Salam....
Hari ini hari akhir tahun 2009. Beberapa jam saja lagi tahun baru 2010 akan menjelma. Banyak suka duka tahun ini yang tak sempat masuk dalam blog ini sebab empunya blog malas nak update. Hari ini macam terlebih rajin sikit. Tapinya malas juga nak berceloteh. Nak letak gambar beberapa peristiwa yang berlaku beberapa minggu terakhir tahun ini.
Kunjungan kami ke Kuala Lumpur, menginap di Legend Hotel. Gelagat 3 beradik bila di suruh ambil gambar..huhu
Makan malam di Serambi Rasa sewaktu kunjungan Tok Ayah dan Mak tok mereka ke Parit Raja
Alia menunjukkan anting-anting barunya. Lama betul nak pujuk dia tukar subang baru tu. Telinga dia macam telinga aku, tak boleh guna subang biasa kalau tidak, mulalah menanah.
Bermain bowling di Kompleks Sukan MITC, Melaka
Gelagat Alia sewaktu disana, menenggek jer kat situ sambil tengok abah, ibu, dan pak-pak sedaranya bermain
Ayah aku sedang masak lauk ayam masak merah untuk kenduri berkhatan sebuah keluarga.
Yang ini pula lauk kari daging. Aku pun membantu waktu itu. Penat jugalah.
Bila dah siap, semua menu di angkat atas lori untuk di hantar ke rumah yang membuat kenduri. Menu hari itu ialah nasi jagung, kari daging, ayam masak merah, pisang muda masak lemak cili dan sambal goreng jawa. Memang sedap...
Lawatan kami ke Segamat melihat sepupu baru Aqil, Alia dan Abid iaitu anak Pak Tam dan Mak Tam mereka yang kedua. Baby di beri nama Muhammad Dini Rayyan.
Muhammad Dini Rayyan di atas pangkuan Tok Maknya. Rayyan baru berusia 8 hari waktu gambar di ambil.
Ini pula gambar scan yang di ambil hari ini. Cerita lanjut pasal scan baby ni klik sini.
Oklah, rasanya itu saja kot antara beberapa peristiwa berlaku beberapa minggu ini. Yang dah lebih lama tu, malas aku nak tepek sini.
Kepada semua Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Moga tahun 2009 meninggalkan kenangan manis kepada semua dan tahun 2010 menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna. Salam Tahun Baru...
~ يوس ~
Selamat Tahun baru 2010 buat yus dan family.
ReplyDeleteSelamat Tahun baru 2010 buat yus dan family
ReplyDeleteYeay! congrats kak. amboi satu entry byk citernye. hehe.. x sempat la nak borak kat ym. nnti sng2 kita borak ek. Take care..
ReplyDeletehappy new year buat yus and family. Take care ya....
ReplyDelete