Friday, January 22, 2010

Home » » Keletah Abid

Keletah Abid

Semakin hari Abid semakin membesar. Di usianya yang menjangkau 3 tahun 2 bulan, dia semakin petah bercakap. Emak aku kata dah macam mulut murai. Aku selalu terhibur mendengarnya. Ada saja ideanya. Kadang2 tu macam di ajar2 pulak. Tak macam Aqil dulu, pada usia yang sama, Aqil masih belum boleh bercakap. Maksud aku bercakap yang orang lain boleh faham, dia sendiri faham tu adalah..haha. Berbeza sungguh anak sulung dan anak ke tiga. Mungkin sebab Abid ada abang dan kakaknya yang membantu. Antara keletahnya yang aku tak boleh lupa....

Cerita 1

Waktu tengahari. Aku sedang berusaha untuk pujuk dia makan nasi.


Abid, jom kita makan nasi.

Abid tak nak. Abid tak yapar (lapar).

Jomlah, kan Abid belum makan, Ibu suapkan eh.

Abid tak nak makan nasi. Abid nak makan Mc Donald (betul pulak sebutan Mc Donald dia tu)

Mana ibu ada duit nak beli Mc Donald. Makan nasi jerlah.

Tak payah beyi (beli) yah(lah) ibu. Makan je kat Mc Donald.

Ooo..jauhnya nak pegi makan. Abid nak makan apa kalau tak beli kat situ.

Makan chips yah.

Abih makan chips kan kena beli jugak. Ibu mana ada duit.

Tak payah beyilah. Pegi jer Mc Donald pas tu makanlah.


Ooo bawak chips dari rumah ker?


Tak!!! Ambik jer kat Mc donald. Bukan beyi (beli). Apayah (Apalah) ibu ni, tak tahu ker?


Huhu..aku pulak yang tak tahu..Abid, Abid, taktik apalah ni.


Cerita 2

Kami sedang bersiap2 untuk pulang ke Parit Raja selepas bercuti di rumah mak aku di Melaka. Ini perbualan antara Abid dan atok ayahnya.

Abid tinggal sinilah. Teman Atok.

Tak nak. Abid nak bayik (balik) Parit Raja.

Nanti Atok takde kawan. Atok ikut Abid boleh.

Boyeh (boleh).

Tapi atok belum kemas baju lagi ni. Atok nak pakai baju apa nanti.

Pakai baju Abid yah(lah).

Baju Abid kecik, mana Atok muat.

Kalau baju Abid kecik, Atok pakailah baju Abah. Baju Abah kan besyor (besar). Nanti Atok boleh pakai.

Atok dia dah ketawa berdekah2 masa ni. Kami pun sama...huhu.

Cerita 3.

Aku jemput Alia dari tabika barunya. Sibuk dia bercerita tentang kawan2 barunya.

Aku: Siapa nama kawan baru Alia?

Alia: Ada Najwa, Farisa, Puteri..Haziq yang kat tabika Iman dulu pun ada ibu. Dia pun sekolah sini juga Ibu.

Aku: Ooo..ye ker?

Tiba2 Abid menyampuk?

Abid: Abid pun ada kawan baru.

Aku: Ooo ye ker? Siapa nama kawan Abid?

Abid: Nama kawan Abid, Haziq Zupan (Zulfan)

Masa ni, dah tak tahan dah aku ketawa. Pandai pulak dia create nama kawan dia sendiri. Padahal dia duduk rumah jer dengan aku.

Aku: Aik! Kenapa nama kawan Abid sama jer macam Abid. (Pada yang tak tahu, nama penuh Abid Muhammad Abid Zulfan)

Abid: Ye, sama.


Alia: Itu kawan Alialah. Mana Abid ada kawan nama Haziq.

Abid: Ada. Nama dia Haziq Zupan(Zulfan). Kan ibu.

Aku iyakan ajerlah. Jeles agaknya dia takde kawan..huhu.



My precious Abid.

~ يوس ~

8 comments:

  1. mcm yg die ckp dgn ana arituh lh..kwn die ade 2 tp 2-2 name same..hehe.

    ReplyDelete
  2. kak, x masuk ke cite yg die perdayakn atok die arituh..kelakar betul abid ni.. Abid tipu je! hehe..

    ReplyDelete
  3. Ana: hehe yg tu memang kelakar, tapi nak citer kat sini macam susah lak. Tak banyak dialog cuma aksi dia tu yg lawak kan...hehe. Abid tipu jer!!

    ReplyDelete
  4. kelakar la abid ultraman nih..
    masih suka ultraman lagi tak dan masih suka lagu melankolia lagi tak? anak2 azi kalau azi ada dgr lagi tu.. nnt dia ckp ini lagu adik aliah la mama.. hihi

    ReplyDelete
  5. Azi, Ultraman mmg dah sebati dah, hari2 ada aksi otomen. Lagu melankolia tu dia dah lupa kot, dah tak sibuk sangat..sekarang ni lagu..MENGGEGAR DUNIA!.

    ReplyDelete
  6. Hehehe...abid dah besar...jadi penghibur hati Yus...

    Dia tak boleh sebut 'l' ye...hehehe...kelakar...

    ReplyDelete
  7. kak anie, dia mmg penghibur kami semua skrg.

    Ha'ah kak, dia tak pandai sebut huruf "L", "L" dia jadi "y"...haha

    ReplyDelete
  8. comeyy...camnerla dia boleh ingat fries/chips kt McD tuh free..hehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...