Monday, January 06, 2014

Home » , » Arif dah masuk sekolah!

Arif dah masuk sekolah!

Selamat Tahun Baru 2014. Sebulan menyepi dari blog, rasa perlu juga update sekali sekala. Masa memang mencemburui. Banyak lagi benda lain yang menuntut perhatian aku. Tapi kira perlahan-lahanlah update.

Permulaan persekolahan 2014. Tahun ini minggu persekolahan akan bermula dengan hari Ahad. Tiada lagi Monday blues, tinggal Sunday blues saja nampaknya.

Arif pun aku dah masukkan ke tadika. Dalam usianya yang baru masuk 3 tahun 5 bulan lebih kurang, dia berjaya mengharunginya.

Gambar semalam, Ahad, masing2 dengan semangat baru.
Hari pertama ke sekolah bagi Arif ialah semalam. Dari rumah memang cukup bersemangat. Tapi sampai sekolah meraung!!! Abahnya yang hantar ke sekolah, aku tak ikut sekali.Menangis kuat kata abahnya. Masa balik cikgunya beritahu menangis lama sampai tertidur di pangku cikgu. Kesian anak ibu.

Ini gambar pagi tadi. Dah dapat baju sekolah. "Saya budak tadika Pasti", kata Arif.
Nampak lebih berani hari ini.Berjanji dengan semua tak akan menangis. Sampai sekolah abahnya kata, air mata dah mula bergenang bawah mata, tapi dia tahan. Bila abahnya pergi, cikgunya kata, menangis juga dia. Ayat dia pada cikgunya, " Nak tengok abah kejap je!!!" Hehe, kelakar pula ibu rasa,

Selepas daripada tu, diam dah. Mulut dia pula yang tak berhenti bercakap,ada je cerita. Itulah komen dari cikgunya. 

Tersenyum aku dengar. Bravo Arif!! Anak ibu memang budak bijak! 

Teringat pula akhir tahun hari tu, dia masih lagi pakai diapers. Dari bulan November aku latih dia, akhirnya berjaya juga masuk sekolah tanpa diapers lagi. Apa pun masih takut juga kalau2 dia terbabas, tapi dari ceritanya tadi alhamdulillah, tak terbabas.

Buka seluar sendiri, ke bilik air sendiri, tapi pakai seluar semula, cikgu yang pakaikan, hehe.

Semoga menjadi insan yang soleh Arif. Ibu sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan semua anak-anak ibu, amin.

Done! Update ringkas mengenai permulaan sekolah mereka bagi tahun 2014, terutama buat Arif.

8 comments:

  1. Arif sebaya dgn anak sy no.3 Hazim...sy x sekolahkan...lagi..dia nak skolah...tp baby x de kawan kat umh...abang kakak semua skolah...tu yg dia teringin juga....insyallah thn dpan bru skolah kan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arif memang dah sibuk nak sekolah. Satu lagi, dia tak nak belajar dengan saya, bila kita ajar, dia ajar kita balik, huhu. Sebab tu saya saja sekolahkan dia awal, dan takdelah dia kacau adiknya pagi2 di rumah, mudah sikit saya nak cepat buat kerja...:)

      Delete
  2. Kecekalan dan tekad nak sekolah tetap ada itu yg nak kena puji selalu Yus. Kalau dia tak nak dari rumah lagi dah meraung. Tengok masih boleh posing lagi memang budak cerdik. Pandai pulak tu ke toilet. Pakai seluar memang agak susah kan. Tak apa lama-lama nanti pandai.

    Anak kakak dulu tak ingat yg mana satu selepas masuk toilet seluar dlm dia tinggalkan dlm bilik air sebab basah katanya. Balik cuma pakai seluar sekolah aje. Kenangan bila ingat gelihati hihi....

    ReplyDelete
  3. bagusnya dia
    sy lom hantar lagi anak kenit ke tadika
    tahun dpn lah kot
    sekarang ni duk potpetpotpet berlakon mcm dah tadika
    xtahula kalau pegi tadika nnti melalak ke tak

    ReplyDelete
  4. Bagus arif, semoga arif terus kuat dan cekal serta seronok nak sekolah kan...Menangis kejap takpe kan, Zara tahun lepas dua minggu muka lemau jer,nasib dah ok..

    ReplyDelete
  5. heheh...eiii..tak malu..otromen menangis..heheh

    ReplyDelete
  6. cayalah arif..saya baru hantar aqil ke sekolah..damia belum lagi.. insya allah tahun depan baru hantar dia.. :D

    ReplyDelete
  7. Salam K.yus..
    Alhamdulillah..awal arif sekolah..
    agaknya baru nk biasakan diri dg tadika kut.. bravo arif!

    akak dah 4 sekolah..cma yg sorang ni pun kelam kabut menguruskan.. eheh..
    bravo jgk buat akak! :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...