Wednesday, September 26, 2012

Home » » Banyaknya ubat nak kena ambil!!!

Banyaknya ubat nak kena ambil!!!

Bila terpaksa hadapi ubat-ubatan ni setiap sendiri, rasa gerun!! Ujian Allah, tak sihat aku ni.....
Batuk, demam, selsema tak baik-baik hampir sebulan. Jangan buat main-main!!! Pasti ada sesuatu di sebaliknya. Rujuk pakar!!!

Terasa kerap sakit pada payudara kiri. Jumpa doc di klinik biasa, katanya ada lump. Apa perasaan??? Kena rujuk pakar juga!!!

Hasilnya semalam ke hospital, di rujuk dengan dua orang doc pakar. Bila keputusan pemeriksaan keluar, dush!!!!! Ambik nko!!! Banyaknya ubat nak kena telan dan ambil!!!! 

Terkujat dengan hasil pemeriksaan doc, lebih terkujat dengan bil yang perlu di bayar. Selama ni tak pernah jumpa pakar di hospital swasta kan. Setia pada hospital kerajaan. Tapi nak cepat dapat keputusan, masalah payudara tu yang takutnya!!! 

Nak baik, kenalah ambil ubat.

Dah tahu keputusan pun, masih perlu rawatan susulan. Perlu lagi jumpa doc lagi,  yang satu penyakit , selepas 1 minggu, satu lagi penyakit (eh! satu ke 3 in 1 yang ni) 2 minggu lagi.

Belum ada mood nak berceloteh panjang. Aku memang nak buat ringkasan dari mula tahu sampai keputusan semalam. Apa yang berlaku, proses semua. Tapi mood belum mari. Nanti aku ceritalah ya. Semput pun ya ni. Macam nafas tak sampai je....

Daaa kawan-kawan. Doakan kesihatan cik puan blog ni. Moga dapat bercerita lebih lanjut nanti.


~ يوس ~

15 comments:

  1. Semoga Yus diberikan kesihatan dan semangat tuk bercerita bagi panduan rakan-rakan alam maya...amin!!!!!

    ReplyDelete
  2. mak aihhh yusss
    banyak tuu
    semoga cepat sembuh
    kalau macam nie , harus rujuk DR yus
    risau pula , kalau demam dah berpanjangan .. memang kena take serius ..
    ieda doakan ..

    ReplyDelete
  3. salam yus moga cpt sembuh ye..huhu.sian yus. moga masalah lump tu juga cpt baik.

    ReplyDelete
  4. kak..
    moga cepat sembuh ok..jangan culas makan ubat =)

    ReplyDelete
  5. Sekurang-kurangnya dah dapat consultation dari doktor dapat melegakan sikit rasa tak senang di hati Yus. Kakak doakan moga segalanya pulih seperti sediakala.. Ubat tu jgn lupa (eh.. mcm mak nenek dah kakak nie)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada mcm mak nenek kak. Yus suka borak dengan akak, mmg rasa secure. Thanks atas nasihat akak.

      Delete
  6. adeh..sakit apa kak..kalau demam berlarutan lebih dari 3 hari patut kena pegi doktor. lepas tu kalau lebih seminggu kena jumpa doktor lagi..

    semoga cepat sembuh ye kak..take care..

    ReplyDelete
  7. takpe yus.. nak cepat baik, makan aje ubat-ubat tu mengikut peraturan.. semoga cepat sembuh hendaknya..semoga rawatan susulan tu akan berjalan lancar dengan keputusan yang baik-baik saja.. take care yus.. doa kamu sentiasa ada buat yus.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. Yus...
    Makan ubat yang doktor bekalkan ye...semoga cepat sembuh ..
    akak doakan mudah-mudahan keputusan yang keluar nanti ...mengembirakan kita semua. banyakkan berdoa ye dik..Insyaallah...tak ada apa-apa...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Yus,
    Terima kasih sudi singgah ke blog saya. Berkenaan dengan pertanyaan akak, bayaran pembedahan lump tu dalam 3k++. Saya pergi hospital swasta. Tapi alhamdulillah, semuanya ditanggung oleh insuran. Saya guna Prudential. Pasal lump akak buatlah scan dulu. Kalau berumur 40++, guna mammogram. Kalau 40 ke bawah, guna scan mcm org scan baby kat perut tu. Tak sakit pun. Based dari gambar scan tu, dia boleh tgk ketulan kita tu. Kalau ketulan cancer, ketulan dia ada berakar sikit. Akak boleh google n tgk gambarnya. Saya survey semua sebelum jumpa doktor. At least saya paham dan bersedia dgn apa yg akan bakal saya hadapi. Tapi, apa2 hal doktor kena buat ujikaji pasal ketulan tu dulu sebelum dia 100% sure cancer atau tak. Macam saya decide utk terus buang lump tu. Alhamdulillah hanya lump biasa jer.
    Saya doakan moga akak cepat sembuh. Amin.

    ReplyDelete
  10. Moga cepat semuh ye! jgn lupa mkn ubat tu!

    ReplyDelete
  11. rajin2 Makan ubat tuh yer.. moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  12. Kepada semua terima kasih atas doa kalian. Really appreciate it. Thanks

    ReplyDelete
  13. Semoga Yus cepat sembuh,Nurul dah baca kat fb Yus.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...