| [image dari fb] Sila baca bahagian yang di dalam kotak merah itu!! |
Iklan di mudah.com.my.
Macam-macam cara orang buat iklan.
Tapi iklan dengan message macam ni pun ada ya?
Garu kepala aku baca....
Jelas ada maksud tersembunyi tu.
Siapa nak beli pasti kena telefon dia atau sms pada dia.
Ni nak cari awek ke nak jual henfon ni?
Dah takde cara lain ke nak pikat perempuan?
Tapi, mungkin juga salah satu cara nak jerat anak-anak dara ni ya.
MasyaAllah....takut pula aku rasa.
Ada ke itu wasiat dari pemilik henfon yang dah mati?
Boleh percaya ke ni??
Aduhai!! Macam-macam.
Anak-anak dara di luar sana, jangan percayalah kalau baca iklan macam ni.
Sangat meragukan ok!
Baik beli kat kedai....huhu.
Oh ya. Sebelum terlupa aku nak berkongsi denagan semua usaha murni dari kakyong untuk membantu seorang teman blogger yang sedang dalam kesulitan. Apa kata korang terjah entri kakyong Ingin membantu sahabat blog di sini. Semoga bantuan ikhlas kita semua dapat meringankan beban beliau. Kalau tak dapat bantu dengan wang, doa ikhlas dari semua untuknya juga di harap boleh membantu dia keluar dari masalahnya itu kan....aminnn. Hari ini hari dia, esok lusa mana tahu hari kita.....
~ يوس ~

