Sunday, July 24, 2011

Home » » Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain, sebaliknya.....

Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain, sebaliknya.....

Hari ini hari pertandingan nasyid Abid di SRAB.
Hari ini aku belajar satu ilmu baru di sana.
Terngiang-ngiang di telinga apa yang ustazah Za'aenah tu cakap,
Beliau ialah Guru Besar Tadika Al-Huda daerah sini.

Satu pesanan beliau yang tersemat di hati aku.
Jangan suka bandingkan pencapaian anak kita dengan anak orang lain.
Contoh anak jiran, anak kakak, anak abang, anak saudara, anak sahabat-handai.
Sebaliknya, cuba bandingkan cara kita mendidik anak-anak kita,
dengan cara mereka mendidik anak-anak mereka.

Apa persamaan, apa perbezaan?

Salah bila anak kita gagal, kita marahkan mereka.
Salah bila anak kita lemah,
kita bandingkan mereka dengan anak jiran kita yang berjaya.
Salah bila anak kita dapat no corot,
kita kata, kenapa anak aku ni BODOH!

Sebenarnya siapa yang bodoh???

Aku tersedar dari lamunan.
Aku pernah cakap dengan Aqil dan Alia,
Takpelah kalau Aqil dan Alia tak dapat no 1,
Tapi ibu nak anak ibu dapat nombor lebih baik daripada Aishah dan Akif.

Mereka anak-anak jiran aku,
Yang seorang sebaya Aqil,
Yang seorang sebaya Alia.
Masing-masing sama kelas dengan anak-anak aku.

Sebenarnya tak tahu nak beri motivasi bagaimana untuk mereka belajar.
Tetapi bila aku cakap macam tu,
Aqil dan Alia memang gembira bila mana mereka berjaya mengatasi kawan mereka itu.

SALAH YUS!!!!
Mereka belajar kerana takut mereka kalah dengan kawan mereka,
Bukan kerana mereka hendak menuntut ilmu.
Asasnya tidak betul.
Jadinya, usaha mereka terbatas di situ.

Bila mereka liat mengerjakan solat,
Aku marah...
kadang-kadang aku paksa mereka lakukannya.

SALAH YUS!!!!
Jangan nanti mereka solat kerana takut kepada kamu ibunya.
Bukan kerana Allah....

Ustazah Za'aenah kata,
Anaknya ada seorang yang memang nakal,
Sampai tingkatan 3 pun masih tak sempurna solat lima waktunya
Dia sentiasa suruh anaknya solat
Sentiasa ingatkan anaknya tentang waktu solat

Tapi dia tidak marah panjang bila anaknya tak solat.
Tidak membebel bila anaknya engkar..
Sebaliknya sentiasa berDOA kepada Allah...
Supaya satu hari anaknya itu tahu tanggunjawabnya kerana Allah
Bukan kerana dia ibunya menyuruh.

Ustazah Za'aenah itu seorang ibu tunggal
Tetapi ke lima-lima anaknya berjaya!

Jadi bandingkan, bagaimana beliau mendidik anak-anaknya,
Dengan cara kamu mendidik anak-anak kamu.

Jangan bandingkan mengapa anak-anaknya berjaya
Dan mengapa anak-anak kamu tidak.

Orang kita ni selalunya melatah,
Bila anak gagal, terus kata,
"Ha! Tulah. Suruh belajar malas"
"Hari-hari nak main saja"

Jangan letakkan kesalahan kepada anak-anak,
Tapi carilah di mana kesilapan kita sebagai ibu dan bapa mereka dalam medidik mereka.
Bila kita dapat mencari kelemahan kita,
Dan cuba memperbaikinya,
InsyaAllah....anak-anak kita pun boleh berjaya.

Dan ingatlah,
kejayaan seorang anak jangan di pandang dari segi akademik sahaja
Tapi lihatlah bagaimana dirinya berjaya mengharungi kehidupan
Bagaimana dirinya berjaya melawan arus godaan yang mendatang
Bila mana jati diri anak kita tetap teguh dengan setiap dugaan
Nescaya kehidupannya pasti akan berjaya di dunia dan di akhirat.

p/s:  ini adalah entri untuk memotivasikan diri sendiri yang masih banyak kelemahannya dalam mendidik anak-anak. Chaiyukkk!!Chaiyukkk.

~ يوس ~

17 comments:

  1. Terimakasih berkongsi cerita yang baik ini YUS.

    Sebab itu kita selalu dengar orang cakap, “heee anak sapa la tu yang jahat tu..”

    atau

    “pandainya budak tu. anak sapa la tu.”

    Sebab orang melihat/menilai kita melalui anak-anak juga, kan?

    Nak Balik Kampung Pun Nak “Bergadoh”...?

    ReplyDelete
  2. itu lah yang lazimnya pun...
    tau benda2 tu tidak baik untuk perkembangan minda kanak2..tp kdg2 terkeluar jgk...akak ngan anak buah pun slalu mcm tu, lps ckp..terfikir semula ketidakbaikannya untuk dia...

    ReplyDelete
  3. suka this entry. thanks kak yus. dulu masa mula2 jadi mak, saya dah nekad dah tak nak jadi mak yang suka membebel. tapi sekarang ni, kadang2 tu tersasar pulak dek kerenah anak2.
    kena betulkan balik ni, banyak lagi yang kena belajar

    ReplyDelete
  4. Tq for sharing...like this n3...

    ReplyDelete
  5. thanks kak yus..bukan untuk akak je tapi peringatan untuk kita dan yang lain juga..Memang kita pun banyak kelemahan..tq for the info..

    ReplyDelete
  6. pakngah pun turut termotivasi. walaupun ada anak2 yang dah lepas tapi masih ada lagi 2 orang yang kecil yang perlukan dorongan dan bimbingan.

    terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  7. Tq share cara mendidik anak2...memang x dinafikan apa yg Yus tulis 2 byk juga Nurul buat dlm mendidik anak.....

    ReplyDelete
  8. bagus yus entry ni..
    akak pom sama kdg2
    suka banding2..silap besar kan..

    akak pom salu pasang niat..
    nk ckp elok2 ngan anak..
    nak berlemah lembut..
    usap2 kepala..cium2 kepala..
    tapi tu la..buat gak yg tu..marah tetap ade..suara tarzan yg tak tahan tu..aduhaiiii..

    xpe yus..kita sama2 eh..kita pasti BERJAYA...

    ReplyDelete
  9. tq kak yus ...jue pun sama risaukan farisyah....selalu nak bandingkan dia dengan budak sebaya dia...

    ReplyDelete
  10. kita cubalah bagi yg terbaik buat anak2 kita yus .. ieda tahu kelemahan anak2 ieda ..

    cuma ieda selalu pesan ke anak2 ieda , x per kalau x dpt no 1 janji anak2 lulus dengan cemerlang itu aje .. huhuhuh at least mereka x rendah diri nak bersaing kan ..

    ReplyDelete
  11. mekasih atas perkongsian ni kak yus... satu proses pendidikan yg panjang utk lihat anak2 berjaya... moga kita terus kuat ye kak!

    ReplyDelete
  12. betul yus... bukan senang nak jadi ibubapa dalam dunia, especially the world today. saya pun dah pernah lihat sebuah keluarga dengan sikap ibubapa yang begitu... ia tak akan ke mana...
    saya pun sejak ada anak, selalu cuba improve diri untuk practice sama macam apa yang yus share tu. tapi nak improve diri pun susah sangat... kadang-kadang tersasul tindakan juga... sabar memang asas iman. dengarnya mudah, tapi nak buat masya-Allah, perlukan hati yang sangat tawadhu dan hebat.. sama-samalah kita saling berdoa untuk mampu menjadi ibu bapa yang baik... supaya anak-anak kita membesar menjadi insan mulia lahiriah dan batiniah, demi agama... once demi agama, demi yang lain akan menyusul dengan sendirinya...

    ReplyDelete
  13. terima kasih kak..kerana berkongsi semua tu...akan di galas tanggungjwb itu sebaik mungkin...insyaallah..

    ReplyDelete
  14. a'a betul tu Yus..

    kdg2 sukar jugak kan, bila persepsi dlm keluarga sendiri (in a big family) yg suka tanya, "dah pandai ke mbaca.. anak kami dah boleh baca buku'.. bila kita jawab..'suku kata sikit2 tu bole la.. x leh nak paksa sgt.. nnti dia bukan nak ikut pun'..

    ade yg boleh terima dgn baik, tp ade jugak yg terlebih2 letakkan standard.. anak dia pandai itu ini.. & sbg ibu, memang terasa lah juga,.. seolah org anggap kita 'lembab'.. tp sejauh mana kan kita boleh memaksa..

    kakyong yg anak baru sorg sekolah ni pun, lagi lah banyak nak kena belajar...

    ReplyDelete
  15. yus..terima kasih..walaupun dulu dah mendengar cerita seperti ini..tapi masih lagi teruja..
    terima kasih mengingatkan kembali..

    ReplyDelete
  16. kak, betul tu, sangat tak suka kalau org suka banding-bandingkan anak..
    Terima kasih share ilmu ni kakyus, kekadang kita terlupa muhasabah sebenarnya cara didikan kita tu betul atau tak kan.

    ReplyDelete
  17. Salam wrt.

    Terima kasih akak atas perkongsian yg bermanfaat. Walaupun sy blum bakal ibu tp sy suka entry ini sbb smuanya mmg bnar. Sy ad kongsikan sdikit maklumat ini kpd rakan2 sy. Harap dbnarkan. :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...