Friday, September 21, 2012

Home » » Arif semakin panjang akal

Arif semakin panjang akal

Seminggu sudah aku tak update blog. Semakin malas nampaknya aku nak mengadap blog ni. Kenapa agaknya? Namun jika ada terluang, aku masih rajin nak bw ke blog kawan-kawan semua walau sekadar pembaca senyap saja.

Apapun syukur dan tetap gembira kerana UV blog ini tetap di atas 200 walau blog tak berupdate. Terima kasih kepada yang setia berkunjung.

Hari ni nak coret cerita pasal Arif lagi. Aku takut aku lupa pula. Cerita dia yang semakin panjang akal. Ada-ada saja yang dia buat sekarang.

Sepanjang bulan Syawal yang lalu, satu yang aku perhatikan, Arif ni kemaruk nak berbaju melayu. Kalau boleh setiap masa dia nak pakai baju melayu. Baju raya kata dia agaknya. Walau dia tak pandai sebut, tapi selepas saja mandi, dia buka almari dia sendiri dan capai sendiri baju melayu yang ada. Nasib baik dia ada 5 pasang baju melayu, bolehlah bertukar-tukar. 2 pasang dia punya sendiri, 3 pasang lagi turun temurun dari abang-abangnya punya...hehe.

Aku pula tengok dia rasa rimas je. Tengahari pun nak berbaju melayu. Bila kita tak beri, melalak sakan.

Ini salah satu gelagatnya. Hari itu kalau tak silap aku abang dan kakaknya ada jamuan raya di sekolah agama. Baru nak update cerita ni...hihi. Dia nampak aku gosok baju melayu abangnya Aqil dan baju kurung kakaknya Alia. Apa lagi, dia pun nak pakai baju melayu juga. 

Aku kadang tak sabar bila dia buat perangai gini. Mana taknya, kita dah nak keluar masuk kereta ambil abang dan kakaknya dari sekolah, dia melalak sakan seboleh-boleh minta tukar baju, nak juga pakai baju melayu. Terpaksalah aku ikutkan pakaikan dia baju melayu tu. Masuk dalam kereta tak juga berhenti menangis. Adeh! Arif!!!!!! Selalu nak gaduh dengan ibu kan.

Satu lagi akal dia sekarang. Setiap kali waktu maghrib, semasa kami sekeluarga nak solat berjemaah, dia pun konon nak solat juga. Tapi di pertengahan kerja dia memang mengacau saja. Selalu yang jadi mangsa abangnya Abidlah. Suka bebenar dia tolak abangnya Abid ke depan. Kata dia, "ama abah!!!" (sama abah). Dia nak abangnya Abid ke baris hadapan sama dengan abahnya yang jadi imam. Tak sudah-sudah dia tolak abangnya. Manalah orang tu nak khusyuk. Abangnya pula bila dah di tolak tu, boleh tersengih-sengih. Adeh!

Berhenti seketika, mulalah dia naik keatas belakang abahnya ketika kami semua sujud. Saja je dia tau! Kemudian bila dia nampak kami semua dah di tahiyat akhir, cepat-cepat dia naik atas katil dan tutup muka dengan bantal. Konon nak sembunyikan diri sebab dah buat salah. Dia tahu setiap kali dia mengacau, mesti kemudian tu abahnya letak dia di luar. Esoknya mesti dia tak dapat bersama kami waktu solat. Kemudian tu mestilah konon berjanji tak nak kacau lagi. Tapi kemudian dia ulang perkara sama.

Selalu bila selesai memberi salam, aku cari kelibat dia, nampaklah mata dia sikit di celah-celah bantal yang di tutup di mukanya. Tahu memang dia sedang tersengih. Nakal tau kamu Arif!!!!

Waktu pagi nak bangun dari tidur pun suka dengki ibu. Aku jarang kejut dia pagi-pagi, selalu dia bangun sendiri. Tapi bila dia bangun suka jerit kuat-kuat pangil "Ibu!!!!!" Masa tu mungkin aku di dapur, atau di belakang sedang sidai kain. Selagi aku tak datang, selagi itu dia jerit, "Ibu!!!!"

Yang buat aku hangin tu, bila dia nampak aku datang menghampiri je, terus dia buat-buat tidur semula. Siap pejam mata, peluk bantal kuat-kuat lagi. Aku panggil nama pun dia buat tak tahu je. Saja dengki ibu kan!

Aku pun buat tak tahu terus berlalu dari situ. Tahu pula dia panggil semula ibu!

Arif, Arif. Pandai menari juga. Ikut step lagu akhir dalam cerita Rab Ne Bana Di Jodi. Ibu dan kakak dah bawa pengaruh cerita hindi pada Arif. Aduh!!! Salah siapa? Salah sendiri. Tapi dia sungguh cute buat aksi konon menari tu, terlompat-lompat atas katil. Arif memang anak manja ibu yang comel.

             
Arif suka menari mengikut step lagu ni....hihi. Cerita romantik terbaru yang aku suka tengok dari SRK. (Adeh! Tak habis-habis minat tengok cerita SRK dari zaman muda belia aku ni? Bila nak hilang?) Tapi cerita ni memang best! Setanding dengan KKHTH dan Dilwale Dulhania LeJayenge

Apa lagi ya? Ibu pun tak ingat dah apa lagi yang ibu selalu gaduh manja dengan Arif. Tapi ibu gembira, ibu bahagia. Arif ceria sepanjang masa. Oh! Ada satu lagi yang ibu suka dengar dari mulut Arif. Bila saja ibu atau abah nak keluar ke mana-mana, mesti Arif kata, " Ibuuuuuuuuuuuuuu, nak ikut leh!" Manja sangat tau Arif. Ibu like!!

Sekian.....hingga coretan berikutnya....
Salam.....

~ يوس ~

15 comments:

  1. memang panjang akal dia...

    salam perkenalan
    BW hari Jumaat...

    ReplyDelete
  2. tersengih saya baca kisah gelagat arif ni kak..teringat kat anak2..

    aqil dengan damia pun suka betul pakai baju melayu. dia panggil baju melayu tu baju grape sbb warna purple macam grape..bila da pakai taknak bukak..da bukak suruh ibu dia basuh cepat2..hehehe..

    kadang2 nak marah pun tak sampai hati kan..sbb rasa cam comel pulak :P

    ReplyDelete
  3. gelagat anak bijak!!!heheheheeh....

    ReplyDelete
  4. Seronoklah kakak membaca N3 ini Yus. Senyum panjang dan rasa kalau Arif tu ada depan kakak nak kakak peluk dia kuat-kuat cuba dia jerit tak? Otak dia ligat dan ada je benda dia nak buat. Tapi kakak rasa kalau dia tidur mesti sunyi kan. Untung ada dia buat keluarga ceria sikit. Mesti lepas habis solat kena kacau Arif semua ketawa walau tahu dia kacau. Kakak bayangkan dia pura-pura tidur tu Yus gelihati. Hihi... arif auntie nak jumpalah satu hari nanti.

    ReplyDelete
  5. anak2 yuss
    macam tuulah
    siap boleh pura2 kan .. macam2 hal
    kadang2 tuu rasa pening nak ikut rentak dia
    ikut jugak tapi x lah selalu kan
    mana yg boleh kita tegah , kenalah tegah ;)

    ReplyDelete
  6. hehehehe..dik si kecik sedang meneroka dunia baru lah tu
    sama dengan ariq kalau kita sedang solat tu dia mengacau kakak2 nya, bila dah dengar ayah bagi salam cepat cepat dia buat macma tak ada apa apa

    ReplyDelete
  7. Hehe.. tiap anak ada stage nakal dia kan, kak Yus. Sabor je la, sebab nanti kejap je, dia dah besor, kita pulak rindu dia buat ragam atau aksi manja dia. :)

    ReplyDelete
  8. lama tak ada anak kecik nii..bila baca rasa seronok la plk dgn ragam anak2 nak membesar...

    ReplyDelete
  9. betoiler bila dah pakai baju melayu/ kurung tu lama2 kita lak rasa lemas tengok. budak kecikkan..
    memang panjang akal baguih... berkembang...

    ReplyDelete
  10. Gelihati baca gelagat si Arif nie,dah kacau pandai plk nak menyorok buat2 tido.
    Jadi peneman yus di rumah bila suami anak2 lain dah gi kerja dan sklh.

    ReplyDelete
  11. salam yus,

    kak ati ni pun dah jarang online..malas sokmo :)

    dah anak jantan kan yus
    lg pun bagus juga dari hanya pakai time
    raya atau kenduri aje..kan budak cepat besar :)

    ReplyDelete
  12. arif dah makin bijak yea, siap nak pakai baju melayu semua tu..Tapi kan kak, gitulah ragam dan gelagat anak2..tapi saya suka, kalau stress suka ngadap budak kecik, lagi banyak ragam lagi saya suka usik, hilang stress tau..

    ReplyDelete
  13. Hello! Educate your kids with our islamic learning tools... it's fun and cute!

    Http://muslimkidsshop.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. sedang meneroka dunia dia tu hehe

    ReplyDelete
  15. assalam yus..suka baca gelagat ariff..anak manja ibukan..macam maan pun tetap menghiburkan

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...