Ini pun cerita dah nak hampir basi. Aktiviti pada 29 April yang lalu. Hari yang sama kami melawat
Kapal Selam SMD Quessant tu.
Sebenarnya bila adik aku cerita dia pernah kerja di tempat akuarium ikan di Melaka, aku membayangkan akuarium ikan yang besar macam di Langkawi ataupun di Hull, England. Dua tempat tu aku dah pernah pergi, seronok tengok ikan jerung berenang di atas kita sendiri. Aku hendaklah anak-anak merasakan keterujaan yang sama macam yang aku pernah rasa, sekali bila dah sampai sana, sama tapi tak serupa rupanya. Sebab apa? Sebab Coral Wonderland ni hanyalah merupakan kedai pameran ikan, bukan boleh lihat ikan besar-besar pun...huhu.
Oklah, dari takde kan. Tiket masuk ke kedai pameran ikan Coral Wonderland ni ialah RM30 bagi dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak dan warga tua.(
Agak mahal bagi aku, tapi mungkin kos nak jaga hidupan dalam ni mahal kan, redha jelah) Untuk lebih lanjut tahu mengenai Coral Wonderland, boleh terjah laman sesawangnya
di sini.
Oh ya! Coral Wonderland ni terletak di Dataran Pahlawan tingkat 4, kat Bandar Hilir Melaka tu, depan dengan Mahkota Parade...hehe.
Ok, untuk sambungan cerita aku, macam biasa kita tengok gambar ya....
|
Di hadapan pintu masuk Coral Wonderland ni. |
|
Bergambar di hadapan peta besar ni pula. |
|
Mula-mula dah nampak jerung kecik je...huhu. Sebelah kanan tu terumbu karang yang cantik. |
|
Sessi mencuba keberanian oleh SRD. Dia cuba pegang starfish, jerung pun ya juga, atas kanan tu tak ingat ikan apa...huhu. |
|
Lagi sessi cuba pegang, gamat hitam, udang galah, dan belangkas |
|
Ini antara yang menarik, siput, ketam ular kecik je...nama saintifik dia aku tak ingat daaa....huhu |
|
Lagi yang menarik di sini. |
|
Suka tengok terumbu karang dia ni. Belah atas kanan tu gamat berwarna tau! Cantik kan. |
|
Ikan jerung comel je, tapi bila kita baling makanan, berebut ikan-ikan ni mengejar. Makanan jerung ni boleh di dapati di kaunter tiket bahagian hadapan, kena bayar untuk satu plastik kecik aje, tak ingat harga pulak RM10 kot. |
Banyak lagi gambar-gambar semasa di sana. Tak laratlah nak kongsi semua, penat nak edit dan resize...huhu
|
Sebelum keluar, haruslah singgah di kedai cenderahati dia. Cuma beli satu fridge magnet dengan bayar duit gambar yang juru gambar dia ambil untuk kami sekeluarga kat dalam akuarium tu tadi. Gambar tu berlatarbelakangkan jerung besar yang konon nak telan kami semua. Gambar besar sangat, tak de scanner pula nak kongsi di sini. |
|
Dah keluar dari situ, menuju ke Mahkota Parade pula. Nampak patung gajah, anak-anak sibuk nak naik. Baru naik sikit, dah kena marah dengan security guard kat situ...huhu. Sampai kat parking lot Mahkota Parade pula jumpa orang yang jadi statue merah ni. Nice! |
Oklah. Serba ringkas. Malas dah nak celoteh panjang. Anak dara aku dah minta giliran dia nak main game apa entah...huhu. Salam....
~ يوس ~
Hihihi last pic tu so sweet kak, ramai anak2 Akak, tingin plak saya nk anak reramai mcm ni, sweet!
ReplyDeleteAda masa lagi nak meramaikan anak aju. Apa lagi mulalah projek....hahahaha, jangan mare ye aju..:)
Deleteseronok tgk pic2 tu.. xsabanye nk ajak en asben g sana
ReplyDeletebesar juga kawasan dalam tu cma, cuma tulah semua dalam akuarium yg sederhana besar saja..:)
DeleteDah lama tak balik melaka... huhuhu..
ReplyDeleteHarga tiket tu mahalnye, baik gi tengok akuaria kat klcc.
Macam saya rumah emak di Melaka, tu yg pergi Melaka jelah, kalau nak sampai klcc tu kena kuar belanja lain pula....huhu.
DeleteLama dah tak sampai KL...
interesting ni.. tqs yus kasi info..
ReplyDeletesama2 kak, kalau ke Melaka jangan lupa singgah. Tp akak satu family kan selalu diving, dah tengok real dalam laut lagi, lagi best apa...hehe
DeleteCantiknya..qema tak pernah tgk gamat warna warni tu kakyus..
ReplyDeleteakak pun itulah pertama kali tengok, rasa jakun sekejap...hehe
DeleteNurul pun x pernah lagi dtg sini...
ReplyDeletebalik Melaka jangan lupa menyinggah nurul..hehe
Deletehuhu..mahal kan ...rasa x berbaloi dgn rm 30 hengget tu =p
ReplyDeleteitulah patut di kurangkan sikit kan. Tp bila tengok anak2 semua teruja, hilang rasa mahal tu semua, yg penting mereka happy.
Deletetapak sulaiman tu dipegang rasa macam mana ek? lembik ke?
ReplyDeletetapak sulaiman tu bila di pegang rasa keras macam batu Nadiah. Akak pun ada cuba pegang, memang dia keras je macam batu....huhu, tp bila lempar kat air semula dia ok le, boleh gerak semula...:)
Deletemenarik ni..taktau pun melaka ada coral wonderland..tapi macam mahal sikit..kena kumpul duit nih nak pergi sini..:)
ReplyDeletekan, akak pun kalau tak kerana adik pernah kerja sekejap di sini tak tahu benda ni ada.....:)
DeleteBila la nak sampai ke Melaka ni, tertarik nk pergi bila tgk gambar kat atas ni huhu
ReplyDeletemcm menarik jer tmpat ni..
ReplyDeleteeh...gamat tu...geli nye...
ReplyDeletesiput tu nampak cantik...subhanallah >_<
saya pun geli nak pegang, sentuh sikit je...huhu.
Deletesiput tu memang cantik!