Wednesday, February 04, 2009

Award

Award 1

Aku nih bila dapat award ker apa nih memang selalu malas jerk nak letak kat blog. Tapi rasa bersalahlah pulak bila selalu buat dunno jer. Kali ini, aku letaklah juga di blog nih sebagai tanda terima kasih aku kerana mereka yang beri award nih ingat kat aku..hehe

Award yang pertama nih aku dapat daripada As dan Mamamanja. Award yang sama, so aku letak sekali jerlah..

Tapi tang syarat2 nih yang susah sikit nih. Tak tahu lak aku nak pas kat saper...huhu

Setelah dipikir-pikir aku rasa nak beri award nih pada mereka-mereka inilah...Tak tahulah kalau dah pernah terima dari orang lain. Harap sudi terima dari aku..huhu

1) Ruhil
2) Kak Anie
3) Puteri 1/Mama Aqilah
4) Ajzie

Award 2

Award yang nih aku terima dari adik comel Mardhiah (Unggu Violet).
Dan oleh kerana dia suka warna ungu, kita pun jadi unggu lah sekejap...razz
" BESTEST FOLLOWER UNGU VIOLET'S BLOG "

Award yang ni pun ada syarat-syaratnya juga..huhu

Syarat pertama dah selesai, dah letak sini, kira oklah kan..Mar?..hehe

Syarat kedua ni payah juga nih. Tapi akak cubalah yer..hehe

1) Sebab pertama rasanya, akak jatuh hati dengan kecantikkan blog ni, banyak benda ada suka tengok.
2) Akak ni suka tengok gambar dalam blog Mar nih, pulak tuh gambar di negeri orang, mengimbas kembali detik2 akak berada di perantauan..echeh...mrgreen.
3) Suka nak baca pengalaman Mar belajar di perantauan.
4) Tengok pada profile Mar tuh, nampak Mar ni orang Muar, so sama asal lah dengan kami..
5) Tambah kenalan blog, lagipun tengok Mar nih comeyy orangnya.

So, ok tak sebab-sebab akak nih. Harap Mar puashati.

Syarat ketiga, kejap lagi akak ke blog Mar beritahu yer..hehe


Oklah selesai sudah hutang award aku. Tu pun sebab tahun nih semangat memblog aku masih di tahap maksimum...lol. Kalau ada hutang sebelum ni yang aku terlupa tuh, harap di maafkan yer...

Monday, February 02, 2009

Rambut baru Abid

Seperti yang di janjikan, aku nak letak gambar2 dari mula hingga akhir proses rambut abid nih bertukar seperti yang terbaru. Ni semua SRD punya kerjalah nih, dan di sokong oleh aku juga..razz. Ok, kita tengok gambar jerlah....

Gaya sebelum rambut di potong. Abid memang kiut...

Proses mengguting/pemotongan rambut berjalan. Abid nampak cool...

Proses terakhir, hampir siap...

Taraaa!!! dah siap. Comeyy tak saya? nampak macam anak kampung betul...hihi

Ha! Lepas mandi dan waktu makan nih, barulah nampak kiut semula..kan..kan..mrgreen

Lagi aksi-aksi Abid bersama rambut barunya..

Aku pun tak pasti gaya apa. Abahnya kata gaya ala-ala Upin dan Ipin, maktoknya kata, ala-ala Pekan dalam citer Batu Belah Batu Bertangkup tu.Tapi ada seorang makcik nih cakap semalam, macam rambut salah seorang penyamun dalam citer P Ramlee Enam Jahanam tuh...huhuhu. Kesian anak aku. Tapi, aku tetap rasa Abid sentiasa kiut dan comeyy. Anak ibu yang paling menggeramkan ibu.....razzbiggrin

Love u Abid...razz

nota kaki: Oh Ya!! Rambut baru Abid ini adalah di dorong atas sebab ramai yang ingat Abid ni pompuan. Ada yang ingat aku ada 2 girls n 1 boy, padahal 2 boys n 1 girl...huhu. Tak pernah pulak aku pakaikan dia baju pompuan, kenapalah ada yang nampak dia macam girl...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...