Wednesday, February 19, 2014

Home » » Projek Landskap Laman tepi rumah

Projek Landskap Laman tepi rumah

14.2.2014 hari tu genaplah 4 tahun kami duduk rumah ni. Alhamdulillah, di beri rezeki dan kenikmatan dariNya untuk dapat membeli dan punya rumah sendiri. Takdelah menyewa saja.

Dan dalam temph 4 tahun itu jugalah, bercita-cita dan berangan-angan nak buat landskap atau paling tidak pun tanam rumput je pada laman tepi kami ni. Kalau tengok rumah jiran-jiran, semua dah ada dinding batu bahagian tepi rumah, jadi bila mereka pasang rumput carpet ke, rumput mutiara ke memang nampak cantik. Kami ni masih lagi dengan pagar hijau pemaju beri. Cantik ke kalau tanam rumput carpet nanti???

Google sana sini, tetiba terjumpa satu blog ni dengan gambar ini.

Kredit to google. Gambar ni dah tersimpan lama dalam lappy ni, tak ingat ambil dari blog mana...huhu.

Berinspirasikan kepada contoh landskap dalam gambar di atas, maka aku pun pasang idea sendiri nak buat yang hampir serupa. Walau tepinya pagar hijau biasa je, cantik juga ada landskap macam tu kan.

Dan bila hasrat yang lama di hati tu di suarakan pada SRD, dan dia pun setuju, maka projek pun berjalan.

Ini tanah selepas di buang serba sedikit batu-batu kecil yang penuh di dalamnya. Pokok pandan kat tepi tu pun terpaksa di korbankan. Sebelum ni pokok pandan aku punyalah gemuk, kini tiada sudah...huhu.
Proses berjalan, dari meratakan tanah sehinggalah memasang rumput dan batu. Bermula 13.2.2014

Proses memasang pagar hijau tepi. Aku minta pagar warna putih, tapi tak cukup stok nak pasang sampai habis semua pagar tepi rumah kami tu. Makanya warna hijau pun hijau lah...huhu.

Dan bila sudah selesai inilah hasilnya.

Cendawan berlampu tu idea orang yang tolong buat semua ni. Pasu dan pokok2 di tepi tu memang dari koleksi simpanan aku selama ni.


Rumput masih belum cantik, al-maklum baru seminggu lebih kurang hari ini. Ini adalah bahagian yang paling aku suka
Sekarang ni tinggal proses menyiram rumput setiap pagi dan petang. Moga rumput2 tu tumbuhnya elok dah tidaklah mati. Tengah musim panas ni, kalau lupa siram, takut kering pula kan.

Hajat hati mulanya nak tanam rumput mutiara, tapi sebab adik tu kata rumput mutiara lagi mahal harganya, dan kalau panas, senang nampak kuning, makanya terus tukar ke rumput carpet.

Bagi mereka atau kawan-kawan area Parit Raja atau sekitar BP yang ada hajat nak buat landskap juga, bolehlah tanya saudara Rizal ni di facebooknya Tamu Tani.

Ok, puashati, akhirnya ada juga landskap simple di rumah sendiri. Sejuk mata memandang pagi2 dan petang.



***Berminat nak beli produk Shaklee??;

Hubungi Your Shaklee Independent Distributor
Yusmawati Paiman (Yus)
SID: 1094266
SMS/WhatsApp: 013-7308040
FBpage: Yus Vitamin Store
Email: yus76.maznaz@gmail.com

Ikhlas,

~ يوس ~

16 comments:

  1. nampak kemas & cantik, dah follow sini

    ReplyDelete
  2. Cantik Yus. Betul puas hati dan sejuk mata memandang. Boleh tambah lagi pokok yg Yus dah sedia ada. Pokok bunga ros dan puding yg dulu tu mana? Susun kat sini pun cantik juga Yus.

    ReplyDelete
  3. ala cantiknya dan sweet je kan...

    ReplyDelete
  4. bestnye rumah ada laman besar mcm ni.. mmg cantik buat landskap... rumah fai tu kawasan tanah cuma 2x8 kaki je besarnya. kitorang cuma tanam rumput carpet je..

    ReplyDelete
  5. Cantik laa untung rumah ada ruang lagi untuk tanam karpet gini.. :)

    ReplyDelete
  6. salam k.yus..

    ni yg seronok bila ada rumah sendiri kan..semua blh diusahakan mengikut kehendak..
    mmg cantik sangat2.. best ada mini garden.. dgn landskap mcm ni.. syiokkk :)

    ReplyDelete
  7. -rumah saya pun pagar lama lagi.tak de duit lebih nak buat pagar.teringin nya nak pasang rumput juga..cantik la yus..nanti buat air terjun mini tu pulak.macam kat rumah azwan ali.cer tengok kat ig dia..cantik juga.

    ReplyDelete
  8. lawa ;)
    tercapai jugak impian nak ada laman cantik
    tahniah ye

    ReplyDelete
  9. waaa cantiknya. teruja kita tgk. menghijau je

    ReplyDelete
  10. cantiknya laman yus....hijau

    ReplyDelete
  11. xnk tkr pagar yg cantik tp murah..pagar besi evolusi baru..nk tau lbh lnjut, kol 0149352993

    ReplyDelete
  12. Bpe overall kos nk bwt landskap mcm ni yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami habis dalam RM3k , semua termasuk upah pasang, tap tak termasuk pasu2 dan pokok bunga kat tepi tu, yang tu memang dah lama ada dalam koleksi kami...

      Delete
  13. cantik sangat ye, liat dari contoh halaman orang pun boleh jadi...

    ReplyDelete
  14. Cantik laman ni... Pandai owner dia design

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...