Wednesday, September 12, 2012

Home » » Marhaban Raya dan rumah terbuka

Marhaban Raya dan rumah terbuka

Tahun kedua taman kami buat marhaban raya. Lebih seronok sebab semua dah saling kenal-mengenal. Tahun lepas baru nak sessi suai kenal masa marhaban tu...hihi.

Tahun ini taman kami buat 2 malam saja. Rumah kami pada malam pertama, 4 Sepetember yang lalu. Tahun ni juga buat sedikit kelainan, tak perlu setiap rumah ada makanan berat. Kumpul setiap 3 rumah baru ada makanan berat, yang lain tu ringan-ringan saja, air pun sudah cukup. 

Makanya aku masak kuey teow goreng 2kg saja dan bawa ke rumah pertama. Di rumah sendiri letak air dan kek coklat kukus. Itu pun tak habis makan. Yalah bila dah masing-masing letak makanan, banyak juga. 

Sempat ambil gambar ketika ahli marhaban masuk rumah sendiri je, rumah orang lain, seganlah nak bawa kamera....ekekek.
Anak daraku Alia bersama teman-teman baik setaman. Yang baju pink tu, kawan sama baya dan sekelas juga.
Petang esoknya, giliran marhaban di rumah kami dari kumpulan mechlub FKMP pula. Rumah kami yang pertama petang itu. Aku macam was-was masa tu, betul ke mereka akan sampai ni sebab SRD sibuk hari itu. Apa pun sempat juga sediakan sedikit kudapan petang untuk mereka yang datang, cucur udang dan kek coklat. Kemudian bila mereka meneruskan ke rumah yang lain, kami tak dapat ikut semua sebab malamnya ada sambungan marhaban di taman kami. Apa pun kami terjah juga rumah terakhir sebab di situ jamuan makanan beratnya, nasi beriani kambing lagi. Sedapppp! Takde gambar, sebab malas nak keluarkan kamera.

Raya kali ini dapat juga jemputan rumah terbuka dari beberapa kenalan. Tapi bak kata Asia, blogger je yang selalu sibuk nak ambil gambar, orang lain tak kisah pun. Makanya masa ke rumah blogger Asia sajalah aku bergambar, lain-lain takde....ekekek. 

Dah kali ke tiga rasanya bersua muka dengan Asia, cuma baru kini teringat nak ambil gambar.
Aku salute habislah dengan Asia ni, semua masak sendiri, macam-macam pula juadahnya. Sedap-sedap pula tu. Boleh baca cerita rumah terbuka dia di sini. Ada lagi banyak pulak muka aku kat entri dia ni....hihi. Terima kasih Asia jemput akak, baru tahun ni akak dapat datang kan....hehe.

Kemudian tu ke rumah terbuka kenalan SRD yang lain. Tak sibuk ambil gambar dengan tuan rumah pun, tapi berkenan dengan apa yang ada pada rumah mereka....huhu.

Apa yang aku berkenan tu ya...

Suka tengok design pagar rumah kenalan SRD ni, walau belum di cat, aku berkenan tengok. Teringin nak buat di rumah sendiri, macamlah rumah kami rumah tepi macam ni....ekekek.

Tapi yang ni memang aku sangat berkenan. Porch depan rumah sahabat SRD ni siap di pasang atap genting. Cantiklah! Design rumah dia memang dah hampir sama dengan rumah kami, tapi rumah kami belum tambah porch depan lagi. Tu SRD tengah survey berapa harga dia buat , nak cantik harga pun cantiklah kan.
Sekadar jamu mata je kot, dah selesa dengan rumah sendiri sebenarnya. Tapi biasa macam tu kan, masa-masa marhaban dan beraya macam ni, masuk rumah kawan dan kenalan, bila ada saja yang berkenan mulalah bertanya. Tak tanya pun, pandang dari jauh je, boleh jadi contoh, ingat dalam kepala, ada rezeki lebih esok, boleh buat juga kan.

p/s: Sekadar catatan untuk rekod sendiri, esok-esok boleh tengok balik....:)

~ يوس ~

22 comments:

  1. meriah nya raya kat sana... sini sunyi sepi..

    ReplyDelete
  2. assalam yus..kalau diJohor masih buat lagi marhaban ni kan..seronok macam tu

    ReplyDelete
  3. Seronoknya tinggal di kejiranan yang ada persemuafakatan. :)

    ReplyDelete
  4. Meriahnya kwsn perumahan Yus bila dibuat Marhaban raya macam nie.

    ReplyDelete
  5. meriahkan bila ada marhaban...kt tpt kite mlm ni baru buat...dah nak abis raya dah..

    ReplyDelete
  6. bestnye ada marhaban..kat sini keliling cina je..ada melayu pun buat hal masing2 huhu...

    ReplyDelete
  7. pagar orang tu sebelum ni warna kuling menyala. kalau lalu mesti nak tengok pagar tu sebab menyala sungguh warnanya. tertunggu2 juga pasnih dia nak cat warna apa, tapi sampai raya tak cat2 lagi.

    ReplyDelete
  8. seronok nyer sambil2 intai rumah kekawan yek!

    ReplyDelete
  9. Kalau tempat kakak marhaban tak campur Yus. Lelaki dan perempuan ada kumpulan sendiri, so tak malulah nak buka mulut.

    Trend kat Johor sekarang memang pagar macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau taman kami ni memang kena campur kakzakie. Ada 12 biji rumah je, kalau tak campur, sikit benor rasa...hihi.

      Delete
  10. bestnya. Meriah. Tempat kami takde marhaban ni. Yang ada bertakbir dari rumah ke rumah semasa raya haji.

    Org kat situ tak ramai yg balik kampung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau minggu pertama raya tu mmg semua balik kampung YB, sbb tu biasa buat marhaban dah masuk minggu ke 2 Syawal ke atas dan taman kami pilih hari bekerja, confirm ada rumah semua, buat waktu malam....:)

      Sini wajib ada marhaban raya setiap tahun, selawat dari rumah ke rumah, makan2 dan beramah mesra sesama jiran. Seronok!

      Delete
  11. bestnya..x pernah ikut marhaban cam ni.

    ReplyDelete
  12. wahhh...best baca cerita pasal raya...D tahun ni raya pun tak brapa best sbb ada ahli keluarga tak dpt berkumpul sekali...gambar raya tahun ni pun tak ambik...

    ReplyDelete
  13. memang seronok tang marhaban nie
    kalau di muar johor ramai sampai penuh satu rumah
    happening kan yus ;)

    ReplyDelete
  14. Meriahnya kak, seronok tgk jalinan ukhwah sesama jiran ni, mmg cantik design bumbung tu kak, ada rezeki bolehlah tahun depan tukar bumbung ;)

    ReplyDelete
  15. Suka baca...
    Saya letakkan link blog ini dlm blog list 3 blog KM7

    ReplyDelete
  16. Yus....
    Seronokkan kalau ada marhaban macam tu...kat Taman perumahan akak tak buat macam tu...kalau ada, mesti seronok.

    ReplyDelete
  17. Pergi open house sambil cuci mata. Akak pun suka camtu. Kekadang boleh dapat idea untuk rumah sendiri.

    Seronoknya ada geng marhaban. Boleh ler eratkan silaturrahim.

    ReplyDelete
  18. Ai pun failed bab mendeco deco umah ni. Umah ai pun kosong. X de hiasan. Tingin nak deco tapi x pandai. Shh betul kan. Otak tepu.

    ReplyDelete
  19. rumah bawah sekali tu macam rumah dr maiz dengan rumah dr hasan kan..cantik

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...