Wednesday, March 31, 2010

Home » » Akhirnya...rumah dah siap..

Akhirnya...rumah dah siap..

Salam buat blogku yang lama ku tinggalkan.

Alhamdulillah..akhirnya rumah yang kami beli serta projek renovation yang di buat telah selesai. Kami berpindah ke rumah sendiri pada 14/2 yang lalu. Seronok rasanya dapat duduk rumah sendiri setelah lama menyewa. Banyak juga suka duka sebelum dapat duduk rumah ni. Kerenah dengan kontraktor, adalah sikit2 masalah..rasa tak puashati, tapi alhamdulillah akhirnya semua berjaya di siapkan.

Lama menyepi kerana proses perpindahan, mengemas rumah lama, pindah, mengemas rumah baru. Huhu..macam, macam, dengan diri yang tidaklah berapa sihat sejak berbadan dua ni. Kejap ok, kejap tidak..ada angin pasang surut gitu..pembawakan baby agaknya.

Oklah, macam biasa tengok gambar ...hehe

ruang tamu pertama

atas: Alia di biliknya dan wajah baru aku sejak peknen kali ini
bawah: ruang tamu kedua tempat kami menonton tv

ruang dapur dan ruang makan (huhu..sepah atas meja)



gambar akhir ni campur-campur dari gambar pertama ikut pusingan jam
1. awning luar belakang, tempat aku basuh baju dan sidai baju
2. gambar pelangi di hadapan rumah
3. kabinet dapur
4. dari awning ke kawasan hadapan...tepi2 tu baru belajar tanam pokok-pokok.

Rasanya cukuplah update pasal rumah ni. Dah puashati dah, tinggal ada sikit2 lagi lom habis kemas.

Aqil dan Alia pun dah masuk sekolah baru. Mereka nampak enjoy di sekolah baru. Alhamdulillah tiada masalah untuk mereka sesuaikan diri. Aqil paling seronok sebab sekolah yang ni sessi pagi, takdelah dia sampai rumah hampir pukul 7 petang setiap hari macam dulu....apa lagi main sakan tiap petang..huhu.

Sehingga di lain waktu....



~ يوس ~

11 comments:

  1. Tahniah... kali ke 2 tgk gambar2 rumah yus...memang tak jemu la.. Moga yus dan keluarga gembira dan ceria ceria selalu. Take care dear friend.

    ReplyDelete
  2. Thanks Ajzie. Perasan tak yus dah ubah kedudukan ruang tamu pertama dan kedua..lepas chat dgn azi, yus menukar dan mengemas...hihi

    ReplyDelete
  3. cantik la rumah kak. best kan akhirnya dapat duk rumah sendiri. hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam Yus...alhamdulillah rumah dah siap dan dah pindah pun...pasti rasa hati puas mempunyai rumah sendiri

    ReplyDelete
  5. wah..cantiknye rumah mokteh..
    nantikan kehadiran kitorang ke rumah mokteh. haha. :DDD

    ReplyDelete
  6. As: thanks..ha mmg seronok

    ******************************

    Salam kak anie. Ada kelainannya bila tinggal di rumah sendiri...alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. timah, jemput datang semua...17/4 ni ehh..hari tu ada ckp dgn mak nko, dia perasan ker tak? Takpe nnti mokteh ingatkan lagi..hehe

    ReplyDelete
  8. wow.. cantik la rumah akak...

    ReplyDelete
  9. hajar: terima kasih..biasa2 ajer tu

    ReplyDelete
  10. Hi Kak. Bole tahu sofa tu akak custome made or ready made? If possible sy na tahu akak beli kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalm Nur Hidayah. Sofa tu ready made, akak beli masa duduk di Sheffield, UK. Second hand, beli di ebay sana, harga dapat 300 pound sterling.

      Delete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...