Wednesday, March 06, 2013

Home » » Ada ultraman mengamuk di klinik...(^_^)

Ada ultraman mengamuk di klinik...(^_^)

Lama tak merepek kat sini kan. Hari ni saja nak merepek merapu sat.

Baru balik dari klinik. Hari ni check-up antenatal 25 minggu. Kena injek ATT (kancing gigi). Rasa kebas seluruh tangan, kiri dan kanan. Yang kena injek kiri, kanan ni memang dah 3 hari kebas aje. Tak tahu kenapa.

Secara ringkas, semua ok kot. Tekanan darah= 108/68 (mcm rendah je), HB=12. gerak baby pun ok, berat = 69kg. Huhu....dah naik 9kg dari mula tahu pregnant. Isnin kena ke hospital lagi, masalah semput @ Asthma aku tu.

Dulu rasanya aku pernah cerita, kalau ke klinik sini, misi2 semua dah kenal dengan Arif. Misi Leha tu selalu kata, klinik ni rumah kedua Arif. Hari ni dia ke klinik membawa Ultraman Max nya di tangan.

Apa lagi semua aksi ultraman keluar. Melompat dari kerusi ke kerusi, beraksi ala ultraman, menyorok pun ada, paling tak tahan menendang. Dia syok melompak dari kerusi ke kerusi, tiba-tiba ada orang duduk di kerusi paling hujung. Apa lagi, bila sampai ke kerusi hujung tu, dia pi tendang akak yang duduk di kerusi itu. Sekali takpe, ni sampai dua tiga kali. Aduh anak! Aku angkat dia dan cubit kakinya, melalak sakan. Tapi terus diam.

Bila misi panggil masuk bilik, mula buat lagi, naik atas katil, ambil cop misi, tendang pintu bilik misi. Siap kena marah dengan misi, selamba je muka. Masa misi suruh kami ke bilik suntikan, dia mengikut dari belakang, tadi dah kena marah dengan misi tu kan, boleh dia pukul bontot misi tu!! Sampai terperanjat misi....hihihi.

Masuk bilik suntikan, main peti ais ubat misi. Mana boleh buka kerap2 peti ais berisi ubat tu kan. Kena sound dengan misi lagi, suruh duduk luar. Terus muka mencuka, melalak sakan juga, tapi elok je berdiri di luar bilik sambil tunggu ibu kena suntik. Hehe....Arif, Arif, comel walau nakal. Kalau dah besar kamu buat perangai gitu, mau kena penampar satu dengan misi. Nak jadi ultraman pun, kenalah bertempat sayang....Misi Leha tu cakap, "Macam manalah ibu kamu tak kena semput, auntie yang tengok kamu pun dah semput Arif!!!"...hehe.

Balik klinik, beri botol tidur pulak dia. Tadi lasak sangat kot, bangun pagi2 pulak tu. Ingat nak tepek gambar dia terbaru, tak sempat ambil gambar dah lelap. Kita lihat gambar-gambar masa kami di Cameron Highland nilah ya. Tetap ada aksi ultraman dari Arif Zakwan juga....ekekek.

Arif masa bersarapan di ladang teh Sg Palas

Arif, memang tak reti duduk diam, ada je aksi nak memanjat tu

Arif buat gaya ultraman berlawan lah tu

Yang ni pun sama, sejak ada dua orang peminat ultraman di rumah ni, lagi selalu minta ultraman mainan tu, nasiblah abah dia rajin pula melayan...huhu.
p/s: Memang mengandung kali ni semakin malas nak update selalu macam dulu mahupun ber 'bw'. Namun rasa terharu sangat atas sokongan kawan-kawan semua yang masih rajin tinggal komen walau entri suam-suam kuku dan tak membalas jejak sangat seperti selalu. Dah makin 'tua' + penat kot layan budak2 ni di kala berbadan dua, pulak tu ada semput sikit. Maaf ya kepada semua dan terima kasih kerana masih ingat saya!
~ يوس ~

11 comments:

  1. Hehe, arif la arif, sabar ye kak..lain orang lain ragamnya masa mengandung ni. Kadang saya pun malas tapi satu entry satu hari tu boleh la kot..Malam nak bukak pc pun malas layan dari hp jer la..Time rajin memang rajin sangat..time malas toksah cakap lar..Jaga diri yea kak..

    ReplyDelete
  2. segar mata nampak kehijauan

    ReplyDelete
  3. Yang tak dak apa2 pun malas nak menulis.. baca je..

    Seronok tengok gaya budak2.. happy ja..memang lasak Arif ni.. parut kat muka masih ada, memanjat2 lagi.. memang kanak2 tak tau serik agaknya.. kalau kita jatuh berminggu phobia..

    ReplyDelete
  4. wah..wah.. mengamuk2 dpt kesegaran lak kat cameron highland.. terbaik la..

    lama tak kesana.. dekat 3thn dah kot..:)

    ReplyDelete
  5. Yus..akak yang baca cerita Yus pun rasa semputtt..he..he..

    ReplyDelete
  6. dengar cerita pasal Arif pun saya dah rasa semput,lasak jugak dia ye...takpe budak lasak budak cerdik...wah kurus mak macam ni...

    ReplyDelete
  7. Tapi tak tahulah Yus kakak suka tengok muka Arif ni. Ada gaya dia yg buat kakak tertarik.
    Mungkin geram sebab kelincahan dia tapi seronok bila baca. Bila dia besar mesti dia pun gelihati baca banyak N3 tentang dia.:)

    ReplyDelete
  8. haha..otromen tak nangis la ariff..
    tak sabar nak tunggu adik besar...semoga anak saya nanti dh besar cergas macam Arif..

    ReplyDelete
  9. hheh comel2 anak kak yus, putih2 belaka, aksi arif memng mencuit hati kak, semoga akak sihat2 shj hndknya ye, x sabar nak tau gender baby ;)

    ReplyDelete
  10. Kak Azie lebih nak tengok pompuan skirt pendek belakang Arif tu jer. Mujor dia tak pi tampar ponggong pompuan tu. hahahah

    ReplyDelete
  11. Salam k.Yus..
    hihi..arif ni sama hebatnya ngan faiz.. agak2nya klu dua2 ni bergabung mau fengsan ibu2 dia..
    take care akak :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...