Memenuhi undangan untuk bersama dalam acara yang di adakan dua tahun sekali di tadika Abid, kami sekeluarga ke stadium Batu Pahat semalam bagi bersama-sama memberi sokongan terhadap Abid dalam acara sukan yang di sertainya.
Abid cukup teruja kerana ini tahun pertama dia menyertai sukan seumpama ini. Ibu dan abah walau dalam keadaan masing-masing kurang sihat tetap bersemangat memberi sokongan. SRD abahnya sakit gigi sebenarnya, aku pula badan kurang sedap, pening kepala aje hari itu...huhu.
Ok, entri ini meriah dengan gambar. Seronok tengok gelagat Abid dan anak-anak di sana sebenarnya. Rasa macam nak kongsi semua gambar aje...huhu.
|
Sampai sana lebih kurang pukul 8 pagi, Abid di beri nombor pengenalan tadikanya untuk di lekat pada baju. Tadika Abid berada di kumpulan A iaitu tadika ke 4 |
|
Acara perbarisan masuk Abid di depan bersama cikgu Zainab dan rakan-rakannya |
|
Itu dia Abid dan rakan-rakan berbaris. Ceria aje muka Abid. Membaca ikrar serta nyanyi lagu negaraku masa ni. Untuk seluruh daerah Batu Pahat, ada 12 buah tadika Al-Huda di bawah naungan Abim ni. |
|
Abang, kakak dan adik menonton dalam kepanasan terpaksalah gunakan payung. |
|
Ini acara yang Abid sertai. Bawa belon air. Masa ni guru bertugas sedang memberi penenrangan tentang bagaimana permainan akan di jalankan. |
|
Suka bawa belon air. Abid nampak bersemangat. Untuk acara ini Abid dan rakan-rakan berjaya mendapat tempat ke 2. Hadiahnya kalung medal warna perak. |
|
Ini pula acara terbuka. Acara meniup belon sampai pecah. Abid dapat tempat ke 3 untuk acara ini. Hadiahnya bekas air minuman. |
|
Ini acara mengambil gula-gula dalam tepung guna mulut. Abid tak menang acara ini, tapi gula-gula yang dia dapat cukup banyak juga untuk di bahagi2 sama rata dengan adik beradik yang lain. |
|
Lihatlah muka Abid. Inilah hasil dara meniup tepung untuk mendapatkan gula-gula ....hehe. |
|
Ini pula acara untuk ibu dan bapa. Acara lumba lari dan tiup belon sampai pecah. SRD aje masuk, aku malas, pening kepala...huhu. Untuk lumba lari tu, SRD dapat tempat ke 4. Hadiahnya tupperware tinggi je...huhu. |
|
Ini acara antara ibu bapa dan anak. Memakaikan anak dengan pakaian dari suratkhabar se kreatif mungkin. Eceh. Bertungkus -lumus juga kami menyiapkan Abid. Entah baju apalah ni. |
|
Tekun cuba menyiapkan. Siap selempand dan keris, tapi topinya salah temalah. Patut buat tanjak kan....huhu. Nak nampak warna warni, belon pecah yang bersepah kat tanah tu aku kutip dan lekatkan sekali. Biar ada warna warni...hihi. |
|
Dah siap bergambar bersama adik beradik yang lain dan bergaya sekejap dengan baju dia .... Tapi kami tak menang acara ini. Saguhati pun tak dapat....huhu. |
|
Abid ambil hadiah untuk acara bawa belon dalam air dengan baju suratkhabarnya. Dah macam robot tengok dia...haha. Nak minum air pun kakak tolong suapkan. Macam petani nak pergi bendang pun ada juga ya Abid. |
Aktiviti satu keluarga yang menyeronokkan. Acara sukan habis sepenuhnya pukul 11.30 pagi. Terus pulang ke rumah kerana pening kepala Aku semakin menjadi-jadi...huhu. Balik aku telan panadol dan tidur. Anak-anak lain pun tidur juga rupanya. Bangun pukul 1.30 dan siapkan makanan untuk tengahari. Lepas makan sambung tidur..... Aduh! Kenapalah sakit benar kepala ibu semalam. Apa pun aku seronok dapat sertai acara sukan tadika Abid. Hari ini Abid di beri cuti oleh cikgunya kerana dah penat bersukan semalam kan. Teman ibu di rumah sambil gaduh-gaduh dengan Arif lah ya kan Abid....hehe.
Sekian cerita sukan tadika Abid.......
~ يوس ~
Assalamualaikum..wah bestnyer tgk gelagat anak2...cerianya mereka...
ReplyDeleteComel anak2 kecil itu dalam seragam biru mereka. :)
ReplyDeletetime time ni, anak-anak le paling seronok...teringat plak ayah dan mak masa pergi hari keluarga taska adik2..:)
ReplyDeleteSalam kak yus..
ReplyDeleteWah…meriahnye acara sukan ni..senyum cma sorang2 tgk sekeping2 pic akak..comel sekali..hehe..tahniah !
Sian kak yus..masih sakit kepala lagi?
bestnya kak yus hadir hari sukan abid. comel je dia jadi robot jap. izan last pegi masa muhaimin ada sukan pasti kat JB thn 2009. dah berzaman dah rupanya...
ReplyDeletesampai putih si abid tu kena tepung yer..
ReplyDeletecomel
Yus... kakak suka kalau acara sukan anak-anak tadika. Seronok sangat. Dalam pada tu kreatif juga Yus dgn en SRD buat baju dari paper buat abid...
ReplyDeleteArif macam baik je... kakak kalau baca N3 Yus suka kalau ada muka dia...
kreatif pun tak menang kak. Ada yang lagi kreatif...hehe.
DeleteBaik??...huhu dalam gambar tu je kak. dia dah tawaf satu tempat duduk stadium tu. Asyik berpusing je dia, nasib tak turun ke padang, kalau tak lagi penat nak kejar...huhu
wahh, sukanya budak2 ni... ini lah amsanya mereka dapat bersantai bersama2 kan..
ReplyDeletesalam yus..seronok tengok budak2 tadika kan..comel2 semua.
ReplyDeleteariff tak berlari kepadang sekali ke yus
dia tak sibuk berlari ke padang acik, tp mmg kat tempat duduk tu tak diam dia. Tawaf keliling je...huhu
Deletecomel2 mereka nie
ReplyDeleteekekek dah mandi tepung dah ariff haaa
ekeke ;)
kalau acara macam ni parents pun excited kan..tak sabar nak tunggu giliran kitorang pulak.. ntah baju apalah agaknya ayahnya buatkan kat aqil nanti..hehehe..
ReplyDeletecomel je abid berdiri paling depan tuh..
ReplyDeletemuka kemain excited.. hehe..
part tengah padang cenggini ai suka, silap gaya ai pun terjoin sama.. hahaha..
ReplyDeletemeriah btul sukan tadika abid tu. mmng sronok ank2 tambah2 klau parents pun ambil bhgian jg. eh btul ke hbis pkl 11.30 malam?
ReplyDeletehuhu, sorry sorry, salah taip. Habis 11.30 pagi sebenarnya.....tak perasan pun yus kalau akak tak tegur. Ok, sudah dibetulkan...hehe
DeleteMeriah sukan sekolah Abid.. Seronok tgk sukan budak2 sekolah tadika nie..
ReplyDeleteComel laa Abid kena pakai baju suratkhabar tuh.. :)
alahai..comel2 la..
ReplyDeletetba2 tringat zaman2 main sukan dulu
Seronoknya abid, Kalau tgk Mak Dan ayah dtg baru bersemngat! Hihi
ReplyDeleteabid....!!! abis muka putih.... baiknya abang pyungkan adik2..
ReplyDeletekalau acara sukan gini mmg seronok tgk gelagat budak2..nak2 bila acara parents tu..
ReplyDeleteMeriahnya sukan tadika Abid nie,yg paling seronok budak2 nie le
ReplyDeleteTgk muka Abid kena tepung macam raja kapur huhuhu.......baju suratkhabar
tu macam robot pun ada.
meriah nya..banyak gamabr2 kenangan :)
ReplyDelete