Friday, July 08, 2011

Home » » Tutorial : Update blog guna Handpone

Tutorial : Update blog guna Handpone

Hari ini aku nak kongsi dengan semua cara-cara update blog guna handphone. Ini sebagai menjawab pertanyaan dari blogger ajumohit. Kalau yang lain pun nak cuba, bolehlah ya.

Syarat utama, hanphone tu mestilah yang ada kamera dan fungsi mms. Tak perlu handphone canggih macam iPhone atau Blackberry. Yang penting ada kamera dan boleh mms. Tapi kalau boleh email dan ada WIFI lagi bagus. Sebab kalau ada email dan WIFI, adalah fungsi internet tu. Kalau takde WIFI tp ada email pun ok boleh. Cumanya, bila guna 3G MMS sebagai access point, mahal lah juga kan nak membayarnya...hehe.

Ok, caranya mudah:

1. Pergi ke 'Dashboard' blog anda dan pilih 'Design'. Kemudian klik bahagian 'Settings'.

2. Selepas itu, klik bahagian 'Email & Mobile'.Bila dah klik tu, anda akan dapat paparan seperti ini:



3. Pada bahagian Show Mobile Template ni, sila pilih Yes.

4. Kemudian scroll lagi ke bawah dan anda akan dapat lihat paparan ini:

5. Di bahagian Posting Options sila gantikan perkataan SecretWords Anda seperti di atas tu, dengan perkataan anda sendiri. Apa-apa pun boleh, yang penting senang ingat kan. Ini kiranya email blogger anda dan anda akan gunakan Email Posting Address ni setiap kali nak buat posting ke blog.

6. Akhir sekali pilih Publish email immediately dan tekan SAVE SETTINGS. Kalau nak pilih Save emails as draft post pun boleh. Tapi setiap kali kita buat entri guna handphone tu, dia tak publish terus lah. Akan tersimpan di draft untuk kita edit dulu. Tapi buat apalah pulak kan, dah kata nak guna handphone je update blog tadi...:).

Ok, siap dah proses ni. Bolehlah mula update blog guna handphone masing-masing.

Masih tak tahu nak mula??

Caranya pergi je bahagian message tu macam biasa. 

  • Taiplah message macam selalu kan. Pada ruangan nak hantar kat siapa tu, silalah isi email address yang korang dah setting tadi. Kalau macam dari contoh aku ni, Send kepada yus76.SecretWords Anda@blogger.com.
  • Kalau nak letak gambar, attach je gambar yang ada dalam hp tu macam biasa. Macam korang nak send MMS tu. Lepas tu taiplah apa2, dan tekan send macam biasa. Siap! Senang kan.

Tapi kalau guna cara MMS tu, tak boleh nak taip panjang biasanya. Aku suka send message tu by Email. Cara sama je, attach gambar, taip apa yang patut dan send ke alamat yang dah korang setting tadi.

Peringatan!!! Kalau Send dengan cara ni, biasanya memang kredit korang cepat habislah. Ataupun, kalau korang guna Postpaid macam aku, bil mesti naik cepat..huhu.

So, kalau nak pastikan yang korang guna WIFI yang ada berdekatan, maksudnya link ke Internet menerusi WIFI, sila semak setting Email handphone korang dulu ya.

Kalau telefon jenis lain aku tak tahu, tapi kalau jenis Nokia macam aku punya, bolehlah aku kongsi di sini ya.

1. Mula-mula kena set-up email akaun pada handphone tu dulu. Boleh guna yahoo email atau gmail. Macam aku guna email gmail aku yang sedia ada. Senang. So, bila ada orang komen pun, aku boleh baca terus dari handphone, sebab setiap kali ada komen baru, pasti ada tertera pada email tu. Nak set-up email pada hp ikut je step tertera pada telefon tu

2. Kemudaian pada bahagian Messaging, klik >> gmail.com>> Options>> Email settings>> Connection settings

3. Pada Connection settings tu ada Incoming e-mail dan Outgoing e-mail. Untuk kedua-dua bahagian pastikan Access point in use adalah nama WIFI yang nak di gunakan ya.  Kalau kat situ tertera Celcom 3G MMS, masaklah.Bil pasti melambung. Bayar jelah nanti..huhu. Aku pengguna Celcom kan. Kalau yg guna Maxis atau yg lain tu, pasti tahu macam mana kan.

Tapi kalau kawasan tu takde WIFI, mmgle kena guna servis dari provider kita kan...huhu.

Ok itu saja rasanya. Selamat mencuba update blog anda guna handphone pula. Untuk aju, harap faham ya. Kalau tak faham, tanya akak lagi tau!

p/s: Lagi seronok update blog guna pc sebenarnya. Macam-macam boleh tulis. Guna handphone terhad, dan kecik ...huhu. Nak menaip tak puas sebenarnya.


~ يوس ~

19 comments:

  1. tq kak.. sharing is loving terus.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalam yus..susah jugak nak faham..lagi susah nak tulis..sebab keypad tipun kecik..he he

    ReplyDelete
  3. memang betul kak yus..hujung minggu terpaksa guna hp je update..tapi tak puas sebenarnya..

    ReplyDelete
  4. wani selalu gak update guna HP...tapi bukan melalui email/mms

    melalui browser OperaMini...tp leceh sikit la

    ReplyDelete
  5. TQ kak yus nnti saya akan try kan..bil naik ye??? hehehe, TQ byk2 utk entry ini

    ReplyDelete
  6. oooo..tq kak akan difikirkan

    ReplyDelete
  7. tq yus kongsi info.suri kalau guna internet ngan hpon,,guna sim bband..tapi bosan sbb takleh nk buat panggilan pulak huhu

    ReplyDelete
  8. terima kasih kakyus atas info ni, nanti nak cuba lah..

    ReplyDelete
  9. wah2 sgt2 menarik .. thanx lah yus sbb sudi kongsikan dgn kami2 semua nie .. hermm leh lah try nanti .. :))

    ReplyDelete
  10. waa tutorial yg sgt berguna cuma tkde handphone sbg bhn utama,henpon yana henpon tk canggih punya tkde setting mcm ni cuma boleh keluar lagu n buat ketuk2 dua beradik tu aje...semoga dpt membantu yg lain :)

    ReplyDelete
  11. nanti dah beli hp ada camera
    kita datang belajar balik ye..hehe

    ReplyDelete
  12. tunngu munna ada telefon yg canggih sikit bolehlah guna tutorial kak yus ni...

    ReplyDelete
  13. mekasihlah kak sbb sudi share. nnt leh arr mama try update blog guna phone. selalu dpt update status fb guna phone jek hu3

    ReplyDelete
  14. tak pernah hapdet pakai hp...hehe...

    ReplyDelete
  15. huhuhu..cma x suke hapdet pakai pon..terhad..

    tq for sharing....:)

    ReplyDelete
  16. Yus nak tahu pada cuti sekolah akhir tahun lepas anak kakak surf internet guna h/p dia. Bill tel. family melambung tidak terkata (kami guna rangkaian family plan). Bila papa dia lihat bill tahulah mereka tak gunakan pc sebaliknya h/p jadi sasaran. Sejak itu dah warning tak benarkan guna h/p utk access internet.

    ReplyDelete
  17. nak menyampuk sikit...

    kakzakie, kena subscribe data plan untuk mobile internet...baru lah berbaloi2..kalau tidak, huhu...get ready je la lihat bil yg melambung.

    wani penah terlupa nk subscribe (biasa ambil pakej 2 minggu sekali- RM 18)..5 minit je kot online dh terbang RM 10++

    ReplyDelete
  18. Bagusnya, boleh update guna handphone. Yati punya handphone, camera yilek. Handphone antik. :)

    ReplyDelete
  19. sy dh cuba n berjaya thanks a lot kak...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...