Friday, May 18, 2012

Home » , » Sepetang di pantai Kampung Sungai Lurus

Sepetang di pantai Kampung Sungai Lurus

Tak habis lagi entri bersantai kami satu keluarga. Kali ini kami menghirup udara petang di tepi pantai Kampung Sungai Lurus. Dekat saja dengan tempat tinggal kami.

Kalau ke sini, orang biasanya mencari kerang goreng sambal yang sedap. Hari itu,sempat juga aku merasa semangkuk kerang goreng sambal di sana, tapi masa makan tu, lupa pula nak ambil gambar...huhu.

Suasana petang di sana memang mendamaikan. Melihat laut yang bergelombang kecil dengan awan yang cantik, amat menyegarkan. Rasanya Arif yang paling teruja. Tak tahu apa yang seronok bagi dia, mulutnya tak habis-habis bersuara sambil menunjuk ke arah laut.

Seperti biasa gambar-gambar sebagai kenangan kami di sana.

Melihat pantai di waktu petang sambil makan aiskrim

Arif cukup takut berdiri di jeti ini. Dia takut jatuh, apa lagi bila aku dudukkan dia atas kayu jeti tu....huhu

Air mula surut masa ni. Cantik kan.Teringat lagu kanak-kanak yang berbunyi, " Air pasang pagi, surut pukul 5, nyonya bangun pagi siram pokok bunga..."..hehe. Kalau aku ada kamera dslr pasti lagi cantik, tapi ini cuma dari kamera telefon bimbit aku je....huhu

Dari jauh nampak gerai yang menjual kerang goreng sambal di sana...

Awan yang cantik bila hari semakin senja.

Arif mengambil peluang bersantai di belakang kereta abah pula sementara menunggu abang2 dan kakaknya membeli burger.
Sekali-sekala menghirup udara petang di tepi pantai memang seronok. Tapi kat sini takde orang mandi pun, cuma untuk beristirehat dan bersantai saja. 

Sekian....

~ يوس ~

21 comments:

  1. bestnya ambik angin tepi laut ye kak, saujana mata memandang...

    ReplyDelete
  2. Cantik gambar2 dari hp Yus. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. telah di edit sedikit guna picasa je pun untuk nampak lebih cantik kakcik...hehe

      Delete
  3. tengok airnya takdelah kotor, entah ya, pantai ni bukan popular untuk mandi kot, tapi popular dgn kerang goreng sambalnya. Sampai ke malam orang ke mari nak makan kerang goreng sambal dia. Adalah nampak anak nelayan main air, tapi tak pernah nampak pengunjung mandi pun..

    ReplyDelete
  4. cantik pantai nie ..
    batu2 tepian benteng tuu nampak tajam aje kan yus ..
    seronok santai2 di tempat macam nie ..
    sesekali kan .. bukan selalu ';)
    pic punn cantik .. pandai yus capture ;)

    ReplyDelete
  5. seronoknya ambil angin tepi pantai ni.....

    ReplyDelete
  6. kalau di lepaskan anak anak akak, mahu diorang turun main air tu

    ReplyDelete
  7. cantik Yus gambar2 tu...

    ReplyDelete
  8. kami pun sellau ke sini..kadang2 tukar angin pegi punggur atau minyak beku..tengok sunset..tengok gamba rni teringin plak nak pergi..:)

    ReplyDelete
  9. kat punggor ni kan..entah bila la nak pergi sini, kalau bawak anak2 mesti seronok kan, tapi kita tak makan kerang kak yus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kat sungai lurus huda, bukan punggur. Punggur jauh sikit dari rumah akak, kalau sungai lurus ni sepelaung je...hehe.

      lorr,tak suka kerang ke? akak feveret..hehe

      Delete
  10. indahnya menghirup udara di tepian pantai.. syahdu dengan tenang ja rasanya kan..... nice scenery

    ReplyDelete
  11. Cantiknya pemandangan di sini Yus....

    ReplyDelete
  12. seronoknya lepak2 kat pantai..
    kerang goreng?? ermm..ingtkan kerang bakar..mesti sedap kan??
    comelnye arif pose kat keta tu..geram!

    ReplyDelete
  13. sejak musim panas ni kira mmg dah lama gak la akak tak gi pantai.pantai terdekat adalah Teluk Batik..tu pun lebih 40km gak la dr umah akak.

    ReplyDelete
  14. Salam Yus...cantiknya pemandangan laut tu... akak suka...bila dah petang langit keliharan begitu cantik sgt...itulah kebesaran ALLAH

    ReplyDelete
  15. bestnya tempat ni..lama tak komen kat blog kak yus..sejak jaga damia tak sempat nak berblog..kalau terbangun kul 4pagi baru saya dapat tengok blog..

    ReplyDelete
  16. bestnya kalau dapat lepak2 kat situ...

    ReplyDelete
  17. tenang je tengok laut, hirup udara tepi pantai..

    ReplyDelete
  18. salam..

    seronok lepak tepi pantai...hilang semua masalah..


    jemput joint contest syira :


    http://www.sissyira.com/2012/05/contest-2-kata-kata-indah-sticky-post.html

    ReplyDelete
  19. Ayah yusuf suka pantai, tp shah alam jauh dr pantai.. :-(
    Cuti sekolah nanti insyaallah, pantai jua yg akan dituju :-)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...