Akhir-akhir ini kerap betul update mengenai Arif. Apa nak buat, duniaku lebih bersama Arif kini berbanding yang lain. Namun jangan sampai anak-anak yang lain di lupakan ya Yus. Merajuk mereka nanti.
Benarlah kata orang, anak sebaya Arif lebih membuat kita ketawa. Gelagatnya yag mencuit hati membuatkan segala duka di hati hilang. Pagi ini sewaktu aku menonton drama
100 hari tu, sambil air mata menitis, dia tolong kesatkan,
So sweet Arif.
Satu lagi yang dia suka nak buat sekarang, beriya nak bawa beg sekolah abangnya Abid. Macam kuat aje. Comel tengok budak kecik bawa beg besar...hehe.
|
Saya baru balik sekolah....haha. |
|
Abangnya Abid pun nak enter frame. Baru balik sekolah dengan singlet di dalam pun terkeluar-keluar ni. Apa citer ni Abid? Senyuman Abid sentiasa yang paling manis antara semua. Tapi ada satu yang ibu pelik sikitlah Abid. Abid dah hampir 6 tahun, Arif baru nak masuk 2 tahun, kenapa beza kentinggian tu sikit sangat ya?.....hahaha. |
|
Ini satu lagi aksi Arif yang mencuit hati aku. Aku baru keluar dari tandas. Aku cari-cari dia, rupanya dia menyorong di belakang tuala tu. Ingat aku tak nampak dia lah tu. Kaki Arif yang comel tu tak tersorok sekali, sudah tentu ibu nampak Arif. Comel tau...Bila aku selak tuala tu, mulut dia menggonggon botol....alahai, terus kurang sweet...hihi. |
Gelagat mereka pasti ku rindu satu hari nanti. Maka ku abadikan di sini, moga dapat aku lihat kembali dan dapat mengimbas semula apa yang terjadi walau mereka telah dewasa.
Peluk cium buat buah hati ibu....tentunya anak-anak ibu yang manis.
~ يوس ~
Gelagat comel mcm ni mmg Akan sentiasa diingati kan kak, aahlah mcm tak jauh beza tggi abid Dan arif ni ;)
ReplyDeleteyela x jauh beza abg ngan adik..=p
ReplyDeleteassalam yus..bahagia hti ibu dengan bermcam perangai anak2 kan
ReplyDeleteNakal la...
ReplyDeletemmg syok tengok keletah anak2 sebaya arif.kak ina anak2 dah besar ni ada gak keinginan nak tambah sorg lg tp lum ada rezeki.Mlm td tetiba je menangis sambil peluk2 along.."along nape along dah besar?mama rasa baru semlm je mama dokong2 along"hukhukhuk..mmg nangis sungguh.
ReplyDeleteariff .. arifff macam2 hal budak2 nie ekkeke .. ;)
ReplyDeletecomeynya dia bawak beg abang eh. hehe.. betul tu kak kene simpan memori anak2 masa kecik ni kan. nnti mesti rindu bila tengok balik aksi2 diorang ni. :D
ReplyDeletepandai main babacak la dia...hehe,time umur mcm ni budak2 suka tiru aksi org lain,nk pakai beg..nk pakai krim muka...nabhan tu kak kucing punya aksi pun kdg2 dia tiru (aksi kucing jilat tgn n pejam mata)..kelakor jugak kdg2...
ReplyDeletekejap lagi arif boleh kejar tinggi si abid tu...
betul tu kak, gelagat anak-anak kita masa kecil nilah yang akan kita sangat2 rindui kan...
ReplyDeleteUmar pun sibuk nak bawak beg dan pergi sekolah..tapi dia baru 3 tahun..:)
Ammar pulak nak diceraikan susu..Alahai rasa cam suatu kehilangan plak bila dia tak menyusu..rasa macam jauh plak...huhu..:)
hehehehe
ReplyDeletecomel la ariff ni =)
bila tengok gelagat anak2 ni..terus hilang rasa sedih, penat..kan sis
ReplyDeletehehhe...mencuit hati..
ReplyDelete