Wednesday, July 20, 2011

Home » » Sudah nampak jalannya....

Sudah nampak jalannya....

Terima kasih kepada semua yang memberi saranan dan nasihat
pada entri aku 'Minta nasihat: aku susah hati kerana....'.

Sebenarnya kebanyakkan darinya memang aku dah terfikir,
cuma nak melaksanakan tu,
macam berat saja.

Apalah sangat masalah aku ni kan,
tapi aku suka nak minta pendapat semua,
saja untuk meringankan beban otak aku yang tidaklah seberapanya ini..hehe

Nak tinggal dengan jiran,
Semua nak ikut tengok Abid menyanyi di pentas pertama kali.

Nak minta sesiapa temankan,
Mula-mula tak tahu nak minta tolong siapa sebenarnya.
Sedara mara jauh juga,
adik beradik di Melaka.

Mula-mula dah minta emak datang,
Tapi mak kata ayah ada urusan Ahad tu.
Sedih juga bila ayah kata tak boleh hantar emak ke sini.
Nak suruh emak datang naik bas, aku jemput,
Confirm emak tak mahu.

Semalam, SRD balik kerja saja
Terus ajak dia survey tempat tu di mana...
Dah jumpa!!! Yeaa!!
Tak susah nak sampai tempat pertandingan tu.

Pagi ini, terfikir nak suruh adik bongsu lelaki aku datang sini
Naik bas pun takpelah,
Aku boleh jemput dia di stesen bas Sabtu tu.
Terus telefon emak menyuarakan usul

Tapi emak kata, ayah mungkin boleh datang sekali dengan emak
Ayah berusaha batalkan temujanji dia Ahad itu demi cucu
Hati terus berbunga riang
Namun begitu tetap pesan dengan emak
Kalau tak dapat hadir,
Minta tolong cakap dengan adik untuk datang bantu aku

Tapi hendak ke dia datang tolong jaga anak-anak buah dia ni.
Sibuk nak ambil lesen kereta katanya...

Dik!! Nkolah harapan aku kalau emak tak dapat datang tau.
Bolehlah ya!!!Pleaseeeeeee.......

Tapi, kalau tiada sesiapa yang boleh tolong teman
Dah mula pesan dengan anak-anak untuk behave di majlis tu nanti
Segala tok nenek pesanan dah keluar
Harap-harap mereka mendengar kata...
Bolehlah semua menonton Abid bernyanyi nasyid dengan senang hati...

p/s: Di saat ini rindu pula pada adik perempuan yang sudah tiada.
Kalau ada adik perempuan 
macam senang sikit je nak minta bantuan berbanding adik lelaki ni..huhu
Al-Fatihah untuk arwah adik perempuan aku. 
Satu-satunya adik perempuan yang aku ada....:(



 ~ يوس ~

18 comments:

  1. alfatihah untuk arwah adik akak..
    insyaallah mesti ada penyelesaiannya tu nanti

    ReplyDelete
  2. Kakak macam dah nambak bunga penyelesaiannya Yus... Insya-Allah settle tu...

    ReplyDelete
  3. kak yus...kenapa dgn arwah adik perempuan akak? dah lama ke tak ada? *sorry, mcm miss this part :(*

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dah ada jalan penyelesaiannya.. semoga segalanya dipermudahkan nanti.. Semoga roh adik yus juga ditempatkan bersama org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  5. At least Akak dh nmpk solutions nya then ok n lega kan, dh survey tempt then senang nk terjah... Hmmm syukur

    ReplyDelete
  6. Insyaallah setel ngan cara yg terbaik nnt:-)

    ReplyDelete
  7. dah jumpa kan kak..senang kann..alfatihah untuk adik perempuan akak..

    ReplyDelete
  8. sabarlah kak yus..insyaallah segalanya dipermudahkan..

    al-fatihah buat adik perempuan kak yus..

    ReplyDelete
  9. syukur..semoga dipermudahkan semua nyer :)

    ReplyDelete
  10. kak, saya harap anak2 akak boleh behave nnt...saya yg baru anak dua ni pun pening kalau daddy dorang takde...lasak kemain...jadinya saya faham perasaan akak kalau anak2 buat hal, silap2 mmg boleh jadik tarzan kita nnt..huhu..

    alfatihah utk arwah adik akak...

    ReplyDelete
  11. bagus la abid dapat wakil sekolah pertandingan nasyid.

    yus, selalunya atuk dan nenek ni cakap je ada hal, tapi bila dah sampai waktunya selalunya dorang akan cencellkan urussan dorang demi cucu-cucu. tambahan plak mesti mak dan ayah yus teringin jugak nak tgk abid yg comel tu berada atas pentas.

    p/s: baru boleh nak comment kat blog yus coz selama ni bhgn comment tak boleh bukak.

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah kak. moga dipermudahkan urusan ye.
    *nak share boleh je kak. no problem! :D

    ReplyDelete
  13. insyaallah, Allah akan permudahkan segala urusan nanti

    ReplyDelete
  14. Al-fatihah utk adik Yus.....semoga emak dan abah Yus blh dtg nanti....

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah...
    ha'ah ye..bole mintak adik ikut skali kan2..
    selesai sudah masalah...
    ^_^

    *xtau pun pasal tu..alfatihah utk arwah adik pempuan kak yus..

    ReplyDelete
  16. @Aku Ibu Muda
    Wani..dah lama tiada.

    Dia meninggal waktu kecik, sakit jantung berlubang...

    Akak mmg tak pernah citer di blog rasanya...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...