Selalu sangat bila mulut kata nak diet, tapi perlaksanaan tiada. Cara diet pun salah. Biasanya suka sangat skip salah satu waktu makan dan selalu yang aku skip makan ialah waktu lunch/dinner. Tapi dari pembacaan dari beberapa blog, cara itu salah. Jangan skip waktu makan anda sebab ia boleh mengakibatkan kadar metabolisme badan makin rendah, dan kita boleh jatuh sakit!
Kali ini aku tekad mahu bersungguh. Maka ingin aku catatkan di sini apa yang aku telah lakukan untuk capai target supaya semangat aku itu tidak luntur dan mati di pertengahan jalan.
Pertamanya bila aku kata aku nak diet, tapi alat penimbang tiada pun di rumah tentulah akan menjadi satu masalah. Sebelum ini ada, tapi dah lama rosak, lepas tu di buang. Beli alat penimbang murah je pun, mana nak tahan lama kan. Pulak tu beli yang analog, selalu bacaan lari-lari. Aku google sana sini mencari alat penimbang bagus kononnya. Jumpalah blog ini dan blog ini. Aku tekad nak beli alat penimbang yang serupa.
image dari Cosway.com.my |
Bila saja Body Analysis Scale ni aku dapat, perkataan pertama yang keluar " aku suka!!!". Memang suka sangat dengan BAC ni. Sebab apa? Sebab fungsi benda ni bukan hanya menunjukkan berat kita, tapi kita boleh semak body fat, body water, body muscle, tulang dan keperluan kalori sehari siap ada gambar orang yang menunjukkan apa BMI kita.
Ini yang buat aku suka dengan BAC ni... |
Dari pembacaan aku, keperluan kalori untuk dewasa normal yang tidak melakukan banyak kerja 2000 kcal, tapi BAC ni catat keperluan kalori aku dalam linkungan 1395 kcal - 1380 kcal je sahari setakat ini. Aduh! Nak kurus kena makan kurang dari kalori ini lah, itu yang sakit...huhu.
Ini BAC aku. Untuk membolehkan semua key features nya dapat di ambil, kena set umur, ketinggian dan jantina dulu. |
Benda ni dah jadi alat kesayangan aku nampaknya. Setiap pagi bangun tidur lepas solat Subuh, perkara pertama aku buat, semak bacaan berat dan lain2nya. Bacaan akan bergantung pada apa yang aku makan dan apa aktiviti aku hari sebelumnya. Bila nampak bacaan turun walau hanya 100gm sehari, hati dah berbunga riang, tapi bila naik tiba-tiba walau 100gm sehari mulalah semak balik apa aku makan dan buat semalamnya...huhu.
Peringatan:-
- Jangan skip waktu makan terutama sarapan pagi.
- Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 30 minit setiap kali.(Yang ni aku berjaya lakukan 2 minggu pertama mula diet, tapi kemudiannya dah jadi 1 kali je seminggu macam mana ni?)
- Kurangkan pengambilan nasi, gantikan dengan sayur-sayuran, buah-buahan, ikan bakar atau sup ayam.
- Kurangkan minuman manis/berkarbonat, lebihkan minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Aku baru nak cuba Atkins Diet. Dan untuk capai kejayaan dalam Atkins Diet ni, kena ingat tips-tips ini. Aduh!! Boleh ke ni?
Pagi ini timbang berat, masih kekal di amaun yang sama dengan 2 hari lepas. Frust juga bila bacaan tak turun, tapi yang penting ianya tak naik kan.
Pagi ini timbang berat, masih kekal di amaun yang sama dengan 2 hari lepas. Frust juga bila bacaan tak turun, tapi yang penting ianya tak naik kan.
Nampaknya ticker ini masih di amaun yang sama...Chaiyok! Chaiyok! |
~ يوس ~
Kakcik dah malas nak fikir tentang diet. :(
ReplyDeletenk lagi cepat? beli jek kevinzahri punya ebook..my friend beli mmg best..dia tak turun sekali banyak tapi menten..n jangan cek berat tiap2 hari..cek berat paling bagus adalah waktu bangun tido pas buang air kecil ;) n pastikan tiap kali nk timbang mgkin 2 mggu selepas tu masa yg sama ;)
ReplyDeletekena ikut program diet yg betol la kan..:)
ReplyDeleteSalam, Yus..
ReplyDeleteKita dah 2 minggu lebih diet, berat badan nampaknya macam tak turun bila timbang (guna timbang manual) tapi baju & seluar ada sikit longgar.. yahoooooo!!
Jom senam sama2..
bersemangat kak ni...x pe, good luck.
ReplyDeleteyg penting sihat k..
Dengki tul dengan orang yang kada metabolismanya tinggi...
ReplyDeletesay mmg failed bab diet ni...huhu, senam pun liat...
ReplyDeleteall d best Yus!
wah semangatnya Yus nak berdiet,semoga berjaya...
ReplyDeletediet akak lak selalu je jd diet yoyo.bulan ni turun 2 kg..kang bulan depan naik la balik huhuhu.tingin gak nak beli penimbang camtu.
ReplyDeleteChaiyok kak!!! Saya pon nak diet tp Ntah kemana semangat itu hihi
ReplyDelete@sisdee
ReplyDeletedah masuk kevinzahri.com tu. Memang seronok baca, tp nak beli ebook dia nanti dulu kot. Takpe, kita cuba slow-slow. Saya baru mula diet awal bula 4, so belum sebulan. Saya cuma nak tekad tak mahu hangat2 tahi ayam...wish me luck..tq.
huhuu ieda pun kena insaf jugak nie yus .. tapi bila balik rumah je .. nafsu tuu lain macam ..
ReplyDeletetapi ieda selalu makan sblm kul 7 .. kira ok lah kan ekekek ;)
aduh yus..acik punya berat mendadak naik..belumpernah dalam sejarah seberat ini..
ReplyDeletekita pun kununnya nak berdiet
ReplyDeletetapi tak kurus2 juga...mesti cara
tak betul jugak ni
berapa harga mesin penimbang tu yus?
@Sari Yusa Ibrahim
ReplyDeleteJom kita...:)
@Ati Masrif
ReplyDeleteboleh dapat free kalau akak ahli Cosway dan ada kupon dia kak..
tp saya ni bukan ahli cosway, so bayarlah harga runcit dia iaitur RM189
Dalam otak kata dirt,diet tapi bila nak mula ni?? Berat makin naik . Aduyai
ReplyDeleteYus... tak boleh putus asa... kena bersemangat dan sungguh2... insyaallah berjaya... yang penting orang kata... kurangkan portion carbo yang kita ambil pastu kurangkan makanan bergula...dan bergoreng...Insyaallah
ReplyDeletegud luck kak.. chaiyork2.. :)
ReplyDeletekak yus.. bestnya BAC tu! macam2 bacaan yg dipaparkan ye.
ReplyDeleteapapun izan doakan diet kak yus berjaya ye! insyaAllah... kalau kena caranya pasti berjaya...
semangat! semangat! semoga impian kita tercapai...
ReplyDeletewah semangat tu kak yus, qema pun insyaAllah lepas deliver nak kurangkan lemak2 tepu ni..
ReplyDeletegigih ni.. chaiyok2!
ReplyDeletesaye keliru tetang kalori tu? utk sehari kita dah mkn @ target sehari pnye kalori?
ReplyDeletenak tnyer yg kiraan kalori..kompius
ReplyDeletesaye keliru tetang kalori tu? utk sehari kita dah mkn @ target sehari pnye kalori?
ReplyDeleteTarget sehari punya kalori fyda, jgn lebih sgt dari target tu...
Delete