Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Tuesday, January 26, 2016

Majlis Perkahwinan Sepupu

Musim orang kahwin sekarang dah tak kira cuti sekolah atau tidak. Asal ada cuti, adalah orang buat majlis. Bulan ini kami sempat menghadiri dua majlis perkahwinan sepupu saya. Muda2 lagi sepupu sepapat, baru nak kahwin, ibu kamu ni dah beranak 5...hihi.

2 Januari, majlis perkahwinan sepupu sebelah ayah saya di Desa Bertemu Jodoh....Azila dan suaminya.

Selamat Pengantin Baru Zila....
Kemudiannya 23 Januari yang lalu, majlis perkahwinan sepupu sebelah emak saya pula di Parit Bakar Muar...Adib Nasir dan pasangannya Seha...(tak ingat nama penuh ).

Atas sekali bersama pasangan pengantin, bawah kiri, Amani sibuk nak posing, bawah kanan, saya bersama ibu pengantin, adik kepada emak saya, makcik saya yang comel, saya panggil Mak Non. Beza umur kami 9 tahun saja, makcik saya nampak muda kan, ini perkahwinan anak sulong Mak Non.
Buat kedua-dua pasangan pengantin, semoga berkekalan hingga ke anak cucu, Kak Wati doakan ya....dan semoga dapat anak yang ramai, sila kalahkan akak sepupu kamu ni, mest lebih dari 5 tau...hahaha.

Ok....till next entri.

~ يوس ~

Wednesday, August 06, 2014

Gambar pagi raya pertama 2014

Tahun ini tak banyak ambil gambar. Mood nak pegang kamera takde. Bila belek2 memang paling sikit gambar hari raya berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tapi kalau takde langsung tu macam tak best lah pula kan.

Pagi raya tahun ni di Muar pula kampung suami. Malas nak cerita panjang eh. Memang nak tepek gambar raya je ni....hihi.

Tema tahun ni biru + pink....:)

My two princess....Alia dan Amani

3 beradik, Abid, Arif dan Amani

Gambar keluarga kami di pagi raya. Aqil tu tak tahulah, memang mood dia suruh bergambar takde, asyik masam je muka...huhu. Tahun ni sebab Alia sibuk nak jubah ala frozen tu, ibunya pun ikut berjubah...hehe. Amani je pagi raya lentok je, denga peplum dia tu. Lentok punya pasal, peplum pun tak nampak...hihi.

Gaya sedikit santai katanya, tapi still anak sulung saya Aqil monyok...adoiii lah anak!! Cer ceria sikit .....huhu.

Keluarga besar Hj Mahzan, keluarga belah suami saya....ramai kan. 9 adik beradik, campur menantu dan cucu cicit semua, cicit baru sorang je pun, tapi meriah....hehe.
 Oklah, itu saja gambar pagi raya 2014 yang nak di kongsi. Lelain tak menarik eh....hehe.

Salam Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir dan Batin.


~ يوس ~

Monday, July 07, 2014

Nasi Ambeng untuk berbuka

 بسم الله الرحمن الرحيم

Kita masuk cerita keluarga pula hari ini....

Sabtu lepas adik beradik SRD dan mil datang berbuka di rumah. Walau tak semua hadir, tapi dah cukup meriah, bising dengan suara anak-anak. Boleh pening kepala kalau tak sabar. Time tulah pintu bilik boleh terkuncilah, tangan Alia kena bunga apilah, hai, macam-macam. ( hehe, belum 10 hari puasa dah main bunga api kan)

SRD sibuk suruh Yus masak nasi ambeng yang lengkap . Oklah, buat nasi ambeng tu boleh, cuma Yus ni tak pernah buat serunding sendiri. Dalam banyak2 serunding, saya sebenarnya suka serunding kelapa je, yang lain2 tu kureng sikit.

Makanya men'google' cari resepi serunding kelapa yang mudah . Jumpalah resepi di sini yang nampak mudah dan sedap. Maka operasi pun bermula.

Bila semua sampai, siaplah nasi ambengnya. Tak makan dalam dulang, sebab rumah Yus takde dulang besar...hahaha. Makan dalam pinggan masing-masing sudah waktu berbuka tu kan. Lain2 menu berbuka tambahan, adik2 beli di bazaar ramadhan sebelum mereka sampai ke rumah kami.

Gambar dari hp adik ipar saya. Yus sendiri tak sempat nak ambil gambar apa pun, tetamu ramai di rumah kita sibuk nak ambil gambar, ada yang kena perli nanti kan....hehe.
Lengkaplah kot nasi ambeng untuk berbuka Yus ni. Ada ayam masak kicap, mee goreng, sambal goreng, ikan kering, serunding dan mesti di makan atas daun pisang gitu...hehe. Nasi tak cukup, minta maaf, ingat dah banyak, rupanya tak cukup....hihi. Serunding kali pertama buat pun, SRD dan mil  kata menjadi...alhamdulillah.

Anak-anak semua makan buka di bawah ya.

 Ok, ni pula semalam testing baju raya yang baru di terima. Beli online untuk Amani.

Saja buat gambar hitam putih, nanti tak surprise pulak kan belum raya dah tunjuk semua...hehe. Tak teruja pun dia pakai baju tu, yang teruja abang dia Arif, sibuk suruh keluar baju raya dia juga....hehe.
Sekian.....salam sayang untuk semua.
TQ sudi baca....
 ~ يوس ~

Monday, June 30, 2014

Cerita Jun 2014

Ini antara cerita yang penting yang berlaku sepanjang Jun. Al-maklum, orang dah tak rajin update yang baru mula nak rajin, kumpul semua dalam satu entri mudah. Biar ringkas, asal ada tepek sini, boleh?....hahaha.

1 Jun 2014

Majlis Resepsi/ Menerima menantu bongsu di rumah keluarga kami. Perkahwinan adik bongsu saya Hasrul dengan pilihannya Miss Wana. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, Selamat Pengantin Baru dik. Dah sebulan dia kahwin, baru akaknya sempat masukkan dalam blog ni...huhu.

Di rumah pengantin perempuan selepas akad nikah. Masa akad nikah baju putih tak sempat bergambar bersama, dah tukar kaler kuning baru sempat ambil gambar...huhu.

Di rumah ayah dan bonda kami, majlis sambut menantu yang simple dan ringkas saja. Takde pelamin bagai....:)

14 Jun 2014

Birthday Amani yang pertama. Diam tak diam dah setahun budak kecik sorang ni. Sekejap je, dan selama itu jugalah, cerita dia jarang keluar dalam blog ibu dia ni. Ibu malas sangat nak update kan....hahahah.

Takde buat majlis apa pun, makan2 keluarga sendiri saja. Buat kuey teow goreng sikit malam tu, dan beli kek untuk Amani. Siangnya jalan2 ke bandar, abahnya belanja makan nasi ayam Gemas.

Ni muka budak yang dah setahun, makan sendiri kononnya, habis bersepah satu meja.

29 Jun 2014

Dan semalam pula adalah birthday abahnya@ suami tercinta saya, SRD. Selamat Hari Ulangtahun bang, semoga panjang umur, murah rezeki, dan dapat terus membimbing kami hingga ke akhir hayat.

Hari ni pula, dah masuk 2 Ramadhan kan. Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa buat semua teman2 blog Yus yang Yus kasihi, tak kira di mana anda berada. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan dan menambah ketakwaan kita kepadaNya yang Esa. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri selama ini. Terima kasih kerana menjadi sahabat alam maya yang best buat saya ....Miss u all.


~ يوس ~

Monday, April 29, 2013

Ulangtahun Perkahwinan : 12 tahun dan 38 tahun

29 April 2001 - 29 April 2013. 

Alhamdulillah hari ini genap 12 tahun usia perkahwinan kami. Syukur pada Allah.... Terima kasih abang untuk semuanya selama 12 tahun ini dan juga tahun-tahun yang bakal mendatang. Semoga bahagia ini berkekalan hingga ke akhir hayat. 

Dulu berdua, sekarang berenam dan 1 bakal menyusul. Bertujuh pulak lepas ni....Doakan kami gembira dan bahagia selalu....aminnn.
Buat pertama kalinya di hari ulangtahun perkahwinan kami, SRD tiada di sisi. Moga dia baik-baik saja di Osaka sana dan segala urusannya berjalan lancar. ..aminnn.

26 April 1975 - 26 April 2013

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 38 buat pasangan sejoli, Paiman dan Yunasteri, ayah dan emak ku yang sangat aku sayangi. Moga mereka sihat-sihat selalu. Berharap kami juga akan sampai ke tahap ini satu hari nanti...aminn.

My beloved father and mother.


~ يوس ~

Thursday, January 10, 2013

Bertemu kita lagi ya As, di majlis persandingan Khairul dan Eina.

Ok. Ni cerita basi, tahun 2012 tapi nak juga letak di blog. Kenangan ni, entah bila tahun dapat bertemu lagi sahabat kami ini. Sejak mereka balik dari Jepun, inilah baru berpeluang bertemu. Walau kini dah dekat, tapi masih lain negeri tak gitu As. (Eh! Sepelaung je sebenarnya ekk?...hihi)

Siapakah yang aku maksudkan tu ya? Dia juga merupakan teman blogger kita semua. Aku percaya ramai yang baca blog dia, dan sekarang ni sejak balik Malaysia dah jarang sangat update, sibuk sangatlah tu.

Sahabat yang aku maksudkan ialah pemilik blog Asmara Life, Puan Asmara kita sekeluarga. Seronok dapat jumpa mereka sekeluarga di majlis persandingan adikku Khairul dan Eina 16 Disember yang lalu. Selain itu, kami juga berpeluang berjumpa dengan seorang lagi teman yang sama2 rapat suatu ketika dulu, Kak Niza sekeluarga.

Sedikit gambar kenangan kami semasa majlis pada hari itu.

Aku bersama As, Alia anakku, makcikku merangkap adik emakku di sebelah kanan dan juga pengantin. Ini majlis di rumah bonda dan ayahandaku di Melaka.

Sakan berborak hari itu. Nasib baik juga ketika mereka sampai, tetamu dah berkurang, makanya dapatlah berborak lama sikit kan As. Lauk pun ada yang dah habis. ..huhu. 
Selain itu, pertemuan dua rakan sebaya yang malu-malu kucing. Macam tak pernah kenal pun ya juga mereka ni. Maklumlah dulu mereka masih bayi lagi sekarang ni dah besar dah, masing-masing dah tahun 3 di sekolah. Mereka lahir di hospital yang sama di Sheffield tu, Jessop Wing in memory...hehe. Siapakah dua rakan sebaya itu?

Gambar ketika mereka berdua masih baby lagi, tahun 2005 rasanya masa ni, di rumah As di Sheffield masa tu. Alia dan Batrisya (anak sulung As). Cer teka mana satu Alia, mana satu Batrisya...hehe.

Mereka terkini, dah besar keduanya, yang sorang tu sampai ke besar tetap macam anak Jepun...hihi. Batrisya lahir bulan Oktober, Alia Disember tahun yang sama. (Baru perasan, abang rela kat belakang 3 orang tu bukan main bersilang panggung ya, al-maklum tetamu dah tak ramai ya...hihi)
Ini pula gambar pasangan pengantin yang di rai. Baju tema merah hitam ni sebenarnya ketika majlis di rumah pengantin perempuan, majlis di rumah bonda dan ayahku baju pengantin bertemakan hitam dan putih seperti gambar pertama tadi
Selamat pengantin baru buat adikku dan pasangannya serta Selamat Kembali ke Malaysia buat teman blogger kita As sekeluarga. Moga terus sukses walau di mana juga kalian berada. 

Buat Batrisya, Sekolah kat Malaysia tak best ya? Alahai, kesiannya dia. Baru lagi, InsyaAllah, lama2 nanti mesti Batrisya rasa sekolah di sini pun best, cuma stress sikit kot, penat dan banyak sangat kerja, beg pula berat penuh dengan buku ya, cikgu garang sangat. Adeh! kena ubah sikit kot sistem pembelajaran kita ni, sampai mereka yang biasa dengan sistem pendidikan di negara luar rasa tertekan pula dengan sistem kita kan. Hmmm.....Siapa nak jawab? Cikgu-cikgu ada jawapan?

p/s: teringat As kata dengan aku hari itu, "Tak nampak pun macam kak yus pregnant?" Kandungan baru 4 bulan, janganlah expect perut aku besar ya, hihi....kalau dulu masa Arif, dah 9 bulan pun ada yang ingat kandungan baru 6 bulan, tak tahulah kali ni, selera makan memang mencanak naik, berat baru 4 bulan dah 66kg, dulu masa Arif, tunggu hari je lagi, baru 69kg...huhu.
~ يوس ~

Tuesday, November 27, 2012

Sepupu paling kecil datang ke rumah : Welcome Nuha! and Happy 6th birthday Abid

Cerita berlaku seminggu yang lepas. Baru rajin nak update. Huhu.....sungguh sekarang ni sedang tahap kemalasan yang melampau! Serba serbi malas je.....huwaaaa!

Ok!Ok! Mood rajin sikit pagi ni.....

19 November yang lepas sepupu paling kecil budak-budak ni pertama kali datang ke rumah kami. Datang bersama bondanya Cik Ana anak-anak aku tu, dan Tok Mak mereka (mil aku yang tersayang). Sampai juga Nuha ke rumah mokteh ya!

Geram sungguh dengan si Nuha ni. Peel baru dia yang aku nampak hari tu, suka sangat terjeler lidah. Jelir lidah sampai semua lidah nak terkeluar. Tapi bila aku nak ambil gambar, pandai pula cover tu....huhuhu. Memang dah nak makan sangat kot budak ni ya Ana....hihi.

Tapi Nuha datang sekejap aje. Hanya sempat bermalam semalam di rumah kami. Entah bila Nuha nak sampai lagi lepas ni ya! Esoknya 20 November Nuha dah berangkat pulang. Sebelum pulang, kita kerjakan Nuha. Ambil gambar banyak-banyak dengan dia....hehe.

Bersama Arif, dua-dua tersengih, sorang belum ada gigi, sorang lagi dah nak hilang gigi....huhu. Lepas ni Nuha dah tak jadi sepupu paling kecil lah ya, ada dua bakal menyusul, adik Arif jadi paling kecil pulak....hehe.

Bersama Kakak Alia dan abang Arif. Alia anak dara aku sorang ni memang dah boleh di harap urus adiknya Arif. Pegang Nuha pun tak nampak kekok, senanglah ibu nanti ya Alia...:)

Lagi anak-anak aku bersama Nuha. Gambar kanan baru abang Abid nak menyelit. Hari itu 20 November adalah hari ulangtahun Abid yang ke 6. Abang Aqil tak join, jalan masih mengengkang belum baik sunat...hihi.

Sempena birthday Abid, pagi itu bersarapan dengan kek budak-budak ni. Nuha tolong tengok, baru perasan takde Nuha pun dalam gambar masa nak potong kek. Arif lagilah, mandi pun belum....huhu.
Selamat hari ulangtahun yang ke 6 buat anak ibu Abid. Minta maaflah baru hari ini ibu update dalam blog ni. Abid tak kisah pun kan, ibu je rasa bersalah pada diri sendiri sebab takde buat apa pun untuk birthday Abid kali ni. Pening lalat tak sudah ibu kan. Doakan ibu dapat habiskan 1st trimester ni dengan cepat, ibu pun dah tak larat rasa....huwaaa.

p/s: Minggu depan baru plan nak buat buku merah sebab dah masuk 12 minggu....:)
~ يوس ~

Tuesday, October 16, 2012

Adik - adik sepupu Arif...

Kalau nak tunjuk semua sepupu sepapat yang Arif ada, mestilah ramai. 21 kesemuanya sepupu yang Arif dan anak-anakku ada. Tapi ni nak tayang gambar adik sepupu jelah. Kiranya yang umur bawah dari Arif. Yang Arif selalu buli bila jumpa....hahahha!

Dari kiri Damia (anak Pak Anjang ), Aiman (anak Busu Ajul), Nuha @ Baim (anak cik Ana)
Kalau Damia tu suka nak bermain dengan Arif, tapi nanti dia kena buli ajelah dengan Arif. Yang tak tahan tu pandai menjerit macam kakaknya. Comel lak Mokteh tengok dengan mulut muncung gitu Damia...hehe. Damia baru setahun lebih tahun ini.

Aiman pula si pipi sentol. Suka dengar suara dia yang garau sikit. Dah pandai jalan dalam walker sekarang, boleh tahan dia ni. Ceria dan senyum sokmo.

Nuha @ Baim. Ibu dia pangil Nuha, tapi kami ikut suka, kadang-kadang panggil dia Nuha, kadang-kadang panggil dia Baim. Ala-ala Baim Wong...hehe. Nama pun Nurul Nuha Ibrahim kan, dua-dua pun nama saya kan Nuha...hehe. Masa gambar ni di ambil, Mokteh tak berapa selesa nak pegang Nuha, ala-ala takut-takut.  Masa ni baru 2 bulan kot.Mukanya selalu nampak pucat je tu yang tak berani pegang lelama sangat. Nuha kurang sihat sejak lahir kan, perlu attention lebih, tu yang muka pun selalu nampak pucat.

Tapi sejak dah buat minor operation baru-baru ni, wajah Nuha makin ceria Mokteh tengok...alhamdulillah. Semakin comel, semakin mengikut wajah ibunya. Dah tak pucat, nampak kulit lebih cerah dan ceria. Barulah mokteh suka nak gomol dan pegang. Tak rasa takut-takut sangat dah. Hujung minggu lepas singgah Muar, Nuha dan berimage baru. Tapi Mokteh lupa pula nak ambil gambar terbaru Nuha, jadi Mokteh cilok gambar dari fb ibu Nuha sajalah....hehehe. 

Nuha dah 4 bulan sekarang. Dah tak pucat macam dulu, makin ceria tnegok. Hencemlah Nuha dengan image baru...hehe. Saya dah takde rambut sekarang....:)
Kalau aku pegang si Nuha ni, ada orang jeles tau! Siapa lagi kan....Mokteh doakan Nuha sentiasa sihat dan cergas dan membesar menjadi anak yang baik ya. Kesian kat ibu kamu, jangan menjeng sangat tau!...hahaha. 

Eh! Takde ambil gambar Arif dengan adik-adik sepupunya pun. Cuma ada satu je dalam kamera hp ni.

Arif bersama adik Aiman...

Tengoklah tu, kan dah mula nak mengusik tu. Sibuk di pegang-pegang telinga dak Aiman tu ya...Ibu bit karang.

Hai!! Macam manalah Arif ada adik nanti....risau gak ni.Arif!!! Jangan suka usik anak orang tau! 

~ يوس ~

Monday, October 08, 2012

Berkelah di Dataran Batu Pahat

Orang selalu pergi picnic @ berkelah waktu siang, kami berkelah waktu malam. Berkelah tak semestinya d tepi pantai kan, di dataran atau di tengah padang pun seronok!! Yang penting ada makan-makan, ada aktiviti sesama keluarga.  

Dah lama tak melepak di Dataran BP ni, tak tahu pulak suasana malam di sana sangat 'happening' sekarang. Dah gaya macam I-City pun ada. Tak perlu nak ke Shah Alam tengok cahaya lampu berkerlipan di pokok-pokok, di sini pun ada. Walau tak besar macam yang di sana, tapi oklah ya!

Anak-anak aku yang teruja dapat bermain di sini waktu malam. Paling teruja adalah Arif. Aku pun tak pasti, apalah yang seronok sangat bagi dia. Sakan berlari ke sana ke mari. Nun di belakang sana, mercu tanda dataran BP ni iaitu sepasang tangan yang memegang Batu dan Pemahat.

Berkelah sambil makan Domino Pizza! Siap bawa tikar semua. Banyak mata memerhati gelagat kami, yalah orang lain datang takde pun yang bawa tikar dan pizza semua...hihi.

Selepas makan, main bola sepak dan badminton sekeluarga. Aku dan Alia lebih banyak berjalan di kawasan sekitar, ambil gambar guna hp kecik aku je ...huhu

Khusyuk sebenarnya memerhatikan kumpulan senamaerobik yang sedang bersenam ni. Konon nak join, tapi dengan pegang handbag semua, malas! Lagu semua sedap-sedap pula tu. Tak pasti adakah ini acara setiap malam, tapi aku dengar dari orang yang jaga tandas, kalau malam minggu selalunya ada. 
Serba ringkas aktiviti kami malam Sabtu lepas.

Sekian....

p/s: ada rasa macam nak berehat seketika dari berblog pun ya, tapi bila lama tak update jadi tambah malas nak update. Pelan-pelan aku cuba gagahkan diri update blog ni. Terima kasih pada yang masih sudi baca dan tinggal komen ya. Semangat berblog dan ber'bw' puan blog ni memang semakin menurun sebenarnya.....huhu.

~ يوس ~

Thursday, September 13, 2012

Merancang kehamilan di usia lebih 35? Risiko?

Tengok wajah comel, halus mulus Arif ketika usianya 4 bulan tetiba rasa bestnya ada baby kecik lagi.
Gambar di ambil daripada entri ini.

Ada perasaan nak tambah seorang lagi anak, tapi takutnya sebab usia dah 36 tahun. Bila baca info di internet, risiko kehamilan di usia lebih 35 dan awal 40 tahun, agak menakutkan di situ. Biasanya di kaitkan dengan high blood, diabetess, down syndrom dll.

Jangan ada yang serkap jarang kata aku dah peknen pula ya. Tidak!! Belum ada isi pun, baru planning je nak menambah. Baru planning pun hati dah kecut perut macam mana?

Teringin juga nak dengar pendapat mereka-mereka yang pernah mengandung di usia lebih 35 atau mungkin lebih 40. Apa perasaan? Perlu minta nasihat doktor dulu ke?Kalau nak kata dari pandangan kasar, memang aku dah tak secergas dulu dah. Masa mengandungkan Arif pun ada masalah tekanan darah rendah. Selalu penat dan letih. 

Dari dulu SRD memang suka anak ramai. Kata dia 6 paling bagus, tapi aku kata max pun 5 je kot. Arif dah 2 tahun 2 bulan, dah boleh bersedialah kalau rasa nak menambah kan.

Paling penting persediaan mental aku sendiri, emosi kena stabil kan. Urus anak 4 pun aku dah rasa penat, kalau tambah seorang lagi boleh ke? 

Baru menulis pasal ni pun hati dah berdebar-debar takut! Aduh!!! Cancel lah macam ni!!

Bang!!! 4 cukuplah kan?

Pendapat anda?


~ يوس ~

Monday, September 10, 2012

Teori gemuk vs kurus yang tak boleh digunapakai, tetapi ada logiknya kot?

Berfikir dua tiga kali sama ada nak kongsi cerita ini atau tidak. Tetapi ianya sesuatu yang mencuit hati aku sehingga kini. Sangat lucu teori dari suamiku SRD ini, tetapi ada logiknya kot....kihkihkih. 

Biasa waktu makan adalah antara waktu kami berseronok sekeluarga. Kecoh pun ya juga, masing-masing nak bercakap, bercerita dan bertanya soalan. Bila sikit-sikit tu aku suka, tapi bila dah melalut tu aku tak suka. Tambah tak suka bila mereka tak habis-habis makan sebab dok bercerita. Cuma cerita yang satu ini berlaku masa makan malam semalam, lucu ok!!!

Tak ingat bagaimana dialog permulaanya tapi aku rasa begini kot.

Aqil: Kenapa abah gemuk?

Abah: Nanti Aqil dah besar pun mesti gemuk macam abah, mesti punya!

Aqil: Aqil tak nak gemuk macam abah, Aqil nak kurus aje.

Abah: Kalau Aqil kurus nanti isteri Aqil mesti gemuk!

Aqil: Kenapa pulak?

Abah: Aqil kata abah gemuk kan. Tengok ibu, ibu kurus sikit kan dari abah. 

Aqil: Ha'ah ibu kurus sikit.

Abah: Cuba Aqil tengok abah kawan Aqil si A, abah dia kurus sangat kan. Ibu dia kurus ke gemuk?

Aqil: Ibu dia gemuk sangat!!

Abah: Haaaaa! Aqil nanti nak bini Aqil kurus ke gemuk?

Aqil: Aqil tak nak bini gemuk, Aqil nak bini Aqil kurus!!!

Masa ni aku dah ketawa terbahak-bahak. Tak boleh tahan tu, nak juga isteri dia kurus.

Abah: Haaa, kalau Aqil nak bini Aqil kurus, Aqil kenalah gemuk!

Aqil: Oklah, nanti Aqil besar nak gemuk sikit je, jadi nanti bini Aqil pun kurus sikit je, tak naklah kurus sangat, macam abah kan abah.....

Hihihihi, tulah aku kata teori gemuk vs kurus yang tak boleh digunapakai langsung, tapi selalu kita nampak berlaku kan. Kurus ke gemuk ke suami atau isteri kita, yang penting kita bahagia ya anak-anak. Jangan percaya teori abah kamu tu, saja je dia tu nak cover line tahu.....hahahahhaha.

~ يوس ~

Wednesday, September 05, 2012

Pelbagai warna tema hantaran pertunangan

Aduh!!!! Mood aku nak update blog makin ke laut nampaknya. Di tambah pula badan tak berapa sihat, demam + batuk + selsema. Tak tahu bila nak baik batuk ni. Beberapa hari suara tak keluar, tu yang nak menaip pun mood hilang.

Hari ini nak berkongsi dengan semua gambar-gambar hantaran pertunangan sepupu dan adik aku hari tu. Pelbagai warna dan tema hantaran yang aku rasakan menarik. Semua hasil kreativiti orang yang bertunang dah keluarga masing-masing. Sekarang pun boleh beli yang siap dah kat kedai tu kan, tinggal pilih warna tema apa je yang kita mahu.

Teringat pulak masa diri sendiri bertunang, hasil godek-godek sendiri juga. Tampal coklat pada replika menara berkembar petronas masa tu, sampai ke pagi baru selesai, sebab coklatnya asyik tertanggal...hihi. Bila bab orang bertunang ni, masa buat persiapan tu yang seronok kan.

Oklah, tak mahu celoteh panjang, kita tengok gambar macam biasa ya.

Ini hantaran dari sepupu aku pihak perempuan. Tema warna biru muda. Majlis pertunangan mereka berlangsung pada Syawal ke 4 yang lalu. Simple dan menarik kan.

Ini pula hantaran balasan dari pihak lelaki. Tema warna purple, juga cantik. Suka aku tengok.

Alia anakku mengambil peluang bergambar bersama mak long Rina @ adik sepupu aku. Rina ni anak mak tam aku yang sulong. 

Ini pula hantaran pertunangan dari adik aku. Tema warna merah + hitam + silver/putih. Warna tema adik aku yang pilih, dari dia kecik sampai ke besar tak boleh lari dari warna merah. Hantaran dari kami 7 dulang saja.

Paling aku suka tengok, hantaran yang berisi cincin pertunangan ni. Pandai emak aku pilih design kan. Semua hasil pilihan emak dan adik aku. Aku cuma tolong lilit tangkai bakul untuk letak buah je...ekekek.
Ini juga menarik, tepak sirih adat berserta album berisi separuh wang hantaran. Di Melaka biasa mereka dah  minta separuh wang hantaran semasa bertunang. Kelakar juga kalau di ingat cerita di sebalik tepak sirih ni. Hanya kami saja yang tahu....ekekek. Emak aku kata, hantara bertunang dari pihak lelaki memang harus ada tepak sirih, kalau dari pihak perempuan biasa sirih junjung. Ini mengikut adat kami yang asal Johor lah, kalau di negeri lain aku tak pasti....

Ini pula hantaran balasan dari pihak perempuan. Tema warna hijau muda dan putih, simple saja tapi tetap menarik.

Sebelum pulang, bergambar kenangan bersama bakal makngah mereka ni. Selamat bertunang pakngah (ucapan dari anak-anakku), moga akan ke jinjang pelamin. Majlis pertunangan mereka berlangsung pada tarikh 8 Syawal yang lalu.
Tahniah dari kami Rina dan tunangnya (nama tunang dia aku lupa daaaa) serta adik ku Khairul dan tunangnya Eina. Sabtu ni bakal berlangsung majlis pertunangan sepupu aku seorang lagi di Kota Tinggi, tapi macam tak dapat turut serta je....huhu.

p/s: tema warna apa yang lebih menarik di pandangan mata anda pula?
~ يوس ~

Wednesday, August 29, 2012

Gambar terbaik raya 2012

Assalamualaikum....

Salam buat blogku yang baru dapat di jengah. Raya sakan nampaknya....huhu. Banyak yang berlaku sepanjang cuti-cuti raya kali ini. Bukan saja sibuk beraya, sibuk juga menghadiri majlis pertunangan sepupu  di raya ke 4 dan kemudiannya adik sendiri pun bertunang pada raya ke 8. 

Macam-macam nak cerita tapi tak tahu nak cerita. Hari ini cuma nak berkongsi gambar-gambar yang aku rasakan terbaik sepanjang raya kali ini. Gambar di ambil pada 1 Syawal dan 2 Syawal. Tahun ini pagi raya di rumah mertuaku di Muar.

Kami sekeluarga di pagi raya 2012. Tahun ni tema biru

Suka tengok gambar ni, Abid salam Tokmak dia selepas minta maaf dan dapat duit raya

aksi-aksi comel kami

aksi-aksi manja kami...hihi

Arif 1 Malaysia kata mak andaknya....

Arif nak jadi cameraman, Abid pula tak habis mengusik

Aqil sempatlagi main basikal ketika beraya ke rumah salah seorang atok sedaranya. Ada gaya budak kampung beraya tak?

Arif memang manja dengan kakaknya, penat beraya ya?

Keluarga besar kami....semua balik tahun ni, tapi masih tak cukup ahli, ada seorang tertinggal....huhu

gaya manja di pagi raya kedua...bersama suami dan dua orang anakku...Abid dan Alia...
Sekian.....gambar-gambar terbaik raya tahun ini. Tahun ni rasanya paling kurang ambil gambar dari kamera sendiri, nasib baik ada kamera orang lain dan ada fb jadi penghubung. Dapatlah di muatkan mana yang terbaik untuk masuk dalam blog ni....hihi.

Salam aidilfitri buat semua, nanti saya pelan-pelan kayuh bw ke blog anda semua ya....

p/s: target nak dapat berat 55kg pagi raya tak berjaya. Cuma dapat capai 57.5kg je. Takde siapa pun perasan, kecuali adik-adik aku masa di rumah emak di Melaka. Mereka kata aku kurus sikit....hihi. Tapi lepas balik cuti raya, pagi ni timbang dah 58.3kg. Nasib baik naik sikit aje, kalau balik semula ke angka 67kg mau menangis aku...ekekek.
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...