Aduh!!!! Mood aku nak update blog makin ke laut nampaknya. Di tambah pula badan tak berapa sihat, demam + batuk + selsema. Tak tahu bila nak baik batuk ni. Beberapa hari suara tak keluar, tu yang nak menaip pun mood hilang.
Hari ini nak berkongsi dengan semua gambar-gambar hantaran pertunangan sepupu dan adik aku hari tu. Pelbagai warna dan tema hantaran yang aku rasakan menarik. Semua hasil kreativiti orang yang bertunang dah keluarga masing-masing. Sekarang pun boleh beli yang siap dah kat kedai tu kan, tinggal pilih warna tema apa je yang kita mahu.
Teringat pulak masa diri sendiri bertunang, hasil godek-godek sendiri juga. Tampal coklat pada replika menara berkembar petronas masa tu, sampai ke pagi baru selesai, sebab coklatnya asyik tertanggal...hihi. Bila bab orang bertunang ni, masa buat persiapan tu yang seronok kan.
Oklah, tak mahu celoteh panjang, kita tengok gambar macam biasa ya.
![]() |
| Ini hantaran dari sepupu aku pihak perempuan. Tema warna biru muda. Majlis pertunangan mereka berlangsung pada Syawal ke 4 yang lalu. Simple dan menarik kan. |
![]() |
| Ini pula hantaran balasan dari pihak lelaki. Tema warna purple, juga cantik. Suka aku tengok. |
![]() |
| Alia anakku mengambil peluang bergambar bersama mak long Rina @ adik sepupu aku. Rina ni anak mak tam aku yang sulong. |
![]() |
| Ini pula hantaran balasan dari pihak perempuan. Tema warna hijau muda dan putih, simple saja tapi tetap menarik. |
Tahniah dari kami Rina dan tunangnya (nama tunang dia aku lupa daaaa) serta adik ku Khairul dan tunangnya Eina. Sabtu ni bakal berlangsung majlis pertunangan sepupu aku seorang lagi di Kota Tinggi, tapi macam tak dapat turut serta je....huhu.
p/s: tema warna apa yang lebih menarik di pandangan mata anda pula?
~ يوس ~







