Friday, April 13, 2012

Home » , » Terkilan...

Terkilan...

Ada perasaan terkilan di hati bila mana aku tak sempat menatap wajah nenek buat kali terakhir sebelum dia bersemadi dengan aman di sana.

Kami sampai terus ke tanah perkuburan Kampung Bali, dan ketika itu talkin sedang di bacakan buat arwah nenek. Jelas aku sedikit terkilan sebenarnya. Minta maaf nenek kerana cucumu ini tidak sempat memberi penghormatan terakhir.

3 malam berturut di adakan kenduri dan tahlil buat arwah nenek di rumah mak usu. Banyak cerita-cerita menarik ku kutip dari ayah dan pak-pak sedara ku semua. Sedar tak sedar, sudah 20 tahun arwah atuk meninggalkan kami semua sebelum nenek menyusul beberapa hari yang lalu.

Mengenang kembali pemergian atuk mengadap Ilahi aku sebak. Aku ingat lagi ketika itu aku dalam tingkatan 4 di asrama. Emak dan ayahku di Sabah, dan setiap kali pulang bercuti dari Terengganu, aku biasanya lebih banyak di rumah atok sebelah emak berbanding atuk sebelah ayah. Nak jumpa emak dan ayah di Sabah, terlalu jauh masa tu, makanya raya pun pulang ke rumah atok dan nenek sajalah.

Kali terakhir bercuti, aku lebih banyak habis masa di rumah atok dan maktok ku sebelah emak, dah hampir nak balik asrama tiba-tiba terjumpa atuk Santri di pekan. Sempat bersalaman dengannya dan dia berkata, " Wati balik cuti ya? Tak singgah rumah atuk pun?". Masa tu terkedu tak terkata. Tiada orang nak hantar sebenarnya. Walau kampung antara kedua atok dan atuk sebelah emak dan ayah tak jauh, tapi mana ada kenderaan nak masuk dalam kalau tiada yang ambil atau hantar.

Petang itu ku minta pak usu ku hantarkan ke rumah atuk Santri. Tapi pak usu tak sempat sebab ada urusan, Akhirnya aku pulang ke asrama tanpa menziarah atuk dan nenek di rumahnya. Nak telefon, zaman tu takde telefon pun di rumah atuk Santri dan nenek Asiah, tapi di rumah atok Baba ada. Dan pak usu ku belah emak  punya kereta kecik yang dapat aku manfaatkan untuk menjemput atau menghantar ku ke stesen bas setiap kali pulang ke kampung. Namun dalam hati berkata-kata, pulang bercuti berikutnya nak lawat atuk Santri dan nenek Asiah pula.

Beberapa bulan kemudian aku menerima berita dari ayah atuk Santri ku meninggal dunia akibat terkena serangan tebuan tanah. Aku menangis semahunya. Menangis yang tak dapat di tahan, sampai ke malam, sampai ke majlis usrah malam itu di surau pun air mata ku tak berhenti mengalir. Masa tu terbayang wajah atuk yang macam sedikit kecewa aku tak singgah ke rumahnya walau balik bercuti. Aku terkilan dan rasa bersalah pada atuk. Aku ingin balik, tapi masa tu aku dalam minggu periksa. Ayah sendiri tak benarkan aku pulang sebab jauh. Emak dan adik-adik pun tak dapat pulang dari Sabah, hanya ayah yang pulang itu pun tak dapat melihat atuk. Sampai kampung atuk dah selamat di kebumikan.

Pemergian nenek aku tidaklah begitu sedih, sebab aku sempat jumpa dia beberapa kali sebelum ni cuma sedikit terkilan tak sempat menatap wajahnya buat kali akhir. Apa pun aku doakan semoga roh kedua-dua pasangan arwah atok dan nenek ku, iaitu atuk Santri, nenek Asiah, atok Baba, dan maktok Misinah tenang di sana.

Bila di ingat semula rasanya hanya arwah atok Baba saja yang sempat aku lihat jenazahnya sebelum di kebumikan, 3 yang lainnya semua tak berpeluang, sedih juga bila mengenangkan.

Blog ini akan berhibernasi seketika...

Sehingga di lain waktu....Insya Allah.

Sekian.

~ يوس ~

16 comments:

  1. al fatehah..moga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  2. salam

    banyakkan bersabar...semoga roh beliau di tempatkan dikalangan mereka yang beriman..

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah...
    Yus,nenek yg baru meninggal nie sblh bapa Yuslah yea?

    ReplyDelete
  4. aduhh sebak je yus ..
    huhuhu sabar lah yus .. sedekah kan alfatihah buat arwah banyak2 itu lebih baik , semoga dia tenang , sejuk dan selesa disana ..

    ieda masa arwah tuk meninggal , hanya seminit sahaja perbezaan untuk kami sampai ke rumah sblm atuk menghembuskan nafas uhuhhu , sedihh sgt2 ..

    semoga arwah nenek yus dan atuk ieda dicucuri rahmat hendaknye ..

    ReplyDelete
  5. Takpe kak, kita sedekahkan Fatihah buat mereka

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yus... sudah ditakdirkan yang Yus tak dpt melihat wajahnya di saat2 akhir...

    Sentiasalah berdoa utknya... kerana hanya itulah yang dpt membantunya...

    Semoga rohnya bersama orang2 yang beriman...ameen

    ReplyDelete
  7. Tak apa Yus... yg terkubur itu jasadnya saja... doakan dia selalu itu yg penting... memang sedih tapi kita tidak mampu utk mengetahui aturan Allah... Sabar dik...

    ReplyDelete
  8. walau pun tak sempat tengok muka saat akhir, insya allah kita masih boleh sedekahkan alfatihah dan doa.. semoga roh mereka dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  9. Terasa sedih membacanya..
    Sabar ya kak yus..
    Alfatihah buat arwah nenda…

    ReplyDelete
  10. moga roh mereka dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  11. takziah yus.Akak pun terkilan juga pada hari raya kedua tahun lepas..31 ogos2011,smpai di klang jenazah nenek(embah)dah dikebumikan.Time tu akak dari Kedah beraya di rumah mertua.Mmg sedih sgt2 coz nenek la yg jaga akak lepas mak ayah meninggal masa umor akak 6 thn masa dulu.Mmg terkilan sgt2.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...