihi. Yelah, dah kedekut kan, mesti nak keluarkan sesuatu dari dalam poket tu berkira kan.

Aku berkira? Bila fikir-fikir balik, aku nih berkira juga...huhu. SRD selalu kata aku berkira. Yer ker?Adakah itu membawa maksud aku ni kedekut? Oh tidak!!! Aku rasa aku berkira bertempat. Ikut situasi dan sebab juga. Yelah pasal apa? Kenalah juga berkira untuk sesuatu perkara tuh. Macam perbelanjaan dalam rumah ni. Kebanyakkannya memang akulah yang uruskan. SRD banker nya sajerk. Jadi kalau tak berkira-kira apa yang perlu dibeli, yang mana harus didahulukan, susah juga kan. Kadang-kadang kehendak kita ni melampaui apa yang kita mampu. Soal tu, perlulah kita berkira ye tak?Ikut budget juga. Itu pun kekadang terbabas..huhu. Lagipun, aku ni tak bergaji. Kalau tak berkira, mana nak korek masa-masa perlu tu kan mrgreen.

Tapi kadang-kadang tuh, tak boleh juga terlalu berkira. Kita kena percaya rezeki tu datangnya dari Allah. InsyaAllah, hari ini kita memberi, esok lusa adalah balasan baik untuk kita pula. Perlu ada give n take sebenarnya. Barulah masing-masing rasa puashati. Tak kiralah dengan siapa pun, dengan suami kita, dengan kawan2 kita, dengan sedara mara kita, dengan semua orang disekeliling kita, ye tak? Berkira ni bukan hanya pasal duit, tapi benda-benda lain pun ada juga. Kadang-kadang sumbangan tenaga pun ada yang berkira. Yelah, orang tu kata dia kerja lebih, penat dapat ciput jer, orang nih pulak kerja sikit, dapat banyak. Mana keadilannya?Eh! bukan itu pun ada kaitan dengan duit juga ker?

Alamak, hari ni aku buat n3 membebel ker? Apa pun aku suka tengok rancangan Apa-apa aje tu masa Sheila Rusly yang jadi pengacaranya. Tukar Amy Mastura ni, macam kurang ummphhhnya. ..lol. Perbincangan jadi kurang hangat, dan kurang bertekaknya...hehe. Suka bertekak juga aku nihredface. Oklah....adioss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...