Ada masa aku sendiri seperti tak percaya yang aku sekarang dah punya anak 5. Macam baru semalam je kahwin...huhu.
Setiap kali anak bertambah, aku selalu risau bagaimana aku nak jaga sorang lagi. Boleh ke? Paling tak bersedia masa nak dapat Abid. Masa tu rasa macam ter'accident' je. Menangis masa dapat tahu mengandung. Alia belum pun dua tahun masa tu dah ada adik. Rasa penat jaga anak dua, nak jaga tiga pula. Tapi Allah lebih mengetahui. Semuanya di permudahkan.
Kemudian Arif pula lahir. Masa tu aku memang bersedia, memang nak sangat tambah sorang lagi, tapi perasaan bimbang tu tetap ada. Mula-mula serba tak kena juga. Tapi semuanya di permudahkan juga.
Namun nak dapat Amani, aku kurang bimbang. Walau dalam hati dup dap dup dap juga, tapi aku rasa biasa saja. Lebih relax, tahu bagaimana nak bagi masa dah. Tak rasa stress dengan waktu untuk selesaikan kerja rumah, cuma aku stress bila semua anak-anak berkumpul. Bisingnya!!! Kecohnya!!!
Masing-masing ada identiti tersendiri, kadang tu rasa pening bila bercakap dengan sorang, sorang lagi pun nak bercakap. Suruh cakap sorang-sorang semua nak serentak. Maka dengan itu, semua kerja lain harus beres sebelum mereka berlima berkumpul. Kalau tidak, aku memang boleh jadi tarzan perempuan....huhu.
Anak bertambah, tanggungjawab pun bertambah. Aku rasa memang banyak kelemahan aku, cuba nak jadi ibu yang terbaik cuma tahap kesabaran aku kadang kurang. Ada ketikanya ketika mereka bermain bersama, mesti berlaku pergaduhan kecil. Semua pun nak mengadu dan kata mereka yang betul. Sebagai ibu, kena adil, tak boleh lebihkan yang sorang, nanti sorang lagi merajuk hati.
Dua yang atas, kalau bergaduh, mereka bergaduh mulut. Dua yang tengah pula, bila bergaduh siap bertepuk tampar. Lain pesen....hihi. Tapi bila mereka seronok bermain, semua pun boleh ketawa bersama, gelak bersama, macam takde apa pun. Itulah namanya adik beradik kan. Cuma aku kena biasakan, yang keluarga aku dah makin besar, rumah memang tak boleh sentiasa kemas dan senyap. Bersepah, bising tu biasalah untuk keluarga ramai ni kan. Kenalah lebih sabar!!
Walau yang besar dah boleh di harap untuk menolong serba sedikit, tapi mereka pun masih suka nak bermain juga. Cabaran nak menjadi ibu yang lebih matang tu yang aku perlu perbaiki. Apa pun aku memang sayang mereka semua, permata hati ibu dan abah yang tak ternilai dan tak akan dapat di tukar ganti. Terima kasih Allah atas pemberianMu ini. Bantulah aku dalam menjaga dan mendidik mereka dengan baik, semoga mereka dapat menjadi insan soleh dan solehah yang berjaya hidupnya di dunia dan di akhirat, Aminn.
My precious |
~ يوس ~
Seronok tengok anak ramai... :)
ReplyDeleteCuba Yus tengok dari 5 org putera-puetri tu senyum siapa yg menggoda?
ReplyDeleteMemang Arif juga yg keletahnya lebih. Kakak kalau tengok gambar mesti mata tuju dia dulu hihi...
Alia nampak kian matang. Tak lama dia period lagilah dia akan lebih feminin Yus.
Akak pulak baru nak masuk 5,itu pun masa dpt tahu mengandung tension sangat
ReplyDeletesbb memang dah tak ada dlm perancangan pun
si ariq dah 4 tahun rasa itulah si bungsu
Akak pun dah nak yang ke 5 ya? Tahniah kak!
Deletemcm best je tgk anak ramai
ReplyDeleteapalagi bila tgk si kecik dh besar ;)
comeynya alia ;)
Tumpang seronok tgk 5 orang anak2 Yus.. Dgn Yusuf Maryam pun kdg ibu dorang dah jadi tarzan. Hehe..
ReplyDeleteTarzan.... Hehehe... X heran bile ibu jd tarzan. Tp x baik tuk kesihatan kan..,
ReplyDeleteTahniah punya ramai zuriat :)
ReplyDeletecomelnya diorang lima beradik.. da makin besar akak dgn abangnya amani.. boleh da nak mintak tolong buat kerja rumah yang ringan ringan..
ReplyDeletesaya pun mengaku kak..saya bukan mak yang baik sangat..banyak je jadi tarzan..kadang2 mangli diorang kena marah ngan saya.. adehh
saya akan ikut jejak ni...hehee...tgh tggu yg ke 5...
ReplyDeletesalam julia...
Deletesaya tak boleh masuk blog julia, kenapa ya? Setiap kali cuba masuk, dia akan bawa saya ke web lain,huhu.
bestnya akak dah ada 5 org anak
ReplyDeletesiapa sangka kan kak... rezeki Allah bagi... bestnyer ade ank ramai. dah besar semua nnt, lagi seronok
ReplyDeleteSalam K.Yus..
ReplyDeleteALhamdulillah..rezeki anak ramai.. salute kat akak..
cma yg dua ni pun tabah jgk la.. hihi..
Bukan saje tarzan dah...kdang jdi singa pun ye gak...btul la..part yg penatnya..bila time diaorng berkumpul....bising..!!!...
ReplyDeleteTp...bila diaorng tdo....sunyi plak rasanya....sy 4 pun...mcm dah pnat sngt2....tp bila pikir blik...ada rahmat dan hikmahnya smua ni...sabar je la...kdang kesabaran pun agak nipis gak....huhuhu....
anak adalah anugerah allah , jika nak tambah lagi pun boleh berpatutan dengan rezeki yg allah berikan , jika x mampu lebih baik merancang kerana itu jalan terbaik kan ..
ReplyDeletemacam ieda dah tersurat anak 3 shja .. walau bagaimanapun tetap redha dgn syukur kerana
ieda tahu ieda hanya mampu anak 3 shaja ekkee ;)
akak pun 5 anak.
ReplyDelete5 anak tak ramai sebenarnya. sekarang 2 dah tinggal di asrama. tinggal 3 di rumah. bila dah kerja dan kahwin nanti tinggallah mak dan ayah saja di rumah.
seronok tengok orang anak ramai, apakan daya, saya hanya ada seorang :-(
ReplyDeleteassalam yus..seronok dah ada anak 5..acik dulu teringin ramai..tapi tak sempat he he..Alhamdulillah ada 3..acik kawen 5 tahun baru aada yang sulung..lepas tu...ok 3 tahun ada adik..kemudian jarak lagi sampai 6 tahun..sudahnya acik pun dah tua he he..trapi tetap bersyukur dengan kurniaan allah.dengan 3 hero acik ni
ReplyDeletealhamdulillah,tahniah murah rezeki dengan anak-anak.saya pun bukanlah ibu yang baik.setuju dengan awak..anak ramaini mmg kita kena fahamrmh takboleh sentiasa kemas dan juga bising..salam perkenalan dari CM..:)
ReplyDelete