Monday, April 21, 2014

Home » » Amani: Dia dah 10 bulan

Amani: Dia dah 10 bulan

Tak banyak kisah kamu di sini kan Amani??
Ibu baru nak start enjin rajin update blog.
Takpe kita mulakan hari ini,
dan semoga hari-hari yang mendatang ibu bertambah rajin juga.

14 April yang lalu, genap usianya 10 bulan.
Apa perkembangan dah 10 bulan ni??
Kalau dulu abang Arif 9 bulan dah jalan,
Amani ni ada lambat sikit je dari Arif,
tapi hakikatnya dia laju je macam abang dia...huhu.

Anak-anak Yus memang semua ikut step,
takde yang terus duduk, tanpa meniarap,
terus merangkak tanpa menjelar.
Kira semua step baby tu mesti ada punyalah.
Amani pun sama.

Kini dia dah mula jalan jatuh,
satu dua langkah, jatuh, satu dua langkah jatuh.
Lebih kepada malas sebenarnya.

Amani pagi tadi.

Bila ibu sidai kain, situla tempat dia.
Tapi sebenarnya sekejap je dia duduk situ,
tak sampai 5 minit dia dah turun ke bawah sendiri.
Mencari benda yang paling dia suka.
Nak tahu benda apa??

Ha!!!Inilah tempat paling dia suka bila di beranda belakang. Main batu, masuk batu dalam mulut, huhu.
Bila pandang wajah Amani, segala gundah rasa hilang.
Waktu anak-anak besar macam nilah senyum dia mampu membuat kita gembira je kan.
Dah besar sikit, ada je yang boleh buat kita marah...hehe.

Oklah, done cerita mengenai Amani 10 bulan.
Mudah je nak update cerita, rajin dan nak atau tidak je kan...hehe.

 ~ يوس ~

11 comments:

  1. kejap je dah 10 bulan ye
    comelnya senyuman

    ReplyDelete
  2. comel nye dia..kulit putih..anak saya Mikhail kulit makin itam..heheh

    ReplyDelete
  3. Kejap ja dah besaq Amani... macam rupa abang arif.. sedap ke batu tu Amani?
    Ooo abang Arif 9 bulan dah jalan... padan la lasak betuimdia kecik2... sampai boleh bergantung kat treadmill.. rupanya tulang dia memang kuat..

    ReplyDelete
  4. budak2 besar macam ni memang sedap digomol..
    sedang meneroka keadaan sekelilingler tu.. ;)

    ReplyDelete
  5. Betul kan kata makchaq ada iras abang arif. Cuma arif terlebih sepet. Ligat pun juga. Ini perempuan lembutlah sikit. Tapi tak tahulah juga sebab kurang ibu buat pendedahan di blog sampai dah 10 bulan dah ni..

    ReplyDelete
  6. sekejapan je budk2 ni membesar. hihi.. hairtu jumpa masih baby lagi. tomey2 amani! :D

    ReplyDelete
  7. salam k.yus..

    amani ni putih.. semua abg2 dan kakak2 berkulit cerah.. kalo cubit pipi mesti merah..
    alhamdulillah... semoga mmbesar dgn sihat ye amani comelll

    ReplyDelete
  8. selamat petang amani..geram ciksu tengok tau..
    akak, syoknya ada btu kat blkg tu.sakit sakit kaki blh bjalan. tak pyh nk pergi taman. hihi

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...