EPO [image oleh google] |
Satu hari masa pulang ke rumah mil, adik ipar aku beri 1 botol Naturalle Evening Primrose Oil yang masih banyak isinya kepada aku sebab dia dah tak boleh makan kerana mengandung. Aku yang jakun tak pernah makan sebarang supplement ni, terima dengan hati terbuka tapi tak faham apa khasiatnya EPO ni. "Bagus untuk orang perempuan ni kak!"
Ooo, ok. Sampai rumah aku simpan dalam peti sejuk. Sebelum tu dah tengok expired date nya bulan Mac 2014. Nak cuba makan, tapi aku ni selalu lupa. Yalah jarang makan supplement ni.
image oleh google |
Pagi ini tergeraklah hati nak google apa sebenarnya khasiat EPO ni. Jumpa blog adik ni yang mengamalkan makan EPO sejak dulu. Ok. Bagus juga ya. Apa yang aku tertarik antara kegunaannya boleh kurangkan alergik contoh ruam atau gatal-gatal kulit. Kulit aku ni memang sensitif sikit di tangan. Kalau makan terlebih ayam, kerang, udang ke mesti gatal-gatal dan ruam. Sebelum ni letak Roseken Skin Repair Lotion je. Tapi memang baguslah losyen ni. Sekejap je dah kurang gatal-gatal di tangan.
Selain itu kata dia, dapat mengurangkan jerawat di muka dan muka jadi lebih cantik. Untuk kulit, rambut dan kuku yang lebih sihat gitu. Juga sesuai untuk orang yang periodnya tak tetap. Kira memang sesuai untuk orang perempuanlah. Baca lagi khasiatnya di sini pula, ada tertulis boleh kurang kan breast pain. Aku ni kalau nak period je, mulalah sakit sikit pada breast tu.
Ada tak kawan-kawan blog ini yang pernah mengamalkan EPO ni? Kenapa korang makan EPO ni ya? Aku baru cuba dua tiga hari ini. Belum nampak apa kesannya sangat. Bagus ya EPO ni? Tapi bila google sana sini, memang baguslah EPO ni untuk orang perempuan ni. Pendapat anda bagaimana?
~ يوس ~
pakngah belum pernah cuba lagi hehe ..
ReplyDeletebaca tajuk entri yus, teringat entri kakcik di sini ..
http://kakciknurseroja.blogspot.com/2010/12/jakun.html
Kakak consumed EPO dah lama Yus... sekarang kakak guna Bio-Life punya yg 1000mg/capsule. Bila dah masuk 30an kenalah makan Yus dan ini juga satu cara juga melambatkan menopause... bukan melawan arus tapi utk kesihatan..
ReplyDeletebagus ye produk ni...fieda tak pernah try lagi..
ReplyDeleteDari dulu kakcik dengar tentang kebaikan EPO, tp kakcik tak pernah mencubanya. Pernah juga terdengar tentang sebenarnya ia tidak elok diamalkan.
ReplyDeleteWallahhuaklam. :)
slalu bc ttng kbaikn dia tp akk sama lah mcm yus....mls nk mkn supplement
ReplyDeletekcuali vit c tu pun yg larut jd mcm air oren tuh
banyak khasiat EPO tu yer.. saya pun mcm yus juga.. selalu lupa nak makan.. wp berkobar2 nak makan suplement.. orng lain makan sebulan dah habis sebotl.. saya pulak, berbulan2 tak habis2..
ReplyDeleteepo bgs utk kulit. tp.. nk telan cam hazab. tersekat kt tekak hihihi!!!
ReplyDeleteklu sya pun confirm jakun sbb bukan murah EPO ni... untung yus dpt!
ReplyDeletesya dah try Amway, COsway dan apa2 jenama lain...hehe, demi kesihatan dalaman kan...
samalah ngan saya kak yus..masa mula2 tahu khasiat epo ni kemain..makan ikut time,tapi tak lama kendian..lupa je.haha
ReplyDeletetapi ada sorang kakak ni dah berumur tapi kulit cantik..dia kata dah makan epo sejak remaja lagi
KC pun tau tntg khasiat EPO tp tk penah cuba. pasni nak cubalah.
ReplyDeletebila tengok entry tu baru teringat. nani belum makan lagi epo pagi ni. epo yang nani beli sama mcm dalam gambar tu sebab ada cop halal. yang lain tak berani pulak nk makan. memang bagus untuk perempuan. macam nani jenis yang rambut kering, kulit kering. memang bagus la epo sebab dia membaik pulih badan kita dari dalam.
ReplyDelete@al-lavendari
ReplyDeletesudah ke entri kakcik yang pakngah beri linknya tu. Hehe...tak tahu pun jakun tu membawa maksud lain sebenarnya ya...
@Kakzakie
ReplyDeleteooo, ya ke kak? Ok, habis EPO free ni nanti, InsyaAllah boleh teruskan makan kot. Saya ni kadang2 hangat2 tahi ayam bab makan supplement ni...
@fieda
ReplyDeleteyus pun baru nak mencuba, tulah ramai yg kata bagus
@kakcik
ReplyDeletetak elok di amalkan? Sebab apa pula tu ya kakcik
@So Shy Lady (SSL)
ReplyDeletekan kak. Nak telan tu susah benor, besar..hehe
@Hanis Azla
ReplyDeletehehe, kita serupalah Hanis
@kakngah
ReplyDeleteitulah kakngah, saya kena sedia air secawan baru dapat telan...huhu
@mamaNoriz
ReplyDeletewah! mmg pengguna EPO tegar ni..:)
@Irfa
ReplyDeleteooo, boleh buat kulit makin cantik ya. Nampak gaya kita kena rajin lah makan EPO ni Irfa, kotlah kulit pun boleh semakin cantik, bertuah suami kan...hihi
@kakchik@ella
ReplyDeleteJom kita cuba sama2 ya kakchik
@Nuwairani Ismail
ReplyDeleteok, mmg nampak ada cop halal yg tu kan. Akak pun nak cuba amalkan lepas ni
bila tgk nie .. memang ada kawan2 di opis yg guna nie yus .. ok lah .. ;)
ReplyDeleteieda x amik koot sbb anak2 alhamdulillah sihat2 .. same je ngan ieda .. ekekek kena diet lagi adalah ;)
bagusnya kak yus, kalau akak tak buat entry ni mmg saya tak tahu. emm bolehla cuba pasni
ReplyDeleteAwet muda juga EPO . Akak beli Cosway punya sebab murah berbanding brand lain.
ReplyDeletebetul kak yus..epo memang bagus.. tapi kena rajin lah kan..jangan harap makan hari ni minggu depan nampak terus kesan..sikit sikit perubahan tu boleh la nampak..tapi ambik masa kalau nak nampak perubahan yang betul2..
ReplyDeletesalam kak yus..
ReplyDeletecma ingat cma mkn menda ni mase mengandungkan anak pertama dulu..nak stabilkan hormon..
Pernah pergi farmasi dan nak beli juga EPO ni sbb pernah baca khasiatnya.. pegang2 tengok harga, tak jadilah.. heh heh.. berkira untuk sihat ni lah dia jadinya... hu hu
ReplyDeletex pernah mkn.
ReplyDeletewida bab2 suplemnent ni mmg malas nak makan..hehe
dulu2 akak ambik jugak Epo ni...tapi biasalah, selalu lupa nak makan..skrang ni lupa terus...hehehe..
ReplyDeletesy pun jenis pelupa...eheheheh
ReplyDeletetapi EPO ni mmg bagus dari peringkat anak dara sampai dah tua..
penah dengar kebaikkan epo ni kak.. tp x penah nak cuba..
ReplyDeletesaya tau EPO bagus, tapi tak amalkan. makan pun skip skip..
ReplyDeleteNurul pun x pernah mkn,biasanya mcm yus juga hangat2 tahi ayam bab2 supplement nie...
ReplyDeleteorg kata minyak evening rose ni elok ye?
ReplyDeleteakak xpenah cuba.Supplement ni mmg akak jrg amik..cuma vit c je tu pun kdg2 juga.Apa yg penting org kata mkn kena seimbang.Setiap benda mesti ada baik buruknye juga.
ReplyDeleteakak pun tak penah mkn apa-apa supplement...
ReplyDeletedengar2 baguih tapi saya tak pernah cuba pun... supplement apa tak makan terukkan... pernah gak cuba nak maintain tapi asyik lupa jer....
ReplyDeletesaya consume mkn EPO ni sbb kena paksa ngan mak saya...hahaha....
ReplyDeletetapi sekarang dah biasa mkn dah....mcm tak boleh pulak kalau tak mkn, mula2 dulu selalu lupa, tapi sekarang tidak lagi...hehe...
mak saya amalkan EPO ni dari dia muda dulu kak, ramai puji kulit mak saya cantiklah, awet muda lah...org ckp lah...tapi mmg mak saya awet muda pun...haha..
tapi saya pakai ni tak de pulak org puji kulit saya cantik..kehkeh...maklumlah, baru je pakai...hehe...
Myra ada gak makan EPO ni, tapi selalu asyik terlupa je..
ReplyDeleteCamne nak nampak kesan kan ;)