Ada yang bertanya bagaimana Arif bila dah ada adik ni. Jeles ke dia, kacau adiknya tak? Kalau nak di ikutkan, Arif lebih cool menerima adik baru berbanding masa Abid dulu. Abid memang nampak sangat jeles bila dapat Arif, tapi Arif menerima adiknya dengan baik. Cuma dia terlebih nak membantu dalam semua hal berkenaan adiknya, sampai aku jadi hangin kadang tu.
Macam mana tu ya? Masa nak mandikan Amani, dia sibuk nak letak baby wash semua, bila nak pakaikan baju Amani pun dia sibuk. Ada hati nak dukung adik dia, tapi aduhai!!! Faham-fahamlah kan. Suka cium adiknya berulang kali, pantang dengar adiknya menangis, mula sibuk nak tolong diamkan. Tapi cara dia diamkan adik tu menakutkan, di tutup mulut adiknya, konon nak suruh diam, huhu. Kalau terlambat sikit, dia ada hati nak angkat adiknya, tapi sebab tak kuat, terlangkup adiknya tu jadinya. Dah dua kali terjadi begitu, satu di atas katil, satu lagi dalam buai. Berderau darah rasa kan!
Ni dah cakap elok-elok nampak dia faham. Dah tak buat lagi macam tu. Masa mula-mula dapat adik hari tu, bila kita tanya siapa nama adik Arif? Dia jawab, " Mak Nani!!!!"
Hahaha, nak sebut Amani laju-laju tak pandai, dia sebut, Mak Nani, Mak Nani, comel je dengar....ekekek. Sekarang dah pandai dah sebut Amani.
Ibu denga abah dia pula, selalu tersasul panggil Amani sebagai Arif. Hihi, Arif masih melekat di bibir kami sebagai yang paling kecil sebelum ni walau dah ada baru. Selalu benar tersasul.
Dan Arif nampak matang dan macam cepat besar je bila dah ada adik ni padahal dulu kami rasa dialah budak kecik comel yang tak besar-besar...hehe. Namun seperti kanak-kanak lain, dia memang sentiasa mencari perhatian kami. Kalau abahnya ada di rumah lega sikit, dia lebih kepada abahnya kalau nak sesuatu, jadi perhatian aku akan lebih pada Amani. Masalah berlaku bila abahnya kerja, seboleh-boleh nak dengan aku jugalah walau apa-apa. Minta kakaknya buatkan pun tak mahu, nak ibu juga. Pastu suka gaduh manja dengan ibu dia.
Kalau aku suruh apa-apa, malas sekarang, kalau dulu rajin je, pastu bila kita cuba terangkan sesuatu jawapan standard dia, "Apsal?". Tension je dengar kadang tu. Hihi, Arif, Arif, masih anak manja kami seperti abang2 dan kakaknya juga.
Kalau aku suruh apa-apa, malas sekarang, kalau dulu rajin je, pastu bila kita cuba terangkan sesuatu jawapan standard dia, "Apsal?". Tension je dengar kadang tu. Hihi, Arif, Arif, masih anak manja kami seperti abang2 dan kakaknya juga.
Dua video Arif yang aku upload di keek .
Jul 15, 2013 | #ArifZakwan in action! Tengok ultraman pun siap buat demo, :-) by Yus21276 on Keek.com
Arif yang sibuk nak posing di stroller baru adiknya. |
Arif dan Amani. Masa ni Amani baru 16 hari. |
Dua beradik. Cer teka mana satu Arif, mana satu Amani....hehe. |
Moga Arif dan Amani akan jadi kawan baik bila besar nanti, sama seperti adik beradik yang lain. Ibu dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu berlima.
~ يوس ~
comel je 2 beradik bawah tu...sayang adik ye..
ReplyDeleteBuat masa ini kakak masih rindukan gelagat arif lagi Yus sebab dah lama tengok keletah dia. Amani masih baru lagi tak nampak kan... Kalau Arif memang ada rasa rindu bila lama Yus tak buat N3 tentang dia. Sebab kakak jujur suka tengok dia. Cute, lincah tengoklah dia gayakan ultraman buat tak kisah org nak rakam ke tidak. Tapi itulah yg tambah suka dia sayang adik..
ReplyDeleteKan kakak kata iras berdua ni sama. Kalau celik mata kakak dapat tangkap tapi pejam mata susah. Amani mata besar sikit dari Arif.
Kat gambar tu arif yg kiri dan amani yg kanan.. Betul tak?
ReplyDeletebetul pandai Huda...:)
DeleteArif lebih sepet! betoi dak? heheheh
ReplyDeleteSeronoknya dapat adk pompuan.. hehehe meh nak tumpang gak cium sekali!
Amani belah kanan kan?
ReplyDeletesalam K.yus..
ReplyDeletehihi..dah beso arif ni.. alhamdulillah..sayang betui kat mak nani tu.. :)
comellll2..
cma rasa ariff pic kiri,amani kanan.. tp muke diorg mmg iras2 la.. :)
Salam Yus...
ReplyDeleteSuka akak baca cerita Yus pasal Arif, budak-budak macam tu le, cuma kita kena bagi banyak perhatian takut dia rasa diktepikan bila dah ada adik baru...anak-anak akak pun macam tu..
p/s akak rasa kiri tu ariff, kanan Amani...:)
Yus.. Mmg sgt iras muka mereka berdua kan? Rasanya bila besar mmg kamceng ni
ReplyDeleteXcited die dpt adik....
ReplyDeleteArif sebelah kiri, amani sebelah kanan...betul x?
ReplyDeleteDapat hadiah ke?? hehe
http://cintakasihkami.blogspot.com
betul, tp takde hadiahlah, suka2 je ni...hehe
DeleteArif yg kiri lah diana...
ReplyDelete