Masih ingat pada entri aku yang ini...
Belum sampai sebulan aku letak balik Caller Ringtone ni, tiba2 aku rasa Celcom dah charge aku 3 kali. Apa kes?? Sebelum ni aku pernah letak, dan seingat aku, aku bayar harga yang sama untuk sebulan, ini kenapa belum sebulan dah 3 kali charge?? Sekali baca balik sms dia rupanya RM1.50/week.
Aduh! Rasa tertipu. Serius dulu memang aku ingat RM1.50 untuk sebulan. Ini kalau RM1.50/week maknanya sebulan dah RM6. Banyak tu!!!
Tipah tertipu!!!Benciii!
Cari balik dalam ChannelX cara nak tamatkan CMT, tapi tiada. Tak patut tau! Kalau dah beritahu cara nak download, kenalah beritahu cara nak tamatkan juga. Nasi baik bila aku google ada keluar di tempat lain, kalau tidak memang hangin tau!!!
Sendiri gatal nak letak CMT kan, sendiri tanggung lah...
Ok, untuk hp sendiri dah berjaya unsubscribe, untuk hp SRD belum lagi. Kena tamatkan juga ni, kalau tidak mahu kena bebel....TOLONG!!
Apa pun, kena tunggu dia balik dululah, sebab hp dia pada dia..huhu.
Korang yang terkena macam aku, tapi tak tahu cara nak tamatkan servis CMT/Caller ringtone ni, ini caranya ya...:-
1. taip *118# pada telefon bimbit anda dan tekan hantar/send.
2. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 2. Channel X
3. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 5. CMT
4. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 7. Unsubscribe.
2. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 2. Channel X
3. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 5. CMT
4. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 7. Unsubscribe.
dan tunggu sehingga anda mendapat mesej status langganan anda berjaya ditamatkan.
sumber: www.scammeralert.info
p/s: pengajaran untuk aku,lain kali baca betul-betul terma dan syaratnya. Tapi serius, macam tidak di nyatakan saja masa mula-mula download tu. Ke sendiri tak perasan...huhu
~ يوس ~
aha..
ReplyDeletedulu kass setia sgt ngan cmt ni..then bila dah dpt msj dr celcom yg cmt ni kena bayar terus kass delete..pastu sekarang mcm msg promosi dihantar..naik menyampah dah..
cheqna memang tak akan layan r cmt bagai ni..membazir...huhu
ReplyDeleteakak mmg xlanggan mende2 gini..huhu
ReplyDeletexpandai pun satu hal..
tahu sms dan call ajo..
pakngah pun pernah terkena .. mula2 dia bagi free, lepas tu kalau nak tamatkan kena buat macam-macam. dah cuba buat, tapi tak jadi2.
ReplyDeleteakhirnya pakngah pergi pejabat telefon tu sendiri minta batalkan.
akak...izan pun pernah terkena jugak. itupun sbb suka2 ke. last2 terus je unsubscribe balik...
ReplyDeleteBSB pun pernah kena...tapi lepas sebulan tak top-up ia hilang dgn sendiri...nasib baik lerrr
ReplyDeletehuhu sabar jelah, teruk gak kalau charge tak tentu pasal ni...
ReplyDeletecma pengguna mek sis..:P
ReplyDeleteapepun..tq 4 the info kak yus..
Mcm2 cara diorg nk caj kak ye, kkdg t&c tu Kecik je font dia smpi kita pon tak perasan syrt2 dia tu
ReplyDeleteassalam yus..akak pun pernah kena cam tu..nasib baik..anak ada idea..dia talipunkan 1111 kalau tak silap no.nya baru dapat batalkan..
ReplyDeleteWaiya, manyak mahal. Yati punya hotlink caller ringtone, sebab Yati pakai prepaid, jadi kalau takde kredit, dia tak renew. Jadi orang call kita, takde la dengor lagu. Sebulan renew, dia caj RM1.50.
ReplyDeleteJimat sikit kalau prepaid ni, kak Yus. :)
Cmt tu apa kak...hehe
ReplyDeleteNurul memang x ambik caller ringtone wlpn pki line,bila org cal dgr bunyi tut,tut, tut je..... hehehehe
ReplyDeleteKakyus, hubby qema terkena tapi ngan maxis, kena tolak rm20 lagi tu, terus col maxis suruh block semua jenis servis yang berbayar, habis cerita hihi.
ReplyDeletekdg2 terma dia sendiri mmg mengelirukan walaupun kita dah baca keseluruhannya.. itu yg kena faham2 betul2 agar tak rasa tertipu kan yus.. klu kena mcm ni mmg selalu rasa tak puas hati..
ReplyDeleteMbzir je..bkn kte dpt dgar pon
ReplyDelete