Showing posts with label Hiburan semasa. Show all posts
Showing posts with label Hiburan semasa. Show all posts

Tuesday, July 03, 2012

Program Kemah Keming UAI di Astro tu betul ke??

Tanggal 24 June yang lalu blog aku ini ada war-war kan tentang program Kemah Keming oleh Ustaz Azhar Idrus di Astro Oasis yang kononnya akan bermula 3 Julai iaitu hari ini. Maklumat itu sebenarnya aku dapat dari FB Page Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus ini.

Takde niat apa, cuma rasa teruja nak menonton ceramah UAI di tv pula di samping berkongsi dengan semua kawan-kawan pembaca blog aku ni.. Dan aku lihat memang banyak lagi blog lain turut berkongsi maklumat yang sama.

Tiba-tiba pada tanggal 1 Julai aku menerima komen ini pada entri tersebut  ...

Komen dari blogger Zulkifli yang mendakwa sebagai PA UAI
Rasa bersalah kalau aku dah menyebarkan maklumat yang tidak tepat.  Jadi aku simpan entri itu dalam draf buat sementara waktu. Aku minta maaf banyak-banyak kepada siapa yang datang sini dan mula fikir program tu akan di siarkan malam ini. Bila aku cuba google tajuk Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus, blog aku memang tersenarai di tangga ke dua. 

Dala  enjin carian google blog aku tersenarai no 2 untuk keyword kemah keming ni

Hari ini, semalam dan beberapa hari ni, ramai yang masuk blog aku melalui keyword kemah keming UAI ni. Ramai betul peminat UAI ni kan. Aku dah sebarkan maklumat yang salah ke? FB page Kemah Keming tu masih wujud aku tengok. Mungkin tarikh siarannya belum di tetapkan lagi. Dan aku sendiri pun tak pernah nampak promo mengenai program ini di tv.

Hari ini aku saja masuk laman sesawang  astro.com.my dan cari maklumat mengenai program ini. Aku jumpa ini dalam program guide astro ...

Tarikh siarannya di tulis 9 Jul 11.30pm pula. Tapi kat bawah tu kenapa dah jadi episod 3 tapi waktu siaran 9 Jul 5.30 pm pula.
Kesimpulan yang aku dapat, program ni memang ada, cuma tarikh dan waktu siaran mulanya belum tetap lagi kot. Aku mohon maaf pada semua andai aku dah sebarkan maklumat yang tidak tepat sebelum ni. Aku pun cuma dapat dari FB page yang aku nyatakan tadi. 

Apa pun, harap program ni akan bermula  juga nanti, tapi kalau tidak, itu semua mungkin bukan di bidang kuasa kita. Baik korang semua semak di laman seaswang astro.com sendiri.

Korang rasa aku patut simpan je entri yang pertama mengenai hebahan ini dalam draf terus atau aku patut publish kan semula, sebab aku dah buat entri susulan yang ni kan.

Buat sementara aku biarkan dulu entri tu terus berada di blog ini.

Pandangan dan pendapat semua amat aku hargai.

Terima Kasih!

updated 3 Julai 5:55pm: aku dah padam entri hebahan pertama tu. Rasa lebih elok entri tu tiada di blog ini. Moga kekeliruan ini dapat di atasi dari penjelasan dalam entri ini.
~ يوس ~

Monday, July 02, 2012

Sedih!!!.....Sedih!!!....Tahniah!

2 kali sedih, tapi 1 lagi nak ucap tahniah.

Sedih pertama......sebak nak cerita, tapi nak kena cerita juga. Abadikan di blog ini, kot tak boleh di betulkan ke apa kan...huhu.

Sedihnya kamera Nikon purple ku rosak. Lens tidak boleh terbuka. Setiap kali cuba on, dia tulis, lens error. Gambar akhir yang sempat aku rakam dan upload di lappy ialah gambar kek birthday SRD tu. Siapakah yang telah bermain dengan kamera kesayangan ku itu. Macam terjatuh juga kot, atau ada yang asyik buka tutup lens tu ke?

Aku budget Arif kot. Dia sekarang memang pantang nampak kamera tu. Sibuk je nak menekan. Selepas upload gambar Jumaat tu, aku letak aje sebelah lappy ni. Tapi malamnya aku dah masukkan dalam beg. Ahad bawa ke majlis pertandingan ko-kurikulum Abid, kamera tak boleh berfungsi! Sedihnya. Baru 1 tahun lebih. kamera ni....huhu. Belum puas guna lagi. Cari-cari warranty kad dia, hilang entah ke mana. Semua takde....waaaaa! Aku pun tak pasti ada warranty lagi ke tidak. SRD kata dah takde warranty dah sebab dah masuk tahun ke 2, tapi kenapa aku macam rasa ada lagi ekk? Aduh!! Di mana aku simpan warranty card dia ni.Sedih sebab tak tahu apa punca lensnya tidak boleh terbuka....uhuk!uhuk!

My nikon coolpix s3100. Harap-harap masih boleh di betulkan lens error tu. Nasib baik ada telefon cokia aku ni. Kalau tidak dah takde gambarlah entri-entri aku nanti...huhu. Aduh! Agak-agak kan kos betulkan kamera ni lagi murah, atau angkat satu baru lagi murah?....hmmmm
Sedih ke 2 ialah kerana Tomok dah terkeluar dari MasterChef Malaysia Selebriti boleh gitu? Hahaha...suka tengok dia yang sweet dalam masterchef. Dari tak pandai masak langsung, bermula dengan zero tapi sekarang dah boleh  masak juga kan. Tapi semalam sedihlah tengok episod tu. Takpelah Tomok, jangan berhenti memasak ya. Bila dengar komen dari juri awal-awal tu, memang dah dapat agak dah, sure Tomok yang terkeluar. Dah 6 kali terselamat di episod penyingkiran, kalau kali ke 7 pun terselamat, kebal benor pulak Tomok ni kan. Pancake dia keras kata Chef Joe. Hai.....

Tomok di episod penyingkiran semalam. Adik aku pun tak pandai masak macam ni. Tahniah Tomok walau terkeluar. [image dari: FB MasterChef Malaysia]
Akhir sekali nak ucap Tahniah kepada pasukan Spain yang menjadi Juara dalam Euro 2012. 4-0 tu!!!! Aku tengok sekejap je. Masa tu Spain dah 1, kemudian dapat gol ke 2. Pergi gosok baju sekejap  tak sangka pulak jadi 4 kemudiannya ya. Cayalah Spain!! Cik abang aku SRD, konon nak tengok Euro 2012 akhir, tapi aku lihat tv yang tengok dia. Aku pulak boleh layan bola tu sikit-sikit....hahaha.

Siapa yang pegang trofi tu? Casillas ya nama dia? Hihihih, aku memang tak kenal sangat pemain-pemain bola ni. Tahniah Spain!! [image dari : dailymail]
p/s: Saja je nak tutup entri dengan berita gembira sedikit, sebab dua yang pertama tu sedih kan...huhu
~ يوس ~

Tuesday, June 26, 2012

Chocolate De' Amore vs Taman Coklat Nirwana dalam Masterchef Selebriti

Bila ada masterchef selebriti je di kaca tv, aku dok berebut tv dengan anak-anak. Mereka semua nak tengok Dragon Ball Z Kai di saluran 616. Abahnya pun sama. Nasib baik aku menang....haha! Mana boleh lawan ibu, walau terkadang ibu kalah juga.

Seronoklah tengok mereka buat coklat dalam cabaran sajian luar malam tadi.

Bila ketua bertukar apron, itu tambah lagi seronok. Dan aku suka team merah menang! Yea!!! Pinggan sajian mereka memang lagi kemas. Kredit untuk Dato' Dr Fazley. Macam rasa dia je yang menang masterchef selebriti ni. Tak sangka pandai masak rupanya

Chocolate De' Amore dari kumpulan merah
VS
Taman Coklat Nirwana dari kumpulan Biru
Kalau ada perempuan ni memang lagi nampak serabut kot ya, orang lelaki buat hiasan di pinggan lagi kemas je... Tu pasal Kumpulan Merah menang! Ada lagi coklat tambahan coklat putih berperisa pisang caramel tu. Terbaiklah kumpulan Merah!

Paling suka, Tomok tak perlu hadapi ujian penyingkiran lagi...hehe. Sokong Tomok ni!

p/s: Saja nak letak gambar coklat ni di sini, sebab teruja tengok coklat-coklat yang mereka buat. Aku bilalah nak pandai buat coklat ni. My sil kata senang je, aku yang malas nak cuba....huhu.


Sumber: FB Page MasterChef Malaysia

~ يوس ~

Thursday, April 19, 2012

Teri Meri Prem Kahani...

Macam mana boleh tersangkut dengan lagu ni?
Tak tahu dah berapa kali ulang dah....
Melodinya bestlah!
Very touching!

Tak pernah suka sangat movie dari Salman Khan sebelum ni,
mungkin sebab dah terlebih suka dengan SRD eh...SRK...hehe.
Tapi cerita Bodyguard versi Bollywood ni oklah cerita dia.
Dan lagu Tere Mere Prem Kahani ni paling aku suka...
Klip video dia pun menarik.
Kareena Kapoor nampak sangat cantik dalam klip video ini.
Terus rasa nak diet supaya boleh nampak cantik macam dia.





Hahahaha.....
Kepala aku tengah bengong!
Petang-petang ni layan lagu hindi.

Peace no War ya kengkawan.....:)

Nota kaki: Cantik bukan terletak pada paras rupa, bentuk badan atau apa saja luaran kita, tapi cantik terletak pada hati dan budi pekerti yang mulia. Dekatkan diri padaNya supaya kita akan lebih nampak cantik di mata semua, tak gitu. Peringatan untuk diriku yang selalu lupa.

~ يوس ~

Thursday, January 26, 2012

Songlap pun kena 'songlap'

kredit image: sinemamalaysia.com
Dah tonton filem Songlap?
Dua hari lepas aku berpeluang menonton filem ini.
Dan aku rasakan filem ini memang best!
Aku bagi 4.5 bintang.

Tak tahu aku nak komen macam mana ya,
tapi bagi aku lakonan yang di tunjukkan oleh Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali memang patut di puji.
Baru perasan 3 orang pelakon utama filem ini namanya bermula dengan huruf S.

Aku suka baca artikel dari gua.com mengenai filem ini di sini.
Semua yang di tulis di situ aku sokong.
Shaheizy Sam memang boleh di angkat sebagai pelakon terbaik menerusi Songlap.
Watak dia dalam tu mencabar aku rasa.

Ada yang tertanya aku tengok Songlap di mana?
Mana lagi kalau bukan di sini.
Itu sebab aku kata Songlap pun telah di 'songlap'.
Tapi tulah, rupanya mudah saja nak tonton filem terbaru sekarang ya?
Kesian juga pada penggiat filem kita, semua kena rompak.
Aduhaii...

Tapi kalau peluang dah depan mata,
lebih-lebih lagi orang yang memang malas nak ke panggung macam aku,
pastilah ramai yang ambil peluang tu kan.
Hmmm....

Sinopsis Filem Songlap

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, Songlap mengikuti kisah dua adik-beradik – Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; Am mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya Razak kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang.

Akan tetapi, niat baik Ad untuk menolong Hawa telah menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Diterbitkan oleh Red Films dan Primeworks Studios Sdn. Bhd, (Grand Brilliance), filem Songlap bakal ditayangkan kepada umum mulai 15 Disember ini di pawagam seluruh Malaysia.
Sumber: gua.com
~ يوس ~

Wednesday, January 11, 2012

Ariana Mikhail : Sein dan Nora Danish tu!!

image dari fb pages Ariana Mikhail
Jarang sekali aku menonton drama di tv9.
Tapi bila terpandang promo ini rasa berminat sangat nak tengok.




Promo Ariana Mikhail bersama Sein dan Nora Danish


Minat tengok Sein masa dia berlakon drama Adam Maya dulu.
Romantik kan.
Kali ini bergabung dengan Nora Danish pula dalam Ariana Mikhail.
Baca sinopsis dan tengok promo macam best aje.

Bermula Isnin depan, memang wajib tonton ni.
Bakal bersiaran di Slot Ratu setiap Isnin dan Selasa jam 8..30 malam di tv9,
bermula 16 Januari 2012.

Sinopsis Ariana Mikhail
>>>Sila baca sini.

~ يوس ~

Wednesday, January 04, 2012

Dua perserta bakal berentap di gelanggang akhir MasterChef Malaysia

Macam dah agak Ezani masuk akhir.
Tapi tak sangka pencabarnya ialah Wahidan.
Aku suka tengok Zamir tu.

Apa pun, kalau Wahidan yang menang, pasti berbaloi-baloi.
Boleh beli kebun lagi kot...hehe.

Ezani punya kerjaya yang baik.
Doktor gigi tu, pandai pulak masak.
Memang bertuahlah bakal suami dia nanti kan.

Ezani Farhana
vs
Wahidan
Agak-agak siapa yang bakal menang?
Tak sabar pula nak tunggu episod akhir nanti kan...
All the best untuk kedua-dua peserta yang mara ke akhir ini.

p/s: habis masterchef, tengok Dil To Pagal Hai di TV2. Masih bersiaran tu, belum pun sejam...hehe


~ يوس ~

Tuesday, January 03, 2012

Jom dengar dj Shaz di HotFM Kelate

Sejak Wani jadi dj ni, ini baru pertama kali berpeluang dengar suara dia live di radio.
Tak pernah bersua muka, apa lagi dengar suara.
Selama ini suka masuk blog dia aje.

Hari ini baru berpeluang dengar.
Serius aku jarang sekali dengar Hot FM sebelum ni.
Biasa dengar sinar aje.
Tapi kerana semangat nak dengar dj Shaz kita @ Wani di radio,
hari ni buka Hot FM Kelate online dari pukul 8 pagi.
Takut terlupa lagi.
Tahu dia bersiaran bermula jam 11 hingga 3 petang.
(Orang duduk Johor pun semangat nak mendengar ni...hehe)



Wani!!
Akak sokong Wani tau!
Sedang mendengar ni.
Lembut dan manis je dengar suara Wani di radio...hehe.
Cuma satu je kena perbaiki, jangan laju sangat baca ucapan tu.
Ke masih gementar kot ya.
Apa pun lagu-lagu semua best!
Akak suka!!!!!

Siapa-siapa yang masih belum mendengar tu,
apa kata klik Hot FM Kelate Online ni.
Macam aku memang boleh dengar online je sebab bukan di Kelantan.
Tapi kalau di Kelate, boleh dengar di 105.1FM.
Atau kalau nak beri ucapan boleh tinggalkan ucapan anda di fb Shaz HotFMKelate

Semoga Wani terus sukses dalam bidang ini ya...

~ يوس ~

Monday, January 02, 2012

Main Gitar : Ustaz Azhar Idrus vs Zizan Rajalawak




Kelassssss Ustaz Azhar Idrus kita.
Inilah video yang orang dok cari-cari tu ya?
Sayang suara tak berapa jelas.
Tapi betul tak sangka Ustaz pandai juga main gitar.

Macam-macam cara berdakwah.
Tapi cara ustaz ni memang sempoi.
Ramai anak muda yang tambah minat dengan ustaz ni kan.
Cara bercakap yang bersahaja, pandai pula berjenaka.
Ada juga kelebihan dalam muzik sikit-sikit.

Cuma satu je, loghat ganu dia pekat sangat lah.
Selalu kena dengar dua tiga kali ceramah dia di youtube,
baru faham....huhu


~ يوس ~

Iklan terbaik dan penuh makna untuk di tonton | Iklan Pantene rupanya!!!!!





Banyak pengajaran daripada iklan ini.
Aku sendiri tengok rasa teruja.
Rasa penuh bersemangat.

Tiada benda yang mustahil jika kita berusaha.
Tiba-tiba teringat pula salah satu babak dalam 3 idiots.
Kalau usaha gigih, ubat gigi yang terkeluar pun dapat di masukkan semula kan!

Siapa tengok 3 idiots mesti faham maksud aku?
Hehehe....

~ يوس ~

Saturday, December 31, 2011

Video Maharaja Lawak Mega Akhir : Osbon Juara, Boboi Naib Juara dan Jozan persembahan

Aku tak langgan warna,
Jadi selalunya kalau nak tengok pun memang dari youtube.
Dari awal berharap Boboi menang,
tapi selepas tengok persembahan mereka malam tadi,
SOKONG Osbon menang!
Memang terbaekkkk dari Osbon.

Osbon Maharaja Lawak Mega Akhir (Pusingan 1)




Osbon Maharaja Lawak Mega Akhir (Pusingan 2)




Boboi Maharaja Lawak Mega Akhir (Pusingan 1)




Boboi Maharaja Lawak Mega (Pusingan 2)




Video Persembahan Khas Jozan dalam Maharaja Lawak Mega Akhir




Bila dah tengok Osbon buat persembahan, rasa macam persembahan Boboi hambar.
Tahniah Osbon kerana menjadi Juara untuk Maharaja Lawak Mega.
RM350,000 milik mereka.
Memang patut mereka menang.
Os bolehlah bersara dari bawa teksi macam ni...
Apa pun Abon adalah nyawa kumpulan Osbon.
Setuju dengan Siti, Abon konfiden cantik bila jadi perempuan....haha.

Jozan pun best untuk persembahan.
Semua juri kena perli.
Terbaik untuk Chef Wan lah....hehe.
Memang terkena sungguh Chef Wan.....hihi.
Jangan ada yang kena saman sudah....

~ يوس ~

Friday, December 30, 2011

TV3: Sila tukar waktu siaran Slot Akasia pleaseeeeee!

Semalam, sana sini sibuk bercerita tentang slot Akasia Tentang Dhia.
Semalam episod akhir, dan aku sempat tengok cerita tu 5 minit terakhir aje.
Sebelum ni tak pernah tengok pun...huhu
Memang jarang sekali mengikuti Slot Akasia ni
sebab waktu siarannya  macam tak berapa sesuai!

Kenapalah nak siarkan drama best-best waktu maghrib?
Boleh buat ramai yang leka tau!

Terbaru, yang bakal keudara di Slot Akasia ialah drama Gemersik Kalbu.
Lama tak tengok Ayu Raudhah berlakon.
Rasa rindu nak tengok lakonan dia.

Sinopsis Gemersik Kalbu baca sini.

Pasti ramai yang sependapat dengan aku kan.
Aku print screen komen dari laman gua.com yang rata-rata berharap slot ini di tukar waktunya.




















Agak-agak pihak tv3 baca tak?
Rasa ramai je orang melayu kat situ.
Tak kan sorang pun tak boleh suarakan benda ni?
Pleaseeee, pleasee, pleaseeeeee....
Tukarlah waktu siaran tu!!!....huhu.

~ يوس ~

Thursday, December 29, 2011

3 Idiots buat blog aku popular sekejap (^_^)

Entri hangin aku dengan TV3 malam tadi pasal 3 idiots buat blog aku popular sekejap.
Dan hati aku jadi sejuk bila tengok UV naik cepat kerana 3 idiots.

Baru pukul 9.15am, dah ada 111 UV. Tak pernah sebelum ni tau!

Keywords yang terpapar pada akaun nuffnang semua yang masuk blog ini cari 3 idiots.

Dari atas ke bawah, hampir semua 3 idiots.
Bila aku sendiri cuba google 3 idiots di tv3, blog aku duduk ranking 1 dalam senarai...

Yang pertama dan yang ke dua muncul menuju ke blog yus-our life
Apa maksudnya??
Memang ramai yang geram dengan tv3 malam tadi.
Dan memang ramai yang suka cerita 3 idiots ni.
Aku sendiri bukan pertama kali tengok cerita ni semalam.
Tapi tak tahulah, cerita ini memang best.
Ada daya tarikan yang tinggi.
Patutlah super duper box office kan.
Banyak pengajaran baik di sebalik cerita ini.

Satunya, kita patut belajar bukan kerana ijazah,
tapi kerana ingin menuntut ilmu.
Macam Ranchos, dia seorang pelajar pintar.
Belajar kerana dia sangat dahagakan ilmu.
Melihat skop berjaya tu bukan untuk segulung ijazah atau nama.
Dia sendiri belajar pun menggunakan nama orang lain.
Sehingga kawan baik sendiri pun tak tahu nama sebenar dia.
Tapi akhirnya dialah yang paling berjaya.

Filem ini memang aku bagi 5 bintang + + + + + + + +.
Jalan cerita langsung tak boring.
Asyik gelak aje, tapi banyak yang kita belajar darinya kan!

Nota kaki: Oleh kerana 3 idiots telah memberi impak baik pada blog ini, aku dah kembali ceria. Sejuk dah hati aku yang panas malam tadi...;) :).

~ يوس ~

3 Idiots : TV3 buat aku hangin! Tapi rupa-rupanya....

image ehsan google
Siapa tengok 3 idiots di tv3 tadi?
Aku tengok dari mula sampailah dia berhenti untuk tv3 nightline.
Punyalah aku sabar menunggu berita habis.
Nak sangat tengok kesudahan cerita tu tadi.
Bila saja tiba pukul 12.30 malam, tercongoklah depan tv ni.
Best citer ni!
Serius! Banyak pengajaran daripadanya.
Bukan seperti cerita hindi biasa.

Tiba-tiba, tak juga muncul sambungan 3 idiots yang aku nanti.
Mana ni weh!!!
Aku sabar menanti ni!
Kenapa tiada??????
Geram dah ni!!!
Apahal lak rancangan nyanyi-nyanyi dari penyampai hotfm dan artis-artis lain.
Aduh!!

Siap aku ambil gambar ni sebagai bukti!

Cer tengok! Dia tulis situ sambungan 3 idiots dari 12.30am sampai 1.30am kan.
So, dari ikut logik akal aku, sambungan dia hari inilah kan.
Selepas berita nightline tu.
Harus komplen ni!!!
Mana boleh macam ni???
Suka-suka je nak tayang filem, sekali tak habis.

Bukalah fbpage TV3.
Konon nak komplen kat sana.
Sekali nampak di wall fb page TV3 Malaysia tu.
Tertulis status ini....

Lorrr. Apa kes??
Baru ku tahu sambungannya esok.
Adeh!! Terus tak jadi nak komplen.
Tapi hati aku tetap panas.
Sebab tak tahu tadi kan.
Kalau dah begitu, janganlah ada kat screen tv bahagian info tu tertulis seperti ada sambungan.

Bukan aku aje hangin.
Bila buka twitter, hampir semua yang tengok 3 idiots hangin.

Aku print screen sikit aje...


Oklah. Ingatkan malam ni habis terus.
Rupanya esok baru habis.

Barulah nampak image ni di fb wall TV3.
Ada part 1 dan part 2 ke??
3 idiots yang tak idiots sebenarnya.
Mereka semua bijak, especially Ranchos @ Chote @ Phunsukh Wangdu @ Amir Khan...hehe.
Dan yang paling idiots sebenarnya.....(rasa korang tahu jawapannya kan!)
Ok, ok, aku tunggu esok jelah ya....huhuhu

Nota kaki: Mood geram tak jadi nak komplen...grrrrrX-(.

~ يوس ~

Wednesday, December 28, 2011

Boboi MLM akan ke layar filem

Siapa tengok Maharaja Lawak Mega??
Minggu ini minggu akhir kan.
Macam dah dapat agak siapa pemenangnya ya tak?
Aku memang suka kumpulan Boboi.
Dalam semua episod,
Boboi yang menggabungkan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik memang sentiasa konsisten persembahannya.

Dan kini dengarnya Boboi akan di filemkan pula.
Boboi bakal memulakan penggambaran filem
Boboi, Best Friend Forever (Boboi, BFF) pada penghujung Januari nanti.
Mesti gempak ni kan.

Jenama Boboi ke layar filem
BELUM pun sempat pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) berakhir, tuah nampaknya sudah menyebelahi kumpulan Boboi yang sudah mula mengorak langkah lebih jauh ke depan.
Sama ada mampu bergelar juara atau sebaliknya, Boboi akan terus abadi di fikiran peminat selepas ini.
Tidak mahu nama Boboi terus dilupakan selepas MLM melabuhkan tirai Jumaat ini, kini dua penggerak utama Boboi, Afdlin Shauki dan juga Harun Salim Bachik, optimis jenama tersebut mampu melangkah lebih jauh.
Baca Lanjut>>
Sumber: Utusan Malaysia Online

Antara persembahan Boboi yang aku paling suka ialah masa separuh akhir yang lalu.
Pada tajuk Puteri Gunung Ledang tu.
Aku gelak tak hingat punya...huhu :)) :))




Moga kumpulan Boboi akan menang Jumaat ini.
Hadiah utama RM350,000 tu!
Kalau dapat kayooo omak...hehe :p.
~ يوس ~

Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam Aduh Sayang

Untuk Slot Cerekarama Sabtu ini,
31 Disember, 2011 jam 9 malam.
TV3 akan menyiarkan cerita bertajuk Aduh Sayang
yang menampilkan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai pelakon utama.

Aku minat tengok mereka berdua ni.
Tak sabar nak tunggu Sabtu ini.
Jom tengok sikit gambar-gambar mereka dalam cerita ni nanti.

Lalok sungguh si Remy...hihi

Cantik Tiz Zaqyah di sini kan.

Amboi! Kata 2 orang anak, kenapa ada 4 di sini??

Aksi ni paling tak menahan!

Sinopsis Cerita:


Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.
Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka.
Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budak…

Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar.

SUMBER: gua.com.my

Slot Cerekarama sekarang memang banyak yang best-best kan!
Harap-harap cerita Aduh Sayang ni pun tidak menghampakan.

~ يوس ~

Tuesday, December 27, 2011

Ra.One : Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor

[image dari sini]
Aku baru habis menonton movie terbaru dari Shah Rukh Khan bertajuk Ra.One.
Kalau siapa yang baca blog aku dari dulu, mesti tahu aku suka tengok filem hindi,
lebih-lebih lagi kalau heronya SRK.

Sudah lama terbiasa dengan watak SRK yang romantik,
untuk Ra.One aku macam sedikit kecewa.
Takde feel romantik sangat.
What do you expect?
Dah tentu ini filem aksi, tak kan nak over romantik kan?
Hahahaha....

Filem yang agak menarik.
Memang menghiburkan, dan kesan digital yang sangat baik!
Memang patut pun sebab pembikinan filem ini di katakan menelan belanja yang sangat tinggi.

Gandingan SRK dan Kareena ok.
Aku suka tengok budak yang jadi anak SRK dalam filem ini.
Dan paling tak sangka, yang nyanyi lagu dalam filem ini bukan orang India rupanya.






Ok, cuba korang dengar lagu di atas.
Suara penyanyi yang konon suara SRK tu.
Nama penyanyinya Akon.

Inilah Akon penyanyi lagu Chamak Challo tu. [image ehsan google]
Bila cuba cari siapakah Akon ini??
Dia adalah seorang penyanyi R&B dari Senegal dan pertama kali datang ke US ketika berusia 7 tahun.
Orang Afrika rupanya!
Aku tak pernah tahu penyanyi bernama Akon sebelum ni ya...hehe.
SRK dan Kareena bersama Akon. [image ehsan google]
Keseluruhan aku bagi 3.5 bintang saja untuk filem ni.
Takde feel macam selalu bila tonton filem dari SRK.
Satu je yang sama, SRK lucu dan Kareena cantik...hehe.
Namun satu percubaan yang bagus dari SRK.
Harus keluar dari kepompong lama, mana boleh bawa watak hampir serupa aje kan.


~ يوس ~

Monday, December 26, 2011

Datuk Siti Nurhaliza Persis Madonna dalam kulit depan majalah GLAM Jan 2012

Siti ke ni???
Serius, lain sangat rupanya kan?
Sekali pandang macam robot pulak...huhu.

Rekaan 1
Rekaan 2
Rekaan 3
Rekaan 4
Keluaran terbaru majalah fesyen dan gaya hidup popular GLAM telah pun berada di pasaran. Empat rekaan kulit depan yang menampilkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sebagai Madonna dilihat sebagai satu strategi pemasaran yang cukup kreatif.
Baca Lanjut>>>
 Sumber: gua.com.my

Aku bukan peminat Madonna.
Jadi tak ingat sangat rupa Madonna macam mana ya?
Ada ke Siti rupa Madonna dalam gambar-gambar tu?
Huhu...

Datuk Siti ni pun, nak pula kena solek gitu ya?
Dah nama pun artis, cantik dunia aje sebenarnya.
Lagi manis Datuk Siti bertudung aku rasa.
Ayu aje nampak....

Apa pun aku suka rekaan yang ke dua tu.
Nampak cool dan moden.
Korang suka rekaan yang mana?

~ يوس ~

Sunday, December 25, 2011

Final Vokal Bukan Sekadar Rupa : Asmidar vs Mafa

[image ehsan google] Asmidar dan Wafa
Serius aku baru sekali aje tengok rancangan ni.
Tup-tup malam ni dah akhir??
Entah bila waktu siaran selama ini pun tak tahu.
Memang hari Ahad lah ya?

Tengok kedua-dua peserta yang masuk akhir ni, mungkin kurang sikit dari segi rupa,
tapi suara aku tak tahu?
Baru nampak muka diorang hari ini...:D.
Kenapalah rancangan nyanyian ni tumbuh macam cendawan ya?
Sana sini ada.

Dari AF, Mentor, Idola Kecil dan ini Vokal Sekadar Rupa pula.
Semua berlumba-lumba nak jadi penyanyi.
Tajuk aje yang berbeza, tapi kalau dah jadi artis nanti, rupa pun boleh berubah kan?
Dari biasa-biasa aje, cantiklah tu nanti.
Tapi macam sekejap aje timbulnya, lepas tu tenggelam.
Apa yang istimewanya ya?
Hai!! Kalau dah nama hiburan tu, ramailah yang suka kan.

Aku pun suka layan sekali sekala....huhu :">.

Ada yang nak tengok malam ni?
Tunggu 9 malam di tv3 lah kan.
Berita pasal ini di sini.

~ يوس ~

Saturday, December 24, 2011

Ajaibnya Cinta : Johan As'ari dan Umie Aida

Cerekarama malam ini 24 Disember, 10 malam.
Ajaibnya Cinta, arahan Erma Fatima.
Lakonan Johan As'ari dan Umie Aida.
Comel pulak tengok gambar-gambar diorang ni kan.



Sumber: gua.com.my
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...