Aduh!!!! Mood aku nak update blog makin ke laut nampaknya. Di tambah pula badan tak berapa sihat, demam + batuk + selsema. Tak tahu bila nak baik batuk ni. Beberapa hari suara tak keluar, tu yang nak menaip pun mood hilang.
Hari ini nak berkongsi dengan semua gambar-gambar hantaran pertunangan sepupu dan adik aku hari tu. Pelbagai warna dan tema hantaran yang aku rasakan menarik. Semua hasil kreativiti orang yang bertunang dah keluarga masing-masing. Sekarang pun boleh beli yang siap dah kat kedai tu kan, tinggal pilih warna tema apa je yang kita mahu.
Teringat pulak masa diri sendiri bertunang, hasil godek-godek sendiri juga. Tampal coklat pada replika menara berkembar petronas masa tu, sampai ke pagi baru selesai, sebab coklatnya asyik tertanggal...hihi. Bila bab orang bertunang ni, masa buat persiapan tu yang seronok kan.
Oklah, tak mahu celoteh panjang, kita tengok gambar macam biasa ya.
Ini hantaran dari sepupu aku pihak perempuan. Tema warna biru muda. Majlis pertunangan mereka berlangsung pada Syawal ke 4 yang lalu. Simple dan menarik kan. |
Ini pula hantaran balasan dari pihak lelaki. Tema warna purple, juga cantik. Suka aku tengok. |
Alia anakku mengambil peluang bergambar bersama mak long Rina @ adik sepupu aku. Rina ni anak mak tam aku yang sulong. |
Ini pula hantaran balasan dari pihak perempuan. Tema warna hijau muda dan putih, simple saja tapi tetap menarik. |
Tahniah dari kami Rina dan tunangnya (nama tunang dia aku lupa daaaa) serta adik ku Khairul dan tunangnya Eina. Sabtu ni bakal berlangsung majlis pertunangan sepupu aku seorang lagi di Kota Tinggi, tapi macam tak dapat turut serta je....huhu.
p/s: tema warna apa yang lebih menarik di pandangan mata anda pula?
~ يوس ~
wah meriah dgn majlis pertunangan ya yus. nanti kahwin pun tarikh dekat2 jugak ke?
ReplyDeletetak rasanya, paling awal majlis adik yus kot, akhir tahun ni InsyaAllah.
Deletewow..menarik betul hantaran2 tu ye..teringat lak masa kita tunang2 dulu...hihihi..
ReplyDeleteWarna biru turqouise tu sama ngan tema hantaran Myra masa bertunang dulu :)
ReplyDeleteAnak kakcik akan berkahwin. Kakcik ingat nak 'bungkus' barang hantaran macam dulu-dulu, dalam plastik lutsinar je... :)
ReplyDeleteassalam yus..cantik2 hantarannya...menarik warnanya nya..
ReplyDeletewahhhh semua nyer cantik :)
ReplyDeleteBiasanya pada majlis majlis begini, banyak yg dapat kita belajar tentang adat. Elok juga dipertahan supaya anak-anak kita tahu dan pandai mengendali kehidupan.
ReplyDeleteSelamat bertunang buat mereka yg diraikan.
Buat masa ni, Kak Azie macam suka warna silver/grey dan juga turquoise!
Kalau Yus banyak menghadiri majlis bertunang, kakak dapt banyak undangan majlis kahwin tapi satu je kakak pergi (rumah Kak uda kakak). Banyak undangan tak dapat kakak penuhi sebab jaga bapak.
ReplyDeleteCantik-cantik gubahan yg dibuat.
kedua-dua bakal pengantin sama cantik dan dua-duanya iras wajah Yus...memang berseri le akak tengok wajah yus sekarang ni..jangan-jangan ada adik kat dalam...he..he..(jangan marah ye Yus..sekadar usikan seorang kakak untuk adiknya)
ReplyDeletetime tunang dulu fai guna tema silver, pihak lelaki tema gold.. hehe... semua beli yg ready made jer (>__<)
ReplyDeletemeriah raya dgn majlis2 pertunangan juga ye ! hehe
ReplyDeleteErrrrmmm dulu saya tema apa erk. kena buka album balik le nampakntya,
ReplyDeletecantik2 hantaran tu semua... tahniah juga untuk adik yus dan sepupu... sekarang ni mmg season tunang dan kawin kan...
ReplyDeletetiap minggu ada wedding & majlis tunang kan... suka sbb meriah suasana...
ReplyDeletemoga kekal ke jinjang pelamin. Amin.. cantik bakal adik ipar. hehe.. bila langsung kak?
ReplyDeleteMemang sgt cantik deco2 hantaran skrg nie.. mcm2 bentuk ada.kan..Dulu2 main balut2 jerk time tunang kalau time nikah tuh baru laa deco cantik2 sikit.. :)
ReplyDeletesalam kak yus..
ReplyDeletehuhuh..musim agaknye..cma sendiri pun dah start bersin2 ni.. nak sakit la tu..
lama x menggodek barang3 hantaran,actually,cma suka gak buat2 brg hantaran ni.. tp yg senang je la..yg susah2 tu x amek port.hantaran cma dulu makcik2 yg buatkan..hihih..
cma suka kombinasi kaler biru silver..jatuh cinta!
oh ya tahniah buat adik kak yus & sepupu.
cheqna suka kaler biru..=)
ReplyDeleteceria semua kaler2 tu...tingat dulu masa bertunang akak simple je..sume jenis bungkus2 heheh
ReplyDeletecantik2 kaler nye..teringat 1st foto n 2nd foto tu kaler tema sy n hubby bertunang dulu hehehe..rasa mcm nk bertunang lg hihihihih
ReplyDeleteohh yus x sihat .. patut x nampak kelibat di rumah ieda
ReplyDeletejaga diri baik2 .. makan ubat ikut masa ok ..
wahh cantik2 .. semua ied suke nak2 hantaran merah adik yus tuu
pilihan ieda juga selalunya merah .. sampai adik kakak bertunang ieda yg pilihkan .. ekke ;))
selamat bertunang buat sepupu dan adik yus .. semoga sampai ke jinjang pelamin ..
ramai juga sepupu yus yg bertunang .. hurmm kalau x daya x yah lah gi yus .. nanti risau demam x kebah2 kann ... take care ;)
Seronoknya tgk org bertunang ni, tgk hantaran teringat zaman dolu2 hihihi
ReplyDeletemusim orang bertunangni..
ReplyDeleteakak dulu bertunang takder tema .. kelakarler pulak...
sekarangni orang kawen kalau tak ikut tema digelakkan orang agaknyer...