Tuesday, December 01, 2015

Home » » Persembahan Action Song dari Abid dan rakan2

Persembahan Action Song dari Abid dan rakan2

Oleh kerana hari ini baru nak merajinkan diri berblog semula, maka haruslah gigih masukkan entri-entri yang di rasa perlu berlaku sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini. Tapi rasanya perkara2 yang berlaku akhir2 ini je kot yang akan terajin nak update di sini.

Ok. Salah satuya, ibu memang nak sangat letak video persembahan Abid dan rakan2 semasa majlis konvokesyen pra sekolah dan hari anugerah kecemerlangan yang berlangsung 17 November lalu.


Jujur kata, ada sedikit malu dengan rakaman ini...huhu. Mana taknya, kedengaran suara ibu berborak di situ. Tapi sebab tiada rakaman lain, ini saja yang ada sebagai kenangan, letak jugalah di sini.

Ibu suka tengok Abid di pentas tu, Teringat zaman2 ibu di sekolah rendah, memang biasa buat persembahan dalam majlis2 sekolah.

Lagu action song ni adalah lagu yang sama kumpulan ini nyanyikan di pertandingan action song sekolah peringkat zon, dan daerah yang lalu. Peringkat Zon dapat tempat pertama, tapi bila ke peringkat daerah, kurang berjaya.

Apa pun tahniah Abid, ibu enjoy tengok persembahan Abid.

~ يوس ~

2 comments:

  1. Akak, saya memang suka letak video atau gambar anak2 kat blog..Ia macam diari untuk kita..Kalau boring2 saya suka baca blog sendiri dan flashback semuanya, seronok kan kak.Lagi2 video macam ni tau kak, satu kenangan untuk kita. Biasa kalau saya rakam untuk anak2 memang keluarla segala rakaman suara saya haha

    ReplyDelete
  2. Tengok anak buat persembahan memang kita yg teruja Yus:)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...