Cerita kami ke Kuantan belum habis lagi ya kawan-kawan....
Petang Sabtu tu, misi kami mencari Terminal Satay Zul pula.
Oh ya! Sebenarnya, sebelum pergi Kuantan, aku google dulu di internet dan dapatkan tempat-tempat makan menarik di Kuantan. Dan bila jumpa tu, kami pun cuba carilah tempat makannya. Maka dapatlah kami merasa Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, Murtabak Mengkasar, dan kali ini Satay Zul pula.
SRD gunakan GPS dari handphone dia untuk cari semua tempat-tempat makan tu termasuk Satay Zul ni. Mula-mula sekali, GPS kami tunjukkan kedai ni. Tak silap dekat Jalan Besar, Kuantan. Ini kedai pertama yang kami jumpa.
Sampai sana, kedai baru nak di buka, satay pun baru di letak, kata dia 40 minit lagi baru buka..huhu. |
Hampa lagi, sebab masih belum sedia untuk berniaga juga. Masih berkemas-kemas untuk memulakan berniaga. Masa ni dah pukul 5.30 tak silapnya. |
Mula-mula tu memang rasa hampa juga. Nak tunggu lambat lagi. Teringat pula pesan dari kedai yang pertama tadi. Katanya ada satu lagi cawangan baru berhadapan dengan Stadium Kuantan. Oleh kerana di GPS kami tiada tercatit satay Zul yang ke tiga, kami cari jalan menuju ke stadium saja.
Sampai di stadium pusing-pusing mula-mula tak nampak. Dah rasa patah hati dah, tapi tiba-tiba aku nampak di seberang jalan ada Terminal Satay Zul lagi. Yeaa!! Dekat dengan mall terbesar di Kuantan tu, East Cost Mall ke nama dia, lupa lak..hehe.
Inilah Terminat Satay Zul cawangan ke 3 yang kami jumpa. Makan di sini kami hari itu. |
Untuk seterusnya, baca cerita dari gambar ya...
Menu Dari Terminal Satay Zul |
Ini yang pertama sampai. Kuah satay dan nasi empit. Kuah satay dia memang sedaplah. Superbbbbb!!! Aku suka sangat kuah satay dia ni, pekat, manis, sedap...teringat-ingat sampai sekarang..huhu. |
Kami order satay ayam. Anak-anak tak suka daging, ayam juga jadi pilihan. Size satay sedang-sedang saja, tapi harga boleh tahan juga. 60 sen satu..huhu |
Ini pula satay arnab. Nak sangat rasa daging arnab, maka kami cubalah menu ini. Rasa dia lebih kenyal dari ayam, sedap juga. Harga mahal berbanding ayam, satu RM1.40. |
Ini air yang SRD order. Sirap bandung laici, aku punya carrot susu. Entah kenapa, suka sangat tengok warna dia, rasa pun sedap. Buah laicinya Arif saja yang makan, suka pulak dia..huhu. |
Oklah, tamatlah kisah kami makan di Terminal Satay Zul ni. Paling best kuah satay dia. Rasa satay, ok sedap!
Sangat berterima kasih dengan GPS henpon SRD, kalau tidak tak jumpa kot semua tempat-tempat makan ni..hehe.
Ok, cerita ke Kuantan ada sambungan lagi.....tunggu!
~ يوس ~
amboiii..sakan makan2..
ReplyDeleteakak yg dok kuantan 3 thun ni..xpi2 lagi mkn satay zul tau..ehhehee
Wah kak jalan-jalan cari kedai makanan best ye, kalau nak p kuantan senang la pasni, rujuk je blog akak ni hihi
ReplyDeletesangat tension..saya dah lah lapar, nengok semua menu ni buat saya bertambah lapar..huhu, air sirap bandung laici menguji iman saya kak..nak tanya nasi impit tu besar ke kecik? memang tak potong2 ke?
ReplyDeleteakak..kitorang pun kalau nak pi memane tu sebelum pegi google & list kan tempat makan yg best... peberet saya tu JJCM...hehehe
ReplyDelete@sarah-najwan
ReplyDeleteakak memang duduk Kuantan, kami ni datang sekali sekala, jadilah haruslah segera ambil peluang..hehe
Pi rasa kak, tak mengecewakanlah satay zul ni....:)
@diana
ReplyDeletebetullah diana, paling best, ada tersenarai di Garmin GPS tu, senang nak cari..:)
@qemaishak
ReplyDeletehehe..boleh qema, itulah tujuan akak pun update macam ni...:)
@missbby
ReplyDeletehuda, akak pun tengah lapar, puasa hari ni...lagi tensen update pasal ni tadi..hihi.
nasi impit tu dia dah potong kecik2 huda, tapi dari gambar tak nampaklah. Tinggal ambil je dari susunan dia tu...:)
@Umie
ReplyDeleteKan Umie kan....
Nak gi tempat lain dengan masa yang terhad tu susah, paling senang JJCM lah kan...
Tapi kalau tak google dan list dulu tak tahu juga arah mana nak tuju kan. Main redah pun susah juga..:)
kuantan mmg bnyk tmpt makan best2 kak..kl jln2 cari mkn mmg berbaloi la..
ReplyDeletesy xpenah gi mkn kt satay zul dr kecik..sbbnya dr kami kecik kedai dia mahal dr tmpt lain...hahaha....kedekut kan hihihi
ReplyDeletekak...sate tu..ayam ke??nyum2...
ReplyDeletemmbuatkn perut cma kriukkk kriakk..
nyum2...
aah yus .. satay zul nie buka sebelah mlm je .. sian pekerja tidur kekkeke :) kalau call ieda sure ieda boleh bagi direction kan ..
ReplyDeletetapi ieda x pernah singgah yg terminal ke3 dia tuu di ECM tuu .. ermm ada buka siang disini ya .. nanti leh cube :)
terus haus tengok air sirap bandung laici tu
ReplyDeletemengidam ke kak,bersungguh cari ni...anak ramai2 lagi la meriah dan seronok kan aktiviti mkn2 ni :)
ReplyDeletealahai kakak...teruja pulak tgk sate dia yg demok2 tu... sure sedap sgt tu~
ReplyDelete