Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Mari berpuasa anak-anak.....

Ramadhan bakal menjelma lagi. Beberapa hari ini, anak-anak aku memang teruja bertanya mengenai puasa.

"Ibu, lagi 4 hari kita puasa kan?", tanya Abid beberapa hari yang lalu.

"Abid nak puasa penuh tak?" tanyaku pula.

"Tahun lepas Abid puasa penuh berapa hari ibu?", dia bertanya lagi.

"Ibu tak ingatlah Abid, tapi rasa beberapa hari je kot, seminggu tak sampai." jawab ku pula.

"Ok, tahun ni Abid cuba tambah beberapa hari lagi ya ibu," janji Abid pula.

Alhamdulillah anak-anak aku rasanya mudah di latih berpuasa. Aqil berjaya puasa penuh sebulan ketika darjah 2. Alia pula, darjah 1 dah boleh puasa sebulan. Abid masih dalam proses belajar.

Dari tahun lepas poster ini sudah terlekat baik di dinding bilik Alia. Tahun ini nampaknya senanglah dia melihatnya semula walau aku tahu dia sudah ingat dan hafal niat puasa dan doa berbuka puasa itu.

Alia dapat dari majalah Ana Muslim yang selalu di belinya.
Banyak tips-tips mendidik anak berpuasa boleh kita baca di internet. Google aje banyaklah cara dan tips di kongsikan. Aku nak kongsi cara aku serba sedikit. Rakan-rakan pembaca pun mungkin boleh berkongsi sama cara anda mendidik anak berpuasa di sini. Bolehlah sama-sama kita lakukan kepada anak-anak kita kan.


  • Mula-mula kenalah ajar niat puasa dulu. Kemudian tu, cuba latih perlahan-lahan, hari pertama dapat separuh hari pun dah kira berjaya bagi anak kita. Aku ajar anak-anak berpuasa seawal usia 5 tahun. Abid 4 tahun dah mula belajar. Dapat 1 hari penuh tahun itu.
  • Terapkan kepentingan bersahur kepada anak-anak. Anak-anak kita ni cepat lapar, jadi kalau tak bersahur susahlah mereka nak berpuasa kan. Ada aku baca, mereka ajar anak bersahur waktu pagi sebelum pergi sekolah. Kira waktu sarapan tu waktu sahur bagi anak-anak. Tapi aku ikut waktu sama je dengan waktu aku. Semua kena sama-sama bersahur pagi-pagi sebelum imsak tu. Rasa pelik pulak kalau anak-anak bersahur pukul 7 kononnya sebab mereka baru nak belajar.
  • Puasa adalah rukun Islam ke tiga. Anak-anak kita ni, kat tadika lagi dah hafal rukun Islam tu. Mereka memang ingat apa yang cikgu ajar di sekolah kan. Jadi kita ingatkan balik kepada mereka, puasa ni adalah rukun Islam ketiga. Wajib di laksanakan. Mereka mudah faham. Ceritakan juga kepada mereka hikmah berpuasa, selain dari dapat pahala megajar kita untuk lebih sabar dan mendidik kita lebih bersyukur. Selalu aku ingatkan mereka, bagaimana dengan orang-orang lain yang tak punya cukup makanan, macam kanak-kanak di Afrika.
  • Masak menu juadah berbuka yang mereka suka. Ini untuk menggalakkan mereka lebih seronok berpuasa, dapatlah mereka makan apa yang mereka mahu. Sebagai ganjaran mereka berpuasa.
  • Ingatkan mereka perkara-perkara yang membatalkan puasa. Bila selalu di ingatkan, nanti mereka sendiri akan memberi ingatan antara satu sama lain. Siap gaduh-gaduh pun ada...hihi. Dan masing-masing akan memberitahu aku kalau ada yang cuba-cuba curi minum atau makan. Sebenarnya tak pernah pun mereka buat begitu, cuma kerap masuk bilik air dan mula sibuk nak mandi aje tu adalah...huhu.
  • Kalau waktu tu aku uzur, tak boleh puasa, biasanya aku tak sorok pun dari anak-anak. Aku tetap bangun sahur bersama mereka, tapi mereka dah tahu bila nampak aku tak solat kan. Jadi mereka sendiri akan kata, "hari ini ibu tak puasa ya!" Tapi aku selalu akan kata, walau ibu tak puasa hari ini, ibu kena ganti puasa bila ibu dah tak uzur nanti. Lagi seronok puasa sama-sama di bulan Ramadhan, daripada puasa sorang-sorang masa orang lain boleh makan. Mereka mudah faham, dan tak pernah sibuk pun nak ikut tak puasa sebab ibu tak puasa. Lagipun, mereka cuma tahu aku tak boleh puasa, tapi tak pernah perasan waktu bila aku ada minum atau makan pun. Kenalah sembunyikan perkara tu kan. Kesian anak tu tengah puasa, kita makan depan mereka pula. Dan bila hari aku ganti puasa, mereka sendiri kata, "Ibu puasa ganti ya? Sebab ibu ada tak puasa masa Ramadhan dulu kan." Alhamdulillah senang betul mereka faham semua tu walau Abid yang baru nak masuk 6 tahun tu.Tapi kena terangkan juga, kenapa kita tak boleh berpuasa masa tu. Suka-suka tak nak puasa, itu tak bolehlah kan.
  • "Siapa puasa, baru boleh dapat beraya dan duit raya." Itu yang selalu aku cakap pada mereka, tak puasa malulah nak pergi raya lepas tu minta duit raya. Duit raya untuk orang yang berpuasa aje, hadiah sebab mereka rajin puasa. Bukan saja dapat duit raya, dapat pahala berganda dari Allah. Allah sayang, semua pun sayang.
  • Suruh mereka rehat dan tidur selepas balik dari sekolah. Sebab kalau mereka main je, mesti penat dan mulalah sibuk nak berbuka puasa. Pulak tu bila berbuka bukan nak makan, nak minum aje sebenarnya. Haus yang lebih di bulan puasa ni kan, laparnya tak sangat pun anak-anak aku ni.
Itu antara yang ingat di kepala otak ni sekarang. Bagaimana pula dengan kawan-kawan semua. Bagaimana korang ajar anak-anak berpuasa?

Moga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan dapat kita sama-sama mengumpul pahala berganda-ganda. Masih banyak yang kurang dalam diri ini. Sifat amarah yang masih tinggi, kurang sabar kadang tu, semuanya harap dapat aku jauhi. Berazam nak solat terawih penuh tahun ni,tapi tulah bila solat terawih di rumah selalu kadang culas.Malunya.....huhu. Nak ke masjid dengan bawa anak kecil ni macam tak yakin. Takut mereka menganggu orang lain terutamanya anak seaktif Arif. Tapi bila aku baca Tips Bawa Anak Kecil Ke Masjid di sini, aku jadi teruja nak cuba tahun ni. Ada tak kawan-kawan yang boleh kongsi dengan aku, tips bagus membawa anak-anak bersama ke masjid waktu terawih. Kongsilah dengan aku ya!


Salam Ramadhan untuk semua dan selamat menjalankan ibadah puasa.

Sekian....

~ يوس ~

Thursday, June 28, 2012

Di sebalik title nikah : Aku terima nikahnya....

Renungan untuk para suami dan juga bakal-bakal suami....
image dari: FB page Assalamualaikum

Bukan senang nak jadi suami merangkap ketua keluarga ni. Dan juga bukan mudah untuk menjadi seorang isteri yang sentiasa membahagiakan suaminya. Isteri juga perlu memainkan peranan dalam rumahtangga. Pendek kata, dua-dua memang kena tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing kan. Kalau ada yang leka atau terlupa, masing-masing harus mengingatkan antara satu sama lain. Yang menerima teguran pula janganlah ego sangat sampai tidak dapat mengakui kesilapan. Kira suami PM keluarga dan isteri pula timbalannya. Anak-anak pula adalah menteri-menteri @ rakyat jelata di bawahnya. Masing-masing ada peranan masing-masing. 

Ketua tidak selalunya betul, anak-anak tidak selalunya salah. Kadangkala kita perlu cuba bayangkan diri kita di tempat orang lain, contoh kalau kita di tempat isteri kita, atau kita di tempat anak kita. Cuba selami perasaan mereka juga.

Sama juga dengan seorang ketua dalam satu organisasi. Cubalah jangan penting diri sendiri, berlagak bossy, masa dia saja yang betul, masa dia saja yang perlu di jaga, masa orang bawahan langsung tak ambil kira. Dia saja yang sibuk, dia saja yang betul. Semua benda cuba di laksana, konon nak dapat nama, tapi dia sendiri tak tahu buat kerja, yang laksanakan orang bawahan. Apa yang di kejar sebenarnya, kalau yang di kendong pun berciciran. Eiiiii.....emo tetiba!

Macam dah lari tajuk je ni? Ahaks...

Apa kata kita renungkan kata-kata dari Imam Ghazali ini pula,

image dari  FB 
Sama-sama kita perbaiki diri....

Ikhlas...

~ يوس ~

Thursday, May 31, 2012

10 pesanan untuk jadi isteri solehah

Kalau semalam aku kongsi panduan untuk menjadi suami luar biasa, hari ni nak kongsi 10 pesanan untuk jadi isteri solehah pula. Info ini aku dapat dari akhbar Berita Harian semalam, Rabu 30 Mei 2012, ms N6 bahagian Agama.

10 pesanan jadi isteri solehah


  • Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  • Mendengar dan mentaati suami. ( tapi janganlah taat membuta tuli ya tak, kalau benda yang baik wajiblah taat, kalau yg tidak baik tu, bawa-bawalah berbincang dulu...ayat tambahan sendiri ni.)
  • Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumahtangga.
  • Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  • Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  • Menjaga makan minum suami dengan betul, tepat serta waktu tidur suami bagi elak emosi suami terganggu.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  • Amanah menjaga harta benda dalam rumahtangga.
  • Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumahtangga kepada orang lain.
  • Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

Image aku dapat dari blog ini, untuk entrinya Isteri solehah perhiasan paling membahagiakan. Sila terjah sana untuk baca lebih lanjut.

Peringatan dan panduan untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua. Semoga ianya bermanfaat.

p/s: hari ni tak boleh berlama-lama dengan lappy juga nampaknya. Parents aku nak datang, tengok cucu kesayangan mereka Arif yang luka di kaki akibat terkena lidi basikal tu. Sayang betul atok dan nenek dengan cucu, dengar je cucu sakit sikit, terus terjah....huhu. Maaf ayah, emak, bulan ni belum sempat balik Melaka lagi....:D

~ يوس ~

Wednesday, May 30, 2012

Suami biasa vs Suami luar biasa

Dapat image ini dari fb page Tautan Hati. Suka sangat dengan apa yang di tulis antara suami yang biasa dengan suami yang luar biasa.

Aku letak di blog ni supaya suami tersayang baca. Aku tahu dia suka baca blog aku senyap-senyap...hehe. Juga untuk di kongsikan dengan kawan-kawan yang lain. Apapun, aku syukur punya suami yang dah hampir nak capai status suami luar biasa tu, cuma perlu di top-up sana sini sikit....alhamdulillah. Terima kasih abang kerana menjadi suami, bapa dan ketua keluarga yang baik untuk kami. Semoga akan menjadi lebih baik lagi....InsyaAllah.

~ يوس ~

Monday, April 09, 2012

Tanda-tanda 100 hari sebelum kematian | 100 hari





Aku tak pernah tengok cerita ni di tv sebelum ni.
Tak tahu sebelum ini movie ni di siarkan di tv apa.
Tapi cerita ni betul-betul menginsafkan.
Tak pernah aku menonton cerita sampai menangis tersedu-sedan macam ni.
Menangis tersedu sedan mengenang dosa-dosa sendiri.
Sesungguhnya aku manusia lemah.
Banyak melakukan kesilapan tanpa sedar.

Cerita yang penuh pengajaran,
banyak iktibar yang kita boleh dapat selepas menonton cerita ini.
Aku mohon pada kawan-kawan yang berkelapangan, tontonlah cerita ni.
Aku percaya, tentu tak menyesal.
Sangat bermanfaat, sangat menginsafkan.
Sangat menyentuh kalbu dan jiwaku.

Bila seseorang itu mati, maka terputus semua amalannya kecuali 3 perkara:
1. Sedekah
2. Ilmu yang bermanfaat yang di ajar
3. Doa dari anak-anaknya yang soleh.

[Antara yang di ingatkan semula kepada kita dalam drama ini]
Cerita seumpama ini patut di siarkan di tv, bukan cerita-cerita seram, cerita-cerita yang melalaikan, yang kerap kali di ulangtayang di tv kita tu. Semoga kita ambil pengajaran daripadanya.

* Kredit to Zul Huzaimi, lakonannya sangat berkesan.
~ يوس ~

Redha

Pengertian redha bermaksud menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada atau sesuatu kententuan daripada Allah.
" Tidaklah seorang hamba yang di timpa musibah mengucapkan "Inna lillahi wa inna lillahi roji'un Ya Allah beri lah aku pahala dalam musibahku ini dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik," kecuali Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya dan akan memberikan kepadanya ganti yang lebih baik."[HR AHMAD]
" Dan boleh jadi apa yang kamu tidak suka itu, ia adalah yang terbaik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu, ia bukan yang terbaik bagi kamu. Allah lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."[AL-BAQARAH; 2:216]
"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak di jangka."
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Setiap kali membaca coretan mereka mengenai Afiq, aku menangis! Mungkin sebab kehilangan ini berlaku kepada orang yang aku kenal, pernah rapat dan baik sehingga kini, menjadikan perasaan sedih itu lebih dekat. Menjadikan aku lebih menghargai insan-insan tersayang di sekeliling aku. 

" Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.[AL-IMRAN : 185]

"Tidakkah mereka melihat dan memikirkan
bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya,
kemudian Dia akan mengembalikannya
(hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu
amatlah mudah bagi Allah."
[AL-ANKABUT: 19]
~ يوس ~

Friday, February 17, 2012

7 Langkah Mendidik Anak Solat

Satu perkongsian menarik yang aku dapat dari fb page AnakkuSoleh.com.
Moga boleh kita pratikkan bersama-sama...




Sila klik image untuk baca...

Dan aku suka dengan quote ini dari fb page yang sama...

"Hati-hati semasa menceritakan kebaikan kita atau anak kita kpd orang lain..samada dlm FB, blog atau d dunia nyata..Kerana syaitan sentiasa menunggu peluang untuk merosakkan niat kita..Jika datang perasaan suka bila dipuji atau sedih bila tidak dipuji, cepat2lah ISTIGHFAR ~ أستغفر الله العظيم ~ Ketahuilah bahawa, Allah swt hanya menerima amalan yg dilakukan IKHLAS semata-mata keranaNya...."
*Peringatan untuk diri sendiri....*


~ يوس ~

Thursday, February 16, 2012

Motivasi diri sendiri | Kegagahan wanita


Sumber: FB page Saya bangga menjadi Surirumah Sepenuh Masa

Moga aku dapat menjadi antara wanita yang gagah....aminn.

~ يوس ~

Thursday, January 12, 2012

Arif: Hero kecik aku demam | Tips bila anak demam di hari pertama

Arif si comel aku demam hari ini.
Bermula malam tadi selepas makan malam sebenarnya.
Tak tahu kenapa tengok dia tak ceria aje.
Lepas tu malam tadi asyik muntah.
4 kali tukar baju sebab muntah.

Pagi ini pun dua kali muntah.
Sedih aku tengok dia.
Tak bermaya aje rasa.

Pagi ini aku bawa dia ke klinik.

Dalam kereta sebelum menuju ke klinik. Sayu aje tengok wajah Arif macam ni.
Kalau di sini, aku memang suka pergi klinik ni.
Doktornya bagus bagi aku.
Doktor perempuan cina.
Banyak berkongsi tips, dulu masa Aqil demam pun dia ada bagi tips.
Tapi aku lupa tips dia.
Kali ini, aku tak mahu lupa lagi, jadi aku nak kongsikan dengan semua di blog aku ni.

Kata doktor tu, kalau anak baru demam, kiranya hari pertama lah,
Cuba tekan dengan ibu jari di dada anak kita.
Selepas itu lepaskan ibu jari kita tu dan tengok selama 2 saat.
Sekiranya selepas 2 saat kesan putih tempat kita tekan tadi hilang, ok demam biasalah tu.
Tapi kalau selepas 2 saat, kesan putih tu masih belum hilang,
ada kemungkinan demam denggi,
kena masuk wad!

Alhamdulillah kesan putih tu hilang selepas 2 saat dada Arif di tekan.
Tapi kalau selepas 4 hari demam, masih belum baik.
Cuba tekan lagi di dada dengan ibu jari.
Lihat kesan yang sama, kalau ada segera bawa jumpa doktor semula.

Satu lagi, Arif kan muntah-muntah di hari pertama demam ni.
Doktor tu nasihatkan aku, jangan beri minum susu, makan bubur,
daging,ikan, nasi atau apa ajelah...huhu.

Aku dah cuak, susu tak boleh, nasi tak boleh, bubur tak boleh,
anak saya nak dapat tenaga dari mana doktor???

Kata dia, ini baru hari pertama demam, dan badan anak kita tu baru tekena virus.
So, kalau kita beri bubur pun, selepas dua suap, pasti akan muntah semula.
Buat apa kan?
Lepas tu kita penat-penat membebel, bagi bubur, keluar balik, bagi nasi keluar balik.

Jadinya untuk anak kita terus bertenaga, dia sarankan beri air manis.
Sirap pun boleh, atau air kotak, contoh air teh bunga tu.
Dari situ anak kita dah boleh dapat tenaga.

Tapi jangan air milo atau coklat ya.
Itu pun dah kategori susu, tak boleh!

Selepas dia dah ok, hari kedua demam baru beri makan.
Masa itu dia biasanya tak akan muntah lagi.

Dan hari ini juga, kali pertama aku tengok doktor masukkan ubat dalam bontot Arif.
Serius selama ni dengar orang kata, anak dia dapat ubat masuk dalam bontot.
Aku tak pernah kena macam tu.
Dah empat orang anak, tak pernah nampak pun anak di masukkan ubat ke dalam bontot.
Hari ini baru nampak.
Senang aje ya!...hehe.
Ubat tahan muntah.
Jakun aku tau!

Balik tu, aku beri Arif minum air kotak teh bunga seperti yang doktor sarankan.
Alhamdulillah tak muntah lagi, kalau tidak dari pagi, minum susu muntah,
minum air putih pun muntah...huhu.

Dah tertidur pun dia, harap-harap Arif segera sembuh ya.
Risau hati kita bila anak kecil kita demam kan.
Lepas tu baru demam tak sampai sehari, dah nampak macam seminggu tak makan.
Huhu...cam mana tu?
Lagilah tambah sedih hati ibu....:( :(

Doakan Arif segera sembuh ya kawan-kawan.
Terima Kasih.....:)

~ يوس ~

Monday, January 02, 2012

Iklan terbaik dan penuh makna untuk di tonton | Iklan Pantene rupanya!!!!!





Banyak pengajaran daripada iklan ini.
Aku sendiri tengok rasa teruja.
Rasa penuh bersemangat.

Tiada benda yang mustahil jika kita berusaha.
Tiba-tiba teringat pula salah satu babak dalam 3 idiots.
Kalau usaha gigih, ubat gigi yang terkeluar pun dapat di masukkan semula kan!

Siapa tengok 3 idiots mesti faham maksud aku?
Hehehe....

~ يوس ~

Friday, December 23, 2011

Surat dari Iblis

Hai manusia yangg tersayang, 
Tadi malam waktu nak tidur,aku tengok kau tak puji Allah,
tak selawat,tak baca Ayat Kursi dan Al Ikhlas.
Bagus tu!waktu tidur kan uutuk rehat,
bukan untuk baca Quran.
Bagus kau tak buang masa. 
Pagi ini aku tengok kau tak solat subuh.
Bagus sekali!
Kau telah buktikan kau adalah sahabatku. 
Jangan bangun tau,tidurlah dengan nyaman sayangku seperti raja kayangan.

Kau juga jarang ambil wudhu. 
Ini bagus kerana kau tidak bazirkan air, bil air kan mahal. 
Aku lihat kau juga makan dan minum guna tangan kiri dan tak baca Bismillah. 
Ini bagus kerana boleh aku makan bersama.
Bila kenyang, kau tak pernah sebut Alhamdulillah.
Itu yang aku suka. 
Lagi bagus kau sendawa kuat2 mcm lembu.

Aku juga lihat bila kau jumpa kawan2 kau,
kau tak ucapkan Assalamualaikum.
Kau ucapkan "Hi Everybody!" .
Ini amat bagus, kerna kau menunjukkan yangg kau mengerti adab resam org kafir, 
dan kau mengerti bahasa Ingegris.
Tak perlu pun kau belajar bahasa Arab,
bukan bahasa antarabangsa pun.
Kau dah buktikan bahwa kau sahabat sejatiku.
Kau adalah seorang yg budiman kepada kaumku.

Hai manusia yang kucintai, 
Semalam ada orang minta sedekah datang ke rumahmu.
Kau halau dia tanpa kau berikan duit sesen ataupun seteguk air. 
Ini sangat bagus dan terpuji,
kerana kau tak buang duit dan tak bazirkan rezekimu yangg diberi Allah kepadamu.
Kau pandai berjimat. 
Biarlah rezeki kau untuk kau sorang aje,
boleh buat nonton wayang,bercuti ke Genting, ke disco,karaoke dan shopping barang2 dunia.

Duhai manusia, 
Ramadhan lalu,telah lemah sendiku,terbakar jasadku, 
sakitnya aku lihat hamba2Nya yg berpuasa, 
bertarawih, berzikir & merintih mengenang dosa2nya yg lepas,
kerna pintu taubat dah dibuka ALLAH dgn seluas2nya.
Namun,aku tetap happy, 
kerna ada antara kalian masih sudi jadi temanku dengan melepaskan rahmat ALLAH 
dengan tak puasa,mengumpat, 
tak tarawih, malah mencipta sengketa.
Tubuh badanku yang sakit jadi segar smula.
Cukuplah NAFSU manusia jadi penyambung tugasku di sepanjang bulan yang dirahmati.
Di akhirat nanti,
kau dan aku dapatlah berjln bersama sambil berpegang-tangan 
menuju Neraka Jahannam. 

Dari Sahabat Iblis.

Sumber: Dari Twitter HelizaHelmi.

Ya Allah. Insafnya aku bila baca petikan ini.
Surat dari Iblis yang sangat suka bila kita manusia alpa dengan TuhanNya.
Dan aku tak mahu  menjadi sahabat mereka.
Semoga kita semua sentiasa beringat dan lebih dekat padaNya.
Untuk peringatan diri aku sendiri dan semua.

~ يوس ~

Friday, October 21, 2011

:::10 Jenis Siksaan:::

SEPULUH jenis siksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Isra` dan Mi`raj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenang-nya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Siksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana
(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula
(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwhudlu dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi yaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat
(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat
(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah
(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang
(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Semoga kita terhindar dari Siksaan tersebut diatas...

Wallahualam

Nota kaki: Ini adalah artikel C&P . Kita pernah belajar, kita pernah baca, tapi kita selalu lupa. Untuk peringatan aku dan pembaca lainnya.

Sumber: Facebook: Page Islam Itu Agamaku

~ يوس ~

Thursday, May 19, 2011

SAHAM AMANAH

Malam Selasa lepas, dengan tidak sengaja, aku menonton rancangan  Halaqah: Sentuhan Kalbu di tv9. 

Sungguh ini kali pertama aku menontonnya. Selama ini tidak berkesempatan, atau selalunya waktu itu aku sudah tidur. Tidak dapat menontonnya dari mula, namun walau sebahagian saja yang sempat aku saksikan, program pada hari itu, dengan tajuk Saham Amanah, betul-betul buat hati aku tersentuh. Bukan saja aku, malah semua penonton di studio pun begitu. Boleh di lihat semuanya menitiskan air mata...SubhanaAllah.

Satu pengisian yang begitu menyentuh hati aku. Saham yang di berikan oleh Allah secara percuma kepada kita, untuk kita mencorakkannya.

Satu yang terkesan di hati aku, perkongsian yang di berikan oleh salah seorang tetamu jemputan malam itu iaitu Dr. Rubiah. Apa yang boleh aku rumuskan, kita selalu merasa kesian, sedih dengan anak-anak yang di buang oleh ibubapanya. Belum dapat melihat dunia, mereka sudah di bunuh terlebih dahulu oleh ibu bapa yang memang pendek akalnya, jauh sifat perikemanusiannya dan hilang sudah keimanannya. Namun di sebaliknya, anak-anak ini tempatnya sudah pasti di syurga, jelas lagi nyata yang bersalah ialah ibu bapa mereka yang tidak menjaga saham amanah yang diberikan Allah kepada mereka.

Tetapi bagaimana dengan kita? Anak-anak kita, kita lihat setiap hari di depan mata kita. Mereka adalah saham amanah yang di pertanggungjawabkan kepada kita. Adakah kita membawa mereka ke jalan yang di redhai Allah?Adakah kita mendidik mereka menjadi insan yang berguna? Dan adakah kita membawa mereka menjadi anak-anak yang pasti tempatnya di syurga? Yang akan sentiasa mendoakan kita walau di saat kita tiada.

Bila mendengar program ini, aku tersedar sungguh berat tanggungjawab menjaga saham amanah ini. Suatu yang buat aku terfikir, apakah yang aku lakukan selama ini mencukupi? Tidak! Memang masih jauh, aku belum berjaya menjaganya dengan baik.

Sungguh aku tersedar dari lena. Sungguh aku hanya insan kerdil yang masih terlalu cetek ilmu dunia dan akhiratnya. Sangat banyak yang aku perlu pelajari dan dalami lagi.

Alangkah bahagianya seorang ibu itu bila di hari tuanya, anak-anaknya sentiasa ingat pada dia. Tahu menjaga hatinya, bukan sahaja anak itu berjaya, tetapi tidak pula melupakannya.

Aku sendiri? Boleh ke aku lakukan itu dengan baik, dan adakah aku akan menjadi ibu yang bahagia di hari-hari akhirnya melihat anak-anak yang tahu menghormati dan sentiasa mendoakan ibu dan bapanya walaupun aku sudah tiada.

Sungguh bagus program ini.

Sedikit yang aku ingin kongsi, klip video sebahagian dari perkongsian untuk tajuk Saham Amanah dalam program Halaqah malam Selasa lalu.







Kawan-kawan blogger sekelian. Bagi yang terlepas rancangan ini, atau ingin turut merasakan sentuhan kalbu yang meruntun jiwa kita semua untuk perkongsian tajuk Saham Amanah ini, bolehlah menonton siaran ulangannya hari Isnin nanti 23 May 2011 jam 9 malam. 

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya. 

~ يوس ~

Wednesday, May 11, 2011

Proxy Server Refused Connection

Salam bloggers.....

Aku masih tension, tetapi semakin baik. Sejak dari pagi aku tak boleh nak buka internet ni. Bila tengok modem, semua lampu menyala. Elok je. Lihat pada network connection pun cantik. Memang internet dah bersambung dengan pc aku ni. Tapi bila buka browser dia tak dapat masuk!!!

Geram weii!! Dua-dua browser dalam pc aku ni aku buka dapat message yang sama. Mozilla dan IE. Dua-dua keluar message serupa seperti ini.

Ini bila buka mozilla, bila buka IE lain sikit, tapi maksudnya sama lah.
Balik-balik dia kata proxy server refused connection. Apa menatang proxy server ni pun aku tak faham!!!Seingat aku memang aku tiada usik apa-apa pun yang ada perkataaan proxy sebelum tu. Aku telefon 100. Adalah sessi tunjuk ajar sekejap dari pihak TMNet sana. Semua yang dia suruh aku buat, aku buat, tapi tetap dapat message yang sama. Geram dah ni..!!

Oleh kerana semuanya tak jalan, dia kata nanti akan ada yang buat susulan untuk betulkan apa sebenarnya masalah yang aku hadapi. Seorang blogger bila tak dapat buka internet atas sebab yang dia tak tahu, memang sakit hati tau!...X-(.

Ok, aku biarkan saja. Dalam pukul 3 pihak TMNet telefon lagi. Kali ini mungkin technician dia kot. Orang yang lebih arif pasal benda ni. Dia kata tiada kaitan dengan internet connection, tapi mungkin masalah windows atau browser saja.

Dia suruh aku baca apa message yang keluar. Dan aku pun ikut saja arahan yang di berikan. Dengan beberapa klik saja, masalah selesai.

Walaaa!! Suka aku. Terima kasih untuk orang itu. Siapa nama dia aku tak tanya pun, lelaki tapi suara dia lembut-lembut, ala-ala Usop Wilcha pulak......:)).

Apa pun kalau korang ada masalah sama, tadi selepas internet berfungsi dengan baik aku google dan jumpa laman sesawang ini. 

Mamat dalam telefon tu pun ajar cara yang sama. Terima kasih TMNet. Harap-harap lepas ni tiada lagi masalah serupa. Sakit hati di buatnya. 

Hmm..barulah boleh nak balas komen atau BW. Lambat mula aku hari ini jadi nampaknya, tak dapat jalan jauhlah. BW pun boleh jauh dekat ya?? :D

~ يوس ~

Tuesday, April 12, 2011

Pelaris Perniagaan

Aku ingin kongsi satu cerita yang di bawa oleh SRD. Cerita dia dapat sewaktu OS minggu lepas dari seorang rakan sekerja berlainan jabatan. Rakan sekerjanya ini seorang yang agak warak dan berasal dari Riau.

image ehsan google
Mungkin anda semua pernah dengar cerita peniaga menggunakan pelaris untuk memajukan perniagaannya kan. Berbagai-bagai versi cerita pernah kita dengar. 

Anda semua ingat tak tv3 pun pernah menayangkan sebuah cerita dalam slot cerekarama bertajuk "Hijab di Kalbu" yang di lakonkan oleh Arash Mohd dan Eja tu. Cerita Arash sebagai pengusaha restoran menggunakan pelaris untuk memajukan perniagaannya, manakala isterinya pula guna susuk di sana sini, memang menginsafkan kita.

Ok, cerita dari SRD pula mengenai beberapa kedai makan di sekitar tempat kerjanya di sini pun ada banyak yang menggunakan pelaris. Ini menurut kenalan kerjanya tadilah. 

Cerita dari beliau, pernah dia dan rakannya singgah satu kedai makan ni. Dia sebenarnya telah dibukakan hijab matanya untuk dapat melihat di kedai itu ada seekor ular hitam yang besar melilit di tiang tempat tukang masak kedai itu sedang masak. Dan setiap kali tukang masak itu masak, ular itu akan menjilat kuali tersebut.

Dan ketika pelayan kedai tersebut menghantar air minuman kepada dia dan kawan-kawannya, beliau dapat lihat air teh ais yang di mintanya, bukan dalam keadaan sejuk, tapi dalam keadaan panas menggelegak. Menurutnya tatkala dia melihat itu, dia membaca ayat 7 bismillah dan dengan tiba-tiba kesemua air dalam dulang yang di pegang pelayan kedai itu pecah.

Menurutnya lagi, kedai makan 25 jam yang popular di kawasan tempat kerja SRD itu pun ada menggunakan pelaris.Walahualam. Dia memang tidak menyatakan dengan jelas nama-nama kedai yang ada menggunakan pelaris, tetapi di nyatakan ada banyak juga yang menggunakannya, jadi kita sebagai pengguna haruslah berhati-hati.

Menurutnya, jika kita hendak pastikan, kedai makan yang kita kunjungi ada menggunakan pelaris atau tidak, sebelum keluar menuju ke kedai yang hendak di tuju, baca dulu syahadah 3 kali, selawat 3 kali dah surah yassin 3 kali. Sekiranya kedai yang kita pergi ada menggunakan pelaris, InsyaAllah tatkala kaki kita melangkah untuk jejak ke dalam kedai itu, kaki kita akan menggigil seperti tidak mahu masuk kedalam kedai tersebut. 

Begitulah kiranya cerita yang aku dengar dari SRD seperti yang di ceritakan oleh kenalan kerjanya itu...Wallahualam.

Memang pelik dengan sifat manusia ni. Nak maju tetapi tidak menggunakan cara yang betul. Kenapalah nak gunakan pelaris semua ni kan. Ada tu aku dengar, dia tak guna pelaris untuk kedainya, tetapi guna-guna kedai orang lain supaya bankrap pula. Hasad dengki! Hmm macam-macam.

Disini aku ingin kongsi juga Soal Jawab Agama dari laman sesawang JAIS mengenai pelaris perniagaan ni.


p/s: lepas ni memang takut nak makan di kedai sekitar PR setelah tahu banyak kedai yang ada guna pelaris mcm ni...huhu.
~ يوس ~

Friday, April 08, 2011

Cabaran mendidik anak mendirikan solat

Aku teringat satu waktu aku pernah buat entri tentang Aqil yang mendapat markah rendah di sekolah agama kerana ujian amali solat dan ujian bacaan solatnya tidak lulus. Entri itu aku tulis pada hari Rabu, 15 Julai 2009 seperti di sini.

Cabaran dari teguran ustazah Aqil itu, aku berjaya ajar dia solat dalam masa dua minggu saja. Semua ada aku tuliskan dalam entri tersebut.

Namun, cabaran itu tidak berakhir di situ saja. Bagaimana sebenarnya kita hendak memastikan anak-anak kita sentiasa solat, tahu bahawa solat itu wajib, tidak boleh di tinggal dan kesannya dalam kehidupan dia sehari-hari. Cabaran itu lebih besar. Lebih-lebih lagi, bukan pada Aqil saja aku perlu titikberatkan semua itu, tapi juga pada Alia, Abid dan juga Arif nanti.

Baru-baru ini ramai yang kagum bila baca cerita pasal Wardina Safiyyah mengajar anaknya yang berusia 7 tahun solat. Ya! Aku juga suka dengan cara dia. Kita sebenarnya memang perlu ajar anak solat sedari kecil, kerana kalau sudah besar lagi susah nak mendidik mereka kan.

Aku sedar, dalam aku mendidik anak-anak supaya bersolat, banyak juga kesilapan yang aku lakukan. Dari niat wuduk, cara ambil wuduk, niat solat, cara-cara solat, bacaan dalam solat, rukun solat, segala tertib yang kita ajar, dengan mudah sebenarnya anak-anak boleh ikut. Aqil memang aku ajar agak lambat, dah darjah 1 baru ajar. Tapi Alia, dan Abid lebih cepat. Alia 5 tahun  dah tahu cara-cara solat, tapi bacaan dalam solat belum begitu lancar. Masuk 6 tahun, dah tahu. Abid pula sekarang dalam usianya 4 tahun lebih, amali solat sudah baik, tetapi bacaan dalam solat masih banyak perlu belajar. Kalau niat, bacaan ketika rukuk dan sujud, duduk antara dua sujud, dia dah boleh baca, tetapi yang panjang-panjang macam tahiyat awal, tahiyat akhir, doa qunut semua belum lagi.

Kesilapan terbesar aku ialah tidak konsisten dalam mendidik mereka mendirikan solat dan tidak tegas. Kenapa aku kata begitu? Aku tidak tahu bagaimana kawan-kawan semua lakukan, tetapi aku sedar ini memang kesilapan aku. Ini kesilapan aku yang biasa. 

  • Contoh solat Subuh, bila dah terlambat, aku biasanya tak tegas suruh mereka solat. Bila mereka kata lambat dah ibu, aku pun diamkan saja. Jadi mereka tak solat.
  • Waktu Zohor pun sama. Van sampai rumah dah pukul 1.15. Pukul 1.50 dah sampai semula depan rumah untuk bawa mereka ke sekolah agama. Kedua-dua mereka sangat lambat makan dan salin pakaian. Jadinya mereka tinggal solat lagi. Aku pula selalu fikir, takpe mereka kecik lagi. Aqil darjah 3, Alia darjah 1.
  • Waktu Asar, balik dari mengaji mereka dah sibuk nak bermain di luar. Kadang-kadang mereka solat, kadang-kadang tidak. Bila kawan-kawan dah mula menekan loceng untuk ajak main di luar, aku cakap apa pun mereka tak dengar. Sudahnya mereka tak solat lagi. Kawan-kawan pun jenis yang sama jadi susah untuk aku suruh mereka solat.
  • Waktu maghrib adalah waktu yang paling rajin mereka solat. Memang jarang tinggal, tambahan pula SRD sudah di rumah. Mereka takut dengan abah mereka berbanding aku.
  • Mereka biasa tidur pukul 10 malam. Aku pula ralit dengan kerja-kerja rumah,atau menonton tv. Bila mereka penat dan dah tertidur, nak kejut untuk solat aku yang kesian. Ini lagi kesilapan besar!!!!
  • Bila hari cuti atau balik kampung, sepupu yang sebaya pun ada sama, suruh mereka solat mereka buat tak dengar, bila kawan sebaya tak solat, dan keluarga mereka pun tak tegas suruh solat, aku pun terikut sama. Besar sungguh kesilapan aku.
  • Bila dalam perjalanan ke sesuatu tempat. Kami akan berhenti singgah solat di mana-mana. Atau kalau jauh, kami biasanya akan jamak solat tu. Tapi anak-anak masih belum tahu cara jamak solat. Dan kami juga tak tegas suruh mereka solat. Lagi satu kesilapan yang tak boleh di maafkan.
Aku sedar inilah antara kesilapan besar aku dalam meyuruh mereka solat. Tidak konsisten dan tidak tegas. Jadinya, walaupun mereka sudah tahu solat, pandai solat, tapi tak tegas dalam menyuruh mereka mengerjakan solat hanya kerana aku kata, mereka masih kecil, lambat lagi....itulah kesilapan yang terlalu besar!!!

Aku tak mahu terus alpa. Aku sudah sedar kesilapan aku. Aku mula bertegas dengan mereka. 

  • Waktu Subuh, aku pastikan aku bangun awal dari biasa supaya aku boleh pantau mereka solat dan mendengar bacaan mereka sekali. Anak-anak ni, bila buatnya sekali sekala, bacaan mereka pun ada yang salah, baca nak dengan cepat sebab nak habis cepat, aduhai.
  • Zohor pun sama. Kalau dulu biasa waktu tengahari memang aku suapkan mereka kerana takut mereka lambat bersiap, van dah sampai. Tapi sekarang, aku dah tak buat begitu, aku pastikan mereka makan sendiri dengan cepat, dan dirikan solat Zohor sebelum van sampai. Tak sangka, aku berjaya suruh mereka solat, dan mereka pun boleh lakukannya.
  • Waktu Asar pun sama. Balik dari sekolah agama dan mengaji, sampai rumah dah pukul hampir pukul 5 petang. Biasanya waktu ini kawan-kawan setaman dan mula menekan loceng rumah ajak Aqil dan Alia bermain. Kali ini aku tak beri mereka peluang lagi. Sebelum keluar harus solat Asar dulu. Atau kalau mereka dah keluar pun, aku panggil mereka balik untuk dirikan solat Asar, kalau tidak tak boleh teruskan bermain sampai bila-bila. Alhamdulillah, mereka mengikut walaupun mula-mula dalam terpaksa. Ada rasa marah di hati mereka. Mereka mempersoalkan lagi kenapa kawan-kawan tak solat takpe, kenapa mereka saja perlu solat. Sungguh besar carbaran nak menerangkan hal ini kepada mereka. Hari demi hari aku terangkan, solat itu wajib untuk semua orang. Bagi yang tak buat, boleh masuk neraka, akan sentiasa lalai dalam tugas mereka, jadi hamba-hamba Allah yang rugi. Ibu tak mahu anak-anak ibu tergolong dalam kumpulan hamba-hamba Allah yang rugi, yang sesat di kemudian hari. Akhirnya mereka faham juga, walaupun belum sepenuh hati. Bayangkan, sangat susah nak suruh mereka solat, bila kawan2 dah menunggu di depan pintu ajal bermain, siap jenguk dari tingkap lagi. Tapi aku cekalkan hati, aku mahu mereka tunaikan tanggunjawab solat itu sebelum mereka bermain. Mula-mula mereka lakukan dengan tergesa-gesa, dalam kepala nak main saja. Aku suruh mereka ulang semula sehingga mereka buat dengan betul, hilang perasaan marah mereka, sehingga aku puashati dengan bacaan mereka. Lama-lama mereka sendiri faham. Aku pula yang geram dengan kawan-kawan mereka yang lain, memang aku tutup pintu kunci dan aku kata, pergi solat dulu ya. Aqil dan Alia nak solat Asar dulu, baru boleh main. Tapi mereka cuma main jauh sikit, dalam 5-10 minit dah datang semula, tengok Aqil dan Alia dah selesai solat atau belum. Cabaran sungguh!!!
  • Maghrib memang tiada masalah. Isyak sekarang pun dah takde masalah. Selepas makan dan selesai kerja sekolah, dalam pukul 9.15 aku dah suruh mereka solat. Sebelum mereka mengantuk. Mereka berjaya lakukannya. Cumanya aku dah takde peluang nak menonton tv atau bersenang lenang seperti biasa. Takpe, demi masa depan anak-anak kita memang harus lakukan itu kan.

Aku praktikkan semua di atas bukan untuk Aqil dan Alia saja, juga untuk Abid. Surprisingly, Abid lagi mudah ikut. Dia juga pandai berdoa. Bab doa ni, memang aku suruh mereka luahkan apa yang mereka inginkan setiap kali selesai solat. Apa yang mereka mahu lahir dari hati nurani mereka. Sangat susah nak suruh mereka buka mulut mulanya, tapi lama-lama mudah juga. 

Pernah satu hari Alia bersuara ketika aku suruh dia solat. Dia kata, " Alia tak suka solat!"

Ya Allah! Terkejut besar aku. Biasa aku memang sudah melenting, tapi hari itu entah kenapa Allah bantu aku. Selepas saja dia kata macam tu, guruh di langit berdentum kuat. Sungguh! 

Terus aku kata pada dia, "kenapa Alia cakap macam tu? Tengok Allah dah marah. Sebab tu guruh berdentum kuat, Alia tak takut ya dengan siksaan Allah."

Dia terus jadi takut, terus mukanya pucat, terus dia kata, "Alia minta maaf ibu. Tak boleh cakap macam tu ya ibu. Tapi Alia penat, asyik-asyik solat je."

Selepas daripada itu, dan aku pun sentiasa berbicara tentang kebaikan dan kelebihan menunaikan solat, dia semakin ok, dan tak malas sangat lagi nak dirikan solat walaupun ada ketikanya liat juga. 

Aku sendiri memang perlu banyak berdoa selepas solat untuk anak-anak. Memang cabaran besar kan. Aku ingin tahu juga bagaimana kakak-kakak di luar sana lakukannya pada anak-anak. Juga pada mereka yang sebaya aku, muda dari aku. Mungkin boleh kita kongsikan bersama. Cabaran mendidik anak zaman millineum ni memang besar kan.

Satu lagi yang ingin aku kongsi di sini dari satu laman web yang aku baca:

Aku jumpa satu artikel menarik di sini yang aku rasa kita sebagai ibubapa memang banyak lakukan kesilapan seperti yang di nyatakan itu. Apa kata kawan-kawan semua lihat sekali...

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak



Sesungguhnya ini adalah sekadar coretan hasil dari pengalaman aku sendiri seorang ibu muda yang masih perlu banyak belajar dan masih cetek ilmu agamanya. Aku amat berbesar hati sekirannya rakan-rakan di luar sana dapat kongsi maklumat seumpama, bagaimana anda mendidik anak mendirikan solat ya? Terutama akak-akak yang sudah punya anak yang remaja, pasti pernah lalui cabaran ini kan. 

Banyak lagi yang perlu aku belajar untuk jadi ibu yang baik kepada anak-anak. Zaman makin maju, anak-anak makin bijak, tapi kita juga tidak mahu mereka lupa tentang dunia akhirat.Banyak yang akan di tanya pada kita di akhirat nanti, takutnya!! Sama-samalah kita kongsi apa yang baik tu ya.

Ikhlas,
~ يوس ~

Friday, December 03, 2010

Rambut gugur selepas bersalin. Apa kaitan dengan air liur anak pulak?

[gambar] : google
Sebelum ini aku memang mengalami masalah keguguran rambut. Semasa mengandungkan Arif, masalah ini beransur kurang. Sukanya hati aku. Aku pun ingat semuanya sebab aku guna syampoo ni lah. Sunsilk for hairfall solution. Tapi sebenarnya tidak. Rambut aku gugur semula. 

Usia Arif dah 4 bulan sekarang. Dia memang suka sangat menyemburkan air liurnya. Kalau tengok dia main buih-buih melalui mulutnya memang asyik....:glad:. Akibatnya rambut aku gugur semula. Semakin banyak pulak aku rasakan. Selepas saja mandi, tengoklah dekat lantai. Pasti ada helaian rambut sana sini. 

Aku musykil lah. Apa kaitan rambut gugur ni dengan anak suka menyemburkan air liur kan? Takde kaitan langsung aku rasa...:/. Korang ada masalah sama tak? Ibu-ibu di luar sana yang ada bayi kecil, ada masalah rambut gugur tak? Apa petua untuk kurangkannya?

Bila aku google, aku jumpa maklumat ini:

Kebiasaannya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut dikepala kita tumbuh dan 5 ke 15 peratus didalam keadaan peringkat berehat. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur (kerap kerana bersikat atau ketika anda syampu rambut anda) dan digantikan dengan rambut baru. Purata keguguran bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai rambut sehari.
 
Ketika mengandung, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan jadi terdapat sedikit sahaja rambut yang berada dalam keadaan berehat dan kurang rambut yang gugur setiap hari. Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen akan jatuh dan banyak folik rambut memasuki peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luarbiasa ini akan berkurangan dan rambut anda akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa diantara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
Namun tidak semua wanita mengalami perubahan dramatik pada rambut mereka ketika mengandung atau tempoh berpantang.
sumber: klik sini
Jadi maksudnya tiada kaitan langsung dengan bayi kita main buih guna air liur dia tu kan. Tapi, mana-mana aku pergi, bila cakap rambut gugur je, mesti ada yang jawab, :::anak suka main air liur ye?:::. Kadang-kadang pelik juga kan.

Satu lagi aku jumpa maklumat di bawah ini : ( Aku C&P untuk bacaan aku dan sesiapa yang boleh memanfaatkannya.)

Apa yang anda perlu ketahui:
  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
  • Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
  • Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.
Sumber:
  • dermatology.svhm.org.au
  • Postpartum hair loss, babycenter.com
Bila rambut dah gugur banyak ni, rasa nak cuba Yun Nam Hair Care tu pulak....:P

~ يوس ~

Tuesday, October 26, 2010

Telinga Arif berair dan bernanah

Baru seminggu lebih Arif  baik dari selsema dan batuknya. Sejak dia dah sihat ni, dua tiga hari kebelakangan aku perhatikan dia banyak meragam. Suka menangis yang tak ingat punya. Menangis seperti kena pukul. Kenapa agaknya? Mula2 aku ingat sebab breast milk aku kurang, tapi aku rasa tidaklah pula.

Jumaat malam kami semua pulang ke Melaka. Malam itu, Arif muntah sedikit. Aku tak perasan, Alia dan Aqil ada bersamanya ketika itu. Bila aku perasan, aku lihat air dan muntahnya itu telah membasahi telinganya. Cepat-cepat aku bersihkan. Aku tengok Arif happy saja.

Esoknya bangun pagi, Arif tetap tersenyum seperti biasa. Bangun pagi adalah waktu dia untuk bermain dan berbual-bual dengan aku. Mulutnya memang ramah. Berceloteh saja. Bila aku angkat dan cium dia seperti biasa, aku perasan ada bau busuk. Bau busuk itu datang dari telinga kirinya. Ada cairan berwarna hijau sudah menutupi telinganya. Adakah disebabkan muntahnya malam tadi? Aku tak pasti.

Aku bersihkan dengan putik kapas. Memang berbau busuk, aku rasa tentulah cairan itu adalah nanah. Ini juga pengalaman pertama aku menghadapi situasi ini. Dah hampir 4 tahun tiada bayi kecil di rumah, dan ini pula pengalaman pertama, risau juga aku.

Tengahari itu, aku bawa Arif ke klinik berdekatan di Melaka. Doktor ada bertanya adakah Arif selsema baru-baru ini? Aku jawab ya, tapi itu dua minggu lepas. Dia bagi ubat titik, ubat selsema dan demam serta antibiotik. Bila aku beri ubat titik tu, esoknya (Ahad) dah tiada lagi air atau nanah keluar. Bau telinganya pun dah tak busuk lagi.

Isnin pagi, di rumah sendiri, telinga Arif berair lagi. Warna kekuningan. Bau busuk dah tiada, cuma cecair pekat kekuningan saja. Aku bersihkan lagi dan beri dia ubat titik itu. Lepas beberapa jam, telinga dia bersih dari cairan pekat itu. Malam tadi aku periksa, dah tiada lagi cairan pekat kekuningan itu keluar dari telinganya. Aku fikir dah baik agaknya..lega rasa hati.

Pagi ini pukul 4 pagi, Arif gelisah. Selsemanya datang lagi. Bila aku buka lampu, aku lihat telinga kirinya dah penuh lagi dengan cairan pekat kekuningan itu. Namun tiada bau. Risaunya rasa hati ini. Aku bersihkan lagi dan kemudian aku beri dia ubat titik, ubat selsema dan antibiotik yang ada. Kenapa agaknya dengan telinga Arif?

Aku cuba google dan cari jawapan. Aku jumpa forum ini. Banyak maklumat aku dapat dari situ. Antaranya, telinga bernanah atau berair biasa berlaku sekiranya bayi kita menghidap selsema atau batuk yang agak lama. Betul lah kot, sebab Arif asyik selsema on and off jer. Satu daripada artikel yang aku dapat dari forum itu, ingin aku kongsikan di sini. Untuk info aku juga.

Otitis media ganggu pendengaran budak
Oleh HAFIZAH ISZAHANID


JANGKITAN telinga tengah (otitis media) memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Malah antara 30 hingga 40 peratus kanak-kanak menghadapi masalah kesihatan ini.

Bagaimanapun disebabkan kanak-kanak pada awal usia tidak berkeupayaan berbahasa dengan sempurna, dia gagal memberitahu ibu bapa kesakitan dialaminya. Justeru, ibu bapa seharusnya lebih peka perkembangan anak dan memerhatikan kelainan tingkah lakunya.

Antara gejala otitis media (OM) ialah sukar tidur, kerap menggaru atau menarik telinga yang sakit, demam, selesema dan kadangkala batuk.

Ia terjadi dalam dua cara, jangkitan yang akan menyebabkan rasa sakit diikuti dengan nanah kerana gegendang telinga pecah manakala satu lagi terjadi dalam bentuk keradangan. Simptom keradangan ialah rasa gatal tetapi tidak bernanah.

Dalam dua kejadian OM ini, keradangan membawa kesan jangka panjang seperti kurang pendengaran dan akan melambatkan perkembangan pertuturan anak jika tidak dirawat manakala jangkitan bernanah akan sembuh sepenuhnya menerusi pemberian antibiotik. Bagaimanapun ia bukan jaminan masalah itu tidak berulang.

Gegendang telinga yang pecah biasanya akan bertaut kembali dalam kes OM yang bernanah. Tetapi jika lubang yang pecah itu besar dan OM terjadi berulang kali, gegendang mungkin tidak akan bertaut dan menyebabkan kesan pada pendengaran.

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, berkata setiap kanak-kanak berisiko mengalami OM sejak berusia beberapa bulan hingga sembilan tahun.

揥alaupun orang dewasa juga berhadapan masalah OM tetapi kanak-kanak lebih kerap menghidapinya kerana sistem ketahanan tubuh masih rendah dan tiub eustachian kanak-kanak (tiub yang menghubungkan bahagian atas tekak ke telinga tengah) pendek dan lurus berbanding orang dewasa,� katanya.

Keadaan ini katanya, menyumbang kepada berlakunya OM dalam pelbagai cara. Selalunya tiub ini tertutup tetapi terbuka untuk proses 憄engudaraan� atau menambah udara dalam telinga tengah. Tiub ini juga berfungsi menyeimbangkan tekanan udara di telinga tengah dengan tekanan udara di kawasan sekeliling yang berubah.

Bagaimanapun, jika tiub itu tersekat oleh kebengkakan atau mukus yang terbentuk oleh selesema ia tidak akan terbuka untuk proses pengudaraan itu. Ini menyebabkan cecair dari lapisan tisu telinga tengah terkumpul. Jika tiub itu terus tertutup, cecair itu tidak kering.

Satu faktor lagi mengapa kanak-kanak kerap berhadapan dengan OM kerana tisu yang mengembang di belakang kerongkong (adenoids) kanak-kanak biasanya lebih besar berbanding dewasa. Adenoids terdiri daripada sel limfa yang besar untuk melawan jangkitan. Ia terletak di belakang bahagian atas tekak. Kerana saiznya, adenoids boleh mengganggu pembukaan tiub eustachian. Malah, adenoids mungkin berhadapan jangkitan dan jangkitan itu akan merebak ke tiub eustachian.

揢ntuk mencegah OM ada beberapa cara. Antaranya imunisasi menentang jangkitan virus pernafasan atau secara khusus menentang bakteria penyebab OM. Selain itu kebanyakan doktor menyarankan penggunaan antibiotik. Jika OM menyebabkan kesakitan, ubat tahan sakit diberikan. Penting untuk ibu bapa mematuhi arahan doktor dan antibiotik diberikan mengikut jadual hingga habis,� katanya.

Apatah lagi katanya jika kanak-kanak itu diletakkan di pusat asuhan kerana ibu bapa bekerja. Kanak-kanak yang berhadapan dengan OM harus diasingkan dengan rakan lain.

Kanak-kanak yang tinggal dengan ahli keluarga yang merokok juga cenderung untuk berhadapan dengan risiko OM. Justeru, elakkan mereka dari persekitaran yang penuh dengan asap rokok. Menyusukan anak (sama ada susu badan atau susu botol) sambil berbaring boleh juga menyebabkan susu mengalir masuk ke dalam telinga tanpa disedari. Justeru perhatikan anak yang sedang menyusu.

Secara umum, OM disebabkan bakteria Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus influenzae. Bakteria yang sama boleh menyebabkan selesema yang biasa dihadapi kanak-kanak. Perhatikan berapa lama dia terkena selesema. Kadangkala selesema berpanjangan tanpa batuk pun boleh menyebabkan OM.

Kesan OM pada kanak-kanak

Bukan saja menyebabkan kesakitan, ia boleh menyebabkan komplikasi lebih serius jika tidak dirawat. Jangkitan yang tidak dirawat akan merebak dari telinga tengah ke bahagian berdekatan kepala termasuk otak. Walaupun kehilangan pendengaran disebabkan OM bersifat sementara, OM yang tidak dirawat boleh menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Nanah yang keluar dari telinga tengah dan kronik OM akan mengurangkan keupayaannya mendengar dan melambatkan proses pertuturan dan berbahasa.
Jika ada yang inginkan jawapan yang lebih untuk masalah yang sama, silalah ke forum itu juga ye.

Ibu akan lihat untuk seminggu ini. Kalau masih tak baik juga, kita pergi klinik lain ye Arif. Cepat baik ye sayang..
Lupa pula. Semalam juga Arif ke klinik kesihatan untuk check-up 3 bulan. Selain dari kena cucuk, perkembangan Arif terkini ialah:

Berat : 5.2kg ; Lilitan kepala : 38cm ; Lilitan dada: 39cm ; dan Ketinggian:59.5cm

Moga Arif dapat membesar dengan sihat, seperti abang dan kakak ye sayang....

My little Arif yang tomeyy...

~ يوس ~

Saturday, October 23, 2010

Petua untuk memperbanyakkan susu badan

Hmm...tak tahulah kenapa aku rasa susu makin berkurang. Arif memang kuat menyusu, tapi cara dia menyusu agak berlainan dari kakak dan abangnya sebelum ini. Lebih kerap, tapi sekejap-sekejap. Sedut 3-4 kali lepas tu dia lepaskan, kemudian mulalah dia mencari semula puting untuk menyusu. 

Dia juga dah pandai nak mengamuk...contoh kalau lambat di tidurkan, atau bila aku lambat datang padanya masa dia dah mula merengek. Mengamuk yang tak ingat punya, susah betul nak pujuk...huhu. Adakah mungkin kerana susu ibu kurang sayang.... Tapi bila aku perah, dapat banyak juga, apalah yang tak kena agaknya.

Ini bukan kali pertama aku BF, so, aku rasa sepatutnya takde masalah. Tapi mungkin aku terlupa. Aku google untuk mendapatkan petua memperbanyakkan susu badan ni. Aku senaraikan di sini untuk kegunaan aku sendiri juga..

  • Pergi berurut - yang ni aku tahu memang betul berkesan. Setiap kali lepas berurut, memang rasa susu tu banyak je keluar.
  • Banyakkan minum air suam - memang hari-hari aku amalkan.
  • Banyakkan minum susu, soya dan jus buah-buahan - ini selalu  aku terlupa,jadi kena minum susu dan jus banyak lepas ni.
  • Mengambil lebih banyak makanan berprotein - hmm hari2 rasanya aku ambil, mungkin belum cukup banyak kot.
  • Mengambil lebih banyak sayur-sayuran seperti lobak putih, sawi dan brokoli - hmm..rasanya asyik sawi jer, kena cuba lobak putih dan brokoli pulak lepas ni.
  • Minum air barli/horlicks dan apa jua yang berasaskan bijirin, cth quaker oat - ini tak pernah cuba, lepas ni kena cuba ni.
  • Minum air longan kering yang di rebus - ini baru pertama kali tahu, kalau kritikal sangat baru cuba kot.
  • Makan jantung pisang,pucuk manis, kuchai, pucuk betik dan betik muda - aku suka pucuk manis dengan betik jer...macam mana ni?
  • Minum air asam jawa yang di rebus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping - ini pun baru pertama kali aku dengar...boleh cuba nanti.
  • Memperbanyakkan kekerapan menyusu - ini memang dari dulu di amalkan   
  • Mengambil makanan tambahan seperti spirulina dan habbatus sauda - kalau ada budget lebih, bolehlah cuba kot.
Cukuplah ni, senarai banyak2 macamlah aku akan cuba semua. Apa yang pasti aku nak BF Arif lebih lama dari sebelum ni. Aqil, 3 bulan je, Alia 1 tahun setengah, Abid 1 tahun. Harap-harap untuk Arif dapatlah aku BF 2 tahun atau lebih.
~ يوس ~

Tuesday, May 18, 2010

Doa ketika mengandung....

Ingin berkongsi dengan semua, antara amalan doa ketika mengandung yang elok di amalkan...

Setiap selesai menunaikan sembahyang yang wajib eloklah membaca doa di bawah ini:


'Ya Allah, jagalah anak yang sedang berada di dalam kandunganku ini; berilah dia kesembuhan kerana tiada siapa yang memberinya selain Engkau juga, kesembuhan yang tiada meninggalkan kesan-kesan yang tidak elok. Ya Allah keluarkanlah ia dari perutku dengan cara yang paling mudah dan selamat. Ya Allah, kurniakanlah kepadanya kesiahtan, kecerdikan, pengalaman  dan ilmu. Ya Allah, jadikanlah ia anak yang berbudi bahasa, petah bercakap serta merdu suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis, dengan berkat penghulu kami Nabu Muhammad s.a.w."

Dan apabila terasa ada tanda-tanda hendak bersalin, maka selalulah membaca doa berikut ini : 


"Tiadalah Tuhan yang disembah kecuali Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku ini masih tergolong kaum yang zalim."

( Sumber : Buku Pilihan Nama-Nama Dalam Islam; Abu Afiqah; Dinie Publisher;Khazanah Ilmu, Dakwah & Tarbiah)

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...