Thursday, May 16, 2013

Home » » Selamat Hari Guru 2013 | Abah pun cikgu juga ke?

Selamat Hari Guru 2013 | Abah pun cikgu juga ke?

Bertuahnya guru-guru zaman sekarang. Setiap kali sambutan hari guru pelbagai hadiah pasti di terima. Seingat aku zaman aku dulu, paling bagus bagi cikgu bunga je, itu pun dok kutip atau buat sendiri, tak pun beri kad hari guru untuk guru-guru yang di sayangi. Nak minta hadiah hari guru dari ibu dan ayah, susahnya nak dapat, bukan orang senang, kita pun faham.

Tapi aku percaya, semua guru-guru bukan meminta hadiah dari anak-anak murid mereka, cukuplah jika melihat kejayaan anak didik dalam pelajaran dan berjaya pula dalam hidup mereka, itulah hadiah yang paling bermakna buat guru-guru semua.

Kepada semua guru-guru yang pernah mendidik aku, tak kira walau di mana mereka berada, juga pada rakan-rakan pendidik sekelian, Selamat Hari Guru ya!

Dan tahun ini, anak-anak sibuk juga nak beri hadiah pada guru-guru pilihan hati mereka. Dari dulu mereka tak pernah minta nak beri hadiah kepada semua guru, biasa kalau nak beri semua pun beri kad saja. Tahun ini abahnya beri kuota seorang pilih 3 guru paling di sukai di sekolah. Semua gembira dan suka hati sebab dapat pilih sendiri hadiah apa untuk di beri pada cikgu yang mereka suka.

Makanya semalam dah terlanjur ke bandar sebab Aqil ada latihan intensif taekwando untuk grading Sabtu ini, dapatlah mereka pilih sendiri hadiah yang mereka suka di kedai cenderahati.

Siap di balut, masing-masing teruja nak tulis sendiri pada kad untuk di letak di hadiah masing-masing. Warna biru pilihan Abid, warna warni pilihan Aqil dan merah + pink + kuning pilihan Alia.
Aku sempat snap satu kad saja untuk setiap yang anak-anak tulis. Kiri sekali tulisan Abid, tengah Aqil dan kanan Alia. Setiap dari mereka memilih guru bahasa inggeris masing-masing sebagai antara guru yang paling mereka suka. Cikgu English memikat hati ya!

Dan pagi ini, semasa hendak masuk kereta menuju ke sekolah ada dialog menarik keluar dari anak-anak.

Abid: (Sambil pakai kasut dia bertanya pada abahnya) Abah tak beri hadiah kat cikgu abah ke?

Aqil: Abah kan cikgu juga Abid, abahlah dapat hadiah, bukan abah beri hadiah. Cikgu abah mana ada kat tempat kerja abah!

Abid: Ehhh!!! Abah pun cikgu juga ke?

Alia: Yalah! Abah pun cikgulah!

Aqil: Abah cikgu, tapi abah cikgu untuk murid besar, kan abah! Pensyarah tu cikgulah Abid!!

Abid: Oo! Pensyarah tu cikgu ya? Abah pun ada ajar kat kelas ya?

Ibu: Yalah, abah cikgu di universiti.

Abid: Nanti mesti abah dapat banyak hadiah juga kan!

Ibu: Takde pun, tak pernah pun abah dapat hadiah. Cikgu murid besar ni jarang dapat hadiah di hari guru. ( Sambil jawab sambil tengok muka abahnya...hihi. Abahnya sengeh aje.Hari akhir pelajar tu di uni adalah kot dapat hadiah biasanya kan abah!)

Kepada abahnya, Selamat Hari Guru juga ya! Kerja kena ikhlas, bukan sebab untuk hadiah tak gitu!  Takpe, nanti kita cari hadiah untuk abah ya anak-anak!


~ يوس ~

13 comments:

  1. Selamat hari guru utk semua guru

    ReplyDelete
  2. kesian pula cikgu utk orang besar ni ye..hehe

    takpe2 nanti mama pula belanja anak2 beli
    hadiah utk abah...kan yus :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari guru.... hi sye follow akak nanti follow sye balik k... www.azimahshukor.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Salam K.Yus..
    kali terakhir cma bagi hadiaH sempena hari guru masa darjah 6.. suka sgt dgn penolong kanan HEM merangkap guru BI..Pn Jamaliah Namanya..hihi..

    selamat hari guruu buat semua pendidik! :)

    ReplyDelete
  5. selamat hari guru buat semua guru di seluruh negara..
    cikgu2 hari ni mesti gembira dengan ucapan dan hadiah dari anak murid dorang kan.. ;)

    ReplyDelete
  6. Betul Yus budak sekarang kalau tak beli hadiah cikgu macam tak sah. Kakak malam tadi baru beli semuanya. Berasak=asak kedai spuvenir tu.. Satu lai yg betul murid besar memang semakin kurang memberi berbanding murid sekolah rendah. Malam tadi pun rata-rata kakak tengok budak kecik yg beli bukan budak sekolah menengah...

    Selamat Hari Guru juga buat En SRD.

    ReplyDelete
  7. patutnya cikgu universiti pun kena la dapat hadiah..kan?/heheh

    ReplyDelete
  8. hadiah paling berharga melihat kejayaan anak didiknya.

    ReplyDelete
  9. budak2 dulu balut hadiah dengan kertas suratkhabar je..bagi pun apa yg ada kat rumah je..budak skrg untung..cikgu sekarang lebih untung..selamat hari guru buat semua...

    ReplyDelete
  10. selamat hari guru ye..

    salam kenal =)

    ReplyDelete
  11. cantik2 hadiah yg di balut tuu yus

    anak2 ieda semua balut snediri kecuali zahrien
    nak tgk kreativiti masing2 .. ekeke
    macam2 bentuk
    janji mereka usaha snediri

    aloor cian abahnyee

    ReplyDelete
  12. selamat hari guru, besarnya hadiah heheheh

    ReplyDelete
  13. hu hu... belum sampai waktu kena balutkan hadiah guru anak2 lagi ni.. belum majlisnye heh heh...
    hmm.. students dewasa selalunya tak bagi hadiah material, mereka bagi hadiah ingatan dan doa dan kejayaan... hi hi.. sbb itulah yg saya buat bila saya jadi students dewasa hu hu...
    anyway Selamat Belated Hari Guru utk SRK juge... pendidik is indeed a teacher... at least kita cikgu kepada diri kita sendiri... Yus tunggu waktu ke dah ni?

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...