29 April lalu, di hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 11, kami sekeluarga jalan-jalan sekitar Melaka. Salah satu tempat yang kami kunjungi ialah tempat terletaknya kapal selam SMD Quessant yang besar itu. Teringin nak tengok dalam dia, tapi rupanya boleh tengok luar saja...huhu.
Kapal selam ini terletak di Kompleks Perlancongan Klebang, Melaka berhampiran dengan Dataran 1 Malaysia Klebang tu. Tiket masuk untuk lihat kapal selam ini ialah RM1.00 bagi dewasa dan 50 sen bagi kanak-kanak.
Walaupun tak dapat tengok dalam dia, tapi di ruang legar bahagian luar tu ada di pamerkan gambar-gambar ruang dalam kapal selam itu. Bahagian enjin, tempat tidur, tempat makan dan lain-lainnya semua di tunjukkan dalam gambar.Bolehlah lihat dan baca, cuma kurang feel sebab tak dapat lihat sendiri. Mungkin sebab belum siap sepenuhnya kompleks pelancongan ni. Masih dalam proses pembinaan, nanti kalau dah siap bolehlah datang lagi kan.
Ok, seperti biasa, kita lihat gambar sajalah.
|
Sedang menuju ke arah kapal selam di daratan ni adik dan emak aku. Yang memegang payung tu Aqil..hehe |
|
Kapal Selam SMD Quessant daripada Kementerian Pertahanan Malaysia kepada Kerajaan Negeri Melaka. |
|
Dapat cuit sikit je badan kapal selam ni. |
|
4 permata hatiku yang riang |
|
Aqil dan Abid konon-konon nak tolak kapal selam ni. Boleh ke?...hahaha |
|
Pandangan ekor kapal selam. Semua orang dok kerumun kat kipas dia ni. |
|
Arif pun nak ambil peluang menyentuh badan kapal selam ni, tapi dia sebenarnya takut...huhu |
|
Aku dan bonda tercinta. Hari itu, ayah tidak turut serta kerana dia terlibat untuk nikahkan orang. Pegawai syarak mukim di kampung le katakan. |
|
Aku dan suami tercinta SRD. Semoga ikatan perkahwinan kita akan bertahan selamanya, 11 tahun tu masih muda kan bang? |
|
Pandangan dari jauh kapal selam SMD Quessant ni. Tapi musykil lah, beli kapal selam tapi tak boleh menyelam, buat pameran je...huhu |
Cuaca sangat panas hari itu, keluar aje dari situ beli kerepek udang geragau. Sedaplah pulak. Kita tunggu kompleks ni siap sepenuhnya baru datang lagi lah kot. Harap2 masa tu boleh tinjau-tinjau dalam dia pula.
~ يوس ~
Nurul blum lg pegi sini....
ReplyDeletedah sampai pun akak, fuhh nampak panas ek cuaca masa akak pergi ni..
ReplyDelete@Huda
ReplyDeletememang panas huda, pukul 2 lebih rasanya masa tu...huhu.
Tengok huda dah pergi tulah teringin nak pergi juga...hehe
tengok kapal selam dari luar pun dah teruja kan kak... apalagi kalau dpt masuk ke dlm. seronok betul anak2 akak kat sana.
ReplyDeletenmpk muda mak kak yus... macam kakak n adik aje...
sy org melaka pun x sampai lg kak heeee =p
ReplyDeleteuuu...besaunye..
ReplyDeletex penah lg sampai sana..huhu..
hepi anibersari buat kak yus n en SRD..11 tahun dah..alhamdulillah..semoga ikatan berkekalan hingga ke akhir hayat..
romantik akak n en asben :p
11 tahun dah ya, alhamdulillah dan didoakan semakin berkasih syang even dah masuk angka puluhan usia perkahwinan nanti
ReplyDeletebelum pernah sampai sana lagi kak, seronoklah anak2 dapat melihat kapal dari jarak dekat kan
ReplyDeletehappy belated anniversary..
ReplyDeleteeh ehh.. tak pernah sampai sini...
tahniah kak..selamat hari ulangtahun perkahwinan..semoga diberkati allah selalu...
ReplyDeletekapal selam tu macam perut ikan paus..:)
salam yus..selmt ulng tahun perkahwenan.
ReplyDeleteteringt pulak n3 yus..cabaran diet bila masa jalan2.
besarnya kapal, kalau boleh tgk dalam lagi best kan kak..apapun akak nampak kurus:)
ReplyDeleteteringin nak pergi tengok..
ReplyDeletetak lupa..selamat ulang tahun perkahwinan..moga bahagia selalu
berbahang..
ReplyDelete