Pertama kali anak sulungku Aqil ikut rombongan sekolah. Hati dah rasa gundah gulana. Tak tenteram, risau semacam. Perasaan seorang ibu, macam tulah agaknya kan. Rombongan cuma sehari 2 malam pun dah risau semacam....hihi. Belum lagi anak masuk asrama ke apa. Macam manalah aku nanti.
Rombongan ke Kuala Lumpur, bertolak malam tadi dari sekolah pukul 12.30 malam. Ibu doakan yang terbaik buat anak ibu. Moga selamat pergi dan balik dan moga baik-baik saja sepanjang lawatan. Teruja sangat dia dapat pergi.
Seramai 160 orang ahli rombongan khabarnya, dan 4 bas kesemuanya. Ramai tu, lagi bertambah risau juga ibu. Seorang guru jaga 10 orang murid. Sebelum pergi sibuk juga minta handphone bila dia nampak ada kawan-kawannya yang bawa handphone sendiri, tetapi abahnya tak benarkan.
Sebelum pergi, dari rumah dah berbakul pesanan aku luahkan. Lepas mandi, baju jangan tinggal, simpan dompet duit elok-elok, ikut arahan guru, jangan kemana-mana seorang diri. Hai! Sampai malas dia nak dengar kot. Jawapan cliche dia "Yalah ibu, Aqil tahu!"
Gambar-gambar kenangan sebelum Aqil berangkat pergi malam tadi.
Sebelum sampai sekolah, abah ajak ngeteh dulu. Masih awal sebenarnya, baru nak pukul 11 tapi Aqil dah tak sabar sangat nak pergi masa ni....huhu |
Dah sampai dewan sekolah, sessi menunggu semua murid yang nak ikut rombongan sampai. Aqil bermain dulu dengan kawan-kawannya. |
Bas dah mula sampai masa ni. 4 buah bas kesemuanya yang membawa 160 orang ahli rombongan bersama. |
Aqil sudah berada di dalam bas. Nampak bayang kepala pun jadilah. Masa ni perasaan ibu dah sebak. Risau sangat dengan keadaan Aqil. Lagi sikit air mata nak meleleh, dah bertakung dah...huhu |
Alia, Abid dan Arif pun ikut menghantar. Abid sibuk nak ikut Aqil naik bas....hihi. Tidurku tak berapa lena. Kejap-kejap teringat. Tap kena kuat dan tabahkan hati. Anak ikut rombongan sekolah je pun.....hihi.
Pagi-pagi tengok hp ada panggilan masuk yang tak sempat aku jawab. Hati mula risau, nombor siapa ni? Cikgu telefon nak beritahu pasal Aqil ke? Cuba telefon semula tapi tak berangkat. Selang beberapa minit, nombor yang sama telefon aku semula. Kedengaran suara Aqil dari sana. Lega rasa hati. Tapi geram juga, sebab apa yang aku tanya, dia tak jawab betul. Macam tak dengar pertanyaaan dari aku pun ya.
Suasana bising. Kukira dia meminjam hp kawannya untuk menelefon. Dah mandi katanya. Lain-lain tak jawab soalan. Tanya guna telefon siapa pun dia asyik jawab, "Aqil ok ibu!" Akhirnya terus kata bye dan letak telefon. Adeh! Tak sampai seminit pun.
Apa pun aku memang rasa lega sedikit. Kelakar pun iya perasaan ibu ni kan. Anak baru 10 tahun dah ikut rombongan. Dah lah aku nampak dia paling kecil dan kurang ketinggian je berbanding rakan-rakannya....hihi.
SRD kata, aku kena yakin dengan Aqil. Dia boleh! Jangan over protective. Ok! Ok! Kena ubah, jangan terlalu risau, yakin dia boleh jaga diri.
Ibu tunggu kepulangan Aqil malam ni. Di jangka tiba semula di sekolah pukul 12 malam juga. Baru sehari dua malam ikut rombongan, dan terlebih risau aku ni, kalau seminggu mahu tak lalu makan.....hahaha.
Sekian....
~ يوس ~
yus,
ReplyDeleteAqil sebaya ngan anak akak si Adam la ye...tapi akak blom izinkan Adam ikut rombongan ke mana2 lagi(yg sll buat dia sedih sbb x diizin join)....si abang yg drjh 6 pun ada rombongan ke KL bulan depan tp hubby x kasi pulak join
kalau ikut saya rasa tak nak kasi juga, tapi kesian kak. Mulalah fikir, dulu masa saya kecik pun nak ikut rombongan, keluarga mmg tak pernah benarkan. Tak mahu anak rasa macam tu juga, lagipun abahnya memang ok je. Sentiasa fikir positif.
DeleteRamainya berombongan . Akak pun akan berombongan ke KL mlm ni. Maklumlah budak2 dah habis UPSR.
ReplyDeletedulu, masa sekolah, mak i susah nak lepaskan anak2 dia p ape2 lawatan. cian kite kan... hehehe
ReplyDeletekita pun sama niezza, tak pernah dapat ikut gi rombongan, tu yang anak nak pergi benarkan, tak mahu dia rasa pengalaman sama.
Deletemak mana tak risau bila jauh dari anak2 kak..
ReplyDeletesemoga aqil selamat pergi dan selamat pulang..insya allah..cikgu ada..kawan2 nya pun ramai..
oh, semestinya Aqil gembira tidak terkata bila dapat 'lepas' pertama kali..Insyaallah semuanya akan ok.. tunggu sajalah cerita-ceriti dari Aqil esok..
ReplyDeletemesti risau tapi bebudak ni sangat lah seronok nya kan... insyA selamat semua tu..
ReplyDeleteaduhh mana x risau yus
ReplyDeletedengan sblm2 nie macam2 kejadian melibatkan bas nie
insyaallahhh yus banyak2kan berdoa
agar anak kita selamat dan mereka semua selamat
aminnnnnnnnnnn
yus.. agaknya memang semua ibu mcm tu la kan.. akak hari tu. Aqilah ikut lawatan sekolah ke kilang coklat kat bangi.. umah anak yatim kat dengkil.. pastu gi cyberjaya... satu hari jek pun.. hati ni risau tak tentu arah... baper jam jek pun peginya... semua ibu mcm tu la kot yus.. akak esok cam yus ni gakla perasaan bila anak2 g rombongan sekolah yang perlu bermalam2 ni.. apapun.. insyaallah aqil ok.. cuma kita sebagai ibu ni terlebih risau kan...
ReplyDeleteBudak2 ni teruja bila dapat ikut rombongan sekolah sebab ramai kawan2 mereka w/p tempat yg nak dilawati itu mereka pernah pergi dgn famili sebelum tu.
ReplyDeleteBiasanya si ibu yg akan risau. Si ayah cool aje. Anak2 lagilah rilek
Anak saya pun nak pergi Melaka hujung bulan ni dan Pantai Timur pertengahan bulan 11 mengikut rombongan sekolah.
Memang gitu la kak, sekarang ni budak2 umur 5 6 tahun dah ada rombongan g mana2, harap aqil seronok & selamat semuanya.
ReplyDeleteperasaan sorang ibu camtulah kak yus. izan pun kalau jadi kak yus mesti rasa tak sanggup nak lepaskan anak ikut rombongan sekolah. kita doakan yg terbaik ye utk anak2 kita...
ReplyDeleteMemang risaukan kita Yus apatah lg baru pertama kali ikut rombongan macam nie.Anak Nurul pun setakat nie blm pernah lg ikut mana rombongan lawatan.
ReplyDeletefaham hati seorng ibu, doakan saja semoga semuanyer selamat ye ! insyaAllah
ReplyDeletemusim pelajar2 gi rombongan skrg ni..budak2 ni ikut gi rombongan semuanya yg balik ari..kalau kena bermalam risau gak ni..
ReplyDeletedulu kecik2,mak selalu x kasi ikut romb sek...,ayah kasik...so jawapnye kasik la kan hehe....dulu selalu rasa,nape mak x kasi..mak x sporting mcm ayah...skang baru faham perasaan seorang ibu hehe...pjg pulak sy komen hehe
ReplyDeleteaduhai... memahami....
ReplyDeleteSeronoknyaa Aqil ikut rombongan sekolah yer.. :)
ReplyDelete