Monday, May 13, 2013

Home » , » Souvenier dari Jepun

Souvenier dari Jepun

Cerita hampir basi, hubby selamat sampai dari Osaka Sabtu pagi 4hb Mei yang lalu selepas seminggu berada di sana.

Apa yang dia bawa pulang?

Yang pasti, pesanan dari anak-anak dia yang kemaruk Ultraman....huhu.

Ada satu lagi, raksasa telur, mana entah Abid simpan, aku tak jumpa nak ambil gambar. Ini koleksi untuk Arif dan Abid, untuk Aqil keychain GoKu...huhu.

Untuk Alia, ada keychain comel dan juga pen. Untuk aku...

Fridge magnet, keychain Osaka dan Power Bank. Terima kasih kepada PA dia Puan Huda, yang gurau-gurau minta power bank bila di tanya nak souvenier apa dari sana. Kalau tidak, dia tak teringat pun benda ni murah kat sana tau! Dapat juga aku seketul....hehe.Masa dia tanya aku nak apa, aku tak tahu pun nak minta apa, minta dia selamat pergi dan selamat kembali saja....:)
Ini pula lagi souvenier dari suami tersayang SRD sempena hari ibu.

2 pokok Bonsai comel! Dapat di letak di kiri dan kanan tiang rumah halaman depan ni...hehe. Aku kira ini hadiah sempena hari ibu semalam. Ini bukan dari Jepun, ini from BP with love saja....:)
Lama mengidam, tak sangka dapat 2 set terus. Terima kasih abang!

~ يوس ~

18 comments:

  1. Power bank itu Huda dah buat N3 lama, Yus baru sekarang ye...
    Sukalah hero-hero dapat power ranger tu Yus.

    Bunga puding tu kakak ada tanam juga tapi bonzai tak mampu nak membeli mahal tau!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, tulah kakzakie. Malas bebenor nak update blog skrg, orang dah up lama,kita baru skrg berkesempatan...:)

      Memang suka sangat dapat hadiah otomen dan raksasa dari abah dia, sana murah dari sini kata abahnya...:)

      Delete
  2. alhamdulilllah... dah selamat sampai pun SRD dari jepun ye kak. anak2 syoklah dpt ultraman n kengkawannya tu.

    kak yus, cantik betul bonsai yg SRD hadiahkan tu. sepasang lagi tu. pasu pun cantik sesangat!

    ReplyDelete
  3. Salam Kak yus..
    byknye otomen & rasakasa... hihi..sukalah budak berdua tu ye..
    cute keychain tu.. :p

    cma tak minat bonsai.. nasib bek akak punya ni comel cantik..klu yg besar tu agak seram ckit.. :p
    selamat hari ibu jgk buat k.yus :)

    ReplyDelete
  4. Selamat berkebun yus.. Sy ni dah hai2 bai2 dgn aktiviti tnm pokok ni.. Hihi..

    ReplyDelete
  5. Suka Kak Yus dapat pokok bonsai ok..hehe...Wah macam-macam jugak bos beli eh..

    ReplyDelete
  6. orang perempuan..mintanya xlah mahal kan..bonsai pun jadi..

    happy mother's day sis..

    ReplyDelete
  7. Seronok anak2 dapat souvenier idaman ye.yg pastinya yus lagi seronok,cantik bonsai tu yus,,seronokkan berkebun hias halaman,,

    ReplyDelete
  8. fire!!! seronoklah anak2 dapat buah tangan, ibunya juga sebab dapat pokok idaman ngeeee

    ReplyDelete
  9. kalau bonsai bawak dari jepun, pengsan saya kak..kemain berat tu..hahaha.

    selamat hari ibu kak..

    ReplyDelete
  10. ala bestnya dapat bonzai tu.. impian kita tu...

    ReplyDelete
  11. wahhh untungnyee yus
    pokok bonsai yg cantik !

    ReplyDelete
  12. memang murah la power bank kat sana ye..ramai cakap gitu..berapa ye harga sna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok design dan power dia juga diana. Kalau yg macam Yus dapat tu, power 5600, design mcm tu kata suami dalam 80ringgit duit kita, ada yang lagi murah, ada juga yang lebih mahal...:)

      Delete
  13. Salam yus..

    wah.. semakin bertambahlah koleksi ultraman anak2 ya.. wah.. cantik pasu tu.. berkenan sangat..semakin berserilah halaman rumah yus kan..

    ReplyDelete
  14. bonzai tue yg xtahan tue..comey je...heee...blog walking here...singgah r blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda atau wat yg tersyg...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...