Tuesday, April 24, 2012

Home » » 20 gram Karbohidrat je sehari?

20 gram Karbohidrat je sehari?

Aku tak  fahamkan habis konsep Atkins Diet ni, tapi bila aku dah faham, aduh!! Rasanya agak berat untuk di laksanakan dalam jangka masa panjang. Ada keburukannya Atkins Diet ni.

Sebelum di teruskan, cuba kita lihat definisi Atkins Diet dari Wikipedia.Di bawah ni aku dah alih bahasa ke Bahasa Melayu. (Sila jangan ingat aku translate sendiri, ini Google Translator yang tolong ya...haha)

Rendah karbohidrat berdiet atau diet rendah karbohidrat adalah program pemakananyang menyekat penggunaan karbohidrat biasanya untuk mengawal berat badan atauuntuk rawatan obesiti. Makanan yang tinggi dalam hadam karbohidrat (seperti roti, pasta) adalah terhad atau digantikan dengan makanan yang mengandungi peratusanyang lebih tinggi protein dan lemak (seperti daging, ayam, ikan, kerang-kerangan, telur, keju, kacang, biji dan kacang) dan makanan lain yang rendah dalam karbohidrat(contohnya kebanyakan sayur-sayuran salad), walaupun sayur-sayuran dan buah-buahan lain (terutamanya beri) sering dibenarkan. Jumlah karbohidrat yang dibenarkanberubah dengan diet rendah karbohidrat yang berbeza.

Diet itu kadang-kadang ketogenic (iaitu mereka mengehadkan pengambilan karbohidrat mencukupi untuk menyebabkan ketosis), seperti fasa Induksi Diet Atkins.[1] [2] [3] Sesetengah sumber, walaupun menganggap varian kurang ketat untukmenjadi rendah karbohidrat juga. [4]
Selain obesiti, diet rendah karbohidrat digunakan sebagai rawatan untuk beberapasyarat lain, terutamanya diabetes, [5] [6] [7] [8] epilepsi, [9] [10] [11] sindrom keletihankronik (lihat ketosis ) dan sindrom ovari polisistik.
Seperti yang adik Dzulfikri ni tulis dalam blognya di sini, dia kata kena hadkan pengambilan karbohidrat hanya sebanyak 20 gram sehari. Sebab tu penurunan berat badan boleh berlaku dengan cepat. Dush!Dush! Nak turunkan berat ke tak Yus???? Kalau hendak cuba ikut ya!

Ok, aku mengambil keputusan hanya untuk ikut serba sedikit saja. Kalau ikut 100% menu yang di cadangkan, tak boleh rasanya. Seperti yang aku nyatakan, ada keburukannya Atkins Diet ni. Nak tahu apa keburukkannya? Cuba baca artikel bertajuk Diet dari Barat bukan untuk orang Malaysia ini. Menurutnya boleh rosakkan buah pinggang kalau ikut cara Atkins Diet terlalu lama.

Cuba kita lihat pula menu yang di cadangkan oleh Dzulfikri ini.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Dan menurutnya atkins diet ni  ada 4 peringkat. Peringkat pertama di namakan Induction yang mengambil masa 2 minggu atau lebih.

Nak pastikan hanya 20 gram karbohidrat sehari dalam masa 2 minggu atau lebih tu, amatlah berat kan. Karbohidrat tu kan penting, baik makan makanan yang lebih seimbang dari ikut 100% macam ni. Apa pun aku decide untuk ikut selama 2 minggu ini. Baru 4 hari tak makan nasi dan ikut contoh menu yang di cadangkan. Setakat ini berjaya nampaknya, tapi memang rasa tak mahu teruskan lama. Selepas ini lebih suka ikut diet cara Kevin Zahri ni. Nampak lebih sihat dan bagus untuk kita. 

Apa pun cuba lihat apa yang aku makan semalam.
Menu diet 23/4/12:-

Sarapan pagi:1 mug nesvita oat + 2 keping roti

Tenghari:1 mangkuk sup kentang + lobak + kobis, 1 bji telur goreng , 1 pack strawberry yogurt rendah lemak + 2 cawan air masak sebelum dan selepas makan.

Malam:2 biji telur dadar + bawang + cili tanpa garam + 2 cawan air masak sebelum dan selepas makan.

Dan in between tu kena pastikan minum air masak banyak sentiasa, memang aku dok pegang satu botol air masak je bersama. Habis isi, habis isi.  Sangat sedih kan tengok menu ini...huhu. Ok, nak turunkan sedikit berat kan Yus, jangan mudah mengalah! 2 minggu sahaja, selepas ini kembali kepada diet lebih sihat cara kevinzahri...hehe.

Oops. Senaman buat tak yus? Ada buat semalam, berjalan di atas Takasima selama 15 minit sahaja  untuk jarak 1.0 km dan hanya mampu bakar 30 kalori dalam tempoh itu...huhu. Tapi kerja-kerja rumah tetap buat seperti biasa, kira exercise juga tu kan.

Orang kata lebih elok timbang berat 2 minggu sekali atau seminggu sekali supaya kita tak kecewa dengan berat yang kita dapat semasa program diet kan. Aku tak peduli! Nak juga timbang hari-hari....hahaha. Rasa macam lebih bersemangat juga, lagipun dah ada BAC yang best kan. 

Pagi ini timbang turun lagi 500gm menjadikan berat aku hari ini kepada 63.2kg. Chaiyok, chaiyok yus!









~ يوس ~

21 comments:

  1. baguslah semangat akak

    teruskan perjuangan ya

    ReplyDelete
  2. bagus entry ni kak!suka nyerrr...

    ReplyDelete
  3. Wahhh, semangat akak, bagus...chaiyokk! Saya ni nak diet gak tapi sama je beratnya..

    ReplyDelete
  4. Kakak belum pernah mengikuti program diet Yus tapi kakak kawal sendiri sebab bila usia meningkat memang kena jaga pemakanan... kalau suruh makan 20gm/day utk karbohidrat kakak memang tak mampu... lagi-lagi kalau ada ulam sambal belacan macam manalah nak matching dgn nasi 20gm aje hihihi... memang tak bolehlah kakak nie

    ReplyDelete
  5. chaiyok kak..bab kurangkan nasi tu qema xmampu rasanya tambah lak nampak lauk pauk yg menyelerakan hihi..good luck kak:)

    ReplyDelete
  6. seksa je tgk menu dia... mmg tak kurus2 la sy nih kannnn...:)

    stress makin gumuks... hahahaha

    ReplyDelete
  7. wah klu sy memang x mampu nak ikut kak.. cam susah jer.. pe2 pun gud luck ye kak.. yg penting kesihatan kena sentiasa diambil berat.. :)

    ReplyDelete
  8. wah.. semoga berjaya yer yus.. perkongsian yg baik juga ni.. saya ni selalu bercita2 nak kurus.. tp azam tak cukup kuat.. sudahnya cita2 tinggal cita2 saja..

    ReplyDelete
  9. first step..sy nak kurangkan manes n nasi heheehe..

    ReplyDelete
  10. insyaallah yus boleh ! ..
    ekekek ieda kawal sendiri sambil2 ambil teamix herbalife tuu ..
    tapi minum air memang x kurang , kena make sure 2 liter satu hari .. ;)
    dan ieda memang x akan minum air lepas makan selalu lepas sejam baru minum ;)

    ReplyDelete
  11. Nak diet kene banyak kurang kan nasik gan roti sebab kandungan karbohidrat yg tinggi....

    ReplyDelete
  12. chaiyok akak, untuk memulakan memang susah tp bila dah dibiasakan semuanya alah bisa tegal biasa, tp semangat mau kuat

    ReplyDelete
  13. bagus yus ni..semangat ptut diteruskan..semoga berjaya ye yus..

    ReplyDelete
  14. gud luck yus..smoga semuanya sukses

    ReplyDelete
  15. kite induction 2 minggu je. pastu mula makan carbs sikit2...asalkan setiap hari timbang ada penurunan..

    ReplyDelete
  16. suka tgk akak buat entry pasal diet2 ni. rasa semangat je.. harap2 program diet akak ni berjalan dgn lancar... gud luck kak!

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Yus.. adik ipar akak yang berubat dgn Uncle Akupuntur tu akak tengok dah kurus... rasanya dah kurang 3 kg dlm sbulan...

    Diet dia... skrg dia makan beras perang... tak makan yang begoreng... makan rebus2 je...Elakkan segala jenis kuih melayu & roti kecuali roti french loaf yg keras berdentum tu...

    ReplyDelete
  18. Huhuh..seram ngk menu tu..
    Apepun gud luck kak yus :)

    ReplyDelete
  19. kak yus,
    saya cadangkan..sumber karbohidrat tu akak pilih dari sumber yang glicemic index nya rendah.. kentang tu tinggi.. nasi tu makan lah nasi beras perang.. lebih cepat kenyang..lebih banyak fiber dan vitamin.. :D

    ReplyDelete
  20. Wahhhh..kite pon sme tgh diet ni...bi

    ReplyDelete
  21. Baguslahh..kite pon sme tgh diet ni..bru due ari dah trun 1kg..biala xmkn nasi roti ke pe...sdp jek mkn lauk...mkn byk2 smpai kyang pon boleh...hasilye mantapp

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...