Baru saja balik dari menghadiri majlis sambutan maulidur rasul dan
anugerah kecemerlangan di sekolah agama anak-anak.
anugerah kecemerlangan di sekolah agama anak-anak.
Dua majlis di gabung serentak, tapi aku hanya dapat hadir penuh untuk satu daripadanya.
Nampaknya tak dapat tunggu sehingga ceramah maulidurrasul habis.
Arif dah tertidur di pangkuan, lupa pula nak bawa push chair dia terpaksalah balik awal.
Biar anak-anak saja yang dengar sampai habis.
Apa pun nak kongsi gambar sekitar majlis tadi,
serta wajah-wajah gembira Alia
menerima hadiah tempat pertama bagi tahun 2011 sebentar tadi.
Tahniah daripada ibu, abah, Aqil, Abid dan Arif ya Alia.
Harap tahun ini berjaya mengekalkan kecemerlangan.
Pentas majlis waktu mula-mula aku sampai |
Persembahan nasyid . Sedap betul suara solo dia...:thumbs up |
Giliran Alia ke pentas ambil hadiah. Gambar sedikit blurr sebab ibu ambil gambar sambil dukung Arif yang sedang tidur..huhu |
Alia bersama rakan-rakannya, hadiah mereka nampak serupa je, cuma ketinggian piala saja berbeza. |
Moga terus sukses ya nak, jangan malas-malas belajar.
p/s: sedikit sedih, kerana setiap kali ada majlis seumpama ini di sekolah SRD OS biasanya. Hari ini pun sama....:(
~ يوس ~
tahniah alia..semoga terus berjaya....
ReplyDeletesalam yus..tahniah buat alia dan ibubapanya jugak..
ReplyDeleteTahniah kat Alia, kak, SRD tu orang penting kat fakulti kak, nak buat camanakan bila ada majlis cam gini SRD takde..yang penting akak ada..:) Tapi SRD memang agak bz lagi2 nak audit ni, tapi dia tetap cool...
ReplyDeleteMeriah!
ReplyDeletetahniah alia..
Tahniah Alia,pandainya anak2 Yus....
ReplyDeletetahniah buat alia! juga buat akak sbg ibunya...
ReplyDeletemoga kecemerlangan terus menjadi milik alia ye kak...
tahniah..bila anak2 berjaya kita bangga kan sis..bukan berlagak..tp proud dlm hati :)
ReplyDelete