Monday, April 02, 2012

Home » , , » Susulan dari kaki Alia terkena seterika panas.....

Susulan dari kaki Alia terkena seterika panas.....

Sebelum tu, cerita Alia terkena seterika panas di sini.

1. Dari semalam dia takut nak ke sekolah dengan hanya berselipar. Dia kata sakit kalau pakai stokin dan kasut, jadi aku kata pakai je selipar. Jawapan dari dia sejak Jumaat, " Cikgu kata kalau sakit takpe tak payah datang sekolah, tapi tak boleh pakai selipar". 

Ni cikgu mana yang ajar ni??? Jangan nak auta ibu lah. Pagi tadi paksa dia guna selipar juga. Siap suruh abahnya masuk sekolah jumpa cikgu, aku tak tahu abahnya jumpa ke tidak. Tapi dia kata, abah beritahu dengan cikgu Nora yang ada dekat dewan perhimpunan masa tu.

Tadi masa nak masuk sekolah agama petang pun dia takut. Buat muka kesian tak mahu turun dari kereta sebab pakai selipar. Adeh! Geram aku! Terpaksa bawa dia masuk sampai ke pintu pagar, sampai dekat dengan bangunan sekolah suruh dia masuk. Barulah masuk dengan perlahan. Kalau dah takut sangat nak pakai selipar, suruh pakai kasut tak nak juga! Sampai rumah sebentar tadi, aku tanya dia, " Cikgu marah ke pakai selipar?" Dia jawab, "ya cikgu marah".... denga muka yang sengih2 tanda auta...haha.

2. Aqil pula kata ustazahnya yang juga ustazah Alia (ajar mereka subjek agama di sekolah) datang dekat pada dia dan bertanya "Kenapa dengan kaki adik kamu?". Jawapan dari Aqil, " Kena seterika panas ustazah!". Tanya ustazahnya lagi, "Siapa yang buat?". Jawab Aqil, "adik bongsu saya angkat seterika panas dan letak  kat kaki dia."

Adeh! Jangan dia ingat aku dera anak aku sudah! Ni bukan kes dera ya cikgu! Ni kes anak saya yang bongsu tu terlalu aktif. Ya...ya....saya tahu, saya juga patut di salahkan kerana cuai, action yang lambat, sampai anak terlebih cepat, letak seterika panas di tempat salah. Tapi saya bukan dera anak.....betul cikgu! Kenapa cikgu tanya anak sulung saya  macam tu ya? Kenapa tak tanya dengan Alia sendiri? Oh! Rupanya dia tanya juga dengan Alia. Mungkin nak tahu jawapan yang di beri sama atau tidak maka pertanyaan serupa di ajukan pada Aqil pula...hmm.

Saya berterima kasih,cikgu ambil berat. Tapi betul cikgu, cerita mereka betul, bukan salah ibu mengandung...huhu.

Apa aku merepek ni. Saja nak catat di sini susulan dari kaki Alia terkena seterika. Ada lagi sebenarnya. Sabtu kelmarin, emak dan ayah aku datang semata-mata nak tengok kaki cucu mereka yang terkena seterika panas. Kakak ipar aku pula ingat seterika tu terkena di perut Alia bila baca di blog, adik ipar pula mulanya ingat terkena di paha. Kalau betul, lagi jatuh saham Alia. Ibu mertuaku pun menelefon untuk bertanya perihal kejadian. Semua mereka ambil berat. Terima Kasih....bertuah anak perempuan aku sorang tu.

Apa pun, kelasakkan dan keaktifan adiknya Arif memang tak dapat di sangkal lagi.Nak bukti?

Sampai melecet tangan dia. Kenapa? Konon nak berlari juga di atas Takasima abah dia (alah alat senaman berlari tu). Sudahnya jatuh tergolek kat tepi lepas tu bergesel dengan Takasima tu yang tengah laju berjalan. Tu yang melecet tu.
Kalau semua tanya, macam mana alat tu boleh terpasang. Abang dia Abid lah konon nak bersenam, dia pergi on dah pasang benda tu, adiknya pula mengikut....huhu.

Salah aku lagi kot yang cuai ya....adeh! Kalau ada 3 orang anak jantan kat rumah macam nilah kan. Lasak bukan main, ligat bukat main, kena sama-sama ligat macam mereka baru boleh lawan. Tu yang kadang aku jeles kalau tengok anak kawan yang elok je duduk tertib di sisi emak dia bila kemana-mana. Kenapa anak-anak aku semua tak macam tu pun? Salah kat mana agaknya....:D

Ada lagi gambar-gambar aksi nakal Arif yang sempat aku snap, tapi belum sempat aku edit dan resize. Nantilah aku tunjuk.....:)

Sekian.....

~ يوس ~

25 comments:

  1. uiks...
    msti sakit tu
    tak terbayang camana terkena seterika panas ni

    ReplyDelete
  2. Saya yg berdua je pun kadang2 pening kepala.. tabik dgn Yus yg ber4.. :D

    ReplyDelete
  3. Nasib baik x kena mukakan Yus si Arif nie,anak2 Nurul pun sama jgk nakal dan lasak.....

    ReplyDelete
  4. Aduiyai, mmg risau kalau anak2 cedera ni kak yus, ngeri lagi tgk Tangan si arif ni kak, moga Alia segera sembuh

    ReplyDelete
  5. eemm..tu la kan...bila dah ada 4org mcm tu plak kisahnya...


    yg D plak...sorang pun jenuh nak kepong kak....

    hai mcm2 dgn karenah ank2 ni ye...TAPI kdg2 tu lucu..kdg2 tu menyakit hati juga kan.....

    ReplyDelete
  6. aduhhhh ariffff ... kus semangat yus ... kalau ieda pun x tahu nak buat macam mana .. huhuhu x perlahhh sabar ye yus ..
    kadg2 budak2 yg xtive nie belajar pandai .. sbb otak dia cepat bergerak .. harap2 lahh kan ..

    siann alia .. lucu lak cerita alia tuu ekekke ;)

    ReplyDelete
  7. anak2 nakal ni biasa anak bijak =)

    ReplyDelete
  8. uppsss nakal pulak..lasak...sori kak typo..sori..

    ReplyDelete
  9. kena clearkan open space tuh dari sebarang alat2 kut eks... semua letak dlm bilik n kunci jerr kan. Moga alia cepat sembuh yerr

    ReplyDelete
  10. alaaa kak jgnlah ckp salah kat mana anak2 lasak tak mcm anak org lain dok diam tertib. sbb anak2 sy yg br 2 org tuh pon sgt3 lah lasaknya. kekadang naik malu nk bwk gie mkn kat luar or shopping complex. tp hubby sy ader pendpt dia sndri. dia kata biarlah anak kita aktif, itu tandanya otak mereka nih cerdas. Mudah-mudahan dah besar besok dorg berjaya dlm hidup ... amin!! ^_^

    ReplyDelete
  11. teruk gk kesan melecet tu yer... moga cpt smbuh

    ReplyDelete
  12. adoi..ramai yg amek berat kat alia..
    sabar ye kak yus..bukan kes dera anak ni..*kecuaian ya cikgu*

    sian kat ariff..lasaknye die..

    ReplyDelete
  13. yus--
    aduhhhhhhhhhhhh
    adik mmg aktiflah..
    mujur cikgu jenis tak salah sangka kan..
    dia tanya ibunya

    lepas nie kn berwaspada di adik..

    ReplyDelete
  14. adei... terasa sakitnya... get well soon sayang aunty...!!!

    ReplyDelete
  15. wahh arif la arif, pagi tadi dah tanya SRD jugak, hehe. Budak laki mana ada tak lasak kan, zarif ngan zara pun sama je, kadang jenuh jerit2 suruh diaorang diam,huhu..

    ReplyDelete
  16. budak2 ni memang selalu buat kita kecut perut..nabhan aggressive sikit dr esyhad haritu tgn nabhan tersepit pintu esyhad buat....habis dah kukunya...mcm2 budak2 ni nk trik perhatian kita...

    ReplyDelete
  17. ngeri dee tgk..bukan salah u lah sis..normallah budak2 tu..budak2 nakal ni bijak tau..u kena extra careful jelah..

    ReplyDelete
  18. aduhh.. kesiannyer alia..
    mesti pedih kan.. ayaakkk,
    kite yg kulit dh matang pun kena sket dh nk menjerit.. bdk2 tatau la camne..

    moga cpt sembuh yer..
    pasni leh cari ubat ilang parut..

    ReplyDelete
  19. kak yus... mmg keaktifan arif tak dpt disangkal lagi. tapi tulah anak lelaki kan. izan yg 4 org ni pun dok jadi suara tarzan je tiap hari...

    *akak... weekend hari tu kan izan ternampak akak kat bp mall. nak tegur masa tu nak escalator plak. izan terus cam itu k.yus sbb nmpk alia dgn kakinya yg luka tu...

    akak beli netbook tu kat kedai dekat ngan popular tu ke? dah elok blm?

    ReplyDelete
  20. @Izan Ishak
    oo ya ke? betullah tu. Ha'ah kat kedai tu. Dah elok dah...kalau tak takdelah update blog panjang berjela mcm ni...hehe. Hari tu ada pertandingan bowling mechlub srd. Huda pun ada sana tau!

    ReplyDelete
  21. Ya Allah, kesiannya si chomel

    ReplyDelete
  22. Ehhee auta ya Alia malu nak pakai selipar g sekolah..comel betul budak2 ni..esok2 dah besar ni jadi kenangan manis la pulak ni sebab time kecik2 nakal sangat..heee

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...