Dari dulu mereka hanya tahu main game di internet. Itupun aku tak benarkan mereka download sebarang game, hanya main game yang free je. Kemudian belajar pula main game di fb. Entahlah, budak-budak sekarang ni terdedah dengan permainan video game ni.
Walau dah berulang kali minta di belikan, terutamanya dari Aqil, tapi kami buat dekk je. Layan sajalah mereka game dari internet atau dari handphone biasa kami tu.
Tak habis-habis, pertanyaan yang sama juga di ulang.
"Kenapa tak boleh beli ps2?"
"Ibu beli tab cina pun murah ibu? Akif dah beli dah!"
"Psp mahal ke ibu?"
Adeh! Aku tak berapa faham pasal game-game ni, abahnya pun sama.
"Berapa harga ps2 tu ibu? Nanti Aqil kumpul duit sendiri ibu belikan ya ibu!"
Bersungguh sangat dia dengan hasratnya nak dapat ps2 sendiri. Aku pun galakkan dia menyimpan dan berjimat cermat dari wang saku setiap hari yang dia dapat dari abahnya. Setiap kali dia rasa duitnya dah lebih RM10, dia akan suruh aku simpankan, katanya untuk beli ps2 atau tab.
Kesungguhannya menyimpan bermula dari awal bulan 7 hari tu. Sebelum ni dia selalu simpan duit syiling je dalam tabung harimaunya. Bila dah penuh kami akan masukkan duit tu dalam bank. Tapi kali ini, dia memang berazam menyimpan untuk beli ps2 atau tab itu.
Habis adik-adiknya semua di pujuk untuk menyimpan sama. Katanya, nanti boleh main sama-sama. Kalau sama-sama menyimpan cepatlah sikit wang itu terkumpul.
Dalam hati kami, memang kalau boleh tak mahu belikan. Kami sendiri pun tak tahu harganya berapa. Aku tanya pada SRD, "Ada sampai seribu ke harga ps2 tu bang?"
SRD pun tak pasti, malas nak survey pun ya, sebab bukan satu keperluan untuk beli.
Tapi bila di lihat, setiap kali ada peluang, mesti dia hilang ke rumah kawannya. Sekejap ke rumah jiran sebelah kanan, sekejap ke rumah jiran sebelah kiri. Kemudian tu ke rumah jiran yang selang 6 rumah pun dia pergi. Gara-gara nak bermain ps2 mereka. Adeh! Bila dah ke sana berejam pula tu. Biasanya hari minggulah. Hari sekolah, mana sempat, pukul 640 petang baru sampai ke rumah.
Tapi, adiknya Abid dan Alia pun dah pandai. Ke rumah kawannya@ anak jiran kami juga yang rumah mereka semua ada ps2. Ini sudah lebih.
Kalau dulu bila mereka kata nak bermain di luar dengan kawan, memang aku lihat semua bermain di luar. Main basikal lah, main kayulah, main lari-larilah, main teng-teng ke. Ini bila cakap nak main di luar, dia masuk rumah kawannya. Aku tak suka mereka selalu masuk rumah orang. Dah pesan pun, mereka kata, "Kawan ajak mainlah ibu! Habis ibu tak nak belikan ps2!"
Kemudian mereka sendiri kata, "duit raya tahun ni kalau banyak, bolehlah buat beli ps2 ya ibu!"
Aduh! Memang kemaruk ps2 ni. Tahun lepas, Abid beli mainan ultraman je dengan duit rayanya dengan nilai RM40, yang lain kami simpankan di TH. Aqil pula beli mainan helikopter dengan nilai RM80 tak silap, lebihnya juga kami simpan di TH dia. Alia langsung tak mahu beli apa-apa, semua duit rayanya kami simpan di TH. Tahun ni mereka sepakat, nak gabung duit raya beli ps2 atau tab sebab kami kata harga nak beli tu lebih dari 1 ribu.
Bila campur duit raya dan simpanan mereka yang di beri pada aku sejak bulan 7 hari tu, ada RM876. Arif tak masuk sebab aku kata, Arif mana pandai main ps2. Sejak dari seminggu lepas raya dah sibuk bertanya "cukup tak ibu nak beli ps2 atau tab?"
Aduhai anak! Maka semalam kami bawa mereka mencari apa yang mereka mahu. Namun kami nyatakan mereka cuma boleh beli ps2, tab lebih sensitif, nanti kemana-mana dengan tab. Kalau ps2 tu, bila di rumah saja kan. Dalam pada itu beribu pesanan kami lemparkan pada mereka supaya tidak leka dengan mainan saja dan jangan lupa belajar dan siapkan kerja rumah. Satu lagi, sebab nak elakkan mereka kerap sangat bermain di rumah jiran. Namun pesanan paling tak boleh belahh..." Kalau duit tu tak cukup nak beli ps2, kita simpan dulu duitnya, tunggu bagi cukup ya!"
Dalam hati, berharap tak cukuplah amaun tu. Lagipun kami tak bagi bawa semua. Hanya RM770 saja yang kami bawa kononnya nak belikan ps2 mereka tulah. Tiba di kedai, tengok harga Tab, kalau Cina punya atau Korea punya memang murah. RM339 dah boleh dapat. Kalau RM559, dapat yang Korea punya. Samsung Galaxy Tab 7.70 pula RM889 dah dapat.
Tapi dah kata hanya boleh beli ps2. Sampai di kedai bila lihat harga ps3 pun baru lebih kurang 900, maknanya ps2 pasti lebih murah. Alamak, dah murah rupanya, kenalah beli ni....aiseeyyy. Bila di tanya, harga ps2 tu cuma RM460 termasuk dengan memory card 8mb dan 10 free cd games pilihan sendiri. Aqil bila dengar je apa lagi, melonjak gembiralah dia.
Berpandangan sesama sendiri, aku dan SRD tak boleh kata apa dah, dah janji dengan mereka kalau cukup jumlah duit raya mereka nak beli ps2 tu, kami akan belikan. Ini dah lebih dari cukup, kenalah belikan. Mulalah masing-masing sibuk memilih 10 cd games yang mereka suka. Seorang dapat 3 pilihan kecuali Aqil pilih 4.
Punyalah seronok mereka. Abid pula tahu duit rayanya ada lebih banyak lagi, mula minta ultraman lagi. Tak habis-habis dengan ultraman. Dapatlah dia ultraman lagi satu. Balik dari shopping singgah raya rumah Nek Jah mereka di Parit Raja. Dah pesan supaya mereka sentiasa 'behave' dan tak bergaduh kalau tidak tak dapat main ps2.
Tak tahulah apa yang seronok sangat mereka ni, memang macam tulah. Di rumah Nek Jahnya, main tak hengat dunia. Dahlah rumah Nek Jahnya tu penuh dengan keris dan pedang lama, boleh pula di keluarkan salah satu pedang tu dari sarungnya. Menjerit atok sedara mereka. Kemudian tu boleh pula main air sampai basah di bilik air. Tiga-tiga basah, kononnya nak tumpang buang air, tapi bising main air. Adeh!
Kemudian tu bila suruh duduk diam, boleh pula bergaduh. Dah sorang menangis, apa lagi semua kena denda dengan abahnya, walau ps2 sudah di belikan, tak boleh dapat main sehingga 22hb September. Denda 2 minggu Muka masing-masing muncung!
Sampai rumah, semua mula tunjuk baik. Terus mandi, solat Asar, siap basuh kasut sekolah lagi. Kalau tidak tak di basuh-basuhnya, mentang-mentang ada satu lagi kasut yang bersih. Kemudian abahnya suruh semak kerja sekolah masing-masing dah siap ke belum. Semua kata dah siap abah!!!
Sekali abah buat kejutan periksa satu-satu buku, ada lagi beberapa kerja tak siap. Satu kerja tak siap, satu hari di tambah kepada tempoh denda tak boleh main ps2. Akhirnya semua di tambah 5 hari lagi.....hahaha, menjadikan 27hb baru abah akan buka ps2 tu. Sekarang abah sorok kat dalam bonet kereta dia.....kihkihkih. Denga ultraman Abid yang baru pun dia tak dapat pegang juga lagi. Hihihihi, ibu suka hati. Siapa suruh tak dengar kata kan.
Pesanan dari abahnya SRD, "siapa buka mulut tanya pasal ps2 sebelum tarikh 27hb, abah tambah lagi 1 hari tempoh denda tak boleh main!"
Malam tadi, Abid sibuk tengok kalendar. Siap kira tu berapa hari nak sampai ke tarikh 27hb. Hihihi, kesianna anak ibu. Ibu diam je, kalau abah lembut hati, dapatlah masa di kurangkan ya! Jangan kena tambah hari lagi sudah....... Surprisingly, semua tak buka mulut pun bertanya, macam dah lupa aje. Kalau tidak tak habis-habis bertanya. Kita tengok mereka boleh tahan sampai bila. Penangan ps2, memang besar sungguh.
Ibu pun kena rajin pantau lepas ni, jangan main lama sangat, kalau tidak abah sambung denda lagi, ibu sokong aje!!!!
Rupa PS2 yang kami beli untuk mereka [image pinjam dari blog ini] p/s: belum dapat ambil gambar ps2 sendiri sebab kotaknya masih tersorok di bonet kereta SRD.....hihi. |
Adehh!!!!! Anak zaman IT......
~ يوس ~
heheheeh..gadjet zaman skrg....
ReplyDeletebagus ajar diorang menabung utk beli barang yg diorang nak kan kak..
ReplyDeleteaqil sekarang ni duk simpan duit nak beli lego city..hari2 mintak duit syiling lebih ayah dia utk simpan dalam tabung..hehe..
ps2 tu saya dengan husband gila gila main dulu.. tapi ps2 zaman sekarang ni tak tahan berbanding dengan versi mula2 dulu..ada yang cepat panas.. so kena check jugak..takut nanti cepat rosak pulak.. sayang..
Dah abah kata siapa berani tanya abah tambah sehari lagi mesti semua tutup mulut. Abang lagilah mesti siap pesan si adik-adik jgn tanya sebab selepas 27hb ini bolehlah mereka main sama. Kelakar tapi kakak suka cara SRD buat macam tu. Anak tak sakit dan dapat iktibar utk jadi terbaik...
ReplyDeletehrm...si abang ariq pun dah pandai minta, ibu belikna abang galaxy tab beso...
ReplyDeletetak nak kalah ibu pakai yang kecik je abang.
budak2 skrg mmg lagi advance kan sis,budak umor 2 thn dah pndai main game..aduhh.
ReplyDeletetp kelakar pulak bila baca cite sis..bertahan budak2 tu demi ps2 yer,
assalam yus..anak2 acik dulu beli sendiri jugak..menabung sendiri..tapi bila 3 orang susah jugak..takut gaduh..sekali main boleh 2 orang je..kena pantau jugak..
ReplyDeleteKakcik dah dua kali belikan PS2. Satu hilang, yang kedua dah rosak. :(
ReplyDeleteSekarang ni, iPad kakcik dan suami, Bangcik dan BS pegang sorang satu!
saya setuju dengan cara sis..biar dorang berusaha utk mendapatkan sesuatu..anak saya ada minta hp..jgn haraplah sy nak belikan..yg lama2 pun ada..tp sy buat tak tau je. Syarat saya byk pula..nak hp kena dpt no 1..sek kebangsaan & sek agama. Dia nak gi langkawi..saya ckp simpan duit..penuh tabung..baru boleh pergi. Duit raya? X boleh usik langsung..jadi dia gigih menabung duit belanja sekolah yg sy bagi satu hari RM3 je. RM2 je dia belanja hari2 sis..bwk bekal air je. Bekal makanan tak bwk pun.
ReplyDeleteBiar dia susah, mcm zaman kita kecik2 dulu. Jgn budak tak mintak kita yg beriyer belikan. Dah bagi ni tinggal nak monitor jelah kan kak.
hp pun si Aqil tu dah ada minta, jangan harap nak dapatlah kan....tunggu dia sekolah menengah, tu pun belikan yang biasa2 je kot.
Deleteye yus ..
ReplyDeletesekurang2nya mereka boleh paham bukan mudah nak dptkan sesuatu
tanpa usaha ..
thats the best way ..
bila dah dpt mereka akan rasa puas ;)
Salam kenal Yus,
ReplyDeleteMasa anak2 makchaq kecik2 depa lebih main basikal, panjat pokok, kejar2.. ada jugak beli PS tapi tak main sangat, lebih suka melasak diluar..
Sekarang ni semua dah besar tetiba pulak depa beli PS3, nak bagi adik keciknya main.. nak marah pun dah besar, lagipun depa pakai duit sendiri..
qalesya tak pernah minta nak PS2 lagi...
ReplyDeleteboleh saja asalkan dipantau dan tidak berlebih2an!
ReplyDeleteSalam Yus..
ReplyDeleteBudak-budak macam tu le...lagipun diorang gunakan wang sendiri.kan..mesti dorang akan jaga PS2 baik-baik...lagipun akak tengok anak-anak Yus semua baik-baik belaka.
p/s Along dulu masa bersunat beli guna duit sedekah org. untuk dia...tahun 2006 tak silap akak..dulu mahal dekat RM800.00 jugak...sekarang dah murah sikitkan...pilihan pun bermacam jenis.
kak, ni zaman IT kak, memang tak boleh elak. PS2 suami dulu dah jual ngan kak lily, memang PS2 dah murah. Pastu sekarang budak2 dok kejar TAB ayah dia..Tapi memang kena pantau la, pasal game ni memang boleh buat diaorang leka..Zara pun sama dok main game boling kat tab tu..Kadang geram gak, tapi memang kena disiplinkan. Mesti ada masa nak main ngan belajar..
ReplyDeleteAnak2 skrg....tp jue suka cara akak mendidik anal akak...
ReplyDeletebagusla akak ajar menabung camtu..
ReplyDeleteNurul pun baru beli ps2 tu bila jln raya kat MP tempohari lebih kurang harga cam Yus nie,tp bila minggu lps hubby Nurul pegi tgk kat Midvalley lebih 300 je,......huhuhu tulah x nak survey dulu bila nak beli.
ReplyDeletekelakar la yus n din . tetapi apa apa pun tetap betul. Kita ibu bapa kena tegas dalam semua hal untuk anak anak kita..dan biar mereka belajar sikap bersabar.
ReplyDeleteAmmar dan Alya ni pun sama kadang2.. ada aje benda nak jadi hal..
P.s
Anak2 Azi ada schdule utk main video games Yuss.. hehehehe.
anak zaman IT kan kak.. gitu la..
ReplyDeletebagus jugak ajar diorang menabung..
biar diaorang tau bukan senang nak dptkan sesuatu.. :)