Thursday, December 31, 2009

Penutup 2009

Salam....

Hari ini hari akhir tahun 2009. Beberapa jam saja lagi tahun baru 2010 akan menjelma. Banyak suka duka tahun ini yang tak sempat masuk dalam blog ini sebab empunya blog malas nak update. Hari ini macam terlebih rajin sikit. Tapinya malas juga nak berceloteh. Nak letak gambar beberapa peristiwa yang berlaku beberapa minggu terakhir tahun ini.


 Kunjungan kami ke Kuala Lumpur, menginap di Legend Hotel. Gelagat 3 beradik bila di suruh ambil gambar..huhu


Makan malam di Serambi Rasa sewaktu kunjungan Tok Ayah dan Mak tok mereka ke Parit Raja

 Alia menunjukkan anting-anting barunya. Lama betul nak pujuk dia tukar subang baru tu. Telinga dia macam telinga aku, tak boleh guna subang biasa kalau tidak, mulalah menanah.
 
 Bermain bowling di Kompleks Sukan MITC, Melaka
 
Gelagat Alia sewaktu disana, menenggek jer kat situ sambil tengok abah, ibu, dan pak-pak sedaranya bermain

 Ayah aku sedang masak lauk ayam masak merah untuk kenduri berkhatan sebuah keluarga.
 
 Yang ini pula lauk kari daging. Aku pun membantu waktu itu. Penat jugalah.
 
 Bila dah siap, semua menu di angkat atas lori untuk di hantar ke rumah yang membuat kenduri. Menu hari itu ialah nasi jagung, kari daging, ayam masak merah, pisang muda masak lemak cili dan sambal goreng jawa. Memang sedap...
 
 Lawatan kami ke Segamat melihat sepupu baru Aqil, Alia dan Abid iaitu anak Pak Tam dan Mak Tam mereka yang kedua. Baby di beri nama Muhammad Dini Rayyan.
 
 Muhammad Dini Rayyan di atas pangkuan Tok Maknya. Rayyan baru berusia 8 hari waktu gambar di ambil.


Ini pula gambar scan yang di ambil hari ini. Cerita lanjut pasal scan baby ni klik sini.

Oklah, rasanya itu saja kot antara beberapa peristiwa berlaku beberapa minggu ini. Yang dah lebih lama tu, malas aku nak tepek sini.

Kepada semua Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Moga tahun 2009 meninggalkan kenangan manis kepada semua dan tahun 2010 menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna. Salam Tahun Baru...

~ يوس ~

Wednesday, December 30, 2009

Puteri Resort Melaka

Kita tinggalkan cerita pasal rumah. Nanti bila dah siap sepenuhnya baru cerita kot. Dua tiga menjak ni tak berapa sihat. Namun begitu kami sekeluarga masih bz berjakan ke sana sini..huhu. Ikut SRD kerja sebenarnya. Tapi mcm last weekend pun sempat juga ke JB. Jalan2 rumah kawan.

Kami ke Puteri Resort ni minggu sebelumnya. Tempat menarik juga. Tapi daripada 3 malam SRD di sana, cuma malam akhir jer, kami anak beranak ikut. Yang lain kami melepak rumah mak. Lagi senang...

So, aku tepek gambar jerlah..malas benor nak bercerita dengan kepala aku yang tak berapa nak elok ni. Agak pening...



 

 

 

 

 
 Seperti biasa, anak-anak aku memang seronok nak ke hotel sebab dapat mandi di kolam renang. Aktiviti utama mereka bila ikut abahnya kerja luar. Ibu temankan jerlah..




 Ada beca pulak di Puteri Resort ni. Jakun anak-anak aku dapat naik beca...

Tinggal beberapa hari saja lagi persekolahan akan bermula. Semua dah tersedia. Esok jer, kena beli buku sekolah agama dan bayar yuran sekolah kebangsaan. Lelain semua dah settle..alhamdulillah. Aku nak kongsi satu berita dengan rakan-rakan blog...untuk yang belum tahu.Klik sini...
~ يوس ~

Friday, December 11, 2009

Perkembangan rumah as at 9 Dis



Tak banyak yang berubah. Bumbung belum naik sepenuhnya sebab genting yang di order tak sampai2..huhu. Cornish ruang tengah dah siap di pasang..tinggal ruang depan pula. Aku rasa lambat pulak progress nya. Tapi, tak salahkan mereka juga, cuaca pun tak menentu. Harap semua berjalan lancar..

This week ke Melaka lagi...badan tak sihat sepenuhnya. Malazz nak buat apa pun...hukhukhuk.

~ يوس ~

Monday, December 07, 2009

Perkembangan rumah as at 6 Dis


  Projek bermula 14 November
 

 
 Dah mula naik tiang
 
 Batu bata dah  naik
 
 Operasi naik batu bata di bilik Aqil
 
 Pandangan dari luar
 
Ni dah nak mula plaster, so operasi pembersihan sembelum bermula

 
Pandangan dari luar...pekerja sedang menjalankan kerja2 masing. Gambar di ambil sehingga semalam 6 Disember.

~ يوس ~

Tuesday, November 24, 2009

Aqil dan keputusan periksanya.

Hoho...ada dua tiga cerita nak update, tapi gambar semua masih dok dalam kamera. Nak transfer ke pc tak dapat transfer macam selalu, sbb usb cable nya tak tahu simpan kat mana masa pindah hari tu. Ini cpu lama, takde sd card reader macam cpu baru ku yang rosak itu. Hai!! Bilalah nak betul agaknya. Jadi bila aku nak transfer gambar, terpaksa aku suruh SRD transfer dulu ke laptopnya, pas tu pindahkan ker pen drive aku, dah  lepas tu baru aku masukkan dalam cpu aku ni punya hard drive.Huhu..banyak keje betul.

So, nak letak gambar masa birthday Abid hari tu tak dapat lagi. Nasib baik gambar ni ada dalam pc ni, bolehlah aku update citer.

Cuti sekolah sudah pun bermula. Apa keputusan akhir tahun Aqil di sekolah hari tu? Sekolah agama ada peningkatan mendadak. Dari no 8 dia dapat no 3. Dapat hadiah di hari penyampaian hadiah. Suka hati dia. Ibu pun tumpang bangga.


Itu cerita sekolah agama. Bagaimana pula dengan sekolah kebangsaan? Ini pun keputusan mengejutkan. Dari no 1 awal tahun, pertengahan tahun, periksa bulanan..semua berada di hadapan. Tiba2 akhir tahun menjunam terus ke no 12. Huhu..ambik nko!! Dia tak sad pun, cuma bila tengok muka aku sedih sikit, dia sedih sebab aku sedih. Tapi aku tak salahkan dia 100%. Masa hari peperiksaan tu, dua hari pertama dia demam. Hari pertama paling teruk. BM dapat 69% jer. Banyak dia tak jawab. Balik rumah masa hari periksa tu, memang dia menangis. Katanya, Aqil tak sempat jawab ibu, kepala Aqil pening sangat. Mesti Aqil dapat teruk kan ibu....huhu, dia sendiri dah dapat mengagak. So, memang betul seperti jangkaan dia sendiri. Mamat beriya dapat kereta control kalau dapat no 1, sekali no 12...hehe. Frust sebab tak dapat kereta kontrol, tapi katanya takpelah ibu. Aqil nak kaler LUNA yang besar punya jer...bolehkan. Masih ada hati nak hadiah tu.

Takpe Aqil. Baru darjah 1 kan. Harap prestasi selepas ini baiklah yer.


Ini pula wajah Alia dan Abid di hari penyampaian hadiah sekolah agama Aqil. Memula, kakanya yang pakai tudung, masuk sekolah agama kan. Tapi kerana lambat sangat menunggu acara selesai, si adik pulak yang pakai...haha. Lantak koranglah, asal tak mengaruk sudah. Abah takde, ibulah yang melayan...alhamdulillah semua berjalan lancar.

~ يوس ~

Friday, November 20, 2009

Anggunayu

Jumpa satu web ni. Memang sesuai untuk mereka yang ada jual produk online, atau pun mereka yang suka beli online bolehlah join sekali. Macam ebay sikit, dan boleh join affiliate programnya, dapat juga credits. Menarik bukan.

Ada sesiapa nak turut serta....Klik gambar di bawah yer.



atau pun klik yang ni...


~ يوس ~

Wednesday, November 18, 2009

Perkembangan Rumah

 Salam Blogku,

Lama sungguh menyepi. Last update masa Ramadhan lepas. Nampak sangat aku malas betul nak tgk blog ni. Lebih pada fb. ..huhu.

Kami belum pindah rumah. Sekarang proses renovation dah bermula. Baru mula Ahad lepas. Dua tiga hari ni hujan saja. Aku tak tahulah progres bagaimana setakat ini. Ini gambar yang sempat aku ambil semasa aku menjengah ke tapak projek Isnin lepas.



Abid tengok apa tu?




   


Ikut jangkaan 2 bulan siap. Projek besarkan dapur. Harap semuanya berjalan lancar.

Dan aku sekarang ada misi baru. Sila klik sini....


~ يوس ~

Saturday, September 05, 2009

Salam 15 Ramadhan

Salam...

Hari ini dah hari ke 15 kita berpuasa. Pejam celik, pejam celik sekejap saja masa berlalu. Aku tak sempat lagi nak ucapkan Salam Ramadhan pada semua..huhu. Rasanya belum terlewat kan. Dah separuh Ramadhan tak lewat ker...ekekek.

Minggu pertama puasa budak-budak kan cuti sekolah. Aku pulak sibuk habiskan jahit baju kurung akak ipar aku. Sebab aku tahu, kalau dah anak-anak dah sekolah semula, aku malas nak menghadap lagi benda tu. Asyik kuar masuk rumah, memang takde mood nak menjahit. Alhamdulillah dah selesai.

Pada Asia yang bertanya aku dah dapat kunci rumah tu, ye betul, Akak dah dapat kunci rumah dik..hehe. Tapi belum buat apa pun lagi. Baru cari quotation untuk grill, quotation untuk wiring dan tambah soket plug semua, mulakan operasi cari2 lampu cantik dan kipas. Huhu rambang mata bila tengok kat kedai segala macam design lampu dan kipas. Pertama sekali kene fikir BUDGET!!. Tak sempat beraya di rumah baru. ..hehe. Banyak benda belum settle. Banyak belanja gak nak masuk rumah baru ni. Rasanya paling awal bulan Disember kot, cuti sekolah, tak pun tahun depan terus. Kalau semua tak settle lagi, al-maklum Bos besar kat rumah ni, sibuk manjang.

Kita tunggu dan lihat. Sekali lagi, selamat meneruskan ibadah puasa untuk semua.


~ يوس ~

Wednesday, August 05, 2009

'JINTAN MANIS" or fennel seed claimed effective to prevent H1N1??

Baca berita kematian ke 9 akibat H1N1 nih buat aku kecut perut. Apalagi mangsa kali ini ialah kanak2 yang baru berusia 3 tahun. Minta dijauhkan, semoga kita semua terhindar daripada penyakit ini.

Aku dapat maklumat dari SRD. Maklumat ni dia terima dari email rakan sekerjanya. Aku kira elok juga di kongsi bersama di sini. Menurut email tersebut, jintan manis boleh membantu untuk mencegah virus ini menjangkiti kita. Boleh baca maklumat ini lebih lanjut di sini. Kalau betul ia berkesan, apa salahnya kita mencuba kan. Kalau mengikut seperti apa yang SRD sampaikan kepada aku, cara nak buat air jintan manis tu, mula2 masak air seperti biasa. Kemudian masukkan dalam bekas yang ada penutup. Letak jintan manis ke dalamnya. Satu liter air panas + sepaket jintan manis yg berharga 50 sen tu. Tutup rapat bekas tersebut, jangan bagi wap air tu keluar. Satu lagi, jangan masak sekali air dengan jintan manis tu terus sebab di khuatiri khasiat jintan manis tersebut akan hilang. Bila air dah suam, bolehlah di tapis dan di minum airnya.

Erkk..boleh percaya ker ni? Aku pun tak pasti, tapi boleh baca lebih lanjut dari link di atas. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubatinya. Mari kita sama-sama cuba.

Satu perkara yang aku nampak dari isu ini, macam kes kanak2 3 tahun tu, dia di hantar ke dua hospital pakar swasta terlebih dulu, sebelum di hantar ke Hospital Melaka. Maknanya, dah sampai HM baru doktor dapat kesan. Kalau begitu, kenapalah nak sibuk2 pegi hospital swasta yang mahal nih kan. Kes remaja yang berusia 20 tahun tuh pun sama. Dia ke klinik biasa dulu sebelum ke hospital kerajaan. Kita bayar duit ubat mahal2 tapi doktor tu tak dapat kesan awal pun. Dah sampai tahap kritikal baru nak rujuk ke hospital kerajaan. Aku jadi emosi pulak.

Bila fikir semula, macam kes bersalin pun sama. Saper2 yang biasa bersalin di hospital swasta, mesti suka kan sebab layanan yang baik, tip top, first class, tak perlu dengar bebelan misi, dapat doktor yang kita suka. Itu dari segi positifnya kecuali kosnya yang agak tinggi. Tapi biasanya aku dengar, kalau ada komplikasi yang teruk, ada masalah sikit, mesti di hantar ke hospital kerajaan juga kan. Semua pun mesti di rujuk ke sana kan. Kenapa?. Biasa aku dengar, mereka2 yang bersalin di hospital swasta ni, mesti buat check-up juga di klinik kesihatan kerajaan, sebab mereka kata, takut nanti ada apa2 akan di rujuk ke hospital kerajaan juga. Dan kerana tak mahu kena marah, mestilah ada kad merah tuh kan kalau dah ke hospital kerajaan.

Sekali lagi, aku tak berapa faham kenapa ekk? Adakah kerana hospital kerajaan lagi bagus peralatannya dari yang berbayar nih? Atau mereka tak mahu pening2 fikir pasal pesakit yang berisiko tinggi nih? Kalau begitu kenapa kita bayar mereka? Jadi maknanya mereka nih lebih mementingkan keuntungan lah kan. Pesakit di hospital swasta mesti dari kalangan yang agak berada, ada duit nak bayar kos perubatan tu kan. Jadinya taklah ramai sangat, so, mereka boleh di layan dengan istimewa. Tapi kenapa, bila ada masalah sikit, di rujuk juga ke hospital kerajaan? SRD kata, mungkin sebab mereka tak mahu ada kematian berlaku di hospital mereka. So, nanti imej mereka buruk.Nanti orang kata, kes bersalin pun tak berjaya laksanakan.Betul ke begitu? Ada sape-sape boleh beri penerangan lanjut. Nak juga aku tahu. Atau orang lain semua tahu, aku aje yang tak tahu..huhu

~ يوس ~

Wednesday, July 22, 2009

Gambar kelas anak-anakku..


Gambar Kelas Alia

Masam benar muka Alia di sini...


Gambar Kelas Aqil

Aqil pulak...tak best betul, boleh dia balik tunjuk gambar nih kat aku, pas tuh dia kata, " Ibu, Aqil kan ko**k hidung...ibu". Tak senonoh betul...sengihnampakgigi

ros ~ يوس ~ peace

Tuesday, July 21, 2009

Black Mentor 3

Tengah mood mengong sikit...senyumkenyit. Nak lah tengok balik persembahan Black mentor 3 nih. Aku tak pernah tengok mentor sebelum nih, tapi hari tuh, tertekan remote tuh ke channel tv3 dan masa tu, si Black nih tengah nak buat persembahan lagu Hitam Manis nih lah. Terus rasa, "best juga mamat nih nyanyi". Aku nih memang minat lagu2 lama macam nih. Selepas daripada tu, baru aku terus tengok rancangan Mentor ni. Sebab ada Black....sengihnampakgigi




Dan oleh kerana aku juga tengah mood windu kat SRD..lagu ni aku rasakan best sekali...mrgreen



ros ~ يوس ~ peace

Outstation....

SRD outstation lagi.
Baru ajer balik dari outstation Ahad lepas, dah pergi outstation lagi....sedih.
Dah selalu kena tinggal pun, kali ini aku masih bersedih...nangih.
takboletakbole
...be cool yus. 4 hari ajer.
Kita minum dulu.
Selepas ni mesti rasa ok punya..




ros~ يوس ~ peace

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...