Monday, May 14, 2012

Home » » Ingatan dari mereka.....Terima Kasih sayang....

Ingatan dari mereka.....Terima Kasih sayang....

Hari Jumaat lepas, ambil mereka pulang dari sekolah Alia yang duduk di depan sibuk bercakap dengan Abid.
" Abid nak tengok tak? Tapi jangan beritahu ibu. Kepung sikit! kepung sikit! Nanti ibu nampak!" Hahaha.....anakku, kalau ia pun nak berahsia, tak perlulah depan ibu cakap itu semua. Dah tak jadi rahsia kalau macam tu. 

Hari Ahad semalam baru mereka beri apa yang kononnya rahsia itu.

Kad hari ibu hasil kerja tangan mereka sendiri. Yang merah itu dari Alia, yang biru dari Aqil

Aqil punya kad bukan main besar lagi. Ibu suka bunga dari Aqil tu. Kata-kata dari Aqil antaranya, " Ibu maafkanlah Aqil. Ampunkan dosa-dosa Aqil ibu. Aqil sayang ibu." Ibu pun sayang Aqil. 

Alia punya kad hari ibu sangat menyentuh hati ibu....Yang buat air mata ibu menitis bila Alia tulis, "Alia sayang ibu. Adakah ibu sayang Alia?" Aduhai sayang, mestilah ibu sayang Alia....sayang sangat. Gambar lukisan budak perempuan yang menunjukkan dia, dan gambar perempuan dewasa menunjukkan ibu itu juga sangat touching.  Sayang Alia juga.
Dua-dua kad pun sangat menyentuh hati ibu. Abid belum pandai lagi buat-buat kad ni. Apapun ibu sayang semua ke empat-empat anak ibu, tiada satu atau duanya. Semua sama. Terima kasih anak-anak ibu sekelian. Luv u all so much!
~ يوس ~

26 comments:

  1. Kita dah jadi ibu saja yg merasa bagaimana perasaan bila dihargai anak-anak. Begitulah juga dgn mak kita Yus (kakak dah tak ada mak - alfatihah buatnya)..

    Alia anak perempuan lagilah peka akan situasi begini Yus...

    ReplyDelete
  2. sweet budak2 nie...ibu mesti bangga dapat anak2 mcm ginikan...
    happy mother day ..kak yus

    ReplyDelete
  3. Hanya ibu yang tak waras saja yang tak tahu sayangkan anak. :)

    ReplyDelete
  4. huhu..
    touching nya..
    seronokkan kak kak yus bila anak2 mngahargai kita dgn cara2 mereka..

    sweet sgt

    ReplyDelete
  5. heheh so sweet...sama je anak2 akak pun..nak rahsia ape2..konon surprise tp cakap depan2 kita(anak kedua n bogsu ) alongnya dah besar so dah paham.

    ReplyDelete
  6. tahun ni akk cuma dapat panggilan telefon je dari si anak anak dara
    :(

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat kad dari anak2..anak2 saya belum pandai lg nak beri2 kad ni hihih

    ReplyDelete
  8. terharu kan yus
    janji anak2 ingat kat kitee ..
    suke walau hasil x seberapa ;)

    ReplyDelete
  9. terharu kan dpt kad dr anak2....=)

    ReplyDelete
  10. seronoknya akak bila anak2 dah pandai tunjukkan penghargaan...tentulah terharu..saya yang baca pun terharu..:)

    ReplyDelete
  11. sweet, saya suka bila anak2 tau menghargai ibu..sebenarnya bukan hari ibu je, tapi bila ada hari2 macam ni secara tak langsung diaorang cuba nak buat something pada ibu, kan..ini adalah salah satu penghargaan dari anak buat ibu..comel je saya membayangkan alia kata'kepung, kepung..' hehe

    ReplyDelete
  12. terharu kan kak bila dpt kad dr anak2.. memang leh mengalir air mata..

    ReplyDelete
  13. sweetnya..seronokkan bila anak2 bagi kad..selamat hari ibu sis..

    ReplyDelete
  14. terharu bila anak luahkan apa yang dia rasa dalam kad itu..

    ReplyDelete
  15. seronok ada anak wish kt kita.anak sy kecik lg..hehe..sy singgah sini.

    ReplyDelete
  16. salam...

    alamak, tersedih la...

    bagus ayat alia tu..kat mana la dia dapat ayat tu ...

    ReplyDelete
  17. Yus... akak masih simpan kad2 hari ibu...hari jadi hasil tangan anak2 akak semasa masih kecil lagik... sayang sgt... sesekali buka rasa sebak je

    ReplyDelete
  18. Yus...akak masih simpan kad2 yang dibuat oleh anak2 akak semasa mereka masih kecil...sesekali buka balik dan baca...sweet sgt...

    ReplyDelete
  19. seronok kan kak.... walaupun kad buat kita gembira tak terhingga

    ReplyDelete
  20. Sweet... selamat hari ibu juga untuk Yus, semoga terus diberikan kekuatan untuk melimpahkan kasih sayang untuk anak-anak...

    ReplyDelete
  21. terharu sangat bila dapat kad dari anak2 kan Yus...

    Selamat hari ibu utk Yus...

    ReplyDelete
  22. sweet sgt yus..seronok kan bla anak2 hargai kita..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...