Thursday, May 31, 2012

Home » , , , » 10 pesanan untuk jadi isteri solehah

10 pesanan untuk jadi isteri solehah

Kalau semalam aku kongsi panduan untuk menjadi suami luar biasa, hari ni nak kongsi 10 pesanan untuk jadi isteri solehah pula. Info ini aku dapat dari akhbar Berita Harian semalam, Rabu 30 Mei 2012, ms N6 bahagian Agama.

10 pesanan jadi isteri solehah


  • Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  • Mendengar dan mentaati suami. ( tapi janganlah taat membuta tuli ya tak, kalau benda yang baik wajiblah taat, kalau yg tidak baik tu, bawa-bawalah berbincang dulu...ayat tambahan sendiri ni.)
  • Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumahtangga.
  • Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  • Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  • Menjaga makan minum suami dengan betul, tepat serta waktu tidur suami bagi elak emosi suami terganggu.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  • Amanah menjaga harta benda dalam rumahtangga.
  • Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumahtangga kepada orang lain.
  • Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

Image aku dapat dari blog ini, untuk entrinya Isteri solehah perhiasan paling membahagiakan. Sila terjah sana untuk baca lebih lanjut.

Peringatan dan panduan untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua. Semoga ianya bermanfaat.

p/s: hari ni tak boleh berlama-lama dengan lappy juga nampaknya. Parents aku nak datang, tengok cucu kesayangan mereka Arif yang luka di kaki akibat terkena lidi basikal tu. Sayang betul atok dan nenek dengan cucu, dengar je cucu sakit sikit, terus terjah....huhu. Maaf ayah, emak, bulan ni belum sempat balik Melaka lagi....:D

~ يوس ~

15 comments:

  1. jangan kat luar wangi..jelita bagai..kat rumah sememeh je..suami tengok pun takde selera :P

    nice tips kak yus..

    ReplyDelete
  2. tq kak bagi info ni, sentiasa cuba untuk perbaiki diri..

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing kak...a very gud tips!

    ReplyDelete
  4. tq for sharing..
    Cucu kesayang nenda n toknda ni..cpt sembuh ye arif :)

    ReplyDelete
  5. betul kak..semalam gatal tangan cr pasal artis2 yang ada masalah rumahtangga..kebanyakkan bukak pekung suami..sedih gak tengok..dr kesian rasa cam tak patut pulak..

    tapi itulah..wanita ni dah banyak berkorban..lelaki plak dah banyak tunjuk kurang..bila hilang sabar kalau tak tahu hukum dan tak kuat iman memang boleh jadi melenting juga,,:(

    harap2 kalau saya diduga sabarlah hendaknya..:)

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya senang dan mudah tapi selalu bagai sukar nak aplikasi kat diri...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah Ya Tuhanku moga kau golongkan aku dalam golongan isteri solehah (=

    ReplyDelete
  8. semoga kita semua menjadi isteri yg solehah

    ReplyDelete
  9. mudah nak laksanakan bila suami turut melayan dgn baik, tapi mudah tergoda dgn bisikan syaitan bila suami tak menghargai. itu yg takut tu..

    ReplyDelete
  10. Semoga kita tergolong dlm isteri yg solehah.....amin

    ReplyDelete
  11. good info kak.. alahai ciannya arif.. semoga cpt sembuh yer cyg!

    ReplyDelete
  12. Good info.. Yus TQ share kat sini.. :)

    ReplyDelete
  13. Tq atas perkongsian yang bail ini kak yus, semoga perkongsian ini dpt mengeratkan hubungan Suami isteri

    ReplyDelete
  14. saling ingat mengingati sesama kita.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...