Friday, September 28, 2012

Home » » Aqil : Penjimat rupanya dia

Aqil : Penjimat rupanya dia

Teruja nak sambung cerita Aqil pergi rombongan. Ibu yang terlebih excited ni nak oiiii!

Oh ya! Takde sebut pun dia pergi kemana kan entri semalam. Rombongan sekolahnya menuju ke masjid negara, Akuaria KLCC, Petrosains KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Ada angkasapuri dalam senarai, tapi kata Aqil tak jadi pergi sebab kekangan masa.

Alhamdulillah, Aqil selamat sampai di sekolahnya pagi tadi pukul 1. Hati cuak juga, kenapa lambat sangat. Nasib baik ada dapat call dari salah seorang guru merangkap jiran setaman kami pukul 10.15 masih di Seremban. Dah dapat agak mesti sampai lambat juga.

Tengok muka anak dah turun dari bas, gembiranya hati. Macam-macam perasaan. Banyak yang aku nak tanyakan pada dia.

Sebelum tu, petang itu ada berborak dengan jiran sebelah yang anaknya sebaya Aqil juga ikut rombongan tersebut. Aku tahu anaknya tu bawa hp, jadi nak sangat tahu apa perkembangan budak2 tu semua di sana. Tersenyum mendengar cerita jiran baikku ini yang anaknya telefon bertanya, boleh tak dia habiskan semua duit yang dia bawa. Khabarnya mamanya beri 50 ringgit sebagai dui poket. Perempuan, jadi macam-macam nak di belinya.

Masa tu aku dah terfikir, Aqil aku beri cuma 40 ringgit. Cukup ke duit tu buat dia belanja. Alahai, rasa kesian pula kalau tak cukup. Sekali sekala datang KL, mesti banyak yang dia nak beli, lebih-lebih lagi tengok rakan-rakan lain membeli.

Bila dia sampai rumah dan aku tanya habis tak duit poketnya, aikkkk! Ada RM23 lagi. Sikitnya berbelanja. Tak beli apa-apa ke anak aku ni?

Satu persatu dia keluarkan apa yang ada di begnya. Selipar dalam plastik. Baju kotor dalam plastik juga. Berus gigi dan sabun dalam plastik. Sepasang lagi baju bersih yang dia tak guna pun (aku bekalkan dia dua pasang). Air masak yang aku bekalkan tak berusik pun, air oren juga tak habis, ada setengah lagi. Alahai!!! Anak ibu ok ke? Semua tak habis. Tapi roti dua bungkusdan biskut oat krunch 5 bungkus yang aku bekalkan semuanya habis. Ada kerepok lekor siap goreng yang aku bekalkan, juga tak habis makan. Ish!Ish!. Apa yang  kamu makan nak!!

Tapi aku tahu, cikgunya dah siapkan makanan untuk murid yang ikut rombongan. Pagi ada sarapan, tenghari pun ada makan, malam pun sama. Semua dah termasuk dalam yuran rombongan yang di bayar sebelum puasa hari tu RM80.

Bila aku tanya makan malam tadi apa? Jawabnya.....

"Cikgu beri nasi ayam ibu. Tapi kalau nak beli makanan sendiri pun boleh. Ramai kawan-kawan yang beli KFC. Semua tak nak makan nasi ayam cikgu! Tapi Aqil makan."

"Kenapa Aqil tak nak beli KFC juga. Aqil kan selalu suka?"

"Mahal lah ibu. Habis duit Aqil nanti."

Alahai anak ibu. Pandai dah berjimat. Tahu harga duit ya! Sejuk hati ibu mendengarnya. Kemudian tu dia keluarkan pula cenderahati yang dia bawa pulang untuk kami. Terkejut juga sebab aku tak suruh dia beli pun. Ingatkan dia tak tahu nak beli cenderahati.

Fridge magnet untuk ibu katanya. Pen untuk abah, dan mainan dinasour comel je untuk adik-adiknya, yang katanya bila di rendam dalam air selama 3 hari boleh membesar 60% dari saiz asal.

Senyum aku! Ingat dia pada semua.

"Mana Aqil punya! Kan banyak lagi duit Aqil yang lebih tu. Kenapa tak beli satu kenangan untuk Aqil sendiri?"

"Takpe ibu. Aqil kan dah dapat pergi. Lagipun semua mahal-mahal je Aqil tengok. Keychain pun dah 10 ringgit. Aqil beli air coke je singgit."

Tak tahu apa perasaan bila dengar jawapan dia tu. Senyum dalam hati je. SRD pun sama. Penjimat sungguh rupanya anak aku Aqil ni. Tapi bila pergi mana-mana dengan kami takde pula macam tu. Bila bawa duit sendiri, dan belanja sendiri berjimat-cermat sungguh. 

Oleh kerana sedikit terharu, SRD kata, " takpelah pen tu Aqil ambil ajelah. Abah dah banyak pen. Abah beri pada Aqil ya!"

"Betul ke ni abah! Terima kasih abah!" 

Dia memang suka menyimpan dari dulu. Dari darjah 1 aku beri 50 sen pun kadang-kadang dia bawa balik semula duit tu dan simpan. Aku biasa bawakan dia bekal. Dalam dompet dia selalu penuh duit. Duit poket yang kami beri, jarang-jarang dia belanjakan. Tak macam Alia adiknya. Dapat banyak mana pun kalau boleh semua nak habiskan. Boros pula yang perempuan sorang tu...huhu. Tapi kalau masa tu dia teringin beli sesuatu, berhabis duit pun dia ok je. Itulah Aqil.

Macam-macam cerita juga dari dia. Bas pancitlah, nampak ikan jerung besar lah. Apa lagi ya! Tak sempat tanya semua lagi. Kesian dah pukul 2 pagi masa tu. Nampak benar kami pun excited nak tahu cerita. Dia pun ok je bercerita. Gembira sebab dia seronok ikut rombongan tu.

Ok, lain kali boleh pergi lagi ya nak!!

Fridge magnet yang dia belikan untuk aku dan dinasour comel kepunyaan Abid. Yang 2 lagi untuk Alia dan Arif dah kena simpan. Alia lah, nampak je pagi-pagi terus sorokkan. 

Sekian....

~ يوس ~

22 comments:

  1. entah kenapa baca entry ni izwa rasa terharu sampai rasa mcm nak nangis....

    bagus nyer anak-anak akak....semoga anak izwa membesar seperti aqil kak...

    ReplyDelete
  2. alaaaa bagusnya aqil ..
    tersentuh hati bila anak2 nie dah pandai jimat cermat kan .. kadang2 tuu kita x ajar tapi mereka tahu sendiri bila kita ada sebut2 pasal berjimat cermat nie ..

    alhamdulillah , bila dia dah pandai menilai apa itu pembaziran , insyaallahh kita ibu bapa x akan rugi dan boleh lega kan ;)

    siap belikan ibu FM layieee .. aduhhh touching lah yussss ;))

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah selamat balik.. Pandai Aqil berjimat, tapi ingat jugak kat orang2 tersayang..
    Itu la kita ibu2 ni kan Yus.. anak ke mana2 risau semacam, selagi tak sampai rumah tak senang duduk..

    ReplyDelete
  4. Alhamdullillah sejuk hati mendengar Aqil beringat dan belikan cenderamata utk keluarganyaa.. Bagus laa Aqil pandai berjimat cermat..

    ReplyDelete
  5. hati saya pun sejuk membacanya.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, pandai aqil berjimat disamping xlupa beli cenderahati untuk semua..bagus sgt dia kak.

    ReplyDelete
  7. Baguslah Aqil. Anak kakak semuanya kalau berjalan tak tahu berjimat Yus. Macam-macam yg dibeli.
    Pandai juga Aqil beli FM utk ibu dia. Dinasour tu mesti beli di aquaria sebab anak kakak pun ada beli dulu ikan bila rendam dia kembang tau Yus. Lama sangat boleh merekah. Itu yg abang kata dugung hihi... So, kalau dah kembang, Yus tak boleh terus rendam nanti dia merekah.

    ReplyDelete
  8. kak yus,
    saya pulak yang rasa terharu nak menangis..harap nanti aqil mubarak pun sifatnya macam ni. bukan kita tak suka dia berbelanja..tapi bila dia berbelanja dengan berhemah..tak lupa pada kita pada adik2 dia.. lagi kita suka kan kak..

    rindu pada anak bujang sorang..tetiba! hahaha..

    ReplyDelete
  9. Baiknya dia, ingat dia pada family dia.. pandai berjimat pulak tu.

    ReplyDelete
  10. wah bagus la aqil..kecik2 dh pandai berjimat.. pastu ingat pulak kt family.. sejuk hati kan kak..

    ReplyDelete
  11. bestnye ada anak sebaik aqil..... bakal menteri kewangan nanti besar nieh... hehe

    ReplyDelete
  12. assalam yus..anak acik pun sama..samp[ai sekarang..bila beli sendiri..terasa mahal..katanya..

    ReplyDelete
  13. bagus...kecil2 dah pandai berjimat-cermat

    ReplyDelete
  14. Seronoknya. Bertuah anak dapat ibu gitu, bertuah ibu dapat anak begitu. Agaknya dia dah lama simpang hasrat dan excited tentang lawatan tu. Bila dah pergi, dia rasa gembira sangat... Makan pun dah jatuh no 2. InsyaAllah, semoga terus berjimat sehingga dewasa.

    ReplyDelete
  15. Bagus2 aqil...semua beli utk keluarga.. Anak sulung memang mcm ni kot.. Simpan banyak2...nti blh simpan kat bank pula...:-)

    ReplyDelete
  16. Bagusnya Aqil. Sejuk rasa hati membaca. Bertuah kak Yus. :)

    ReplyDelete
  17. anak akak si Aiman pun sabtu rombongan sekolah ke Petrosains KLCC.first time dia jln tanpa family.risau gak akak.Akak pun bekalkan duit rm40 je dan cikgu bg nasi ayam juga kat murid2.Sampai rumah akak cek wallet dia ada baki rm14.Belum smpai kl lg dah tepon ckp nak belikan adik dia hadiah..ape di beli???hahahah gelak besar kami sekeluarga mlm tu bila dia smpai umah.nnt2 akak stori kt blog.

    ReplyDelete
  18. sejuk perut kak yus mengandungkan aqil... baguslah dari kecik dah pandai berjimat.

    ReplyDelete
  19. aduhai... sendiri pulak yang rasa terharu.... hu hu

    ReplyDelete
  20. bagusnya dia yus...seronok tgk anak2 pandai jimat gini..ibu mesti seronok kan dia belikan fm lagi..

    ReplyDelete
  21. mcmane ye nak didik anak jadi mcm aqil...bagus nye la...baik sgt dia...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...