Monday, April 09, 2012

Home » , , , » Tanda-tanda 100 hari sebelum kematian | 100 hari

Tanda-tanda 100 hari sebelum kematian | 100 hari





Aku tak pernah tengok cerita ni di tv sebelum ni.
Tak tahu sebelum ini movie ni di siarkan di tv apa.
Tapi cerita ni betul-betul menginsafkan.
Tak pernah aku menonton cerita sampai menangis tersedu-sedan macam ni.
Menangis tersedu sedan mengenang dosa-dosa sendiri.
Sesungguhnya aku manusia lemah.
Banyak melakukan kesilapan tanpa sedar.

Cerita yang penuh pengajaran,
banyak iktibar yang kita boleh dapat selepas menonton cerita ini.
Aku mohon pada kawan-kawan yang berkelapangan, tontonlah cerita ni.
Aku percaya, tentu tak menyesal.
Sangat bermanfaat, sangat menginsafkan.
Sangat menyentuh kalbu dan jiwaku.

Bila seseorang itu mati, maka terputus semua amalannya kecuali 3 perkara:
1. Sedekah
2. Ilmu yang bermanfaat yang di ajar
3. Doa dari anak-anaknya yang soleh.

[Antara yang di ingatkan semula kepada kita dalam drama ini]
Cerita seumpama ini patut di siarkan di tv, bukan cerita-cerita seram, cerita-cerita yang melalaikan, yang kerap kali di ulangtayang di tv kita tu. Semoga kita ambil pengajaran daripadanya.

* Kredit to Zul Huzaimi, lakonannya sangat berkesan.
~ يوس ~

16 comments:

  1. citer ni? kuar kat movie ke kak yus?

    mmg patut pun dorang citer2 yg menginsafkan mcm ni.bukan citer karut marut ntah ape2..

    ReplyDelete
  2. biasanya kita terlalu leka dengan urusan dunia sampai tak perasan tanda tanda kematian..takutt..

    ReplyDelete
  3. x pernah tgk gak..
    nak try tgk lah

    ReplyDelete
  4. nnti akak nk tgk gak....
    tenkiu yus sharing kt sini....

    zul huzaimi klu blakon mmg best.....

    ReplyDelete
  5. betul.betul...byk sgt cite/movie seram.....buat budak2 jadik penakut je heee

    ReplyDelete
  6. x blh nak bukak video tu,apa tajuk cite tu Yus?

    ReplyDelete
  7. terima atas info... Nak tgk la cerita ni nanti..

    Salam kenal..

    ReplyDelete
  8. Yus... kakak menonoton kat office dari awal macam duduk rumah pulak tapi berjurai airmata kakak bila si anak lelaki dia berlari nak mandikan mayat si ayah... hati kakak tersentuh sungguh... dahlah kakak memang selsema bertambahlah jadinya. Alunan lagu latar mendayu-dayu sungguh...

    Jadi iktibar buat kita yg masih diberi peluang utk beramal sebelum izrael menjemput kita pergi utk selamanya Yus...

    ReplyDelete
  9. @Kakzakie
    sama dengan yus kak. part anak dia berlari dan mandikan dia tulah yang paling menyayat hati kan kan. Sampai ke sudah air mata tak berhent mengalir, sangat menginsafkan. Teringat ceramah ustaz Don, yang dia kata, siapa nanti yang mandikan kita ketika mati. Adakah kita berjaya mendidik anak2 kita untuk bekalan di akhirat nanti kan kak....

    ReplyDelete
  10. KC pun tak paham knp byk sgt cerita seram kat TV. langsung tak da pengajaran, menakutkan lagi adalah.

    ReplyDelete
  11. Zulhuzaimi jadi driver tu ke yus..a ah memang sgt bagus cite tu..cuma kita ni tak terikut drama yang bagus kat channel yang banyak.. nasib baik dpt la tengok, kalau tak tengok sampah sarap je..

    ReplyDelete
  12. maksu sgt rugi sbb x pasan

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...