Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Tuesday, October 09, 2012

Harga @ Nilai blog : RM 20,282.46


Ok. Ni saja gatal tangan. Jalan-jalan BW, masuk blog Irfa, jumpa entri RM 1061.69 sen,Sapa Nak Beli? Konfius ingatkan dia nak jual apa?...hihi. Rupanya kita boleh lihat nilai @ harga blog kita di http://bizinformation.com.my/

Makanya inilah nilai Blog Yus - Our Life aku ni...


print screen dan crop selepas valuatian di buat dari web tersebut.
Macam mana dia ni buat penilaian ekk? Suka-suka dia je kot. Tapi dah masuk 20k tu nilai blog aku. Ada orang nak beli ke? Hahaha, kalau ada pun aku tak nak jual. Banyak sentimental value dalam ni. Cerita dan diari keluarga sendiri. Hanya kita sendiri yang tahu nilainya berapa kan.

Ok. Siapa-siapa yang gatal tangan nak cuba juga tu, terjahlah sana ya.



~ يوس ~

Thursday, June 07, 2012

BE baru Jun| UV sepanjang cuti dari blog| Cek kedua nuffnang bakal tiba

Entri untuk rekod peribadi aku sendiri. Dah lama tak coret-coret pasal nuffnang di sini. Sebenarnya sedikit teruja, selama seminggu blog ini tidak berupdate kerana aku bercuti-cuti di Terengganu, tapi ia masih tetap bernyawa. Masih punya pengunjung, masih menerima BE baru dari nuffnang dan tambah menggembirakan hati bila aku dapat email dari nuffnang. Email yang memberitahu mengenai cek kedua nuffnang yang bakal aku terima. Mungkin juga sudah tiba di rumah tapi aku masih cuti-cuti di rumah emak ni kan. Tak nampak lagilah ceknya...hehe.

Apa pun ini semua menjadi pemangkin semangat aku untuk terus berblog. Blog kecik aku ini yang followernya pun tidaklah sebanyak mana, tapi syukur, ada yang sudi baca celoteh aku yang entah apa-apa ni kan.

Terima kasih pengunjung blogku, terima kasih nuffnang!

2 BE baru muncul June ini dan 1 BE yang masih bertahan. TQ nuffnang.

UV blog ini sepanjang aku bercuti dari blog. Masih menerima UV yang memberangsangkan walau tiada entri baru. Teruja rasa....alhamdulillah.

Payment advice untuk cek kedua dari nuffnang. Walau tidak sebanyak mana, jadilah dari tiada. Terima kasih Nuffnang. Jangan lokek beri BE lagi ya.!

p/s: Hari ini juga menerima berita aku dapat anak buah baru lelaki dari my sil. Tahniah ya Ana! Esok boleh tengok anak buah baru@sepupu baru untuk anak-anak aku ni.

~ يوس ~

Thursday, April 26, 2012

Nampak gaya kena bertukar juga....huhu

Sebelum ni dia perkenalkan dulu, ayat dia,
try the new updated blogger interface....(tak ingat ayat penuh).

Aku cuba, aku tak suka, aku tukar balik pada yang lama.
Kemudian dia keluar pula ayat, yang membawa maksud lebih kurang,
bulan April perlu gunalah interface baru dashboard blogger tu.
Aku buat tak tahu je...

Tetiba-tiba satu hari bukak dahsboard blog, dia bertukar sendiri,
aku degil, tukar semula kepada yang lama juga.
Tak kira, tak minat guna dashboard bentuk baru tu.

Hari ini dia keluar macam ni pula.


Tulah, siapa suruh degil sangat kan!
Terus dia nak buang bulan depan...huhu.

Ok lah Mr Blogger, saya upgrade hari ini.
Akan cuba membiasakan diri dengan dashboard baru ni...huhu.
Nampak gaya kena paksa rela ni.....:(

~ يوس ~

Monday, January 02, 2012

Baru 1 januari, dah capai target....suka!

Pada entri terakhir 2011 di sini,
aku ada nyatakan nak capai target UV 500 ke atas tahun ini.
Hari ini buka akaun nuffnang seperti biasa, dan tengok UV semalam.
Mak aii! Tak sangka betul.
Kali pertama dapat capai UV sebanyak itu, dah berjaya melepasi target aku.
Alhamdulillah.....

UV 1 Jan 2012
Sebelum ni tak pernah cecah 500 pun.
Satu permulaan yang baik nampaknya untuk tahun ini bagi blog kecik aku ini.
Tak tahu lah boleh dapat sama atau hampir serupa untuk hari-hari akan datang.
Apa pun ianya menyuntik semangat untuk aku terus berblog.

Nota kaki: Entri untuk rekod aku sendiri, supaya aku boleh lihat perkembangan blog ini. Takde niat apa-apa pun ya. Harap tiada yang salah erti.

~ يوس ~

Saturday, December 31, 2011

Selamat tinggal 2011 | Selamat datang 2012

Tiba-tiba teringat lawak dari anakku Aqil tengahari tadi.
Perbualah akhir tahun satu keluarga di dalam kereta. En SRD abahnya berkata,
"Mulai tahun depan, duduk belakang pun kena pakai tali pinggang keledar tau!"
"Kalau tak pakai nanti polis tangkap"

Aqil menjawab;
"Tahun depan tu 2013 ya abah?"

Aku menyampuk;
"Apa pulak 2013, 2012 lah" 

Dengan selamba keluar jawapan ini dari mulut Aqil;
"Kalau 2012 tu bukannya setahun lagi bah, itu kan sehari je. Esok dah 2012 dah!"

Sungguh loyar buruk betul dia....huhu.
Apa pun itu tentunya antara satu kenangan manis sepanjang tahun ini.
Banyak yang manis berlaku dalam tahun ini.
Terutamanya dalam minat aku berblog.
Sepanjang aku mula mengenali blog dan menulis blog dari tahun 2006,
2011 merupakan tahun yang paling manis rasanya.

Manakan tidak, 2011 adalah tahun pertama aku dapat cash-out kan duit nuffnang,
walaupun dah letak iklan tu dari tahun 2009.
Dulu tak kisah dan tak tahu macam mana nak dapatkan earning,
sekarang dah pandailah sikit-sikit.

Dulu rasanya aku menulis lebih syok sendiri,
sekarang pun mungkin sama tapi adalah sedikit perubahan.
Aku dah kenal apa itu entri SEO.
Sedikit sebanyak, terbuat juga entri yang ada SEO.
Memang ada peningkatan dari segi trafik.

Dari dulu follower tak pernah jejak 100 pun.
Tapi tahun ini dia capai angka 100 dah dah melebihi 300 pun.
Tak sangka!
4 tahun pertama takde apa pun, tahun 2011 baru blog ni bernyawa...hehe.

Tahun ini juga mengeratkan lagi hubungan aku sesama blogger.
Aku dapat jumpa 5 orang sahabat blogger tahun ini.
Pertamanya Kak Anie di majlis perkahwinan anaknya.
Entri kenangan aku coretkan di sini.

Kedua aku dapat berjumpa dengan pakngah pemilik blog KomenSen.
Juga kerana majlis perkahwinan anaknya.
Entri kenangan aku coretkan  di sini.

Ketiganya aku dapat bertemu dengan mama sarah-najwan iaitu Kak Zia.
Perjalanan aku ke Kuantan mengikut SRD yang ada urusan di sana,
membuka ruang untuk aku bertemu dengan dia.
Dulu juga seorang blogger yang aktif, dan aku belajar menulis pendek-pendek,
ala-ala perenggan tak betul ni, dari blog dia.
Suka pula aku baca bila dia tulis begitu, walau panjang nampak macam pendek...hehe.
Sekarang tak aktif sebab berbadan dua, mabuk tak sudah ke Kak Zia..hehe.
Kenangan bertemu dengannya ku coretkan di sini.

Dan akhir sekali pada 14 December yang lalu,
bertemu dengan Kak Mulan , dan Kak Rina pula.
Sudah lama kenal di blog dari tahun 2006, akhirnya kami bersua muka di Kerteh.
Memang tak sangka.
Entri kenangan bersamanya ku coretkan di sini.
Kak Mulan masih aktif tapi Kak Rina dah lama sepi dari dunia blog, namun masih aktif di fb.

Sungguh, semua kenangan itu tak akan aku lupakan.
Kenangan paling manis 2011 sepanjang aku kenal dunia blog.

Banyak sebenarnya yang aku belajar dari blog.
Walaupun aku ni kira banyak juga celoteh di sini,
tapi kalau bersua muka aku belum tentu banyak cakap.
Entah ya! Kalau mula-mula jumpa macam malu-malu kucing pun ada.
Tapi kalau dah kenal, barulah mula hangat....ya kot.
Kena tanya blogger yang dah jumpa akulah ya...hehe.

Tahun ini juga menemukan aku dengan lebih ramai blogger di alam maya.
Makin tak sempat nak terjah dan bw semua.
Dan aku pun dah makin banyak idea menulis.
Satu hari 4 entri pun dah boleh.
Dulu??? Seminggu satu entri pun ada...hehe.

2011 juga mencatatkan satu ujian buat aku.
Tatkala aku tahu aku punya masalah retinal detachement,
pada mata kiriku di hari jadiku yang ke 35.
Dan sebulan kemudian,
pengalaman pertama kali mata di bedah di hospital Sultanah Aminah, JB.
Sempat jadi Pirate of the Carribean di entri ini...hehe

Aku pasti merindukan 2011.
Dan semoga kedatangan tahun baru 2012 membuka satu lebaran baru yang lebih bermakna.

Apa azam tahun ini??
Untuk diri dan keluarga, biarlah rahsia.

Untuk blog aku ini, aku ingin ianya lebih berkembang dengan baik.
Punya trafik yang boleh capai 500 ke atas sehari.
Pasti mengujakan, dan aku pasti berusaha untuk itu.
Moga aku tidak patah semangat.

Terima kasih pada semua rakan-rakan blogger yang menyokong.
Semoga persahabatan yang terbina akan terus erat dan lebih bermakna.

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat maya yus ya.
Yus sangat-sangat menghargainya.
Kalau pun mungkin kekerapan yus ke blog anda semua kurang,
itu tak bermakna yus lupa, cuma masa tak mengizinkan.

Kepada semua sahabat-sahabat blogku sekelian,
Selamat Tahun Baru 2012.
Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Teruskan berblog untuk semua ya!

~ يوس ~

Wednesday, December 21, 2011

Perkembangan UV dan alexa ranking

Selamat petang.
Sudah makan semua...
Baru dapat jengah blog aku ni, dari tadi bz.

Petang ini saja nak letak di sini perkembangan UV blog aku.
Ini sekadar rekod aku sendiri.
Untuk menambah semangat aku berblog pun ya juga.
Takut dia suram...hehe.

Entri pertama aku pasal UV bertarikh 10 Dec 2010.
Masa tu seronok sangat sebab kali pertama UV blog catat angka 111.
Kira paling tinggilah tu.

Dan kemudian UV blog ini makin meningkat dan berjaya capai 165 untuk kali pertama.
Aku buat entri mengenainya pada tarikh 6 Oct 2011.

Semalam, sekali lagi UV paling tinggi untuk blog kecik aku ini mencatat angka 268.
Dah kerap juga blog ini capai UV lebih 200, cuma semalam paling tinggi untuk angka 2 ratus di depan tu.

UV blog sepanjang minggu ini
Dan hari ini, walau aku baru nak update entri, UV blog sudah mencapai angka 140.
Kalau dulu, tak update nak capai 30 pun susah.
Lebih-lebih lagi hari minggu, jangan harap capai atas 20...huhu.

Terima kasih kepada yang sudi jengah blog kecik aku yang entah apa-apa ni.
Dan aku rasakan, TIPS SEO yang aku belajar dari Kakyong itu banyak membantu.

Tips yang mana?
Alah....Tips SEO : meta tag tajuk blog dan breadcrumb tu.
Sejak aku apply di blog ni, memang UV cantik berbanding dulu.
Sila jangan bandingkan dengan blog yang UV memang dah capai lebih 1000 sehari ya.
Aku ni baru nak merangkak dan faham pasal UV dan trafik ni...hehe

Alexa ranking pun bertambah baik.
Aku ingat pada hari aku baru letak meta tag dan breadcrumb tu, bertarikh 7 Dec 2011,
traffic rank blog ini di MY pada angka 14 ribu (tak ingat exact figure)
Hari ini dah semakin baik...

Moga akan semakin baik.
Tapi kalau nak semakin baik atau kekal kena ada banyak idea nak menulis.
Tapi aku dah kurang idea rasanya...huhu.
Nak BW pun dah makin tak sempat ....hmm

Teringat tips dari diana, berblog pun kena pasang target.
So, aku nak pasang target untuk capai UV 400 ke atas by June 2012.
Boleh ke ni??
Nanti dah sampai waktu akan aku catatkan di sini.
Tercapai ke tidak ya?
Chaiyok! Chaiyok!...

Nota kaki: Sekadar catitan untuk aku sendiri di kemudian hari. Harap tiada yang salah tafsir. Aku tahu, ramai yang lagi baik dari ini. Aku pun nak capai ke tahap itu :x.

p/s: hari ini SRD OS lagi sampai Jumaat. Ke JB pula. Tapi kami semua sepakat tak mahu ikut. Penatlah weh! Ikut  tapi tak kemana pun. Dok penat kemas beg dan punggah beg je. Apapun, di doakan cik abang aku selamat pergi dan kembali.

~ يوس ~

Thursday, December 08, 2011

Penyumbang hits tertinggi

Kalau masuk akaun nuffnang,
selain dari tengok bahagian earnings dan analytics,
aku juga suka tengok bahagian keywords dan refferrals.

Dan biasanya bila tengok bahagian refferrals tu,
hits paling tinggi mesti datang dari http://www.blogger.com/home.
Tidak kira bulan lepas, minggu lepas, setiap kali tengok mesti dari situ.
Untuk hits setiap hari pun sama.

Tapi hari ini dia berubahlah.
Nak tahu hits paling tinggi datang dari mana??

Dari kakyong.com, 45 hits sehingga pukul 2 tadi.
Tak sangka tau!
Mungkinkah kerana blog aku termasuk dalam list blog Rerama Berterbangan Dec 2011.
Tak sia-sia juga join segmen seumpama itu ya.
Patutlah ramai yang suka join segmen selama ini.
Aku, itulah baru pertama kali.

Apa-apa pun terima kasih untuk kakyong.com sebagai penyumbang hits tertinggi ke blog kecik aku ni.
Jasamu di kenang....:x


~ يوس ~

Threaded Comments: Cara nak buat latarbelakang warna berbeza antara kotak komen pembaca dengan kotak komen blog admin/author

Sebelum tu, kena baca entri ini dulu.
Semalam korang dah tengok perubahan pada kotak komen aku kan.
Hari ini ada perubahan lagi.
Perubahan seperti ini bila ada yang komen dan aku pun balas komen tu.

Ada perbezaan warna antara komen pembaca dan komen balas dari aku.

Hendak buat juga???
Aku tak pandai nak buat tutorialnya.
Apa kata korang terjah link fb MariBinaBlog ini.
Dari orang yang sama ajar aku cara nak buat threaded comments tu.

Dan bila aku tanya dia macam mana nak ubah warna pada kotak komen.
Dia sangat baik hati jawab pertanyaan aku.
Memang tak kedekut ilmu.
Korang jangan lupa like FB pages dia tu ya.
Nanti boleh tanya soalan juga kalau tak berjaya buat yang sama.

Selamat mencuba kawan-kawan.

~ يوس ~

Wednesday, December 07, 2011

Fungsi Threaded Comment dan Tips SEO: meta tag tajuk blog dan breadcrumb

Ok, ada sedikit pembaharuan di blog ini.
Korang perasan apa yang lain?
Untuk ruangan komen ada perubahan sikit kan.

Ada nampak macam image ini bila anda nak komen??


Cara letak fungsi threaded comment di blog [Klik sini untuk Tutorial Lengkap]

Aku sebenarnya nak rajinkan diri balas komen semula.
Aku tahu semenjak dua menjak ni malas benor balas komen.
Bila ada fungsi macam ini, macam lagi seronok nak balas komen.
Komen balas dari aku akan berada di bawah kotak komen orang yang komen.
Menarik kan.

Aku dah lama nampak kakyong buat.
Lepas tu izan pun buat.
Aku ikut sebab nak motivate diri balas komen anda semua.

Aku tak pasti sama ada korang suka atau tidak.
Mungkin siapa yang nak cepat komen lebih suka fungsi komen pop-up window kan.
Takpe, aku cuba dulu tengok macam mana.

Satu lagi aku belajar Tips SEO;
cara menukar meta tag tajuk blog dan membuat breadcrumb. [Lihat tutorial lengkap sini]
Yang ini aku rasa memang semua orang patut buat.
Kenapa dan mengapa?
Sila lihat pada link tutorial di blog kakyong tu ya.
Dia dah terangkan kenapa.

Ok...aku pening-pening lalat tengok html code dari tadi ni.
Rehat dulu kawan-kawan.
Dan semoga niat aku nak rajin balas komen kawan-kawan berjaya di laksanakan...hehe

Nota kaki: Terima kasih untuk semua yang terlibat ajar aku tentang ini.
Kredit untuk:

1.maribinablog.blogspot.com 
2.kakyong72.blogspot.com 
3.diariummi.blogspot.com
updated: 7 December 2011:615pm. Guna Pop-up windows pun boleh lah threaded comment ni, tak semestinya embedded below post.
~ يوس ~

Tuesday, November 29, 2011

Aku pening!!: Google Friend Connect (Widget Follower) akan di mansuhkan

Eh! Siapa yang dah join google1+ tu?
Aku pening dok godek-godek benda tu dari tadi.
Masih tak faham-faham...huhu.

Apa pun aku dah add widget baru dari google1+ ini.
Ada khabar mengatakan selepas ini widget follower akan di mansuhkan.
Betul ke?
Cer korang baca sini, dan sini.
Di ganti dengan benda alah google1+ nilah.
Entah betul entah tidak.
Kalau betul, siapa yang follower dah ramai tu mesti sedih kan, semua hilang...huhu

Apa pun, bagi yang dah join tu, add lah page Blog Yus - Our Life sekali ya.
Cer lah korang tengok kat sidebar tu.
Pada tajuk "Jom Follow di Google1+ pula".
Jangan lupa follow ya...:).

~ يوس ~

Wednesday, November 23, 2011

Ada BE tak update rugi eh?

Semalam pukul 4 petang baru sampai ke rumah sendiri selepas cuti-cuti di BGWP.
Penat!!!...
Dari semalam hingga ke hari ini, 6 kali mesin basuh aku berputar.
Nasib baik dari tadi panas, dah petang ni baru nampak mendung.

Serius, aku belum ada mood nak update cerita mandi manda di BGWP.
Nak upload gambar malas, nak karang cerita pun malas.
Pulak tu asyik kena berebut dengan anak-anak, lagilah malas.
Tapi orang kata kalau ada BE tak update rugi kan???
Makanya aku gagahkan diri upload printscreen ini di blog.

BE bersusun, malas update takde guna tau!!
Hari ini buka akaun nuff ada dua BE baru.
Perodua Tweckbot dan Blackmores Cold & Flu Range
Nak suruh mood update blog datang ni...
Kotlah tengok BE ni tak naik-naik amaun nilainya,
aku semangat sikit update kan...haha.

Malam ni ada temujanji dengan skuad Harimau Muda lagi.
Malaysia lawan Syria untuk kelayakan Olimpik 2012 kan.
Moga pasukan Malaysia menang lagi.
Malaysia Boleh!!

Nota kaki: BGWP = Bukit Gambang Waterpark.

~ يوس ~

Friday, October 14, 2011

Malware from familymoza???

Pagi ini buka blog seperti biasa...
Baru saja beberapa saat blog ini loading, terus keluar message ini:


Alamak!! Aku tak boleh tengok blog sendiri!
Macam mana ni??

Terus tutup, dan cuba buka balik.
Masih dapat message yang sama.
Beberapa kali ulang semula, tetap sama.

Akhirnya buka blogger.com, masuk dashboard,
Alhamdulillah boleh.

Aku terpaksa buang link blog familymoza dari bloglist.
Setelah di buang, cuba masuk blog sendiri semula.
Berjaya!!!!

Wani???
Kenapa dengan blog awak satu lagi ni??
Ada malware apa ya?
Blog familymoza distribute malware??

Kawan-kawan lain dapat message serupa tak??

~ يوس ~

Thursday, October 13, 2011

Pertama kali blog ini di review ; Terima Kasih dianarashid.com....(^_^)

Entri serba ringkas di tengahari...
Sebelum aku sibuk lagi dengan urusan seharian
Nak hantar Aqil ke klinik lagi selepas ini
Tak tahu lah kenapa demam dia berulang semula.

Permintaan aku untuk blog ini di review oleh diana telah di tunaikan.
Suka baca setiap review diana mengenai blog lain sebelum ini.
Ingin rasanya mengetahui apa pandangan blogger yang punyai follower hampir ke angka 4 ribu ini mengenai blog ini.
Bukan untuk fofular, tapi untuk memperbaiki apa yang kurang dan yang patut di elakkan.

Terima Kasih Diana!
Atas nasihat dan tegurannya.
Tapi kalau nak dapat income macam redmummy tu memang tak tercapai dek tangan rasanya.
Jauh sangat nak capai tu.
Aku update blog ikut musim dan mood juga...huhu

Namun, kesan jangka pendek yang aku dapat dari review tersebut.

  • Ada beberapa komen dari blogger yang baru pertama kali singgah sini.
  • Follower aku bertambah dalam masa beberapa jam, pagi tadi ada 233.
  • Trafik meningkat hari ini!
  • Aku dapat kawan baru! (belum sempat buat kunjungan balas lagi)

Aku sendiri baru juga kenal blog diana  ni.
Baru beberapa bulan kot.
Tapi aku sangat suka baca entri-entri dia.
Ada tips, teguran, sindiran.
Semua boleh buat aku tersenyum.
Sesuai dengan nama blog dia senyum-senyum tu.

Uolls nak baca apa yang diana review untuk blog aku.
Silalah berkunjung ke sini.

Kepada teman-teman blogger yang baru, terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.
Dan kepada teman-teman blogger yang lama, jangan jemu datang sini ya...
Terima Kasih atas sokongan anda semua!:x
~ يوس ~

Thursday, October 06, 2011

Analisis dan gembira

Selamat pagi semua....

Hari ini mood gembira, ceria, tersenyum riang.
Kita lupakan kisah sentap semalam.

Tapi kan, entri aku blog anda low class tu sebenarnya membawa kepada trafik paling tinggi pernah blog aku capai.



Blog kecik aku ni yang memang tak begitu ramai pengunjungnya dalam sehari tapi aku bersyukur kerana aku punya pembaca setia yang sentiasa datang memberikan komen. Terima kasih ya!

Mood gembira aku juga di pengaruhi oleh ini.

Dah dua bulan blog ini sunyi sepi dengan BE, akhirnya ada juga dua ketul yang melekat. Tapi paling aku tak percaya, blog lama aku tu, sampai 5 BE yang singgah sedangkan aku dah berzaman tak update. Terima kasihlah en nuffnang. Blog berzaman tak update pun boleh dapat BE. Uolls pernah singgah ke blog lama aku?Siapa yang tak pernah, boleh jengah sini

Akhir sekali, mood gembira ini juga di pengaruhi oleh keputusan pemeriksaan mata aku semalam. Aku dah boleh buat cermin mata baru!!!! Suka tak terkata. Setelah hampir 7 bulan mata kiri aku di bedah, dan 2 bulan mata kanan aku di laser, baru semalam keinginan aku nak tukar cermin mata di izinkan. Lama dah pakai cermin mata yang ini.! Calar-calar jangan cakap lah, pecah tepi pun ada. 

Apa pun, keinginan nak dapat cermin mata baru nilah yang membawa kepada penemuan retina koyak aku tu dulu. Banyak hikmahnya tu kan. Kalau tidak, sampai sekarang tak tahu....

Kali ini proses nak buat cermin mata tu lain dari biasa. Aku di berikan slip ini untuk aku bawa ke kedai cermin mata.

See!! Tidaklah tinggi sangat power mata kiri aku kan. Sebelum pembedahan retina koyak tu lagi rendah tau! Tapi dah Allah nak uji, retina mata koyak, memang kena redhalah kan.
Tak tahu bila nak pergi kedai cermin mata ni. Rasa nak guna bingkai putih pulak. Lawa tak? Any idea? hehe.


~ يوس ~

Saturday, October 01, 2011

Blog MakeOver

Salam semua...

Anda tidak salah masuk blog ya.
Ini blog yus, ibu kepada Aqil, Alia, Abid dan Arif.

Amacam? Cantik tak wajah baru blog aku ni??

Buat pertama kalinya, aku tidak buat perubahan ini sendiri.
Ini semua adalah hasil kerja anak buah aku yang manis Miss Adah.
Sesiapa yang rasa nak suruh dia buat perubahan pada blog, bolehlah terjah blog dia tu ya.
(Tapi bukan free ya....hehe)
Untuk Adah@Doyah...haha. Mokteh biasa panggil Doyah kan.
Terima Kasih banyak. Lain kali boleh tolong lagi ya...:x
p/s: Doyah!! Mokteh suka dengan bakground quote ni.TQ
~ يوس ~

Thursday, June 30, 2011

Sendiri godek, sendiri tak puashati...huwaa!

Nilah, dari tadi dok godek-godek background dan header blog aku ni.
Tapi lagi godek, lagi tak puashati.
Tak cantik kan! Huwaa!!!

Saper suruh godek-godek?

Ni namanya banyak kerja, tapi suka gak nak buat kerja lain...hihihi.

Aku rasa tukar yang asal jelah, korang rasa macam mana?
Tapi konon-konon nak nampak lain sikit dari selalu.

Nanti kot aku godek lagi, sekarang kena stop dulu..huhu

~ يوس ~

Monday, May 16, 2011

Abid dan peperiksaan...

Blogger.com mengong minggu lepas
Alhamdulillah dah kembali pulih minggu ni
Tapi banyak komen yang hilang untuk dua entri akhir
Akibatnya mood aku nak berblog terus ke laut

Tengok blog pun macam suam-suam kuku aje
Tambahan pula minggu ni dan minggu depan Abid periksa
Jangan tak tahu, tadika Abid punya jadual periksa boleh tahan padatnya
Cer korang tengok....


Abid yang baru 4 tahun 5 bulan lebih tu nak kena jawab periksa :D
Baca pun masih belum begitu pandai.
Kalau perkataan yang  mudah, ada dua suku kata aje tu dah laju dah.
Lebih-lebih faham-faham sendirilah
Tapi yang kelakarnya, walaupun dia tak tahu, dia akan bantai sebut apa saja...:))
Asal berjawab kata dia

Hari ini ujian lisan Solat Subuh
Cikgunya puji, dia baca laju aje.
Alhamdulillah....
Bacaan dalam solat Abid memang sudah lancar
Doa Qunut pun dia dah boleh baca
Semua berkat jasa gurunya Cikgu Zainab

Tapi tengok nanti bab bahasa inggeris, mesti tak laju...:p
Cikgunya selalu kata, apa ni budak lahir kat England tapi kecik aje?
Budak lahir kat England, tapi english tak pandai...

Aku kurang masa ajar dia
Walaupun aku tahu hatinya cukup terang
Mudah dapat apa yang di ajar
Hmm.....

Misi untuk ajar Abid membaca dengan baik tahun ini harus berjaya
Semua yang lain pandai membaca dalam usia yang sama
Kalau Abid tak boleh, maknanya aku dah abaikan dia....
Bantu aku Ya Allah....

Aku mula jatuh hati dengan majalah Solusi

Solusi Isu 31
Satu majalah yang penuh dengan pengisian....
Korang macam mana?
Bagi yang belum pernah baca majalah ni, cuba-cubalah baca
Aku percaya korang tak akan rasa rugi...

Seperkara lagi...
SELAMAT HARI GURU
Buat semua guru-guru yang pernah mengajar aku
Juga buat semua bloggers yang bergelar guru
Jasamu mendidik anak bangsa
Tiada nilanya....
TERIMA KASIH CIKGU!
~ يوس ~

Tuesday, April 26, 2011

Bila anda menulis atau update blog?

Bila biasanya anda menulis dan update blog? Siang atau malam? Bagi yang bekerja, aku perasan biasanya waktu anda berblog adalah di tempat kerja ketika free....kan..kan...:p.

Kemudian tu, ada yang suka sambung waktu malam. Bagi yang surirumah macam aku, korang lebih suka siang atau malam?

Aku biasanya siang, waktu pagi yang tak berapa pagi.... :D.Macam waktu sekarang lah kan, dalam pukul 9.30 ke 11 pagi. Sebab biasanya waktu ni, aku dah siap mandikan Arif, tidurkan dia, kemas serba sedikit, dah siap sidai kain, tinggal belum masak. Kalau tak sempat pagi, mungkin ada kerja, ke klinik atau apa, petang lah, pukul 3 sebab masa tu, anak-anak semua dah pergi sekolah agama, Arif pun dah tidur semula selepas makan.

Aku juga suka tulis entri dan terus pos ke blog, jarang benar rasanya buat entri autopublish. Sekali dua je kot, sebab memang tiada masa untuk itu. 

Malam?? Malam adalah waktu tak boleh buka pc sebenarnya. Lagipun SRD sudah di rumah, nanti dia bising-bising manja kata aku asyik berblog saja :). Kalau buka juga, nanti anak-anak sibuk nak menyelit sekali.

Malam adalah waktu anak-anak siapkan kerja sekolah, waktu untuk aku lihat apa yang mereka tak faham di sekolah. Kalau tiada kerja sekolah, kena buat "kerja rumah ibu". Itulah ayat biasa yang Abid suka sebut. 

Kerja rumah ibu tu bukan kerja-kerja aku di rumah ni ya, tapi kerja dari buku-buku aktiviti yang aku beli. Dan semalam baru aku perasan, buku kerja Matematik untuk Aqil dah habis. Semua dia dah siapkan, tapi aku belum belikan buku untuk tahun 3 yang baru. Dia lemah Matematik bab pembahagian. Aduhai! Entah apa-apa yang dia jawab, tulah suruh hafal sifir, liat betul!!

Pukul 10 waktu anak-anak semua masuk tidur, aku pun dah lemah masa ni. Mata dah terlalu mengantuk, Arif biasa tidur 9.30. Ada juga masanya aku tak sempat lihat habis anak-anak buat kerja sekolah, dalam pada aku tidurkan Arif, aku pun tertidur sekali. SRD lah yang ambil alih tugas, sebelum dia kejutkan aku untuk solat.

Bagaimana dengan kawan-kawan blogger semua? Siang atau malam idea tu datang mencurah ya?

p/s: Hari ini rasanya aku tiada idea, tu yang masuk cerita menulis dan update blog ni... :D

~ يوس ~

Friday, April 01, 2011

Kata Kunci

Hari ini masuk blog kakngah. Entri dia lima belas lagi buat aku pun sibuk-sibuklah semak kata kunci di akaun nuffnang aku. Jarang-jarang juga aku tengok kata kunci yang orang cari hingga membuatkan mereka sampai ke blog aku ni. Bila aku semak.....

Ada 15 belas jugalah. Seronok pulak sebab sama jumlahnya dengan kata kunci blog kakngah....:). Al-maklum follower blog kakngah dah hampir 2800, aku punya belum pun sampai 150.

Ada satu yang buat aku tertawa. Medan ikan bakar wak josh....:))

Kat manalah medan ikan bakar wak josh ni ya? Aku sendiri tak pernah sampai, macam manalah boleh pergi ke blog aku bila ada yang cari tempat ni.

Apa pun aku tahu kini, kalau menulis di blog biarlah guna perkataan yang betul. Tak perlu guna singkatan, jadi bila ada yang mencari sesuatu, mereka mungkin akan ke blog kita. Bolehlah tingkatkan trafik kan. Apa mereka panggil tu, SEO? Entahlah, aku pun bukan pandai sangat, tahu-tahu gitu saja.

Alhamdulillah juga, semua kata kunci yang baik-baik saja masuk blog ini. Takdelah yang pelik-pelik...:x

~ يوس ~

Monday, March 21, 2011

Terima Kasih semua......

Assalamualaikum.....

Salam hari Isnin,

Di saat entri ini keluar, aku sedang dalam perjalanan ke JB rasanya (Entri auto-publish ya). Terima kasih tak terhingga ucapan dan doa dari kalian semua, pembaca ~Blog Yus- Our Life~ ini, teman-teman maya sekalian. Aku sangat-sangat menghargainya.

Agak-agak ada yang rindu aku tak bila lama tak online dan BW ni? :p.

Oh! Aku tahu pasti ada yang rindu kan....hihi. Contoh seperti pesanan di shoutbox aku ni.

Bila baca pesanan seperti ini buat rasa diri di hargai di alam blog ni. Serius! Kita memang boleh cari kenalan baik di alam maya ni kan. Suri!! Yus rindu juga nak BW, baca cerita Suri dan kawan-kawan blog yang lain. Tapi, kena tunggu lepas baik dari pembedahan matalah kan.

Doa dan kata-kata semangat dari semua pada entri-entri aku sebelum ni buat aku lebih kuat. Aku tahu antara yang setia masuk blog aku ini ialah mereka2 yang menjadi 10 pengomen terbaik aku sepanjang masa seperti di bawah.

Sayang anda semua. Namun follower yang lain pun aku sayang juga. Walaupun ada yang tidak tekan butang Follow tu, ataupun meninggalkan jejak di ruangan komen dan shoutbox, aku tahu ada beberapa  orang yang menjadi silent reader, baca entri aku senyap-senyap dan sentiasa kembali ke blog aku ni bila ada masa terluang. Terima kasih aku ucapkan.

Aku tak tahulah sampai bila aku akan berehat. Apa yang pasti 22hb Mac 2011 adalah tarikh mata kiri aku akan di bedah. Takut ni!!!! Tapi aku memang kena kuat semangat, demi suami , anak-anak dan keluarga. Selain itu, anda semua pun pemangkin semangat aku.

Terima Kasih semua.....:x:x

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...