Walau lappy sudah di tangan, susah juga aku nak menulis di sini mahupun BW. Takut sangat sebenarnya pisang berbuah dua kali.Minta maaflah kalau lambat baru aku dapat datang blog kawan-kawan semua.
Kalau dulu, bila dah on lappy biar macam tu je atas meja, sekarang, on sekejap, lepas tu kena kemas elok-elok semula. Kalau tak kemas pun, letak jauh2 sikit dari tepi meja.
Arif! Cepatnya tangan dia. Lagi tadi aku cuba menaip,dari pukul 10, baru sekarang berjaya. Adeh!!! Satu perangai Arif yang tak sama dengan abang-abang atau kakaknya iaitu, dia tak suka tengok tv!!! Langsung tak boleh di umpan dengan tv.
Kalau yang lain, bila aku sibuk di dapur, umpan citer kartun di tv, atau apa saja citer kanak2, semua khusyuk menonton. Tapi Arif, tidak ya. Dia tengok 10 saat je, lepas tu dia blaah dari situ. Sikit pun takde tunjuk minat menonton tv. Dia lebih suka buat apa yang aku nak buat.
Aku menyapu, dia pun nak pegang penyapu, aku vacuum lantai, dia pun nak pegang vacuum, aku sibuk potong bawang, dia pun nak pisau, aku sibuk masak, dia pun nak pegang sudip, aku sibuk jemur baju, dia pun nak tolong. Habislah baju bersih dalam bakul belum bersidai dan di ampaian, dah terabur kat lantai.
Aku menaip ni pun, dia dah berapa kali tekan keyboard tukar huruf lain. Tu yang takut sangat pisang berbuah dua kali, takut lappy ni jatuh lagi. Semalam pun, dia dah tumpahkan air masak atas keyboard lappy ni. Aduh!!!! Menjerit aku, masa tu abangnya Aqil tengah guna sekejap.
Budak ni tak boleh duduk diam. Ada saja yang nak di usiknya. Sekarang ni pun tengah sibuk men'dial' telefon rumah di tepi aku ni. Sebab aku cubit dia usik keyboard ni, tukar port lah tu....huhu.
Tetiba semalam, Alia kakaknya tengok video klip Arif masa umur dia 6 bulan ni. Dah lain rupanya dia walau baru setahun dua bulan berlalu...
Video ulang tayang dari entri ini. Tak sangka sekejap je dah besar Arif. Tu yang makin bijak tu....
Ok. Nak beritahu jawapan pada soalan teka teki semalam. Satu wangi; dua busuk; tiga boleh di makan. Apa dia? Jawapannya bunga tahi ayam.....hehe. Kenapa bunga tahi ayam? Satu bunga kan wangi, dua tahi tu busuk, tiga ayam dah tentu boleh di makan kan....
Sekian.
~ يوس ~
arif ni lincah budaknya...
ReplyDeleteok kak hati2 tau pasni...
ooohhh samela kite...sejak lappy jatuh..memang jage elok2 la hahaa..tp skang danisha dah besar..dah x jeles ngan lappy mama heeee..=p
ReplyDeleteMasa 6 bulan pun dia dah aktif Yus... tengoklah bila bola tu terlepas dia punya jerit...
ReplyDeleteSekarang lagi dah "ada kaki" memang tak diamlah dia. Tapi kakak sukalah tengok keletah dia Yus...
yus..elok lah beringat sebelum kena..
ReplyDeleteseriau yus..kalau kena lagi
haha..aktif..good boy la kak, nmpak sgt cerdiknya tu..sama la cam faris kak,takleh umpan dgn cte kalo kita tgh wat keje, sbb dia lagi suka nak 'menolong'..haha
ReplyDeletehai salam kenal
ReplyDeletepas ni hati2 lg sekali..hehhe
sayang woo kalo jatuh
salam dari saigon.
ReplyDeletemungkin arif ini ikut perangai emak dia masa kecik2 dulu kot !
InsyaAllah, Arif akan jadi anak yang cerdik dan cergas. :)
ReplyDeleteDia takde geng lain kat rumah kot. Tu pasal mengekot jer apa si ibu buat.
ReplyDeleteBiase akan cerdik tau kalau die lincah...
ReplyDeleteya lah..cukup lah sekali kan?
ReplyDeletehehee..
Arif cergas, mestinya dia cerdas.. :D
ReplyDeleteyelah yus .. kena beringat selalu .. ;)
ReplyDeleteHai Arif,lincahnya nak tlg ibunya buat keja2 rumah,lappy tu kena selalu simpanlah lps pki takut jadi lg cam hari tu......
ReplyDeleteLogik juga jwpnnya tu Yus....
kes phobia la ni..hehe..be careful ey,anak tengah membesar camtu lah kan :)
ReplyDeletelasaknye dia..
ReplyDeletesuka tolong ibu ye..hehe..
ooo..bunga tahi ayam rupenye...hehehe..
senyum sendiri bila izan baca kisah arif tiap hari... macam2 yg dia cuba buat ye kak...
ReplyDeletetakpe kak...anak2 yg aktif mcm arif ni sangat bijak sebenarnya kan. suka nak tarik perhatian kita dgn buat itu ini. tu yg kadang2 jadi geram tu... cubit manja2 ajelah jawabnya ye.
Memang kene berjaga2 kak, sian si pinky tu kalau jatuh lagi heheheh, suke tgk video tu, zaman2 yang dirindui kalau anak2 dah besar
ReplyDeletemmng aktif betul arif ya...
ReplyDeleteKena simpan betul2 lepas guna lappy tu...
p/s..Alhmdulillah,akak sihat.....
hehe..curiosity arif tinggi. budak bijak ni ;)
ReplyDeletemmg kena beringat sebelum terkena lagi kan yus.. klu tak berulang kembali penyesalan tu sbb kita yg salah sbb tak berhati2 kan.. budak baya arif tu apalah yg dia tahu selain seronok nak main..
ReplyDeletefobia ye yus..
ReplyDeletekak ati ni lappy letak je atas
meja tepi tv ni tapi risau gak
takut syahmi pi buat jatuh..ntahlah :)